Home KISAH KU Tiada Yang Mustahil
Tiada Yang Mustahil

Tiada Yang Mustahil

0
15

Setiap yang gemuk pasti nak kurus kan , dan setiap yang berjaya kuruskan badan pasti ada cerita disebaliknya. Begitu juga dengan saya yang diberi  nama seindah Aishah berumur 36 tahun sekarang merupakan seorang ibu kepada 2 cahaya mata yang comel serta isteri kepada suami yang hensem (di mata saya). Moga apa yang saya kongsikan ini menjadi sumber inspirasi kepada anda bahawa tiada yang mustahil semuanya boleh asalkan mendapat jalan yang betul.

Saya dulu zaman anak dara berat hanya 48kg sahaja dengan ketinggian 154cm macam tu , kira memang nampak comel kan. Saat dipertemukan jodoh dengan lelaki idaman hati  kebahagiaan dalam  rumahtangga diserikan lagi dengan kehadiran seorang putera pada tahun 2012. Akibat kebahagian ini pastinya akan ada kesan kan , berat saya naik jadi 60kg. Cuba bayangkan yang berat 48kg tiba-tiba naik 60kg tak ke rasa macam seksa jiwa raga nak bawa beban seberat tuh, lagi rasa stress bila dalam keluarga saya semuanya jenis yang menjaga penampilan diri , dah rasa macam ada hakim aje yang akan kasi markah tentang penampilan diri saya masa tu.Nekad dalam diri nak dapatkan berat 54kg sekurang-kurangnya.

Bermulalah episod mencuba produk kurus sebab nak kurus dengan cepatkan , tapi sebelum itu ada juga saya buat diet sendiri ikut suka hati , dan pastinya takda lah turun berat badan saya ini. Masa itu tahun 2013 saya ada ambil 1 produk kurus berharga RM1800 untuk diamalkan selama 6 bulan, memang nampak kesan berat saya turun kepada 55kg , woww tersangat happy sampaikan terhamil lak kali ke 2 ( ini rezeki saya tau  ter tu gurau-gurau aje kikikiki) . Alhamdulillah rezeki dariNya saya dapat seorang baby girl , comel of course laa macam saya maknya kan . Tapi kan ..sedih nak beritahu kegemukan melanda kembali selepas bersalin , naik berganda-ganda jadi 66kg. Bertambah kesedihan sebab ubat kurus yang pernah saya ambil pada tahun 2013 dan menjadi harapan kepada saya untuk kurus kembali rupanya telah diharamkan kerana tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Tu dia punah harapan nak kurus ubat lak haram.Hati-hati ya kawan jangan nak kurus kesihatan diabaikan.

IMG_4472
Inilah Saya Masa Berat 66kg nak dukung anak pun seksa

Oleh kerana ubat dah tak da saya pun cubala berdiet gaya saya sendiri sekali lagi ni , gigih juga nak diet sebab nak dapatkan berat ideal, stress U All bukan apa dengan keluarga lagi yang comel-comel semua, dengan tekanan di tempat kerja lagi , mujurlah suami saya ini sangat sporting menerima isteri seadanya (saja ayat sedap hati sendiri hehehh ) . Dalam masa 3 bulan diet sendirian berhad ini tanpa ada apa-apa bantuan saya hanya turun 2kg , 2kg U ALL dalam masa 3 bulan.Ohh sungguh degil lemak aku ni..

Masih tak serik nak juga cuba lagi ubat kurus , terbeli pulak produk pelangsingan dari USA, jenama Cambodia Garcinia diimport khas dari over the sea, nak kurus punya pasal harga beribu pun sanggup          ( kalaulah masa ini dah kenal mamat poyo ini dapat saya beli beg LV kan dari beli ubat kurus ). Tapi hasilnya tahu ajerla sungguh mengecewakan , duit habis beribu tapi berat tak turun pun.Sangat sedih dan tertekan. Pada masa itu saya rasakan diri saya sangat HODOH dengan spare tyre yang buatkan emosi saya sangat terganggu, saya jadi low self esteem kurang keyakinan diri. Lagi-lagi saya berhadapan dengan orang setiap hari. Yang buatkan saya tersentak , adik beradik serta ahli keluarga mahukan saya kurus untuk elakkan daripada masalah kesihatan di masa hadapan. Akibat tekanan ini saya putuskan nak cuba buat diet atkins sebab saya lihat ramai yang berjaya kurus dengan diet atkins , tapi lain pula dengan saya , setelah amalkan diet atkins saya dapat sakit pula berat tak da pun yang turun.

Sambil-sambil melayari internet nak cari pasal tips kurus saya terjumpa blog dan fanpage  seorang mamat ni kami gelarkan ” Clever & Handsome Mr Tengku Asmadi) dan pada masa itu saya ingat lagi tanggal 27 Januari 2016 saya nekad mesej dan komen pada fan page tengku asmadi , niat saya supaya dia guide saya untuk kuruskan badan secara sihat. Alhamdulillah rezeki saya maka bermulalah episod dengan en madi ni , kami panggil coach madi aje mr Dark tall And Handsome ( saja puji lebih kasi up sikit aaha) . Saya ingat lagi pesanan dia

“kita nak kurus ini jangan sampai seksakan diri dan buatlah sesuatu yang kita happy dan bukan kerana terpaksa.Jujurlah pada diri sendiri jangan buat apa yang kita tidak mampu”

Langkah pertama saya buat saya nekad tinggalkan benda-benda manis dan yang tinggi gula (tapi senyuman saya tetap manis tau ) , bukan maksud tak makan langsung tau saya kurangkan sebab kata coach gula dan garam ini beri kesan besar kepada penurunan berat badan. Minggu pertama saya nampak ada hasilnya buatkan saya lagi bersemangat , saya teruskan dengan plan diet yang coach berikan, sehinggalah pada 1 April 2016 saya telah berjaya turun sebanyak 14kg dari berat 64kg ke berat 50kg. 14kg dalam masa 3 bulan dan amazing tanpa apa-apa ubat kurus. Coach pesan 

“Nak makan apa-apa pun makanlah tapi jaga portion dan jangan salahkan nasi sebab gemuk”

Tapi yang sentap dan buatkan saya semangat adalah ayat coach lazerr juga tau, boleh tahan mulut coach, tapi saya ambil secara positif, kata coach :

” Makanlah nak makan aiskrim ke Mcdonald ke KFC ke sebab yang gemuk awak bukan saya” 

66kg
Inilah Transformasi penurunan berat saya sehingga mencapai berat Ideal 49kg

saya akan ingat sampai bila-bila ayat ini , bagi saya kita yang bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri dan bukan orang lain, kalau kita gemuk kita yang salah jadi kalau kita nak kurus kita kena usaha sendiri.Alhamdulillah saya sekarang dah 49kg, semua kawan-kawan dan ahli keluarga memuji penampilan saya terutama suami tercinta yang turut terkena tempias makanan sihat yang saya amalkan. Yang best ada orang panggil saya anak dara sebab penampilan dah berbeza , hallo dik akak ini dah mak dara anak 2 tau ,pelbagai pujian yang buat kan saya sangat -sangat bahagia senyum meleret dik dah boleh catwalk tau jadi model sogo sebab tak cukup inci aje berangan laa sorang-sorang heheh. Bukanlah pujian itu yang saya dambakan tetapi bila usaha kita ada terbuah hasil pasti ada senyuman kepuasan yang akan terbit dibibir kan.

Apa pun buat coach madi yang tidak jemu-jemu menjawab segala pertanyaan saya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan dan sampai akhirnya berikan kembali keyakinan dalam diri saya dan sinar kebahagian di dalam keluarga saya. Bagi saya diet coach sempoi , mudah sesuai untuk orang malas macam saya. Buat Ahli keluarga terutama suami tercinta yang tidak pernah putus harapan dengan isteri mu ini, dan juga buat sahabat handai dan kenalan yang sentiasa menitikkan suara kekentalan terima kasih saya ucapkan. I WILL ALWAYS LOVE YOU ALL. 

e6df2d6d-41fd-440b-b4c5-2bd4b7327da0
Comel kan bila dah 49kg ini rasa macam bebanan tu dah hilang dan badan rasa lebih sihat

Kini saya jadi idola buat kawan-kawan di pejabat untuk kurus secara sihat, bagi saya ini satu bentuk pujian yang saya akan galas dan bantu mereka juga nanti. Pesanan saya jika anda nak kuruskan badan secara sihat dapatkanlah bantuan dari mereka yang dapat membantu anda, sudah dan cukuplah bergantung kepada ubat kurus dan bagi saya COACH MADI the Best dengan approach yang sempoi, kadang-kadang kelakar dengan mulut yang laser tapi Apa yang dikatakan ada kebenarannya. Buat Anda dapatkan bantuan dari COACH MADI  dan Jujur Dengan Diri Anda.Buang Segala Alasan. Pesanan Terakhir dari Coach

“Lemak 40 tahun yang diternak takkan nak hilang dalam masa 4 hari, jadi ubahlah gaya pemakanan anda dan ia satu proses yang sukar tapi tidak mustahil.”

 

 

Comment(15)

  1. menarik la cerita ni.saya pun mengalami nasib yg sama susah nak turunkan berat.skarang 110kg dulu masa student 65 kg je

  2. saya juga ada masaah yg sma…belum berkhwin ( akan berkhwin bulan 12 nnti) tp disebbkan berat bdn yg obes nie org ingt cm dh kwen dn dh beranak pinak…malu pung ada ..org panggil cik moklah,debablah..mcm2 lgilah pnggilan yg diberi…sabar jelah.. dimna harus sy bermula ye?. dihari perkhwinan nnti , sy klu blh nklah kurus sikit xdelah ketara sgt sbb tunang sy nie kurus je orgnya…

    1. untuk tahu lebih detail sila whatsapp saya ke 0169550465 tidak semua orang saya akan ambil untuk saya guide hanya untuk mereka yang serius sahaja

  3. Sy pon tringin nk kurus mcm diaorg jgk.. dah kawin 9 bln n blom dkurniakan zuriat.. ayat yg salu org² lontar kt sy,mcm mna nk dpt baby gmok cgt..😢😢 Allah je taw prasaan sy ms tuh,sedih n sentap sorang².. stress pon ade!!

  4. cuba baca dekat link yang saya berikan , kalau baca semua rasanya kos semua saya dah terangkan ..rajinkan lah membaca

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *