Home TIPS KURUS 9 Tabiat Buruk Pemakanan Yang Perlu Anda Ubah Untuk Kehidupan Lebih Sihat
9 Tabiat Buruk Pemakanan Yang Perlu Anda Ubah Untuk Kehidupan Lebih Sihat

9 Tabiat Buruk Pemakanan Yang Perlu Anda Ubah Untuk Kehidupan Lebih Sihat

0
0

Alhamdulillah sudah masuk tahun ke 2 saya jalankan Program diet Pemalas, dalam masa ini saya telah temui pelbagaikan jenis masalah dan tabiat mereka yang hendak saya bantu. Saya kongsikan 7 tabiat buruk pemakanan yang perlu anda ubah untuk kehidupan lebih sihat dan menjalani gaya hidup bebas dari penyakit.

9 Tabiat Buruk Pemakanan Yang Perlu Anda Ubah.

1.Minuman 3 in 1

Masih ramai yang tidak sedar bahawa minuman 3 in 1 adalah salah satu punca yang menyebabkan berat badan susah nak turun tetapi juga akan memberikan kesan kepada kesihatan. Kenapa saya kata minuman 3 in 1 tidak sihat?Sebabnya adalah kandungan gula dalam minuman 3 in 1 adalah bersamaan dengan 3 sudu gula, dan kreamer juga adalah dalam kategori lemak tepu yang tidak sihat kepada kesihatan serta terlebih kalori.

Selain itu ada minuman 3 in 1 yang ada kandungan kacip fatimah, tongkat ali, dan bermacam lagi tapi ingatlah kandungan itu tersangatlah sikit dalam minuman kita dan tiada pun kesan yang besar pada kita. jadi ubahlah tabiat anda dengan buang semua minuman 3 in 1 dan kalau nak minum kopi atau teh bancuh sendiri dan kawal kandungan gula anda sendiri. Bukan tak boleh minum kopi,teh dan sebagainya tapi anda kena tahu kandungan gula yang anda ambil.

2. Makanan Segera

Ini lah yang paling membimbangkan , alasan kesibukan dan takda masa menyebabkan anda terjebak dengan makanan segera yang sangat mudah di dapati di pasaran sekarang.Saya selalu perhatikan ibu bapa bawa anak-anak ke MCd, Kfc, dan pelbagai premis lagi , tapi mereka tidak sedar tabiat makanan segera ini akan mempengaruhi kesihatan dan gaya hidup anak anda.

Seperti mereka yang bekerja juga, jalan pintas untuk rasa kenyang adalah makanan segera tapi mereka sedar atau tidak yang makanan itu hanyalah beri kesan kenyang sementara dan anda akan lebih rasa nak makan selepas itu. Jadi bukanlah saya kata “haramkan” terus makanan segera tapi berpada-pada , kalau nak makan pun sebulan sekali atau pun setahun 2 kali , ini apa saya buat , saya kalau nak makan makan aje cuma saya makan sangat jarang. Ubahlah gaya hidup anda sebelum terlambat.

3. Makan Lewat Malam

Ini yang saya tak faham sebenarnya, macam mana waktu tidur tapi anda makan?Sudah pastinya akan memberikan kesan kepada berat badan dan kesihatan secara keseluruhannya. Terutama anda yang bersukan lewat malam , balik main futsal badminton tu bagus dah bakar lemak tapi aktiviti selepas itu makan roti canai, teh tarik, jadi segala usaha anda yang bakar lemak tadi dah jadi sia-sia dan tiada kesan pun .

Tabiat makan lewat malam jam 12 tengah malam ke atas ini dah jadi semacam budaya yang menyerap masuk dalam masyarakat kita, kedai-kedai mamak 24 jam masih penuh dengan manusia. Please ubah tabiat ini , mungkin masa ini anda tak merasa kesannya tapi bila usia menganjak tua baru anda akan nampak kesannya. We can change .

4. Makan Di Luar

Saya faham anda sibuk dengan kerja dan memilih untuk makan di luar daripada masak sendiri di rumah. Tapi tabiat ini menjadi bila 7 hari seminggu 30 hari sebulan dan 365 hari setahun anda asyik makan di luar sahaja, satunya sudah tentu akan pengaruhi belanja anda tapi yang lagi besar masalahnya adalah kita tidak dapat kawal kandungan garam , gula , minyak dan juga bahan perisa tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan kita. Tahukah anda makanan di luar tu memang sedap tetapi sedarlah yang makan diluar akan memberikan peluang kepada orang lain yang tentukan kesihatan anda.

Cubalah masak setiap hujung minggu sabtu dan ahad sebagai permulaan , dengan ini anda tahu apa yang masuk di dalam perut anda dan dapat kawal apa yang tidak perlu masuk dalam diri anda. Hanya Anda dapat tentukan Kesihatan anda dengan ubah tabiat anda.

5.Skip Sarapan

Ini tabiat yang saya selalu temui, suka sangat skip atau tidak ambil  sarapan , kononnya makan sikit akan cepat kurus.Apa yang anda tidak tahu sarapan adalah komponen yang anda perlu wajib ambil setiap hari. Sebab sarapan akan bantu meningkatkan metabolisme badan anda tapi penting juga ambil sarapan yang lebih sihat.

Kita di bukanlah diet zaman batu kena berlapar baru dapat kuruskan badan, kita perlu bijak dalam memilih makanan dan tahu cara yang betul untuk kuruskan badan. Bukanlah buat sesuatu tu tanpa ada ilmu dan guide, dan akhirnya kita tak sedar pun tabiat yang kita amalkan selama ini bukanlah tabiat yang baik tapi tabiat buruk yang beri kesan pada kesihatan anda.

6. Kurang Makan Buah Dan Sayuran Hijau

Buah dan sayuran hijau ini macam musuh kepada anda, terasa pelik kan kalau makan buah, dan lagi teruk kalau ada yang makan buah dengan sayur ini diperli katanya “kambing” sebab makanan hijau macam rumput. Apa punya mentaliti manusia pun saya tak tahu orang macam ni, sayuran dan buah-buahan adalah pemakanan sihat dan orang yang amalkan sayur dan buah insyaAllah akan berikan kesihatan yang lebih baik.

Bersahabat baiklah dengan sayuran dan buah-buahan , sehari kalau buah dalam 3 hidangan tapi kalau buah tu janganlah buah durian , rambutan bukan tak boleh makan cuma buah tempatan ini berpada-pada sebab kandungan gula agak tinggi. Ubah tabiat anda , mulakan membeli buah-buahan seperti epal hijau, betik, nenas, buah naga ikut budget anda sendiri dan masukkan semua ini dalam senarai pembelian anda. Ingat tau..

7.Tertipu Dengan Minuman Kesihatan

Mudah sangat kita tertipu dengan mainan pemasaran produk yang dikatakan sihat dan bagus untuk kita amalkan tapi hakikat sebenarnya makanan itu adalah tidak sihat kepada kita. Sebagai contoh ada minuman Bliss, yang katanya sesuai untuk kuruskan badan dan ada pula cabaran kurus dengan minuman ini tapi anda tak sedar dan tak baca pun label minuman ini kan , cuba tengok label mula-mula tu tengok kandungan gula, sekali tengok terbeliak biji mata kandungan gula 18-20 gram, sangat tinggi gula tau. Jadi kena ada ilmu dan lihat sendiri dan jangan mudah tertipu dengan taktik pemasaran yang pengaruhi kita.

Selain itu contoh adalah minuman 100 plus dan minuman bikarbonat itu pun tabiat buruk yang anda perlu buang jauh-jauh. You Are What You Eat.

8. Makanan Bergoreng dan Berminyak

Kita suka sangat makanan bergoreng kan sebut aje ayam goreng berempah, nasi goreng kampung , mee goreng , kentang goreng, apa sahaja yang enak katanya bergoreng dan berminyak. Anda tahu yang makanan bergoreng ini tidak sihat kepada anda kalau terlebih makan, tapi kenapa anda masih lagi tidak dapat ubah tabiat ini. Sebabnya anda rasa anda belum lagi kena penyakit dan bagi anda itu takpa biar kena dulu kita ubah atau pun dah kena penyakit tapi masih belum sedar untuk berubah. Pilihan di tangan anda..

9. Jadi Wakil Majlis Perbandaran

Selalunya yang jadi wakil majils perbandaran ataupun DBKL adalah insan bergelar mak , isteri atau ibu , makanan anak yang tak habis , mak biasanya akan habiskan, macam mana tak gemuk akak kan , semua jenis makanan di sapu hanya ditolak batu , kayu dan besi aje yang lain selagi boleh kunyah dah telan semua dia bedal. Buruk bebenor tabiat tu , udahlah stop jadi DBKL dan didik anak anda makan lah ikut perut dan jangan ikut sangat nafsu makan. Makan sikit kalau nak lagi tambah barulah boleh kita elakkan pembaziran dan tidaklah kejadian ngeri berlaku lagi.

Jadi anda tahu kan apa tabiat buruk anda yang anda perlu ubah dan diperbaiki untuk jalani hidup yang lebih sihat dan berkualiti. Buat pilihan dengan bijak untuk diri anda sendiri, untuk keluarga dan untuk orang yang tersayang. Kita mampu berubah .

Wajib TAHU: Jika Nak Saya Bantu KUrus Secara Sihat Tanpa Produk Kurus 

 

 

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *