Home Uncategorized 12 Simptom-Simptom Alahan Terhadap Gluten
12 Simptom-Simptom Alahan Terhadap Gluten

12 Simptom-Simptom Alahan Terhadap Gluten

0
0

Apakah itu gluten? Gluten merupakan sejenis protein yang didapati dalam bijian seperti gandum dan barli. Ada juga mereka yang mengalami alahan terhadap gluten . Gluten mewakili sebanyak 80% daripada asid amino (blok binaan kepada protein) yang terkandung dalam bijian ini.

Walaupun gluten tidaklah sebenarnya terkandung dalam bijian kuno seperti oat, quinoa, beras atau jagung, namun, teknik pemprosesan makanan moden kini mencampurkan makanan-makanan tersebut dengan gluten disebabkan oleh makanan tersebut diproses menggunakan peralatan yang sama dengan yang digunakan untuk gandum.

Paling penting, gluten kini digunakan untuk menghasilkan banyak bahan-bahan perisa tambahan yang terkandung dalam makanan-makanan yang dibungkus dalam perbagai jenis. Tambahan pula, kadang-kala juga kandungan gluten juga terdapat dalam makanan yang kelihatan tidak mengandungi gluten seperti salad dan gula-gula. Jadi, untuk mengelakkan pengambilan gluten hakikatnya adalah lebih mudah daripada yang disangka.

Di A.S, adalah dianggarkan bahawa tepung terutamanya tepung gandum yang mengandungi gluten, minyak sayuran serta gula tambahan kini digunakan hampir sebanyak 70% daripada jumlah sumber kalori yang diambil setiap hari! Melihatkan keadaan di mana protein yang berkualiti, lemak yang sihat serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak diambil berat oleh masyarakat A.S dalam hidangan mereka, maka tidak hairanlah sekiranya ramai di antara mereka yang menghidapi masalah kesihatan dan berat badan.

Bagaimanakah Alahan Terhadap Gluten Berbeza daripada Penyakit Seliak?

Alahan terhadap gluten berbeza daripada penyakit seliak (masalah penghadaman makanan yang mengandungi gluten) yang mana merupakan kecacatan yang dikesan apabila seseorang itu disahkan menghidapi alahan yang sebenar kepada gluten. Penyakit seliak ini dipercayai jarang-jarang berlaku, hanya menyerang kira-kira 1% atau kurang dalam kalangan golongan dewasa.

Antara simptom-simptom penyakit seliak ini ialah kekurangan nutrisi, tumbesaran terbantut, kanser, penyakit saraf dan psikiatri yang teruk bahkan boleh membawa kepada kematian. Sungguhpun begitu, walaupun seseorang itu disahkan negatif terhadap penyakit ini, namun terdapat kemungkinan yang dia akan menghidapi masalah alahan terhadap gluten yang mana turut memberikan banyak risiko kepadanya kelak.

Selama beberapa dekad yang lalu, dalam dunia perubatan Barat, pandangan umum mengenai masalah alahan terhadap gluten ini ialah samada seseorang itu disahkan menghidapi penyakit seliak dan menghidapi alahan kepada gluten atau tidak, dia tetap tidak boleh mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang mengandungi gluten.

Sungguhpun begitu, kajian terkini yang dilakukan yang turut disertakan dengan beberapa pengalaman mereka yang menghidapinya menunjukkan bahawa simptom-simptom alahan terhadap gluten ini tidaklah jelas dan nyata.

Kita sekarang sudah mengetahui bahawa simptom-simptom alahan terhadap gluten bahawa adalah berkemungkinan untuk seseorang itu menghidapinya tanpa menghidapi penyakit seliak. Satu terma yang baru telah diberikan kepada keadaan seperti ini iaitu kesensitivitian terhadap gluten yang bukan seliak atau non-celiak gluten sensitiviti (NCGS).

Mereka yang menghidapi NCGS ini boleh menghadapi keadaan di mana mereka tidak menghidapi penyakit seliak, dan mereka berasa selesa apabila mereka mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten.

Walaubagaimanapun, setiap individu yang berbeza boleh bertindak balas kepada gluten secara negatif dalam pelbagai bentuk. Bagi mereka yang mengalami keadaan NCGS ini, para pengkaji telah mendapati bahawa keadaan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor :

  • Ujian negatif terhadap penyakit seliak (menggunakan dua jenis kriteria iaitu histopatologi dan imuoglobulin E yang dikenali sebagai IgE) walaupun memiliki simptom yang sama.
  • Melaporkan pernah menghidapi kedua-dua simptom yang melibatkan penyakit usus atau tidak seperti sindrom kebocoran isi perut, kembung perut dan pening kepala.
  • Mengalami kesembuhan apabila mengamalkan diet yang bebas gluten.

Simptom-simptom Biasa Melibatkan Alahan Terhadap Gluten

Kerosakan yang dilakukan oleh gejala ini termasuklah penyakit seliak dan NCGS yang melibatkan sistem penghadaman di bahagian usus. Kajian yang lepas telah menyatakan bahawa kesan daripada gejala ini dapat dilihat daripada hampir keseluruhan sisten dalam tubuh badan kita.

Antaranya ialah sistem saraf tunjang (termasuk bahagain otak), sistem endrokrin, sistem kardiovaskular (termasuk jantung dan salur darah), sistem reproduktif dan sisten rangka.

Gejala alahan terhadap gluten ini boleh membawa kepada reaksi autoimun dan meningkatkan tahap keradangan (yang merupakan punca kepada kebanyakan penyakit). Namun, apa yang menjadi permasalahannya ialah ramai orang gagal untuk mengenal pasti simptom-simptom ini disebabkan tidak merasai tindak balas tubuh badan mereka terhadap makanan yang mereka ambil.

Simptom-simptom alahan terhadap gluten (atau NCGS) yang telah diketahui termasuklah:

  • Masalah pencernaan termasuklah sakit dibahagian abdomen, kekejangan, perut kembung, sembelit atau sakit perut.
  • Kepeningan, sukar untuk menumpukan perhatian dan mengingati maklumat.
  • Sering sakit kepala.
  • Perubahan perasaan, termasuklah keresahan dan tekanan.
  • Lemah tenaga dan keletihan.
  • Sakit di bahagian sendi dan otot.
  • Kebas di bahagian bahu dan kaki.
  • Masalah reproduktif dan ketidaksuburan.
  • Masalah kulit seperti dermatitis, eksima dan ruam pada kulit.
  • Kekurangan nutrien seperti anemia (kekurangan zat besi).
  • Masalah pembelajaran seperti autism.
  • Penyakit saraf dan psikatari seperti Alzheimer, dementia dan skizofrenia.

Bagaimanakah gluten boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah penyakit? Selain daripada apa yang kebanyakan orang fikirkan, alahan terhadap gluten dan penyakit seliak ini bukan hanya sekadar melibatkan masalah pencernaan.

Hal ini berdasarkan hasil kajian yang menyatakan bahawa gluten juga boleh menyebabkan belakunya perubahan yang tertentu dalam isi perut yang melibatkan mikrobiota – yang mana kesihatan kita secara umumnya bergantung kepada kesihatan isi perut kita.

Alahan terhadap gluten juga boleh memberi kesan kepada hampir kebanyakan sel, tisu dan sistem dalam tubuh badan disebabkan oleh bakteria yang membiak di dalam isi perut membantu mengawal seluruh proses penyerapan nutrien dan penghasilan hormon untuk fungsi metabolik dan proses kognitif.

Apakah yang Menyebabkan Berlakukannya Gejala Alahan Terhadap Gluten Ini?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi gejala ini. Antaranya ialah, masalah dalam diet harian serta kandungan nutrien, kerosakan flora-flora dalam isi perut, keadaan sistem imun, faktor genetik dan keseimbangan hormon semua ini boleh memainkan peranan kepada berlakunya gejala ini.

Sebab yang paling utama ialah masalah yang berlaku dalam laluan pencernaan. Gluten tidak mengandungi nutrien dan ia sukar untuk dicerna oleh kebanyakan orang samada dia menghidapi alahan terhadap gluten atau tidak.

Antinutrien ialah bahan-bahan tertentu yang wujud secara semual jadi dalam makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti bijian dan kekacang. Tumbuhan mengandungi antinutrien yang bertindak sebagai mekanisme perlindungan kepada dirinya daripada pemangsanya.

Ia melindungi spesisnya dengan cara membawa toksik antinutrien ini yang mana boleh jadi berguna kepada manusia apabila mereka memiliki keupayaan untuk melawan jangkitan, bakteria atau patogen dalam tubuh badan.

Gluten merupakan salah satu jenis antinutrien yang terkandung dalam bijian yang memberikan kesan kepada manusia sekiaranya dimakan:

  • Ia akan menggangu proses pencernaan normal dan akan menyebabkan perut kembung, sembelit dan sakit perut disebabkan oleh kesan daripada bakteria yang hidup di dalam isi perut kita.
  • Ia boleh merosakkan lapisan permukaan isi perut sehingga menyebabkan sindrom kebocoran isi perut dan tindak balas autoimun.
  • Ia melekat pada sesetengah asid amino (protein), vitamin dan mineral sehingga menjadikan ia tidak boleh diserap.

Sindrom kebocoran isi perut berkait rapat kepada gejalan alahan terhadpa gluten ini, yang mana ia merupakan satu penyakit yang terus berkembang apabila terdapatnya bukaan kecil dalam lapisan dalaman perut dan kemudiannya protein-protein yang bersaiz besar serta mikrob yang ada dalam perut akan terkeluar daripadanya.

Molekul-molekul yang kebiasaannya disimpan di dalam perut berupaya untuk memasuki aliran darah dan terus bergerak di seluruh bahagian anggota badan sehingga boleh menyebabkan berlakunya keradangan baik yang kronik mahupun yang biasa.

Berapa Ramai Orang yang Menghidap Gejala Alahan Terhadap Gluten Ini?

Salah satu ciri yang kini digunakan oleh pakar perubatan untuk mendiagnosis NCGS telah ditemui. Pesakit kebiasaannya akan mengalami lima tanda sebelum disahkan menghidapi gejala ini:

  • Beberapa simptom biasa penyakit seliak (sakit perut, perut kembung, sakit di bahagian abdomen dan kekurangan nutrien)
  • Simptom akan berkurangan sekiranya mengikuti diet yang bebas gluten.
  • Menunjukkan tanda-tanda kerosakan usus.
  • Faktor genetik .

Sesetengah orang mengganggarkan bahawa enam hingga 10 kali ganda seseorang itu akan menghidapi alahan terhadap gluten ini berbanding penyakit seliak. Hal ini bermakna, seorang daripada 10 orang dewasa mungkin boleh menghidapi NCGS atau alahan terhadap gluten.

Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk mendiagnosis NCGS dengan tepat disebabkan oleh kebanyakan simptom yang disebabkan oleh gluten adalah banyak dan hampir sama kepada simptom yang disebabkan oleh penyakit lain (seperti keletihan, sakit badan dan perubahan perasaan).

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *