Home KISAH KU 6 Sebab Susah Cari Orang Gemuk Di Korea
6 Sebab Susah Cari Orang Gemuk Di Korea

6 Sebab Susah Cari Orang Gemuk Di Korea

0
2

Minggu lepas saya travel ke Pulau Jeju dan Seoul Korea, selain dari negara yang bersih dan seronok untuk dilawati, saya dapati susah cari orang gemuk di seoul korea kalau jumpa pun dari negara malaysia ku tercinta , sungguh bangga kan bila jadi juara Asia bukan sukan asia tapi juara asia kencing manis 😱.

Dari pengamatan 10 hari berapa di bumi korea khususnya di pulau jeju dan bandar seoul sangat sukar nak terjumpa dengan mereka yang alami masalah berat badan, jika ada pun kes yang sangat terpencil.

Apa yang saya boleh simpulkan semua ini ada kaitan dengan gaya hidup dan pemakanan harian rakyat korea. ini pemerhatian saya

6 Sebab Susah Cari Orang Gemuk Di Korea

1.Suka Berjalan

Orang korea sangat suka berjalan dan mendaki gunung atau bukit . Semasa saya mendaki Mount Hallasan di pulau jeju 90% adalah rakyat korea yang berusia dari umur 6 tahun hinggga 70 tahun. Nak jumpa kawan dari malaysia panjat gunung takda hehe.

2. Pemakanan Yang Seimbang

Pemakanan harian penuh dengan sayuran segar dan kimchi. Kimchi adalah sayuran yang diperap dengan rempah dan disimpan. Kebanyakkan menu adalah yang saya jumpa ikan bakar , kimchi sayuran ada berbagai jenis dan nasi dalam ukuran 1 mangkuk sahaja. Makanan mereka penuh dengan sayuran dan protein sihat.

3. Pengangkutan Awam Yang Efficient

Di bandar Seoul memang terkenal dengan pengangkutan awam yang efficient. Ada laluan subway , bas dan teksi. Apa yang saya kagum sebaik sahaja keluar dari subway ada hanya escalator pada level pertama dan untuk sampai ke jalan utama ada lebih kurang 100 anak tangga perlu didaki. Bayangkan jika tukar line subway lain tetap kena panjat tangga. Peluh weh

4. Tua Tetap Aktif

Warga tua yang saya jumpa walaupun umur sudah lebih 60 tahun masih aktif berjalan di bandar atau kawasan kampung. Aktiviti berjalan sudah menjadi rutin dan tiada yang pagi-pagi lepak kedai minum kopi.

5. Nasi Makan Portion Yang Betul

Walaupun nasi adalah menu utama tapi mereka makan nasi dengan sayuran yang warna warni dan bukanlah jadikan “pengganti makanan” sebagai menu utama. Jadi makan nasi tak salah yang salah bila makan tidak seimbang.

6. Air Kosong Wajib

Air kosong disediakan disetiap restoran tanpa perlu minta. Jadi air kosong sudah jadi amalan. Bila di sana teramat jarang saya nampak order minuman manis dan selalu nya hanya air kosong peneman setia. Kalau kat malaysia air kosong pun kena bayar hehe.

Orang korea jadikan makanan dan apa yang dilakukan seharian adalah sebahagian dari gaya hidup. Tiada istilah diet makan itu dan jadi begini.

Pengajaran yang saya boleh ambil adalah, apa pun saya lakukan akan jadi gaya hidup yang perlu diamalkan sepanjang hayat. Jika kita pilih untuk sihat kita akan jalani gaya hidup sihat dengan makan makanan sihat penuh nutrisi.

Bagi yang nak turunkan berat badan sila berhenti diet tapi mula buat perubahan dalam pemakanan harian dan aktiviti. Mulakan sekarang dan bukan esok.

Tengku Asmadi
Sihat Itu Pilihan

Comment(2)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link