Home TIPS KURUS 9 Tips Turunkan Nafsu Makan
9 Tips Turunkan Nafsu Makan

9 Tips Turunkan Nafsu Makan

0
2

Selera makan macam dinasour ? Nampak makanan sahaja terus nak terkam , parah sungguh situasi ni kan. Bila dan nasfu makan ni kuat susah nak kurus. Jangan risau saya akan berikan tips turunkan nafsu makan untuk kuruskan badan.

Tips Turunkan Nafsu Makan.

1.Tambah Makanan berserat

Terdapat banyak bukti yang menyatakan bahawa serat mampu mengurangkan selera makan.Oleh itu tambahkan jumlah makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh seperti gandum, dan kekacang. Makanan yang dicadangkan ini juga cenderung memiliki kandungan air tinggi yang membantu anda rasa lebih kenyang.

Tips: Ambil dalam jumlah yang sederhana dan sebaiknya makan buah sebelum hidangan utama bagi mengawal nafsu makan.

BACA JUGA : PANDUAN ATASI GEMUK AIR

2. Sup Sebagai Pembuka Hidangan

Anda boleh memakan sup atau sup berasaskan sayuran sebagai hidangan pertama. Makanlah sup panas atau sejuk.Cara ini mampu mengurangkan kalori yang anda makan.tetapi perlu diingat, anda hanya boleh makan sup rendah lemak, tinggi serat dan bukannya sup yang berlemak tinggi.

Tips: Pilih sup sayuran lobak atau sup tomato sebagai pembuka hidangan.

3. Cuba Makan Oren atau Limau Gedang (Grapefruit)

Ada penyelidikan mencadangkan bahawa makanan berasasakan tanaman rendah kalori yang kaya dengan serat larut seperti oren dan limau gedang mampu membantu kita rasa kenyang lebih cepat dan memastikan gula dalam darah menjadi baik.

BACA JUGA : MAKANAN PEMBAKAR LEMAK

4. Minum Susu

Meningkatkan pengambilan makanan berasaskan tenusu rendah lemak adalah cara terbaik mendapatkan lebih daripada dua protein-dadih susu dan kasein- yang dikatakan menjadi penahan selera makan. Minum susu dikatakan lebih berkesan. Kajian mendapati dadih susu -bahagian cecair daripada susu lebih baik dalam mengurangkan selera makan jika dibandingkan dengan kasein.

5. Masukkan Sedikit Lemak dalam Karbohidrat.

Tetapi jangan masuk terlalu banyak. Apabila kita makan, sejenis hormon yang dikenali sebagai leptin dilepaskan dari sel-sel lemak. Ini perkara baik apabila kita bercakap mengenai jumlah lemak yang sederhana.Kajian menunjukkan bahawa kekurangan Leptin(berikutan diet amat rendah lemak) boleh mencetus selera melampau. Sudah jelas kita mahu melakukan yang sebaliknya. Tetapi itu tidak bermakna kita harus memilih hidangan tinggi lemak. Kajian juga mendapati kekerapan obesiti berlaku dikalangan mereka yang makan diet tinggi lemak daripada mereka yang makan diet rendah lemak.

6. Nikmati Soya

Kacang soya menawarkan protein dan lemak serta karbohidrat. Ini menunjukkan kacang soya lebih memberi kepuasan dan memastikan selera dalam kawalan berbanding kebanyakan makanan yang berasaskan tanaman.

BACA JUGA : MAKANAN SERAT TINGGI UNTUK DIET SIHAT

7. Kunyah Kacang

Makan kacang boleh membuatkan perut anda berasa kenyang seketika kerana kandungan protein dan seratnya. Segenggam kacang kaya dengan vitamin dan mineral akan mampu menahan perut anda antara waktu makan. Tetapi perlu diingat anda hanya boleh makan sedikit sahaja kerana kacang tinggi lemak walaupun ia sejenis lemak monotaktepu yang baik.

8. Jangan Gelojoh

Makan perlahan. Otak mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar mesej kepada perut bahawa anda sudah cukup makan. Jika anda makan secara perlahan, otak berpeluang untuk memberitahu perut dan ini sekaligus membuatkan anda tidak terlebih makan.

9. Kekal Cara Makan

Sedikit pilihan dalam hidangan makanan adalah lebih baik. Tetapi mengambil beberapa jenis hidangan dalam satu masa adalah salah satu cara yang salah. Menambah hidangan tambahan ke dalam waktu makan biasanya meningkatkan jumlah keseluruhan kalori yang anda ambil pada waktu makan ketika itu.

Sumber Rujukan :Mingguan Wanita Edisi September 2015

NAK SAYA BANTU ANDA KURUS KLIK SINI>>AKUNAKKURUS

Comment(2)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *