Home TIPS KURUS Resepi Smoothies Buah Naga Dan Nenas

Resepi Smoothies Buah Naga Dan Nenas

0
0

Kali ini saya akan kongsikan resepi mudah dan sangat sihat iaitu smoothies buah naga dan nenas. Buat mereka yang susah nak ambil ambil serat dari buah dan sayuran, smoothies ini akan membantu anda untuk dapatkan pelbagai khasiat daripada sayur dan buahan dengan cara yang ringkas dan mudah.

Resepi Smoothies Buah Naga Dan Nenas

smoothies buah naga

Resepi ini boleh kita pelbagaikan , oleh kerana saya memang sangat suka buah naga dan nenas , jadi kali ini saya berikan resepi smoothies buah naga dan nenas untuk anda cuba, jangan menyesal resepi ini sangat lah mudah dan konsepnya campak-campak blend dan telan. Ok ini bahan-bahan untuk smoothies buah naga dan nenas

Bahan-Bahan Smoothies Buah Naga

  • 1/2 biji buah naga ataupun 1 mangkuk
  • 1 mangkuk Buah Nenas
  • 1 mangkuk tomato cherry ataupun sebiji tomato biasa
  • 1 mangkuk carrot
  • 5-8 biji strawberry
  • Segelas air kosong
  • 1 Biji epal hijau

Cara Buat Smoothies Buah Naga

Campakkan kesemua bahan di dalam pengisar smoothies dan biarkan serasi bersama,tu dia siap dah tak sampai pun 5 minit untuk anda nikmati hidangan yang sihat tapi ringkas.

Selamat Mencuba .

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *