Home TIPS KESIHATAN 7 Tips Pemakanan Sihat Khas Buat Ibu Mengandung
7 Tips Pemakanan Sihat Khas Buat Ibu Mengandung

7 Tips Pemakanan Sihat Khas Buat Ibu Mengandung

0
0

Pemakanan yang sihat dan betul adalah amat penting semasa wanita mengandung. Oleh itu perlulanya tips pemakanan sihat khas buat ibu mengandung dan pemakanan ini akan mempengaruhi perkembangan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

7 Tips Pemakanan Sihat Khas Buat Ibu Mengandung

Mengikut kajian kesihatan , ibu mengandung perlu menambahkan kalori sehingga 300kcal semasa mengandung berbanding sebelum mengandung untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi dalam kandungan.

Walaupun mungkin terdapat masalah loya, muntah-muntah dan hilang selera makan semasa awal mengandung tetapi ianya adalah sementara sahaja dan ibu-ibu masih perlu makan makanan yang sihat semasa melaluinya.

Tetapi terdapat sesetengah ibu mengandung yang makan lebih dari 300kcal dan mengikut selera sahaja tanpa mempertimbangkan faktor makanan sihat. Walaupun digalakkan menambahkan kalori makanan semasa mengandung , makan berlebih-lebihan semasa mengandung boleh mengakibatkan masalah kegemukan, darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung.

Oleh kerana itu, adalah amat penting ibu-ibu mengandung mempunyai ilmu yang betul tentang pemakanan sihat.

Ada beberapa tips tentang pemakanan yang sihat dan betul semasa mengandung

1.Pelbagaikan Jenis Makanan Sihat

kacang

Makan pelbagai jenis makanan dan jangan hanya banyak makan karbohidrat sahaja jika terasa lapar. Anda tidak digalakkan terlalu banyak makan makanan proses seperti kek, roti putih, biskut, mee segera, kuih-muih, mee, mee hoon, jajan, kerepek dan sebagainya kerana ianya tidak mengandungi zat-zat yang secukupnya.Makanlah nasi dengan sayur atau ulam dan lauk seperti telur, ikan, ayam atau daging.

2.Banyakkan Sayuran Dan Ulaman

sayuran dan ulaman

Makanlah sayuran jenis berdaun hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebaginya patut dimakan selalu untuk mencegah masalah sembelit disamping membantu mendapatkan zat besi yang amat penting untuk ibu mengandung.

Sayuran berdaun hijau mengandungi zat asid folik dan zat besi yang penting untuk proses membina sel-sel darah merah dan mengelakkan masalah anaemia atau kekurangan hemoglobin darah. Kekacang seperti kacang kuda, kacang hitam, kacang merah juga mengandungi zat ini. Zat asid folik juga boleh mencegah masalah kecacatan tulang belakang atau spina bifida pada bayi.

3.Makanan Kaya Serat

bijirin

Makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, oat, beras perang, sayur-sayuran, buah-buahan untuk mengelakkan kegemukan melampau dan juga melawaskan buang air besar

4.Perlu Ambil Susu Atau Produk Tenusu

yogurt

Anda juga digalakkan mengambil susu atau apa-apa produk tenusu seperti dadih, yogurt atau sebagainya untuk membekalkan zat kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Susu juga mengandungi protein yang baik.

Kadar RDA untuk kalsium sehari adalah 1000mg hingga 1300mg untuk ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan anak. Sumber kalsium yang lain adalah keju, sayuran berdaun hijau, brokoli, bayam, makanan laut, ikan bilis dan kekacang. Pengambilan vitamin D juga amat penting untuk memastikan kalsium yang diambil diserap sepenuhnya.

Vitamin D boleh didapati dengan mendedahkan kulit pada cahaya matahari setiap pagi dan juga melalui suplemen atau makanan yang ditambah dengan vitamin D seperti susu, telur dan ikan.

5.Amalkan Makan Buah-Buahan

Makanlah banyak buah-buahan pelbagai jenis seperti buah mangga, betik, jambu, pisang, tembikai, epal, limau, oren, tembikai susu, pear, anggur, buah naga dan pelbagai jenis buah lagi mengikut kesukaan anda.

Buah-buahan amat kaya dengan semua jenis vitamin seperti vitamin C, B kompleks, mineral seperti magnesium,zink, kalium dan sebagainya. Keperluan Vitamin C bertambah semasa mengandung untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

Makan buah-buahan kering seperti kismis, kurma, buah tin, apricot dan lain-lain juga digalakkan. Buah kurma adalah amat baik untuk ibu mengandung dan digalakkan diambil dengan susu.

6.Makanan Tinggi Vitamin A

ubi keledek

Pemakanan yang tinggi dengan zat Vitamin A seperti lobak merah, keledek, labu, bayam, apricot, mangga, betik dan sebagainya juga amat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat.

7.Digalakkan Ambil Supplemen

salmon

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan mengambil supplemen mutivitamin, vitamin C, vitamin E, Omega 3 sebagai zat makanan tambahan semasa mengandung untuk memenuhi keperluan zat-zat surih yang kekurangan dalam pemakanan seharian. Tetapi pemakanan sihat setiap hari adalah amat penting dijaga dan diteruskan walaupun anda mengambil pil-pil suplemen.

Perlu ketahui bahawa ibu mengandung sangat memerlukan khasiat dari pelbagai jenis makanan, jadi jangan lupa untuk terus mengamalkan pemakanan sihat walaupun anda mengandung

Kongsikan artikel ini jika ia memberi manfaat kepada anda dan juga ahli keluarga atau sahabat yang mengandung.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *