Home TIPS DECO RUMAH 7 Sifat Malas Yang Perlu Anda Buang Humban Ke Lautan Hindi Jika Nak Kurus Secara Sihat
7 Sifat Malas Yang Perlu Anda Buang Humban Ke Lautan Hindi Jika Nak Kurus Secara Sihat

7 Sifat Malas Yang Perlu Anda Buang Humban Ke Lautan Hindi Jika Nak Kurus Secara Sihat

0
0

Tahniah negara ku tercinta Malaysia sebab dinobatkan sebagai negara paling gemuk di Asia, bangga tak akak sekian, mestilaa bangga kan no satu tu, Mesti akak juga penyumbang kepada kemenangan negara kita tu , tahniah tau. Ok tak mahu membebel lama , cuma kali ini saya nak senaraikan sifat malas yang saya selalu jumpa dengan mereka yang nak kurus ni, kononnya aje laa nak kurus tetapi pemalasnya mengalahkan hantu kak limah kejar penjahat.

Alhamdulillah dah dua tahun saya jalankan program Diet Pemalasdari sini lah bermacam orang yang saya jumpa yang kononnya nak kurus tetapi bila dah beri panduan macam-macam sifat malas yang muncul yang sengaja di jadikan alasan.

6 Sifat Malas Yang Perlu Anda Buang

Kali ini saya akan senaraikan sifat malas yang perlu anda buang dan humban ke dasar lautan Hindi jika nak kurus secara sihat.

1.Malas Mencari Ilmu

Ini yang saya paling pantang, semuanya nak kena suap , semua nak kena beri. dah beri pun masih tak ikut cam mana tu ?? Jika tak tahu bertanya tu adalah salah satu cari untuk cari ilmu bukannya duduk diam dan bila gagal kurus terus salahkan orang lain katanya tak membantu.

Hallo dik yang nak kurus tu siapa, jadi adik akak laa yang kena usaha, orang lain boleh bantu berikan ilmu kalau anda juga mencari, itu adalah proses mencari ilmu , jangan harapkan orang beri sahaja, akak-akak pun kena ada alternatif untuk bertanya dan mencari dengan mereka yang pakar dan ketahui. Diam takkan membisu bukan cara nak mencari ilmu, Cikgu dah beri ilmu tapi kalau anak murid buat-buat faham, agak-agak cikgu tahu ke ?So bertanyalah ya ..Ilmu tu mahal tak semua orang sudi membantu anda jika bukan diri sendiri ya.

2. Malas Berubah

Masih degil dan ego dengan dalam menerima perubahan adalah sifat malas yang selalu saya jumpa. Terlalu selesa dengan apa yang di amalkan sekarang tetapi dalam masa yang sama nak kurus ?Macam mana tu kak , kalau nak ada kesan dan dapat turunkan berat badan kenalah berubah.

You will never succeed jika terus dengan sifat degil dan ego dengan perubahan yang orang lain cadangkan. Akak dengan mentaliti akak yang tak boleh menerima perubahan kononnya kalau ubah pemakanan ini akak akan ketar-ketar kelaparan. Hallo siapa yang suruh diet tak makan , tu laa sebabnya kena cari ilmu untuk diet jangan diet cacar merba , hentam kromo aje. Bila ada ilmu perubahan yang kita buat pun lancar.

3. Malas Memasak

Ada orang yang beri alasan malas memasak sebab untuk kurus ini kena rajin memasak. Habis tu akak nak kurus tapi asyik nak makan kat luar aje , memang taklaa kurus kalau itu sifatnya kak. Makanan di luar tu kita tak tahu berapa banyak gula , garam dan perisa tambahan yang mereka letakkan.

Bila memasak sendiri di rumah kita dapat kawal semua tu , dan dari situ kita dapat hasilkan menu yang lebih sihat. Jangan nak beri alasan tak dilahirkan untuk jadi tukang masak, that nonsense ok , zaman sekarang ini ilmu kat hujung jadi aje , buka pokcik google tanya makcik youtube segala jenis masakan boleh belajar, semua tu antara hendak atau tidak aje, betul tak ?

4. Malas Bersenam

Paling kerap saya dengar dan jumpa alasan adalah malas bersenam dan tiada masa nak bersenam. Aduhai kita diberikan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu takkan langsung tiada ruang dan masa nak buat aktiviti sihat?

Penyakit alaf baru inilah dia beli alat senaman hanya sebagai aksesori  dan deco rumah aje, kalau jiran datang bertanya boleh beritahu yang cantik deco akak siap ada sarang labah-labah lagi. Its about time untuk buang dan humban segala sifat malas anda ke lautan pasifik. Itu semua alasan yang anda gunakan untuk larikan diri !!Please la help yourself dont expect others care kalau akak sakit?kalau akak gemuk?Hanya diri sendiri aje boleh bantu diri akak tau!

5. Malas Berusaha

Akibat akak yang malas berusaha inilah berlaku lambakan bermacam ubat kurus di pasaran. Namakan aje ubat dari huruf A hingga Z akak dah cuba tapi tak nampak kan hasil atau hasil hanya sekejap sahaja.Nak cepat kurus punya pasal kan , kesihatan langsung tak di ambil kira. Apa jadi pada buah pinggang ke hati dan jantung pun tak kisah dah sebab semuanya nak kurus.

Please Insaf dan terasa ya sebab inilah hakikat sebenar orang kita, kalau nak cepat kurus ke atau sebut apa sahaja nak cepat kaya ker laju aje nak join , tapi bila ada orang yang nak bantu dengan cara yang lebih selamat skeptical sangat kan. Katanya nak kurus tapi malas berusaha , sorry to say laa ya sila lah berada dalam kegemukan itu selamanya!!

6. Malas Beri Komitmen

Komitmen untuk berubah adalah paling besar cabarannya. Jika anda malas nak beri komitmen, you will never taste the victory. Orang yang beri komitmen kepada diri sendiri untuk berubah dan lebih displin amalkan pemakanan sihat akan merasa kejayaan.

Jangan malas hendak beri komitmen pada diri anda sendiri sebab itulah yang membezakan anda dengan orang lain. Mereka yang beri komitmen pada sesuatu yang mereka buat akan mencapai kejayaan sebab mereka nampak dan tahu apa yang mereka amalkan. Jangan pernah merasa takut untuk beri komitmen sebab kejayaan bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

7. Malas Ambil Tanggungjawab Pada Diri Sendiri

Sifat malas yang paling besar adalah malas ambil tanggungjawab pada diri sendiri. Katanya sayang pada diri sendiri, sayanglah sangat kan tapi kenapa tak ambil tanggungjawab untuk beri sesuatu yang lebih sihat kepada badan kita.

Tak kesian ke dengan badan kita bawa bebanan berlebihan?Tak kesian ke pada lutut yang dah menjerit-jerit akan beratnya beban yang dipikul?Tak kesian ke pada buah pinggang anda yang terpaksa berhempas pulas singkirkan segala toksin yang masuk dalam badan anda? Tak kesian ke pada jantung yang terpaksa kerja lebih masa untuk keperluan badan anda?

Jika anda ambil tanggungjawab dan sayangi diri anda pastinya anda takkan biarkan semua ini berlaku. Let’s start LOVE YOUSELF before others. Macam mana anda nak jaga suami anda , nak jaga anak anda, nak jaga ibu dan ayah yang anda sayang jika anda tak mula SAYANG DIRI ANDA SENDIRI.

Love Youself Before Love Others

Harapan saya agar apa saya kongsikan ini membuatkan anda terfikir di mana anda berada dan tahap mana dah anda cuba untuk berusaha dan buang segala sifat malas yang ada ini.

Berubahlah Sekarang Sebab Tiada Siapa Yang Akan Ambil Berat Tentang Anda Selagi Anda Tidak Mula Ambil Berat Tentang Diri Sendiri. Ianya Bermula Dari Anda Bukan Orang Lain!

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *