Home RESEPI BONDA Resepi Sup Cendawan Mudah Sedap
Resepi Sup Cendawan Mudah Sedap

Resepi Sup Cendawan Mudah Sedap

0
0

Nak menu diet yang mudah dan sedap di sediakan ?Ini saya kongsikan resepi sup cendawan mudah sedap daripada rakan blogger saya KhairulAbdullah

Resepi Sup Cendawan Mudah Sedap

Bahan-Bahan :-

200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis

90gm butter / margarine 

1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil

1 ulas bawang putih – diketuk

1.2 lliter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) – didihkan air dan masukkan kiub tadi – kemudian ketepikan.

1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)

3 sudu besar tepung gandum.

1 ranting Parsli – sekiranya ada

Lada hitam dan garam secukup rasa.

CUBA JUGA : SUP AYAM MUDAH

Penyediaannya

1. Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan sampai bawang bertukar warna.

2. Kemudian masukkan cendawan butang yg dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3 minit.

3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.

5. Masukkan stok ayam tadi – kacau sebati dan biarkan mendidih.

6. Selepas mendidih – ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.

7. Dengan menggunakan “food processor” atau “blender” hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati.

8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu dan biarkan mendidih.

9. Selepas mendidih – matikan api dan hidangkan ketika panas.

10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup. Sesuai dihidang bersama roti bawang putih (garlic bread)

 Dah siap sup cendawan mudah sedap ini, tunggu apa lagi dah boleh cuba buat tau ..
resepi sup cendawah mudah sedap
                     Gambar dari Khairulabdullah.com

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *