Home TIPS KESIHATAN 4 Sebab Mengapa Makanan Bergoreng Tidak Baik untuk Anda?
4 Sebab Mengapa Makanan Bergoreng Tidak Baik untuk Anda?

4 Sebab Mengapa Makanan Bergoreng Tidak Baik untuk Anda?

0
0

 

Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak merupakan kaedah memasak yang sering digunakan oleh restoran dan juga rangakaian makanan segera disebabkan oleh cara ini lebih cepat dan menjimatkan dalam penyediaan makanan. Tetapi ramai belum menyedari makanan bergoreng tidak baik kepada kesihatan mereka. Makanan popular yang bergoreng antaranya seperti ikan, kentang, ayam dan jejari keju.

Ramai yang menyukai rasa makanan yang bergoreng. Namun, di sebalik itu, makanan tersebut sangat tinggi kandungan kalorinya selain daripada lemak trans. Maka, makan banyak makanan tersebut boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Jadi, artikel ini akan membincangkan mengapa makanan bergoreng komersial sebenarnya tidak baik untuk anda dan juga akan memberikan alternatif lain yang lebih menyihatkan.

4 Sebab Mengapa Makanan Bergoreng Tidak Baik untuk Anda?

Makanan bergoreng memang mudah didapati terutama di premis perniagaan makanan segera dan juga di tepi jalan. Kali ini saya kongsikan sebab mengapa makanan bergoreng tidak baik  untuk kesihatan kita semua.

1.Makanan Bergoreng Tinggi Kalori

Dibandingkan dengan kaedah memasak yang lain, menggoreng dengan menggunakan minyak yang banyak akan menambahkan banyak kalori kepada makanan. Kebiasaannya, makanan bergoreng ini akan disalut dengan tepung sebelum digoreng. Tambahan pula, apabila makanan digoreng dalam minyak, maka ia akan kehilangan air dan menyerap lemak yang akan menambahkan lagi kandungan kalorinya.

Secara umumnya, makanan bergoreng juga tinggi lemak dan kalori berbanding yang tidak digoreng. Sebagai contoh, satu kentang rebus (100 gram) mengandungi 93 kalori dan 0 gram lemak. Namun, apabila ia digoreng, hasilnya menjadikan jumlah kalorinya meningkat kepada 319 kalori dan 17 gram lemak.

Contoh yang lain pula, 100 gram filet ikan kod yang dibakar mengandungi 105 kalori dan 1 gram lemak. Manakala ikan yang sama apabila digoreng akan mengandungi 232 kalori dan 12 gram lemak. Sebagaimana yang anda boleh lihat, kalori akan bertambah dengan mudah dengan makan makanan yang bergoreng.

Ringkasan: Makanan bergoreng mengandungi lebih banyak kalori berbanding yang tidak bergoreng. Makan banyak makanan bergoreng akan menyebabkan peningkatan kalori anda.

2.Makanan Bergoreng Kebiasaannya Mengandungi Lemak Trans yang Tinggi

Lemak trans terbentuk apabila lemak tak tepu mengalami satu proses yang dikenali sebagai hidrogenasi. Pengeluar – pengeluar makanan sering kali menghidrogenkan lemak menggunakan tekanan tinggi dan gas hidrogen untuk meningkatkan jangka hayat dan kestabilannya. Namun, proses ini juga turut terjadi apabila minyak dipanaskan pada suhu yang terlampau tinggi ketika memasak.

Proses tersebut telah mengubah struktur kimia lemak, menjadikan ia sukar untuk dipecahkan oleh badan anda. Kesannya akan menyebabkan masalah kesihatan. Hakikatnya, lemak trans ini kebiasaannya akan menyebabkan pelbagai risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, diabtes dan obesiti.

Disebabkan oleh makanan yang digoreng dengan minyak menggunakan suhu yang tinggi, maka sudah tentu makanan tersebut akan mengandungi lemak trans. Tambahan pula, makanan bergoreng kebiasaannya menggunakan minyak sayuran atau minyak bijian yang mana akan menghasilkan lemak trans apabila ia dipanaskan.

Satu kajian dilakukan terhadap minyak kacang soya dan kanola mendapati bahawa 0.6 hingga 4.2% asid lemak yang terkandung di dalam kedua-duanya adalah berbentuk lemak trans.

Apabila minyak ini dipanaskan pada suhu yang tinggi, seperti ketika menggoreng, kandungan lemak transnya akan meningkat. Malahan, satu kajian yang lain juga turut mendapati bahawa apabila minyak digunakan semula untuk menggoreng, maka kandungan lemak transnya juga akan meningkat.

Sungguhpun begitu, adalah penting untuk membezakan antarta lemak trans tiruan dengan lemak trans yang terhasil secara semula jadi dalam makanan seperti daging dan produk tenusu. Lemak trans yang semula jadi ini tidak menunjukkan kesan yang negatif sebagaimana yang terkandung dalam makanan bergoreng dan proses.

Ringkasan: Makanan bergoreng sering kali menggunakan minyak sayuran atau minyak bijian. Apabila ia dipanaskan, minyak ini akan membentuk lemak trans yang mana boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

3.Makan Makanan Bergoreng Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit

Beberapa kajian yang melibatkan golongan dewasa mendapat bahawa terdapat perkaitan antara makan makanan bergoreng dengan risiko penyakit kronik. Dengan kata lain, lebih banyak makan makanan bergoreng, akan lebih tinggilah risiko untuk menghidapi diabtes jenis 2, penyakit jantung dan obesiti.

Penyakit Jantung

Makan makanan bergoreng akan menyebabkan tekanan darah tinggi, pengurangan kolestrol baik dan obesiti yang mana semua ini menjadi punca kepada penyakit jantung. Apa yang jelas, dua kajian telah mendapati bahawa lebih kerang seseorang itu makan makanan bergoreng, maka lebih tinggilah risikonya untuk menghidapi penyakit jantung.

Satu kajian telah mendapati bahawa apabila seorang wanita makan satu atau lebih ikan goreng setiap minggu memiliki risiko sehingga 48% lebih tinggi untuk menghidapi masalah jantung jika dibandingkan dengan mereka yang hanya makan ikan goreng 1-3 hidangan sebulan. Dengan kata lain, sebaliknya ikan yang dikukus atau distim akan merendahkan risiko tersebut pula.

Manakala, kajian yang lain pula mendapat bahawa diet yang mengandungi makanan bergoreng yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan risiko serangan jantung. Maka, sebaliknya mereka yang mengamalkan diet yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi akan mengurangkan risiko tersebut.

Diabetes

Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa makan makanan bergoreng akan menyebabkan anda berisiko untuk menghidapi diabtes jenis 2. Satu kajian mendapati bahawa apabila seseorang yang makan makanan ringan lebih daripada dua kali seminggu memiliki dua kali ganda risiko untuk menghidapi masalah kerintanganan insulin berbanding  yang sebaliknya.

Tambahan pula, dua kajian pemerhatian lain mendapati bahawa terdapat perkaitan yang kuat antara kekerapan makan makanan bergoreng dengan risiko untuk menghidapi diabtes jenis 2. Mereka yang mengambil 4-6 hidangan makanan bergoreng seminggu akan berisiko sebanyak 39% untuk menghidapi diabtes jenis 2 berbanding mereka yang kurang daripada itu.

Hampir serupa, mereka yang makan makanan bergoreng tujuh kali atau lebih seminggu berisiko sebanya 55% untuk menghidapi diabtes jenis 2 berbanding dengan mereka yang mengambil makanan bergoreng kurang daripada 1 hidangan setiap minggu.

Obesiti

Makanan bergoreng mengandungi banyak kalori berbanding yang tidak bergoreng. Jadi, makan terlalu banyak makanan bergoreng boleh meningkatkan pengambilan kalori anda. Tambahan pula, kajian telah menunjukkan bahawa lemak trans yang ada dalam makanan bergoreng itu merupakan punca kepada pertambahan berat badan disebabkan oleh ia memberi kesan kepada hormon yang meregulasi selera makan dan simpanan lemak.

Satu kajian yang dijalankan terhadap monyet mendapat bahawa walaupun tanpa kalori tambahan, lemak trans akan meningkatkan pertambahan lemak di perut. Maka, masalahnya mungkin berkenaan dengan jenis lemak yang diambil itu berbanding jumlahnya.

Satu kajian pemerhatian juga telah mendapati bahawa diet bagi seramai 41,518 orang wanita untuk tempoh lapan tahun mendapati peningkatan pengambilan lemak trans sebanyak 1% memberikan kesan kepada pertambahan berat badan sebanyak 1.2 paun (0.54 kg) bagi berat seorang wanita normal.

Dalam kalangan wanita yang memiliki berat badan berlebihan, peningkatan 1% pengambilan lemak trans ini akan menyebabkan pertambahan berat badan sebanyak 2.3 paun (1.04 kg). Manakala pengambilan lemak monotaktepu dan politaktepu juga diikuti dengan pertambahan berat badan. Maka, tidak kiralah makanan bergorang tersebut mengandungi kalori atau lemak trans, kedua-duanya menyebabkan pertambahan berat badan.

Ringkasan:  Individu yang makan makanan bergoreng secara kerap berkemungkinan berisiko untuk menghidapi diabtes jenis 2, sakit jantung dan obesiti. Semakin tinggi pengambilan makanan tersebut, maka semakin tinggilah risikonya.

4.Makanan Bergoreng Mungkin Mengandungi Akrilamida (Acrylamide) yang Berbahaya

Akrilamida merupakan sejenis toksik yang boleh terbentuk dalam makanan disebabakan oleh proses memasak menggunakan suhu yang tinggi seperti menggoreng, memanggang atau membakar. Ia terbentuk melalui tindakan kimia antara gula dan asid amino yang dikenali sebagai asparagin. Makanan berkanji seperti kentang goreng umumnya memiliki kandungan akrilamida yang tinggi.

Kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan menunjukkan bahawa ia memberikan risiko kepada beberapa jenis kanser. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian tersebut menggunakan dos akrilamida yang tinggi iaitu kira-kira 1000-100000 kali ganda daripada purat yang manusia akan terdedah melalui diet mereka.

Satu tinjauan mendapati bahawa terdapat kaitan antara diet yang mengandungi akliamida di dalam manusia dengan kanser buah pinggang dan ovari. Kajian lain pula menunjukkan bahawa bahan ini tidak memberikan sebarang risiko pun kepada pembentukan sebarang jenis canser.

Ringkasan: Kajian yang dilakukan terhadap haiwan menunjukkan bahawa pengambilan akrliamida ini berkemungkinan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser namun kesannya terhadap manusia, memerlukan kajian yang lebih lanjut lagi.

Minyak Goerengan yang Lebih Selamat dan Kaedah Memasak Alternatif

Sekiranya anda menyukai rasa makanan bergoreng, anda bolehlah menggunakan minyak yang lebih menyihatkan atau menggunakan cara gorengan yang baru.

Minyak yang Menyihatkan

Jenis minyak yang digunakan untuk menggoreng sangat memberikan pengaruh yang besar kepada risiko kesihatan yang berkaitan dengan makanan bergoreng. Sesetengah minyak boleh bertahan dengan suhu yang tinggi berbanding yang lain. Jadi, minyak seperti itu adalah lebih selamat untuk digunakan. Umumnya, minyak yang mengandungi lemak tepu dan monotaktepu adalah lebih stabil apabila dipanaskan.

Antara minyak yang menyihatkan tersebut ialah minyak kelapa, minyak zaitun dan minyak avokado.

  • Minyak Kelapa: Lebih daripada 90% daripada asid lemak yang terkandung dalam minyak kelapa ini merupakan lemak tepu yang menjadikan ia lebih bertahan terhadap haba. Hakikatnya, kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa walaupun selepas lapan jam dipanaskan, kualitinya masih lagi tidak terjejas.
  • Minyak Avokado: Komposisi minyak avokado lebih kurang sama dengan minyak zaitun. Ia memiliki ketahanan yang tinggi terhadap haba menjadikan ia pilihan yang terbaik untuk gorengan yang lama.

Menggunakan minyak-minyak ini dapat mengurangkan risiko yang disebabkan oleh makan makanan bergoreng yang biasa.

Minyak yang Tidak Menyihatkan

Minyak masak yang mengandungi lemak politaktepu bersifat kurang stabil dan diketahui akan menghasilkan akrilamida apabila terdedah kepada haba yang tinggi.

Antaranya ialah:

  • Minyak Kanola
  • Minyak Kacang Soya
  • Minyak biji kapas
  • Minyak Jagung
  • Minyak Bijan
  • Minyak Bunga Matahari
  • Minyak biji Anggur
  • Minyak hampas beras

Semua minyak ini merupakan minyak proses dan lebih daripada 4% daripada asid lemaknya mengandungi lemak trans setelah digoreng. Malangnya, minyak-minyak inilah yang biasanya digunakan di restoran disebabkan harganya yang lebih murah. Bukan hanya anda perlu mengelakkan minyak ini untuk gorengan yang memerlukan minyak yang banyak tetapi juga segala makanan yang terlibat dengannya.

Alternatif kepada Gorengan Tradisional

Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggunakan beberapa cara masakan seperti:

  • Gorengan Ketuhar: Cara ini melibatkan proses memasak makanan pada suhu yang sangat tinggi (450 darjah farenthiet kepada 232 darjah celsius yang menghasilkan makanan anda rangup menggunakan minyak yang sedikit.
  • Gorengan Udara: Anda juga boleh “menggoreng” di dalam penggoreng udara panas. Mesin ini berfungsi menggunakan udara yang tersangat panas pada makanan. Makanan akan menjadi rangup di luar dan lembab di dalam hampir serupa kepada makanan bergoreng tradisional namun menggunakan 70 – 80% lebih sedikit minyak.

Ringksan: Minyak kelapa, dan minyak avokado merupakan antara minyak yang menyihatkan dan sesuai menggoreng. Anda juga boleh cuba cara gorengan menggunakan ketuhar atau gorengan udara panas yang mana menggunakan minyak yang lebih sedikit.

Kesimpulan

Pengambilan makanan bergoreng menggunakan minyak yang tidak stabil atau tidak sihat boleh memberikan beberapa kesan sampingan kepada kesihatan. Hakikatnya, pengambilannya secara kerap boleh memberikan risiko kepada penyakit diabtes, penyakit jantung dan obesiti. Sungguhpun begitu, adalah langkah yang terbaik untuk mengurangkan pengambilan makanan tersebut dan beralih kepada cara gorengan yang lebih baik menggunakan minyak yang menyihatkan.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *