Home TIPS DECO RUMAH 5 Tips Hias Ruang Dapur Sempit
5 Tips Hias Ruang Dapur Sempit

5 Tips Hias Ruang Dapur Sempit

0
0

Ruang dapur yang luas memang menjadi idaman namun kadang kadang agak sukar untuk menghias ruang dapur yang sempit. Kalau letak terlalu banyak barang di dalamnya, pasti akan nampak berselerak dan hilang rasa keselesaan bila berada di dapur.Saya berikan tips hias ruang dapur sempit agar berikan idea kepada anda untuk hias ruang dapur agar nampak lebih menarik untuk anda berada lama di ruang dapur dan masak makanan yang enak

Tips Hias Ruang Dapur Sempit

1.Tema Sesuai

Pilih tema yang sesuai untuk dapur anda. Kurangkan dekorasi untuk memastikan ruang dapur nampak lebih luas dan tidak sarat.Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima. Konsep minimalis santai dan evergreen!

2.Cat Warna Cerah

ruang dapur

Pilih warna cat yang cerah untuk dinding dan kelengkapan dapur. Warna yang cerah akan membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas. Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ruang akan nampak  lebih luas dengan penggunaan warna cerah. Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan.

3. Saiz Kelengkapan Yang Betul

Pastikan saiz kelengkapan dapur seperti ketuhar, peti sejuk, meja dan sebagainya tidak terlalu besar. Pilih saiz yang sesuai agar ia tidak mengambil terlalu banyak ruang di dalam dapur anda.

BACA JUGA : TIPS HIAS RUMAH DENGAN MUDAH & JIMAT

4.Fabrik Langsir

Jika terdapat tingkap di dalam dapur anda, pastikan anda memilih corak dan warna fabrik langsir yang sesuai. Fabrik langsir yang lebih nipis, dapat membantu ruang dapur anda mendapat lebih pencahayaan.Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya kita menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang

5.Guna Ruang dengan Bijak

hias dapur

Jika ingin memasang kabinet dapur yang melekat ke dinding, guna keseluruhan ruang atas dinding secara bijak untuk menjimatkan ruang. Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *