Home TIPS KECANTIKAN 6 Petua Awet Muda
6 Petua Awet Muda

6 Petua Awet Muda

0
0

Biasanya kita terpaksa mengamalkan pelbagai makanan tambahan untuk kelihatan sentiasa muda dan jelita kan. Apa kata cuba amalkan petua awet muda ini yang bukan sahaja untuk wajah anda tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan.

1. Tidur Mencukupi

tidur cukup tingkatkan metabolisme

Tidur yang secukupnya adalah antara enam sehingga 8 jam sehari. Ini bermaksud tidur sebelah malam dan bukannya termasuk tidur di siang hari dalam surau masa waktu rehat tau. Tidur seketika boleh untuk hilangkan stress pada tubuh. Selain itu posisi tidur juga membantu , agar tidak tidur terlentang untuk mengelakkan kulit berkedut. Sebaik-baiknya tiru tidur Rasulullah s.a.w yang terbukti sihat dan menghindari penyakit. Tidur di sebelah kanan dan tangan kanan di bawah pipi , amalkan selalu anda akan dapat tidur yang nyeyak.

2. Elakkan Minuman Bergas

Anda sedia maklum bahawa minuman bergas ini mengandungi gula berlebihan dan tinggi serta tidak bagus untuk organ  dalaman. Jika sudah terminum dengan sengaja usahakan untuk seimbangkan dengan lebihkan minum air kosong secukupnya bagi kesihatan kulit wajah untuk kembali segar.

3.Merokok Yang Merosakkan

Merokok ini bukan sahaja memberi kesan bahaya kepada perokok tetapi juga untuk mereka yang berada di sekitar mereka. Nikotin dan kandungan kimia berbahaya yang terkandung di dalam rokok turut merosakkan struktur kulit. Ia mengundang proses penuaan yang berganda. Jadi elakkan berada dekat dengan perokok dan jauhilah amalan yang tidak sihat ini. Nak awet muda kan?Ikut tau.

BACA : RAHSIA ZIANA ZAIN KEKAL AWET MUDA

4. Jadikan Buah dan Sayur Rakan Karib

vitamin c tingkatkan metabolisme

Ada tak yang amalkan makan buah dahulu baru ambil makan nasi? Ini sepatutnya dilakukan dahulu sebelum makan  nasi anda ambil buah dahulu baru boleh teruskan makan nasi selain untuk kurangkan rasa lapar buah juga mengandungi vitamin-vitamin yang baik untuk kesihatan kulit dan juga badan kita. Perasan tak yang orang dulu-dulu suka makan ulam-ulaman sebab mereka tahu ulam-ulaman ini adalah ubat mujarab yang semulajadi untuk kekal awet muda. Jadi buat orang muda petua awet muda orang dahulu kala zaman mak kita masih boleh diamalkan dan pastinya berkesan

5. Makan Dengan Bijak

cara untuk kurus

Perlu difahami badan kita bukanlah tong sampah yang boleh kita sumbatkan segala jenis makanan. Pilih makanan yang sihat dengan bijak, sebab pemakanan ini memberi kesan kepada kesihatan dan juga kulit kita. Jika terlebih makan makanan segera dan dalam tin sudah pasti kulit pun nampak macam segera tua lah juga. Oleh itu membuat pilihan makanan adalah sangat kritikal, lebihkan makan buah-buahan dan sayur hijau dalam pemakanan dan juga elakkan dari mengambil lemak yang tidak bagus. Air kosong juga sangat penting untuk kita. Dua liter air kosong sehari adalah wajib.

6. Lindungi Kulit

Jika anda bekerja di dalam bangunan yang berhawa dingin sebaiknya gunakan krim pelembab atau pun krim yang boleh mengelakkan kulit anda menjadi kering. Banyak pilihan krim di luar tapi cari yang sesuai dengan jenis kulit anda tau. Jika perlu keluar dan jenis yang bekerja banyak berhadapan dengan sinaran matahari, gunakan krim pelindung sinar UV.

agetech putihkan kulit

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *