Home TIPS KESIHATAN Semua Kolestrol Tidak Diciptakan Sama: Bagaimana untuk Meningkatkan Kolestrol HDL ‘yang baik’?
Semua Kolestrol Tidak Diciptakan Sama: Bagaimana untuk Meningkatkan Kolestrol HDL ‘yang baik’?

Semua Kolestrol Tidak Diciptakan Sama: Bagaimana untuk Meningkatkan Kolestrol HDL ‘yang baik’?

0
0

Sering kali berlaku salah faham apabila kita menganggap bahawa kolestrol itu semuanya tidak baik dan apabila parasnya mula meningkat, kita sudah mula risau. Namun, bagaimanakah sekiranya saya beritahu anda bahawa terdapat sejenis kolestrol HDL yang bukan sahaja bagus jika kuantitinya banyak, namun ia juga mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung?

Saya ada satu berita gembira: Kolestrol yang seperti ini sebenarnya ada. Ia dikenali sebagai kolestrol HDL dan inilah kolestrol yang ‘baik’ untuk kita.

Jadi, sekiranya terdapat kolestrol yang baik untuk kita, bagaimana pula kita boleh meningkatkan kandungannya secara semula jadi? Jawapan mudahnya ialah melalui gaya hidup. Gaya hidup anda sebenarnya memberikan impak yang besar kepada paras kolestrol HDL anda itu. Jadi, lakukan perubahan kepada tabiat harian anda seperti diet dan senaman untuk menjana paras kolestrol HDL yang lebih sihat. Akhirnya ia akan mengurangkan risiko anda untuk menghidapi pelbagai masalah kesihatan.

Ayuh kita mula tingkatkan kolestrol HDL kita kerana perubahan ini sebenarnya boleh dimulakan hari ini!

Cara Semula Jadi untuk Meningkatkan Kolestrol HDL

Gen anda memainkan peranan penting dalam menentukan berapa banyakah kandungan kolestrol HDL yang tubuh badan anda hasilkan serta sub-jenis yang dihasilkan. Gen anda sememangnya sudah sedia menyarankan untuk anda tanpa anda sedari. Namun, pilihan gaya hidup anda pula adalah di bawah kawalan anda sendiri. Berikut merupakan beberapa cara yang mudah untuk anda tingkatkan kolestrol HDL anda:

1.Jangan Merokok.

Sebagaimana yang sedia tahu, merokok bukan sahaja menjadikan masalah kesihatan bertambah teruk, bahkan juga turut menjejaskan kandungan kolestrol HDL. Kajian menunjukkan bahawa merokok boleh memberikan kesan kepada kolestrol HDL dengan mengurangkan parasnya dan akhirnya mendorong kepada risiko penyakit jantung koronari. Jadi, jika anda merokok, anda sebenarnya sedang menambahkan masalah kepada kesihatan jantung anda.

2.Banyakkan Bersenam.

Untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, anda seharusnya bersenam setiap hari. Jika anda mahukan sebab mengapa anda perlu bersenam, maka sebab tersebut ialah paras kolestrol HDL anda. Peningkatkan aktiviti fizikak boleh meningkatkan kolestrol HDL anda. Senaman yang mengeluarkan peluh adalah yang terbaik untuk meningkatkan HDL namun, apa-apa pun ianya lebih baik daripada tiada langsung.

3.Mengurangkan Berat Badan.

Sekiranya anda mengalami berat badan berlebihan, pengurangan berat badan berlebihan sebanyak beberapa paun juga boleh meningkatkan kolestrol HDL anda. Untuk setiap enam paun berat badan yang anda kurangkan, kolestrol HDL anda boleh bertambah sebanyak 1 miligram bagi setiap desiliter. Hal ini bermakna, anda perlu menurunkan berat badan yang berlebihan itu dengan sebab untuk meningkatkan kandungan kolestrol HDL anda sekaligus merawat obesiti.

4.Makan Lemak yang Menyihatkan.

Untuk meningkatkan paras kolestrol HDL anda, anda perlu mengelakkan diri daripada pengambilan lemak trans yang kebiasaannya terkandung dalam margerin, barangan pembuatan kek dan makanan segera bergoreng. Sebaliknya, anda perlu mendapatkan lemak yang menyihatkan seperti lemak yang terkandung dalam buah avokado, minyak zaitun, kekacang dan ikan salmon.

Mengapa? Kerana lemak yang menyihatkan itu membantu menyeimbangkan kolestrol LDL dengan cara merendahkannya dan meningkatkan kandungan kolestrol HDL sekaligus memberikan jantung yang lebih sihat.

5.Mengurangkan Karbohidrat yang telah Diproses.

Diet yang tinggi dengan karbohidrat yang telah diproses seperti roti putih, gula dan sebagainya memiliki kesan negatif kepada paras HDL anda. Jadi, dengan mengurangkan pengambilan makanan ini anda boleh meningkatkan kembali paras kolestrol HDL anda. Dapatkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang lebih sihat seperti yang terkandung dalam buah-buahan.

6.Sederhanakan Pengambilan Alkohol.

Untuk kita umat islam semestinya diharamkan alkohol dan ini nasihat saya kepada yang amalkankan pengambilan alkohol berlebihan tidak pernah mengelokkan keadaan kesihatan seseorang. Sekiranya anda mengambil alkohol, pastikan ia dalam kuantiti yang sederhana.

Hakikatnya, pengambilan alkohol dalam jumlah yang sederhana sebenarnya dikaitkan dengan paras kolestrol HDL yang tinggi. Wain merah organik merupakan satu pilihan yang bijak namun jangan mula minum hanya kerana mahu tingkatkan paras kolestrol HDL kerana jika terlabih, ia boleh membawa mudarat berbanding kebaikan baik kepada paras kolestrol dan kesihatan anda.

7.Meningkatkan Pengambilan Niacin.

Niacin ialah satu bentuk vitamin B yang tubuh anda gunakan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu memelihara sistem pencernaan, saraf, kulit, ramput dan mata anda. Kebanyakan orang mendapatkan niacin atau B3 daripada diet mereka namun, ia juga sering kali diambil dalam bentuk ubat untuk merawat HDL yang rendah. Pengambilan suplimen niacin boleh meningkatkan paras kolestrol HDL sebanyak lebih daripada 30%.

Niacin juga boleh diambil dalam dos yang sedikit daripada yang ditetapkan. Namun, pengambilannya secara suplimen boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini terutamanya apabila diambil dalam dos yang banyak. Antaranya ialah, rasa hangat yang tidak selesa atau kegatalan di kulit. Selain itu, ia boleh menjejaskan fungsi usus kecil, otot dan hati.

Apabila bercakap tentang niacin, adalah lebih selamat untuk mendapatkannya melalui diet yang sihat. Antara makanan yang mengandungi niacin yang tinggi ialah ayam belanda, dada ayam, kekacang, cendawan, hati, ikan tuna, kacang hijau, daging organik, biji bunga matahari dan juga avokado. Dapatkan makanan ini untuk meningkatkan paras kolestrol HDL secara semula jadi!

8.Pertimbangkan Semula Pengambilan Ubat Anda.

Boleh jadi salah satu daripada ubat yang anda ambil menjadi penyebab kepada rendahnya paral kolestrol HDL anda? Mungkin! Pengambilan ubat-ubatan seperti streroid anabolik, beta blockers, benzodiazepines dan progestin boleh merendahkan paras kolestrol HDL anda.

Jika anda mengambil salah satu daripada ubat-ubatan ini, saya sarankan untuk kembali berbincang semula dengan doktor anda dan mempertimbangkan semula kalau-kalau ada yang boleh dilakukan bagi mengganti pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Apabila anda sudah mengetahui apa itu HDL, anda boleh lakukan pelbagai tindakan yang positif bagi menyelesaikan masalah yang anda hidapi tanpa menyebabkan berlakunya masalah yang lain.

Apakah Itu Kolestrol HDL?

Jumlah kolestrol diukur berdasarkan kepada jumlah kolestrol yang ada dalam darah anda yang meliputi HDL, LDL dan trigliserida. Walaubagaimanapun, jumlah kolestrol ini umumnya terdiri daripada LDL atau ‘kolestrol jahat’. Memiliki paras kolestrol LDL atau low-density lipoprotein yang tinggi boleh membawa kepada pembinaan plak di dalam arteri serta membawa kepada penyakit jantung dan strok.

LDL juga meningkatkan risiko anda untuk menghidapi satu keadaan yang dikenali sebagai penyakit arteri periferi yang berlaku akibat penyempitan saluran arteri yang menyeluarkan darah ke bahagian kaki. Berita baiknya ialah, semakin tinggi kandungan HDL anda, semakin rendahlah paras LDL anda.

Apakah pula HDL? HDL ialah high-density lipoprotein yang mana dikenali sebagai kolestrol ‘baik’.  HDL bertindak dengan cara mengambil lebihan kolestrol dalam salur darah anda dan kemudiannya membawanya kembali ke hati di mana kolestrol dipecahkan dengan lebih baik di sana.

HDL sebenarnya lebih bersifat komples daripada apa yang kita pernah fikirkan. Bukan sekadar sejenis partikel yang tunggal, HDL kini telah diketahui memiliki pelbagai jenis partikel. Semua HDL mengandungi lipid (lemak), kolestrol dan protein, namun sesetengah daripada HDL berbentuk sfera manakala yang lain pula berbentuk seperti donut.

Ada juga HDL yang membuang kolestrol ‘jahat’ keluar daripada darah manakala yang lain pula hanya sama seperti kolestrol. Atau lebih teruk lagi, sesetengah HDL memindahkan kolestrol melalui jalan yang salah atau melindungi LDL yang mana menjadikan hal ini sangat membahayakan kepada arteri.

Tindakan HDL yang tidak dapat diramai inilah menjadi sebab mengapa merendahkan paras kolestrol LDL sering kali menjadi tumpuan bagi mengelakkan diri daripada penyakit jantung dan stok.

Walaubagaimanapun, dalam dunia perubatan, baik yang konvensional mahupun yang holistik, masih lagi setuju bahawa dengan cara meningkatkan paras HDL yang rendah merupakan langkah yang bijak kerana kolestrol HDL yang rendah boleh menjadi lebih berbahaya berbanding kolestrol LDL yang tinggi.

Menurut the Mayo Clinic, paras HDL yang ideal bagi kedua-dua lelaki dan wanita ialah sebanyak 60 miligram bagi setiap deciliter darah. Jika paras HDL lelaki rendah daripada 40 miligram kolestrol bagi setiap deciliter darah atau wanita yang berada di bawah 50 miligram kolestrol bagi setiap deciliter darah, maka risiko kepada penyakit terutamanya penyakit jantung dikira akan turut meningkat.

Sebagaimana yang anda sudah mengetahui bahawa HDL merupakan kolestrol yang baik dan membantu hati anda untuk membuangkan kolestrol yang tidak berguna dalam badan anda. Maka, apa yang penting ialah HDL tidak boleh melarut begitu sahaja ke dalam darah.

Maka, itulah tugas bagi hati untuk memproses kolestrol. HDL merupakan pembantu bagi hati yang sangat baik. Memiliki paras HDL yang tinggi akan mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan stok, yang mana inilah sebab mengapa anda perlu mengawal kandungan kolestrol anda.

Kolestrol HDL vs. Kolestrol LDL

HDL

  • Merupakan lipoprotein berketumpatan tinggi.
  • Kolestrol ‘baik’.
  • Meningkat dengan diet yang sihat.
  • Merokok boleh merendahkan paras HDL.
  • Membantu mengurangkan LDL dan membuang kolestrol daripada arteri anda.
  • Paras HDL yang tinggi bersamaan dengan penurunan risiko kepada penyakit jantung dan strok.

LDL

  • Lipoprotein berketumpatan rendah.
  • Kolestrol ‘jahat’.
  • Paras meningkst dengan diet yang tidak sihat.
  • Merokok meningkatkan paras LDL.
  • Menjadi penyebab utama kepada kesumbatan di arteri.
  • Paras LDL yang tinggi menyebabkan risiko untuk masalah jantung dan strok tinggi.
  • Berat badan berlebihan adalah disebabkan oleh paras LDL yang tinggi dan paras HDL yang rendah.

Kesimpulan

Jika anda tidak mengetahui paras HDL anda, anda boleh mengetahuinya daripada pemeriksaan darah pada profil lipid. Profil ini memberitahu anda jumlah kolestrol anda secara keseluruhan begitu juga dengan HDL dan LDL. Tidak dapat tanda yang jelas bagi LDL yang tinggi dan HDL yang rendah. Jadi, amat penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan juga memeriksa kandungan kolestrol anda dengan kerap!

Ingat, antara cara yang terbaik untuk meningkatkan HDL ialah dengan merendahkan LDL seperti tidak merokok, bersenam, mengurangkan berat badan, makan lemak yang menyihatkan, mengurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses, pengambilan alkohol yang sederhana, meningkatkan niacin dan berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan anda. Lakukan perkara ini dan parhatikan paras HDL anda menaik dalam masa yang sama risiko penyakit jantung dan strok anda pula akan menurun.

Nak Tingkatkan Kolesterol baik HDL KLIK SINI

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK AKSES >>
close-link