Home TIPS KURUS 10 Perkara Yang Saya amalkan Untuk Kurus Sihat dan Cergas
10 Perkara Yang Saya amalkan Untuk Kurus Sihat dan Cergas

10 Perkara Yang Saya amalkan Untuk Kurus Sihat dan Cergas

0
1

Alhamdulillah perkongsian saya yang lepas ramai yang membaca dan telah amalkan apa yang saya kongsikan, sejujurnya ini perkara yang saya amalkan untuk kurus sihat dan cergas tanpa ada rahsia. No magic ingredients (tiada bahan ajaib) , hanya ilmu , displin dan sokongan daripada mereka yang tahu .

Ini adalah sambungan kepada artikel Kurus Cara Saya Turun 5kg Sebulan , di atas permintaan saya buat siri ke dua dan moga apa yang saya kongsikan dapat dimanfaat untuk mereka yang masih lagi mencari -cari jawapan kepada masalah kegemukan yang di alami.

10 Perkara Yang Saya Amalkan Untuk Kurus Sihat Dan Cergas , Sila baca di bawah .

 

1.Apa Matlamat Anda ?

Saya tahu ramai yang nak kurus tapi tidak pernah meletakkan matlamat apa yang ingin di capai dan tidak pernah menulis matlamat anda . Jadi anda hanya nak kurus sebab malu dengan kawan-kawan , nak kurus sebab dah panas telinga ke sindir ataupun nak kurus sebab tak larat dah dengar kata kata “manja” suami yang kata ‘ayang comel ” lah padahal dalam hati “bini  aku ke ni gemuknyaa” ..

Ini nasihat saya, jadikan matlamat kurus itu jangka panjang dan jangan nak kurus sebab nak sedapkan hati orang, jaga hati sendiri dulu , saya selalu letakkan matlamat kurus adalah untuk sihat dan cergas dan dapat lakukan pelbagai aktiviti sihat.

2. Perlu Ke Timbang Selalu

Rumah saya takda pun penimbang , jadi apa ukuran nak tahu sama ada berat dah turun atau tak ? saya lebih suka jadikan baju dan seluar yang lama sebagai ukuran , sebab kalau asyik timbang aje pasti akan stress . Saya akan ambil baju dan seluar lama untuk saya test bila dah muat tu maksudnya ada laa kan perubahan , raikan kejayaan dan ucap tahniah pada diri sendiri.

3. Hanya Kita Tahu Apa Kita Rasa

Akan ada suara-suara sumbang yang akan beritahu “ala tak yah laa diet , kau buat sekejap aje ni lepas tu stop” . Hallo hallo ini jawapan abam pada mereka yang suka jaga tepi jubah orang ni , “yang gemuk aku tapi kau tu takda pernah alami , so jangan nak sibuk’ kan aku doakan kau gemuk dua kali ganda baru tau “ heheheh ..acah-acah aje ..

Yang penting kita tahu apa yang kita alami dan kita rasa , jadi bila nak kurus ini hati kena kuat dik , kalau setakat hati tahap hati ayam memang akan cepat crush , jadi lah seperti hati dinasour tak kesan sampingan ..

jadikan kata-kata dengki tu sebagai pembakar semangat tau ..no candy drush 🙂

4. Dapatkan Sokongan Kumpulan Yang Sama

Cari kawan-kawan yang dalam golongan dan frekuensi yang sama untuk kuruskan badan dengan sihat. Penting ada sokongan kumpulan sebab akan ada sampai satu tahap anda akan down  dan rasa nak putus asa,masa inilah mereka yang memahami dan bersama anda ini penting , kata-kata semangat dari meraka akan semarakkan balik matlamat anda untuk kurus . Jangan nak kurus sorang-sorang nanti terbabas sebab godaan sangat banyak .

Follow saya untuk sertai Group Diet Bersama Saya di Instagram 

5. Plan Pemakanan Yang Betul

Inilah selalunya menjadi masalah kepada mereka yang nak kuruskan badan , mindset nya akan kata ” ala aku tak boleh dah makan nasi ni ” “aku dah tak boleh makan itu dan makan ini” . Aduhai dik mana ada orang nak kurus sampai seksa diri , abam enjoy aje makan nasi tapi takdala makan sampai seperiuk dik , kena tahu nak seimbangkan antara lauk dan juga sayuran. Ini sedikit panduan kepada anda nak makan nasi boleh yes ..boleh ya makan nasi ..cara pengambilan ambil nasi segenggam dengan lauk ikan atau ayam yang bakar, kukus, sup atau panggang, elakkan yang bersantan lemak manis tu, dan lebihkan ulam-ulaman barulah awet mudo macam abam 🙂 Of course ya muda tau ..

Nak Tahu lebih detail pasal pemakanan baca Cara Diet Yang Betul . Baca ya jangan nak malas sangat , jangan nak masuk statistik yang rakyat malaysia purata baca 2 buku aje setahun ..tu dia pemalas sangat tau ..

6. Nasi laa NI Aku Gemuk

Haloo haloo nasi tak berdosa ya , kenapalaa nasi yang jadi mangsa bila korang gemuk ???Siapa yang tuduh nasi bersalah tu sila taubat nasuha tau ..korang gemuk bukan sebab nasi aje itu yang dik kena tahu . Memamg laa gemuk dik kalau makan nasi seperiuk , itu pentingnya tahu dan ada ilmu jangan nak diet main hentam aje , pahtu mula lah cari punca nak salahkan benda lain ..tau tuh abam warning you nasi tak bersalah ..I see you in the court kalau tuduh nasi bersalah ..hehhe. Cara ambil nasi boleh rujuk yang abam share kat atas .

7. Sanggup Berlapar Sebab Nak Kurus

Alahai dik , siapa laa yang bagi ajaran sesat ini , nak kurus kena berlapar dan tak makan, dah laa tak makan lepas tu telan air aje seharian, kembung perut sampai terseksa jiwa raga. Nak tahu abam makan 5 ke 6 kali sehari tapi mantain aje , itu penting ada ilmu dan bukan diet sembarangan ada ikut-ikutan orang lain .

8. Buat Diet Atkins ke ?

Jawapan jujur dari abam , tak sanggup dik nak telan telur hari-hari lepas tu nak ambil nasi pun tak boleh . Abam salute laa siapa buat diet atkins ni sebab hati sangat kental , maaflaa abam tak kental dik , dan abam tak mahu hilang nikmat makanan semata-mata nak kurus . Abam makan nasi , abam makan buah tapi abam kontrol dari segi kuantiti.

9. No Give Up Dalam Kamus Saya

Pesanan abam kalau yang mudah putus asa bila buat diet tak dapat hasil yang telah ditetapkan , bersabarlah sebab diet ini bukannya diet hari ini esok dah kurus. Itu bukan diet , itu bunuh diri namanya. Penting ada matlamat jangka panjang dan dalam minda anda jangan cakap diet tapi cakap “aku ubah gaya pemakanan kepada lebih sihat” . Jadi nak berubah bukan dalam masa sehari dan semestinya dalam masa panjang kan ..Ini kalau abam rasa down abam selalu cakap cam ni ” dah 37 tahun ternak lemak takkan tak cukup lagi, udah udahlah tuh ” . Its about time , If Not Now, When ??

10. Pilih Hidup Cergas & Fit

Jangan nak bermalas-malasan , buat pilihan hidup lebih cergas dan sihat . Luangkan masa jika bekeluarga bawalah keluarga sabtu ahad ke taman-taman untuk bersenaman bersama-sama , inilah masanya untuk eratkan hubungan kekeluargaan dan juga silaturahim dengan kawan-kawan. Cukupla bangun pagi terus ke kedai mamak , ubah cara hidup anda kepada lebih cergas. Saya suka parking kereta jauh-jauh jika ke lokasi yang walaupun ada parking dekat. Bukan apa itulaa masanya untuk senaman .

Untuk yang ada masa bekerja sendiri selepas solat subuh apa kata ambil masa 45 minit ke satu jam buatlah senaman ringan , jogging ataupun berjalan santai keliling taman anda. Believe me anda akan rasa perubahan ini .

Macam mana apa yang saya share bermanfaat ke ?kalau bermanfaat sila lah share ya ..

Untuk Dapatkan Tips Percuma Kurus Cara Saya SIla Like & Share Tengku Asmadi diFACEBOOK  &

Follow saya untuk sertai Group Diet Bersama Saya di Instagram 

Comment(1)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *