Home KISAH KU Suami Ku Mr Chef
Suami Ku Mr Chef

Suami Ku Mr Chef

0
14

Setiap orang yang mempunyai masalah berat badan akan impikan untuk dapatkan berat badan yang ideal , begitu juga saya. Saya kenalkan diri saya Puan Mariam Binti Awang Kechik , berumur 44 Tahun dari Sungai Petani , Kedah yang juara Piala Malaysia 2016 tu ..nak habaq mai .Kisah saya kongsikan adalah perjalananan saya dengan suami ku mr chef dalam menurunkan berat badan secara sihat

Kak diberikan seorang suami yang merupakan seorang chef memang buatkan kak teramat bahagia tetapi tahu ajerlah kan kalau dah suami ku mr chef ini akan masak yang sedap dan segala resepi dicuba dan akibatnya jadi macam akak ini berat naik mencanak ke 89kg dari 60kg masa mula-mula kahwin. Cuba bayangkan dengan ketinggian hanya 148cm , berat 89kg terasa sangat terseksa bukan hanya jiwa raga tetapi juga lutut yang menanggung beban berat ini.

Suami Ku Mr Chef

suami ku mr chef
Suami Ku Mr Chef

Semasa berkahwin , berat kak dalam 60kg memang orang kata dah cukup berat dan obes dan dapat pula suamiku mr chef ini tahu ajerla kan , segala menu yang dia masak , akak yang jadi juri dan tukang merasa , dah laa masak sedap pastinya makan tak ingat dunia dah. Orang kata untunglah dapat suami pandai masak tetapi yang tak berapa untung berat naik cam sesuka hati aje tanpa ada signal merah ke kuning terus aje naik sampai kemuncak 89kg. Sayalah majlis perbandaran Sungai petani yang habiskan masakan mr chef kat rumah.

Dengan kerjaya sebagai pembantu tadbir di klinik kesihatan , kak didedahkan dengan pelbagai kes yang melibatkan penyakit dari kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi. Bila setiap hari dikelilingi oleh bermacam penyakit ini , timbul sedikit kesedaran untuk kak turunkan berat badan, tetapi tahu ajerla kan gaji pembantu tadbir berapa sangat untuk kak beli ubat kurus yang sememangnya agak mahal di pasaran.

img_5434
Semasa Berat 89kg

Hari-hari kak jumpa dengan pesakit memang buatkan kak insaf tapi belum tahap buatkan kak nak berubah lagi, selain itu segala majlis kak sangat malu nak hadiri , tahu ajerlaa kan dengan berat 89kg ini, bukan setakat baju yang susah nak cari tetapi sakit tumit , sakit lutut dah macam-macam lagi rasanya. Kalau nak cerita ubat tahan sakit ini dah macam kak telan sampai tak larat dah.

Bila berat badan berlebihan dan juga persekitaran kerja yang agak stress buatkan emosi kak pun kurang stabil , selalu nak marah-marah , suka berleter dan macam mak nenek dah jadinya.

Sindiran Itu Menguris Perasaan

Tapi ada juga kawan-kawan pejabat yang bergurau kononnya ,kalau ada kerusi patah semua disebabkan kak ..kak hanya mampu tersenyum tetapi dalam senyuman tu kak menangis tau..sedih sangat sampai macam tu , bagi mereka itu gurauan tapi bagi kak itulah yang buatkan kak menangis sendirian.

Bukan itu aje ada kawan yang rasa mereka bergurau tetapi mereka tak tahu atau pura-pura tak tahu yang gurauan itu sangat menguris perasaan. Bila sekali lagi ada kawan bergurau yang bila kak mati nanti , nak minta doktor buat post mortem tapi mereka kata susah nak operate sebab badan kak dipenuhi dengan lemak tak jumpa mana puncanya.

Ya Allah sekali lagi hati kecil ini terguris dalam senyuman. Pesanan kak pada kawan-kawan janganlah keluarkan kata-kata begini , walaupun dalam gurauan tetapi dalam kesannya. Sebagai kawan fahamilah orang seperti kak ini bukanlah minta untuk jadi gemuk tetapi kami tersilap dan kami akan berubah ..percayalah dan selami apa perasaan kami.

Inilah Saatnya Ku Berubah

img_5438
Inilah Rekod pesakit kencing manis Daerah Sungai Petani

Apa yang sebabkan kak berubah dan betul-betul buatkan kak nekad untuk turunkan berat badan??

ini kak kongsikan ya , sebelum puasa tahun 2015 kak nekad dan berazam untuk solat terawih di masjid sebab anak semua dah besar inilah masanya kak boleh beribadat dan mengeratkan silaturahim dengan qariah masjid, tetapi sedihnya akibat dari berat badan yang macam “king kong” dan kaki comel ini tak dapat nak tampung berat badan dan kak terpaksa solat teraweh di rumah.

Masa inilah suami tegur kak dan kata kak badan besar dan cuba turunkan berat 5kg dahulu. Sentap jantung jiwa raga tau bila suami yang tegur kak, tapi kak anggap itulah teguran yang positif yang kak akan gunakan untuk kuruskan badan. Masa kak mula berdiet kak ada buat ujian darah, keputusannya blood test kak 5.9 dan paras border nak kencing manis, kolestrol dan juga asid urin yang tinggi.

Sebelum puasa kak berjaya turun 3kg sahaja , jadi berat kak masa tu 86kg. Dalam bulan Ogos 2015, fikiran ini teringat kan aje teguran suami pasal berat badan kak yang berlebihan ini. Inilah masanya takkan kak bertangguh lagi. Kak buat syarat dengan suami yang dia mesti beri sokongan kepada kak untuk kuruskan badan.

Dapatkan Sokongan Dari Orang Tersayang

Ini sedikit pesanan dari kak , kepada yang punya suami dapatkanlah sokongan dari suami , kerana itulah semangat kita sebenarnya, kepada yang ada mak ayah dapatkan juga sokongan dari mereka supaya merekalah jadi tulang belakang dalam perjalanan hidup kita.

Bermula satu titik perubahan dalam lah hidup kak sebagai kaki jogging dan juga join kelas zumba dan pemakanan ikut dari piramid makanan. Tetapi peringkat permulaan kak hanya berjaya turunkan 3kg dan masa ini kak memang dah rasa give up. Alhamdulillah ada Mr Suami yang berikan sokongan. Dia cadangkan kak baca blog dan dapatkan inspirasi dari mereka yang telah berjaya.

Masa sedih dan berduka akibat diperlekehkan oleh rakan sekerja yang kata apa kak buat ini takkan berhasil, dan saat inlah kak terjumpa dengan blog coach mrtengkuasmadi .Bersinar kembali harapan kak dengan diet santai yang coach kongsikan, dan kak dapat inspirasi dari Kisah Sepasang Kebaya Merah , kisah perjalanan Ibu Lea menurunkan berat badan, yang melalui cerita yang hampir sama dengan kak. Tak rugi kak amalkan diet pemalas coach ini sangat mesra dengan perut saya orang melayu.

Perubahan Dirasai

img_5440
Semasa Berat 60kg

Bulan October 2015, kak dah dapat rasa perubahan pada baju banyak dah longgar dan masa itu kak dah turun sebanyak 12kg. Alhamdulillah setiap minggu timbang ada penurunan. Yang jadi penguat semangat kak adalah suami mr chef , dialah yang setia ikut kak bersenam bersama, dan jika tiada masa kat luar ,kak akan buat senaman aerobic di rumah berseorangan.

Yang buatkan kak bertambah gembira bukan hanya berat turun tetapi kak dah tak berdengkur bila tidur , suami dan anak-anak yang perasan pada perubahan kak. Ada lagi tau bacaan gula juga dah turun dari 5.9 ke paras 4.8, Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran padaNya.

Badan kak rasa lebih ringan walaupun masa ini berat masih lagi 71kg. Boss kak dan kawan yang banyak beri sokongan mula perasan dengan perubahan pada diri kak, tapi saat ini masih ada lagi kawan yang seperti tidak puas hati dengan perubahan kak dan ada terdengar suara sumbang yang mengatakan apa yang kak buat ini takkan bertahan lama nanti akan gemuk kembali. Kali ini kak dah tak sedih sebab kak tahu mr chef kak berdiri teguh menyokong usaha kak.

Bersedia untuk capai next target, pada januari 2016 kak target nak capai 65kg. Apa kak lakukan adalah makanan macam KFC , MCd atau pizza kak dah jarang beli dan kalau anak-anak teringin kak akan hantar dorang ke lokasi dan selesai makan kak akan datang jemput balik kak tak terlibat aktiviti makan makanan segera, kesan dari ini anak-anak kak dah kurang teringin dengan makanan segera dan ini adalah contoh yang kak tunjukkan kepada mereka supaya sayangi badan mereka sendiri.

Buat Pelaburan Yang Berbaloi

Kak lebih suka melaburkan duit dengan membeli pakaian sukan dan kasut , bagi kak beli yang mahal sikit takpa sebab itu pelaburan yang berbaloi kita buat untuk diri sendiri. Pada April 2016 kak dapat capai berat 65kg , Alhamdulillah walaupun agak tersasar dari sasaran kak, tapi kak tetap berjaya.

Kak teruskan lagi perjalanan dalam perubahan kak untuk lebih sihat, Kak jadi kan bilik simpanan rekod pesakit kencing manis untuk daerah Sungai Petani sebagai pemangkin semangat kak, Ya Allah tak terbayang oleh kak betapa ramai sekali yang ada masalah kencing manis. Bayangkan itu rekod baru satu daerah , kalau satu negeri kak tak taulah macam mana.

Love You Suami Ku Mr Chef

Alhamdulillah berkat sokongan suami my mr chef dan anak-anak serta boss di tempat kerja kak sekarang sudah dapat berat 52.5kg ,pencapaian yang pada mulanya kak sendiri pun tidak percaya yang kak boleh lakukan.

Sekarang ini mood pun dah boleh kawal , tiada lagi tekanan akibat dari masalah berat badan , suami dan anak-anak adalah antara mereka yang paling gembira dengan perubahan kak . Boss di tempat kerja, para nurses , ketua jururawat pun seronok dengan perubahan kak. Bukanlah pujian yang kak dambakan tetapi kak nak buktikan bahawa untuk kurus secara sihat bukanlah mustahil semuanya boleh dilakukan dengan iltizam dan keazaman yang tinggi.

Kak masih ingat kalau lah dulu kak dengan berat 89kg pasti susah untuk kak uruskan arwah ayah, semua terjadi pasti hikmahNya. Bila berat badan turun dan semakin sihat Alhamdulillah kak dapat berbakti kepada arwah ayah. Al-fatihah buat arwah ayah Insan istimewa dalam hidup kak.

Tercapai Hasrat

Paling kak seronok tahun 2016 kak dapat solat teraweh di masjid , walaupun kadang-kadang terlambat sampai masjid , masih ada ruang untuk kak sebab dah halus, Im so happy sampaikan ada pesakit yang minta tips dari kak dan juga baju-baju lama kak dah bungkus masuk kotak. Kak dah nekad untuk tidak mahu gemuk lagi dan tidak mahu lagi kembali ke masa gemuk dulu. Never look back.

img_5439
Sertai Marathon bagaikan mimpi jadi nyata

Saat yang kak paling banggakan adalah sekarang kak dah boleh sertai marathon, dulu ini mungkin adalah mimpi tetapi sekarang inilah realitinya kak mampu lakukan dan kak percaya adik-adik dan kakak di luar sana juga mampu lakukan.

Pesanan Dari Saya

img_5474
Inilah Perjalanan kak

Nasihat kak pada mereka yang mahu turunkan berat badan perlu dapatkan sokongan dari mereka yang tersayang terutama suami serta ahli keluarga. Sebab dengan sokongan mereka inilah semangat kita sebenarnya. Selain itu perlu perbetulkan niat kita untuk kuruskan badan , tanya kembali diri kita kenapa kita nak kuruskan badan , adakah keranan dambakan pujian ataupun keranaNya. Kurus adalah satu Ibadah dan Sihat itu satu kemestian.

Penting juga dapatkan panduan yang betul dari mereka yang ada pengalaman dan pengetahuan, jangan terkapai sendirian , bagi kak secara peribadi Diet Santai coach madi ini antara yang mudah kak amalkan sebab kak tetap boleh makan nasi , kak tetap boleh enjoy dan tidak terlalu ekstrem. Percayalah pada untuk kuruskan badan jangan terlalu fokus pada berapa kg yang turun tetapi juga lihat kepada kesihatan dalaman serta rohani kita sendiri.

Bagi kak hendak kurus tiada jalan pintas semuanya bermula dengan displin dan istiqamah , buatlah perubahan secara perlahan-lahan tapi bukan mendadak. Biar Lambat asal Buat..Bukan kak tak percayakan ubat kurus tetapi untuk kak biarlah segala hasil yang kak capai ini dengan cara kak sendiri. Istiqamah , displin dan sabar itu kuncinya dan dapatkanlah bantuan dari mereka yang ada pengetahuan.

Harapan kak dengan perkongsian ini akan dapat berikan inspirasi kepada yang berada di luar sana yang masih berjuang untuk kuruskan badan , tiada yang mustahil untuk anda mencapai impian anda dan umur bukanlah halangan dan alasan , yang penting anda berubah dan hanya diri anda yang mampu ubah diri sendiri. Bertindak tanpa bertangguh.

Akhir Sekali Suamiku Mr Chef ..Love You dan terima kasih setia bersama saya ..Terima kasih juga para doktor dan rakan sejawat yang memberi semangat untuk saya ..

Comment(14)

  1. Terbaek…
    Tahniah Pn Mariam..
    👏👏👏👏👏
    Sape2 sajer pasti bole kurus….dengan azam dan semangat yg kuat demi utk kesihatan diri kita sendiri….
    Diri kita sendiri ..
    Kita yang tahu..
    Diri kita sendiri…
    Kita yang lebih memahami…

  2. Tahniah puan mariam atas kejayaan dan perkongsian. Semoga mampu membakar semangat saya dan juga sahabat lain yang tercari2 cara terbaik untuk kurus dan sihat. Terbaek coach madi👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *