Home TIPS TRAVEL 10 Tips Untuk Anda Jadi Pengembara Yang Lebih “Awesome”
10 Tips Untuk Anda Jadi Pengembara Yang Lebih “Awesome”

10 Tips Untuk Anda Jadi Pengembara Yang Lebih “Awesome”

0
0

Sesiapa sahaja boleh beli tiket dan terbang ke mana sahaja destinasi yang disukai. Sesiapa sahaja boleh jadi pengembara atau “traveller”. Tetapi bagaimanakah untuk menjadi seorang pemgembara yang “Awesome”? Yang saya maksudkan dengan perkataan awesome itu adalah “baik atau best” secara literalnya dan juga seorang pengembara yang bijak serta disukai oleh semua orang. Ada banyak perkara yang menjadikan anda lebih bagus di dalam mengembara namun saya hanya akan berikan sedikit tips di sini.

10 Tips Untuk Anda Jadi Pengembara Yang lebih “Awesome”

1. Belajar bahasa

Belajar sedikit bahasa asas negara yang bakal anda kunjungi. Bukannya belajar sampai boleh berkomunikasi tetapi cuma beberapa patah perkataan yang penting untuk memulakan perbualan, atau ucapan selamat dan sebagainya. Antara perkataan yang penting dan seharusnya anda tahu adalah seperti ucapan hello, selamat pagi, petang, tengahari, malam, apa khabar, terima kasih dan juga selamat tinggal. Kalau nak ke Eropah maka anda kena belajar banyak juga bahasanya seperti French, Deutsch, Dutch dan Italy sekurang-kurangnya.

Ramai yang berkata mereka sukar berkomunikasi dengan orang Perancis atau Italy kerana selalu pertanyaan di dalam bahasa inggeris tidak diendahkan mereka. Sepanjang pengalaman saya pula, saya tiada masalah untuk berkomunikasi kerana pertanyaan saya di dalam bahasa inggeris sering sahaja di layan mereka, Kenapa? sebab saya memulakan perbualan di dalam bahasa mereka, kalau di dalam French saya menegur dengan “Bonjour” (hello) dan kemudian “Parle vous anglais?” (can you speak english?) seterusnya apabila selesai saya akan mengucapkan “Merci beaucoup” (thank you very much) dan juga “Au revoir” (Goodbye).

 Saya hanya tahu perkataan itu sahaja di dalam French dan sepanjang tempoh beberapa kali ke Perancis saya tiada masalah langsung untuk menegur dan bertanya kepada sesiapa sahaja. Begitu juga apabila ke negara lain. Hanya dengan menghafal beberapa perkataan penting, perjalanan anda akan menjadi jauh lebih mudah. Mereka juga seperti kita, kalau mat salleh tegur kita dengan perkataan apa kabar? atau tumpang tanya dan sebagainya pasti kita lebih suka mendengarnya dan lebih happy untuk menolong.

2. Sabar dan bersopan santun

Sentiasa jaga kesabaran anda apabila ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Contohnya anda kehilangan bagasi ketika di airport – mengelabah, menangis, marah pekerja airport, mengamuk dengan syarikat penerbangan dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah. Banyakkan bersabar dan sentiasa cakap elok-elok dengan semua orang. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, so chill out. Jika anda baik dan hormat semua orang dan yakinlah orang juga akan hormat serta melayan anda dengan baik. Orang yang mood dia baik akan lebih mudah dan cepat menolong. Speak softly and smiles will go a long way.Kejadian tersebut juga akan menjadi kenangan manis untuk anda. Trust me!

3. Lakukan cabaran, dapatkan pengalaman dan bukan sekadar melihat.

Kalau sampai ke Eiffel Tower, maka ambillah peluang untuk naik ke atas. Melihat sahaja sudah bagus namun kalau naik ke puncak pula adalah pengalaman yang sangat berbeza. Kalau pergi ke Seoul Tower di Korea, belilah padlock dan tulislah “I was Here” dan kuncilah seperti yang dibuat orang lain. Cuma ketika memasang padlock tu anda jangan niat untuk panjang jodoh dan sebagainya sudahlah. Anggaplah ia sebagai kenangan atau tanda yang anda sudah sampai ke situ.

Jadi anda buat sesuatu dan dapat pengalaman dan bukan sekadar tengok sahaja. Selain itu buat sesuatu cabaran atau “be adventuruous” sikit, kalau bergambar tu lompat tinggi-tinggi ke atau buat sesuatu yang gila-gila sikit. Kalau pergi ke rumah Juliet di Verona Italy, peluklah patung si Juliet tu dan bergambarlah. Adik ipar saya datang ke Eropah pada musim sejuk akan membuka baju setiap kali bergambar di tempat sejuk dan bersalji. Katanya nak bagitau kawan-kawan dia yang dialah orang Rembau yang paling hebat sebab tahan sejuk yang melampau. Indeed it works for him. Kenangan yang paling best untuk dia.

4. Sesatkan diri anda.

Pusing-pusing dan sesatkan diri anda sebentar di dalam mana-mana tempat atau bandar yang anda kunjungi. Anda akan terkejut dengan benda benda atau pemandangan yang bakal anda lihat. Kalau anda tak cukup masa maka tak payalah sesatkan diri. namun kalau anda ada masa maka sesat di dalam bandar adalah perkara yang paling best. Sediakan map atau peta untuk anda gunakan tetapi selak dari menggunakannya. Dah rasa puas sesat dan nak balik kemudian barulah gunakan map tersebut. Saya hany menggunakan peta yang di ambil di hotel atau diberi oleh host di homestay saya. Dengan map itulah saya gunakan untuk jelajah bandar. Dapatkan kedudukan dan arah, kemudian ingat tempat mana nak pergi samada di utara, selatan, timur atau barat dan kemudian simpan map dan berjalanlah. There is lot interesting things you’ll find along the way.

5. Cuba makanan baru.

Sekali sekala apa salahnya mencuba makanan baru. Pilih makanan mana yang boleh di makan bagi orang islam dan bagi yang bukan islam anda ada seribu satu pilihan untuk dicuba. Saya biasanya akan google terlebih dahulu makanan tradisi atau popular di setiap bandar yang saya bakal kunjungi. Kemudian dah dapat nama makanan tersebut saya akan google pula resepinya dan tengok apa kandungannya. Kalau tiada bahan terlarang maka saya akan cuba. Jangan asyik nak makan nasi lemak dan roti canai sahaja. Kalau ke Jepun takkan tak cuba sushi? Kalau ke Italy takkan anda tidak teringin mencuba pasta? Carilah pasta seafood atau aglio olio dan cubalah. Jangan bazirkan wang yang banyak datang ke tempat orang dan tidak mencuba sesuatu yang baru.

6. Hantar poskad

Zaman teknologi ni ramai yang ambil gambar dan hantar ke group whatsapp atau kepada sesiapa sahaja, jadi tradisi lama menghantar poskad dah kurang diamalkan oleh orang kita. Namun ramai pengembara dari Amerika dan Eropah masih suka menghantar poskad kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan juga diri sendiri. Dulu saya sering hantar psokad kepada saya sendiri setiap kali tiba di sebuah bandar yg belum pernah saya kunjungi. Perasaan adalah berbeza apabila menerima poskad. Sama seperti menerima kad ucapan raya berbanding ucapan teks di telefon bimbit. Kawan anda juga lebih appreciate jika anda menghantar poskad kepada mereka.

7. Hargai orang yang melayan atau menjaga anda.

Kalau anda tinggal di homestay, sentiasa tinggalkan nota terima kasih kepada host anda. Sentiasa ucap terima kasih dan berikan tips kepada orang yang melayan anda di hotel, kafe ataupun restoran sekadar mampu. Walaupun satu dollar atau euro atau 10 baht dan sebagainya cukup untuk menunjukkan penghargaan anda kepada mereka yang melayan anda. Kalau di Eropah, pemberian tips kepada pelayan restoran sememangnya diamalkan. Namun yang sering kita lupakan adalah pekerja “housekeeping” atau pencucui bilik hotel anda. Mereka ini adalah orang paling jarang atau tidak langsung menerima tips. Jadi apa salahnya apabila check-out, tinggalah sedikit tips atau baki duit syiling contohnya berserta nota terima kasih kepada housekeeper anda. Niatlah sebagai bersedekah. Sedekah tidak akan memiskinkan anda..trust me!

8. Hormat adat atau budaya setempat

Anda perlu peka dengan adat, adab dan juga budaya orang tempatan. Jangan buat sesuatu yang mencemarkan adat dan budaya mereka. Kalau anda pergi ke sebelah negara maju maka ikutlah adat dan adab orang di negara maju. Jangan buang sampah merata-rata, jangan lintas jalan ikut suka hati mak bapak anda. Lintas di laluan yang disediakan, tunggu lampu hijau dulu. Kalau makan di restoran makanan segera atau mana-mana restoran layan diri, sila kemaskan tray dan meja anda. Saya sentiasa lihat pelancong dari Asia makan dan membiarkan meja bersepah begitu sahaja. Sering saya melihat orang-orang di Eropah ini menggelengkan kepala mereka. Begitu juga ketika melintas jalan dan juga menaiki eskalator. Kalau di Jepun, ketika naik eskalator maka berdirilah rapat ke sebelah kiri dan biarkan di sebelah kanan anda kosong, jadi ada laluan untuk orang yang nak naik dengan cepat. Kalau di Eropah maka berdirilah rapat di sebelah kanan untuk tujuan yang sama.

9. Jangan malu untuk berkenalan

Cuba tegur orang yang duduk bersebelahan anda di dalam keretapi atau kapalterbang atau di kafe dan sebagainya. Berkenalanlah dan buat kawan terutamnya dengan pengembara lain. Ini akan lebih mudah dan seronok jika anda menginap di hostel kerana anda akan tinggal sebilik dengan ramai kawan baru. Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dan mungkin suatu hari nanti anda akan melawat negara rakan baru anda. Kalau anda berkenalan dengan pakcik atau makcik di kawasan kampung lagi bagus. Anda mungkin dipelawa untuk datang ke rumah mereka untuk makan tengahari atau malam dan sebagainya. Jika anda ingin menolak maka tolaklah dengan baik. Namun kalau ingin pergi maka pergilah tepat pada masanya. Jangan sesekali lambat. Paling penting jangan pergi dengan tangan kosong. Bawa buahtangan seperti buah ataupun bunga.

10. Jangan ikut semua tips saya.

Percutian anda, kembara anda, trip anda, perjalanan anda. Buatlah apa yang anda suka. Tips-tips saya cumalah untuk menjadikan kembara anda lebih baik namun mungkin kembara anda itu sebenarnya sudah lebih baik. Ingat, dont expect it to be like home, datang overseas dan berharap dapat makan nasi lemak setiap pagi. Jangan takut untuk mencuba benda baru, jangan takut buat kesilapan dan sebagainya kerana kembara anda bukanlah sekadar untuk melihat tempat orang namun ia juga adalah medan untuk anda lebih mengenali diri anda dan juga kemampuan anda.

Sumber Artikel : KhairulAbdullah

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *