Home RESEPI BONDA Resepi Mudah Ayam Goreng Berempah Sedap
Resepi Mudah Ayam Goreng Berempah Sedap

Resepi Mudah Ayam Goreng Berempah Sedap

0
0

Ayam goreng berempah memang terkenal , dan menjadi salah satu lauk kegemaran untuk diratah begitu sahaja. Pasti kalau anak-anak pun akan suka rasa macam makan ayam KFC versi kampung punya. Nak tahu resepi mudah ayam goreng berempah sedap dan menyelerakan? Resepi ini saya pinjam daripada kak  Aziejaya , semua resepi memang sedap dari blog akak azie dan ada yang dah saya cuba. Jom ketahui resepi mudah ayam goreng berempah sedap ini.

Resepi Mudah Ayam Goreng Berempah Sedap

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam – potong kecil
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut – diracik halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus:

2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar:

6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
2 batang serai

Cara penyediaan:

Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.

Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.

Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra.

Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.
Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ini yang sangat sedap. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *