Home TIPS KESIHATAN 6 Plan Diet Khusus Untuk Diabetes
6 Plan Diet Khusus Untuk Diabetes

6 Plan Diet Khusus Untuk Diabetes

0
0

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang plan diet khusus untuk diabetes dan  tips untuk bagaimana mengurangkan diabetes secara semula jadi. Saya janji sekiranya anda mengikuti tips diet ini, makanan tambahan, minyak yang asli dan gaya hidup, Saya katakan bahawa anda akan mendapati hasilnya dengan cepat. Anda boleh mendapati hasilnya melalui rawatan secara semula jadi.

6 Plan Diet Khusus Untuk Diabetes 

1.Makan Makanan yang Mengandungi Protein, Serat dan Lemak yang Sihat

Mengamalkan Makanan yang Mengandungi Protein, Serat dan Lemak yang Sihat untuk Menyeimbangkan Kandungan Gula dalam Darah.

Apabila ia melibatkan rawatan diabetes secara semula jadi, kita perlu mulakan dengan diet. Apabila seseorang itu menghidap diabetes lebih-lebih lagi diabetes tahap 2, kandungan gula dalam darah perlu diseimbangkan. Berdiet secara bijak, terdapat beberapa makanan yang mampu melakukannya.

Pertama, berikan saya cadangkan  satu hidangan yang ideal untuk anda. Secara ideal, hidangan anda perlula mengandungi tiga perkara ini: protien, serat dan lemak yang sihat. Jadi, makanan berprotein seperti ikan salmon liar dan telur ayam organik.

Manakala makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti kekacang dan sayur-sayuran dan yang mengandungi lemak yang sihat pula seperti minyak kelapa yang akan membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah anda.

Jadi, masukkan banyak makanan yang berprotein dalam diet pemakanan anda yang baru. Selepas ikan salmon liar, pergi pula keapda daging lembu organik, ayam organik dan ayam belanda. Makanan yang kaya dengan serat bahkan lebih penting seperti articok, sayur-sayuran hijau, seleri, kekacang dan bijian.

Diet yang tinggi kandungan seratnya akan membantu dan menyokong proses penyahtoksin dan memberikan paras gula dalam darah berada pada keadaan sihat.

Selain itu, mulakan dengan penggunaan minyak kelapa yang membantu proses pembakaran lemak dalam badan. Minyak kelapa membantu mengawal paras gula dalam darah juga. Masak menggunakan minyak kelapa dan santan.

Minyak kelapa, minyak sapi semuanya berupaya untuk menyeimbangkan kandungan gula dalam darah. Satu perancangan diet diabetek juga memerlukan asid lemak yang sihat. Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan protein, serat dan lemak yang sihat dalam setiap hidangan anda.

2.Makan Makanan yang Kaya dengan Kromium.

Selain itu, anda juga perlu mengambil makanan yang kaya dengan satu mineral yang dikenali sebagai kromium. Apakah itu kromium ? Kromium berfungsi sebagai pemberi isyarat kepada insulin yang membawa badan kita untuk mengawal kandungan gula yang kita ambil dan memberikan tenaga yang stabil kepada kita.

Kromium terkandung dengan banyak dalam sayur-sayuran seperti brokoli, yang menjadi makanan yang baik untuk membantu penghidap diabetes dalam mengawal paras gula dalam darah mereka.

3.Mengambil Makanan yang Kaya dengan Magnesium.

Lebih daripada 80 peratus daripada kita menghidap sekurang-kurangnya masalah kekurangan magnesium. Kesannya akan menyebabkan kekejangan kaki, isnomnia dan sudah pasti diabetes. Magnesium diperlukan bagi kesihatan sel dan komponen yang penting untuk fungsi tubuh badan.

Bahkan ia merupakan komponen yang penting bagi 300 fungsi biokimia dalam tubuh badan. Magnesium juga diketahui dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Jadi, ambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti daging lembu organik, kekacang dan bijian serta sayuran seperti bayam.

4.Jauhi Makanan Bergula

Apa yang diperlukan sekiranya gula dalam darah dikurangkan ? Kini, anda hanya mahukan sedikit karbohidrat tetapi dengan jumlah yang sedikit seiring dengan lemak sihat, serat dan protein. Jika tidak para gula dalam darah anda akan naik dan turun.

Apa yang penting, anda mahu menjauhi pengambilan gula semampu yang mungkin. Kebiasaannya, gula yang telah diproses akan menyebabkan paras glukosa dalam darah anda naik mendadak, jus buah serta minuman bergula bahkan lebih teruk.

Jenis gula ini dapat memasuki saluran darah dengan cepat dan hasilnya kandungan glokosa dalam darah akan meningkat. Anda mahu menggantikan gula dengan stevia, sejenis pemanis semula jadi tanpa kalori. Sedikit madu mentah juga baik untuk menggantikan gula proses.

Sebaik sahaja diabetes anda sudah berkurang, apa yang anda perlu lakukan ialah menjadikan madu mentah sebagai pemanis lain yang anda boleh gunakan menggantikan gula proses.

5.Jauhi Makanan Bergandum.

Gandum merupakan masalah yang lain, lebih-lebih lagi gandum yang mengandungi gluten, produk tepung gandum, roti putih bahkan roti penuh gandum dan oat. Semua ini mengandungi jumlah karbohidrat yang besar  yang akan dipecahkan kepada gula hanya dalam beberapa minit selepas pengambilannya.

Jadi, apa pula masalahnya dengan gluten ? Ia boleh menyebabkan keradangan usus yang akan mempengaruhi hormon seperti kortisol dan leptin dan akhirnya akan membawa kepada peningkatan gula dalam darah.

Saya boleh mengeluarkan kandungan gandum daripada diet anda untuk tempoh 90 hari melalui perancangan diet diabetik ini.

6.Mengeluarkan Produk Tenusu daripada Diet Anda

Antara makanan lain yang perlu anda keluarkan daripada diet anda ialah produk tenusu. Susu lembu yang diproses secara konvensional perlu dielakkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang menghidap diabetes tahap 1.

Manakala produk tenusu ini akan boleh menjadi makanan yang bagus dalam menyeimbangkan kandungan gula dalam darah sekiranya ia datang daripada kambing, biri-biri .

Saya sarankan supaya anda menjauhi semua ini kerana tandungan kasein A1 yang dihasilkan daripada lembu-lembu konvensional akan membahayakan tubuh badan anda bahkan menyebabkan tindak balas imun terhadap semua produk tenusu disebabkan kehadiran kasein A1 yang terkandung di dalamnya.

Makanan Tambahan & Cara Semula Jadi yang Lain untuk Merawat Diebetes.

Perkara seterusnya yang anda perlu lakukan dalam perancangan diet diabetik anda ialah mempertimbangkan ialah pengambilan makanan tambahan, herba, pati minyak dan perubahan gaya hidup bagi mengurangkan diabetes secara semmula jadi.

1.Kromium Pikolinat

Pertama, ambil kromium pikolinat, 200 mikrogram sebanyak tiga kali sehari setiap kali waktu makan. Satu kajian yang telah dilakukan oleh the Human Nutrition Research Center U.S. Department of Agriculture mendapati bahawa apabila dua orang yang menghidap diabetes jenis 2 dirawat samada diberikan placebo atau kromium dalam tempoh empat bulan pada setiap hari sambil meneruskan pengambilan ubat-ubatan sedia ada tanpa mengubah tabiat pemakanan beberikan keputusan bahawa nilai insulin dan kolestrol telah menurun dengan jelas bagi kumpulan yang diberikan suplimen kromium tersebut berbending dengan yang satu lagi.

2.Kayu Manis

Salah satu daripada khasiat kayu manis ialah dapat mencegah diabetes. Ia membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah serta boleh meningkatkan kerangsangan terhadap hormon insulin yang merupakan hormon yang penting untuk memastikan paras gula dalam darah berada pada paras yang seimbang. Ambil satu sudu teh di waktu pagi ketika sarapan dan satu sudu teh semasa makan tengah hari atau makan malam.

3.Minyak Ikan.

Minyak ikan juga berkhasiat untuk mengurangkan keradangan serta melawan diabetes. Ketika pengidap diabetes sering kali mengalami kadar trigliserida yang tinggi dan kadar HDL yang rendah, asid omega 3 daripada minyak ikan dapat membantu menurunkan paras trigliserida dan apoprotein yang merupakan penyebab kepada diabetes serta meningkatkan paras HDL.

4.Asid Alpha-Lipoik

Seterusnya, asid alpha-lipoic yang dikenali sebagai ALA. Ia terkandung dalam kebanyakan makanan yang mengandungi omega 3 serta berfungsi bersama pankreas secara semula jadi bagi merawat diabetes. Menurut University of Maryland Medical Center, kajian telah mendapati bahawa ALA dapat membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Ia berkeupayaan untuk membunuh mana-mana radikal bebas yang dapat membantu penghidap diabetes periperal neuropati. Para pengkaji juga percaya bahawa ALA ini dapat meningkatkan kesensitivitian terhadap insulin.

5.Magnesium

Satu suplimen magnesium juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes tahap 2 disebabkan oleh ia memainkan peranan penting dalam metabolisme glokosa. Dalam Journal of Internal Medicine study menyatakan bahawa 100 miligram sehari magnesium mampu mengurangkan risiko diabetes sebanyak 15 peratus diperoleh melalui data analisis-meta.

6.Minyak Asli

Dua jenis minyak yang saya sarankan ialah minyak kayu manis dan koriander. Koriander dapat berfungsi dengan hati anda untuk membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah manakala minyak kayu manis pula dapat berfungsi dengan pankreas. Jadi, hati dan pankreas anda yang merupakan dua organ penting yang terlibat dalam menyeimbangkan paras gula dalam darah.

Ambil dua titis koriander dan minyak kayu manis bersama satu sudu teh minyak kelapa. Kemudian, gosokkan pada tapak kaki  anda. Ia akan menjadi losyen untuk anda bagi mengekalkan paras gula dalam darah anda.

7.Mengurangkan Tekanan.

Sekiranya anda menghidap diabetes, pastikan anda mengurangkan tekanan. Sekiranya anda mengalami tekanan, ia akan memberikan kesan kepada hormon dan kristol anda yang akhirnya menjejaskan paras insulin anda.

Untuk mengurangkan tekanan, saya mencadangkan untuk lakukan mandian detox pada waktu malam. Gunakan pati minyak yang saya telah sebutkan sebelum ini seperti minyak koriander dan lavender serta garam epsom. Rendamkan badan anda di dalamnya pada waktu malam serta rehatkan diri di dalamnya.

Saya juga cadangkan untuk berjalan dalam tempoh 10 minit, tarik nafas dalam-dalam, rehatkan diri dan berjalan-jalan di luar.

8.Senaman

Akhir sekali, senaman juga penting. Latihan kecergasan fizikal adalah yang terbaik namun hakikatnya apa-apa bentuk senaman termasuklah senaman kardio yang akan mengurangkan kesan diabetes anda.

Jadi buatlah perubahan dalam pemakanan anda serta gaya hidup anda supaya dapat mengawal diabetes secara semulajadi

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *