Home TIPS KESIHATAN 8 Sarapan Rendah Kalori Untuk Diet Sihat
8 Sarapan Rendah Kalori Untuk Diet Sihat

8 Sarapan Rendah Kalori Untuk Diet Sihat

0
0

Tak tahu nak makan apa bila bersarapan dan selalu salah dalam memilih makanan semasa sarapan. Tahukah anda sarapan adalah sangat penting untuk mulakan hari anda dan juga untuk diet yang sihat. ini saya kongsikan sarapan rendah kalori untuk diet sihat buat panduan anda.

8 Sarapan Rendah Kalori Untuk Diet Sihat

1. Telur

Telur merupakan makanan yang ideal untuk sarapan kerana kaya dengan protein. Sebiji telur mengandungi 70 kalori dan memenuhi 13 peratus keperluan protein harian. Anda boleh membuat omelet daripada dua biji telur yang menghasilkan 150 kalori.

2. Oatmeal

sarapan untuk kuruskan badan

Gantilah nasi putih atau roti pada ketika anda bersarapan dengan semangkuk bubur oatmeal dengan tambahan potongan buah-buahan seperti strawberry, raspberry dan blueberry. Menu ini mengandungi kalori yang rendah kerana diperbuat daripada biji gandum sehingga membuatkan perut terasa lebih kenyang.

Baca Juga : RESEPI OATMEAL UNTUK SARAPAN

3. Roti gandum Berintikan Isi Tuna

Selain mengandungi karbohidrat kompleks daripada biji gandum, anda guna akan mendapatkan protein dan lemak Omega-3 daripada isi tuna. Jangan lupa tambahkan sayur-sayuran seperti salad, tomato dan mentimun yang mengandungi serat. Menu ini sesuai untuk anda yang super sibuk namun memerlukan sarapan yang tetap sihat dan bernutrisi.

4. Smoothies

smooties-untuk-awet-muda

Anda boleh menikmati sarapan pagi anda dengan smoothies. Campurkan secawan susu rendah lemak dengan buah-buahan seperti manga, melon, mangga ataupun strawberry di dalam alat pengisar, dan tambahkan ais batu agar terasa lebih segar dan nikmat. Selain buah-buahan yang dapat memenuhi karbohidrat, anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada segelas susu.

Baca Juga : RESEPI SMOOTHIES UNTUK KURUS 

5. Pancake Jagung

Jika selama ini anda membuat pancake dengan menggunakan tepung gandum atau tepung segera pancake, kini cubalah membuat pancake dengan menggunakan tepung jagung. Letaklah jagung dan kacang walnut untuk isinya. Anda juga boleh menikmatinya dengan sos cili dan sedikit golden syrup.

6. Seledri

Secawan seledri mengandungi kurang daripada 20 kalori. Selain kaya serat dan air, seledri juga dapat mencegah kanser serviks. Caranya mudah sahaja, ambil seledri, cuci dan makan!

7. Kacang-kacangan

Kacang-kacangan mengandungi vitamin D dan kalsium yang tinggi sehingga dapat menguatkan tulang dan gigi. Namun, kandungan kalori yang terdapat pada kacang-kacangan ini sangat rendah dan sangat baik diambil oleh anda yang sedang berdiet.

8. Buah-buahan & Sayur-sayuran

makanan pembakar lemak

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar mempunyai khasiat luar biasa buat anda yang berdiet. Buah-buahan seperti tomato dan pisang cukup bagus. Kandungan vitamin C yang tinggi pada keduanya sangat bagus untuk sistem ketahanan tubuh. Kandungan karbohidrat yang cukup pada pisang juga dapat memberikan energi sekaligus melenyapkan rasa lapar. Sayuran seperti mentimun dan brokoli mengandungi air yang tinggi serta mineral lain yang bagus untuk anda yang berdiet.

Baca Juga : KHASIAT PISANG UNTUK DIET

Sumber Artikel : MOM

artikel ini anda rasa berguna? jadi kongsikan lah juga ya, dan jika ada sebarang cadangan sila berikan komen moga saya dapat membantu anda memilih sarapan rendah kalori untuk diet sihat. Mulakan hari ini tanpa berlengah

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *