Home TIPS KURUS 8 Tips Kuruskan Badan Di Bulan Puasa Dengan Diet Sihat
8 Tips Kuruskan Badan Di Bulan Puasa Dengan Diet Sihat

8 Tips Kuruskan Badan Di Bulan Puasa Dengan Diet Sihat

0
1

Seringkali bila datangnya bulan puasa akan diambil peluang untuk kuruskan badan, tetapi ramai yang lakukan dengan cara yang tidak sihat. kali ini saya akan berikan tips kuruskan badan di bulan puasa dengan diet sihat. Bila kita lakukan dengan sihat dan menjadi gaya hidup kita makan proses kuruskan badan menjadi lebih mudah.

Tips Kuruskan Badan Di Bulan Puasa.

Berpuasa dengan cara yang betul mampu membantu menyihatkan badan. Seringkali puasa digunakan sebagai kesempatan untuk menurunkan berat badan.

Ini boleh dicapai dengan pengamalan puasa yang sihat. Jika tidak berhati-hati, makanan berlebihan ketika berbuka puasa setelah mengawal diri seharian menjurus kepada bertambahnya berat badan.

Selepas tempoh puasa yang lama, setelah usus menyerap sepenuhnya zat-zat makanan dari sajian makan terakhir, simpanan tenaga dalam badan akan digunakan.

Biasanya simpanan glukosa dalam hati dan otot digunakan dahulu kerana glukosa merupakan sumber tenaga utama badan.

Apabila simpanan glukosa habis, lemak menjadi sumber tenaga seterusnya. Dengan masa dan pengulangan, simpanan lemak ini akan digunakan dengan kerap dan lama-kelamaan berkurang. Beginilah cara puasa membantu mengurangkan berat badan.

Namun jika dilakukan terlalu lama, badan akan mula menggunakan protein sebagai sumber tenaga. Hal ini perlu dielakkan kerana otot-otot badan akan mula terhakis. Pengurangan berat badan seperti ini tidak sihat dan melemahkan tubuh badan.

 

Healthy-Meal

Penurunan berat badan dalam kadar 5-10% dari berat asal bagi mereka yang kegemukan bermanfaat dalam pengawalan kencing manis, pengurangan kolestrol dan tekanan darah. Puasa juga menggalakkan pembuangan toksin dan hasilnya boleh dilihat dalam peningkatan kesihatan mental.

Pemakanan sihat ketika berpuasa tidak jauh beza dari pemakanan sihat di luar bulan puasa. Prinsip sama digunakan iaitu pemakanan sihat yang seimbang. Pemakanan ketika bulan puasa sama seperti hari-hari biasa. Ikuti piramid makanan merangkumi semua kumpulan makanan :

  • Nasi, roti, bijirin, dan makanan berkanji
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Daging, ikan, telur, dan soya
  • Susu dan hasil-hasil tenusu
  • Makanan berlemak dan bergula

 

Salah satu cara menghadapi puasa adalah dengan mengambil lebih banyak karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks melepaskan tenaga pada kadar yang lebih rendah dan membantu untuk bertahan lebih lama sepanjang hari.

Kadar perlepasan tenaga yang rendah memastikan kadar glukosa dalam badan rendah dan terkawal – ini sangat berfaedah bagi pesakit kencing manis.

Contoh karbohidrat kompleks adalah seperti beras perang, beras basmati, oat, gandum, barli, tepung gandum bijiran penuh dan kacang dhal. Karbohidrat kompleks turut mempunyai kandungan serat yang tinggi.

 

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat. Serat berfungsi melancarkan perjalanan usus dan membuat anda rasa lebih kenyang selepas makan. Karbohidrat ringkas mudah dihadam dan diserap hampir serta merta tetapi membuat anda cepat lapar. Dengan menambahkan serat pemakanan dalam hidangan, khasiat diserap dengan lebih perlahan dan rasa kenyang berpanjangan. Sayuran dan buah-buahan turut memberi pelbagai vitamin dan mineral.

Makanan diproses yang mengandungi karbohidrat ringkas atau gula harus dielakkan kerana badan menggunakannya dengan cepat. Inilah sebab mengapa kita lebih cepat lapar selepas makan mi segera berbanding semangkuk kecil oat.

Makanan berlemak juga perlu dielakkan kerana ianya tidak sihat dan penyebab pedih ulu hati yang sering berlaku ketika berpuasa.

Kafein merupakan sejenis diuretik. Diuretik mengurangkan kadar air dalam badan dengan menggalakkan pengeluaran air kencing. Kehilangan air yang terlalu cepat boleh mengakibatkan penyahhidratan. Oleh itu, kurangkan pengambilan minuman berasaskan kafein seperti teh, kopi, dan cola.

Sahur sebagai santapan pertama harian perlulah sihat dan seimbang secara menyeluruh. Cuba hidangan yang mengandungi nisbah karbohidrat kompleks lebih tinggi dan serat pemakanan yang lebih mengenyangkan serta memberi tenaga yang tahan berpanjangan suntuk sehari.

Hidangan seimbang untuk sahur memastikan zat-zat yang mencukupi terutama sekali vitamin dan zat galian. Sajian protein yang cukup mencegah penghakisan otot akibat puasa berpanjangan.

Elakkan makanan bergoreng untuk sahur jika anda cenderung mengalami pedih ulu hati kerana makanan berminyak memburukkan gejala ini. Gunakan cara masak yang sihat seperti bakar, panggang, kukus, rebus, dan tumis.

 

Pengambilan kurma ketika berbuka puasa merupakan amalan Rasulullah s.a.w atau sunnah dan digalakkan sesama Muslim. Kurma adalah sejenis karbohidrat ringkas yang memberi tenaga serta merta. Jus buah-buahan dan manisan memberi kesan yang sama.

Pesakit kencing manis perlu berwaspada dengan amalan berbuka puasa dengan kurma kerana peningkatan kadar gula dalam darah yang terlalu cepat boleh mengakibatkan kadar gula yang tidak terkawal sepanjang malam. Minum air sewaktu berbuka puasa untuk menggantikan kehilangan air.

Pada masa yang sama, meminum air memberi rasa kenyang lantas mengelakkan makanan berlebihan. Puasa tidak patut dijadikan alasan untuk makan lebih dari biasa kerana kesannya, berat badan akan bertambah.

Sebolehnya ambil sajian yang lebih kecil dan kerap untuk mengagihkan tenaga dengan jajar justeru meningkatkan tahap metabolik.

 Saya berikan juga tambahan  8 Tips kuruskan di bulan puasa dengan diet sihat

1. Jangan skip sahur

Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

2. Karbo Kompleks

Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.

Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks).

3. Target Kalori: dalam 500 kcal

Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.

Contoh hidangan:

Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.

4. Protein yang bersih

Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.

5. Elak Garam

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus.

6. Elak Kafein

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.

7. Kenali kandungan kafein minuman

Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.

8. Jangan minum banyak sangat!

Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagilah cepat anda anda berasa haus.

Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.

Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.

Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.

Bulan puasa atau tidak, cara pemakanan sihat adalah sama. Sajian hendaklah seimbang, kepelbagaian, dan kurang ketumpatan tenaga. Amalan ini seharusnya berpanjangan dan tidak hanya terbatas pada bulan Ramadan untuk mencapai badan yang lebih sihat.

Nak Saya Bantu Anda Kuruskan Badan Seperti Ibu Lea KLIK SINI  atau ikuti kisah bagaimana saya bantu ibu lea dari berat 82kg ke 69kg ..WAJIB BACA SINI

13178848_1347519775263995_967916277100717507_n

Comment(1)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *