Home TIPS KURUS Resepi Sup Ayam Sihat
Resepi Sup Ayam Sihat

Resepi Sup Ayam Sihat

0
3

Tidak tahu menu untuk sediakan bagi pemakanan yang sihat. Jangan risau cuba buka peti ais anda dan lihat apa yang ada , jika ada ayam saya akan kongsikan resepi sup ayam sihat yang sangat mudah tanpa menggunakan setitik minyak dan penambah perasa.Semuanya menggunakan sayur segar sahaja

Resepi Sup Ayam Sihat

Bahan-Bahan ( Ini saya anggarkan untuk 3-4 orang makan)

1/2 ekor ayam size sederhana di potong lapan atau kecil-kecil

1 batang Karot

1 batang saderi

1 batang daun sup

1 batang daun sup

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

2 inci halia

2 batang serai

1 liter air atau secukupnya

garam secukup rasa

Cara Buat Resepi Sup Ayam Sihat

Mulakan hiris bahan seperti bawang merah , bawang putih, dan halia. Karot dan batang saderi dipotong dadu untuk mudahkan masak. Masukkan air 1 liter ke dalam periuk serta ayam , bawang merah dan bawang putih, serai yang diketuk  serta halia yang telah dihiris.masukkan juga karot dan batang saderi. Biarkan mendidih sehingga nampak minyak keluar dari rebusan ayam tadi. Selepas itu boleh perlahankan api masukkan sedikit sahaja garam untuk rasa dan jika suka pedas bolehlah ketuk beberapa biji cili padi, kalau saya memang suka makan pedas dan akan masukkan cili padi juga. boleh tutup api dan masukkan hirisan daun sup dan daun bawang , siap untuk dihidangkan. Boleh juga perahkan sedikit air limau nipis bagi memberi rasa macam. Resepi Sup ayam sihat sudah siap , mudahkan. Masakan ini hanya ambil masa dalam 15 minit sahaja dan tak rugi pun mencuba kalori untuk 1 mangkuk sup ayam adalah dalam lingkungan 350 kalori sahaja. Anda sudah dapat resepi sihat ini. Mulakan dari dapur anda.

Apa macam boleh buat ke ?kacang aje ni kan ..cer komen kat bawah ..saya boleh masak ni kacang aje !!

BACA JUGA : CARA BIJAK SEDIAKAN MAKANAN SIHAT

JOM SHARE resepi ini moga bermanfaat buat kawan-kawan yang lain 

Comment(3)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *