Home TIPS KESIHATAN 6 Pemanis Gantian Semulajadi Kepada Gula Putih
6 Pemanis Gantian Semulajadi Kepada Gula Putih

6 Pemanis Gantian Semulajadi Kepada Gula Putih

0
0

Masih keliru dengan apa pemanis gantian semulajadi yang boleh diamalkan untuk mengantikan gula putih yang membahayakan kesihatan anda. jangan pening lagi, kali ini saya sediakan 6 pemanis gantian kepada gula putih yang anda dapat masukkan ke dalam menu harian anda secara lebih sihat.

Pemanis diklasifikasikan dalam dua kumpulan iaitu yang berkalori(Caloric) dan tanpa kalori (Non-Caloric). Dalam kedua-dua kumpulan ini ia seterusnya dipecahkan kepada jenis asli dan tiruan. Pemanis gantian tiruan contohnya  seperti aspartame, sukralos, sorbitol, acesulfame, xylitol, mannitol dan sebagainya.

6 Pemanis Gantian Semulajadi Kepada Gula Putih

Pemanis gantian asli dari jenis berkalori termasuklah madu, molasses, sirap maple dan gula palma. Manakala contoh pemanis gantian asli tanpa kalori adalah stevia dan nano sweeta (P3).

Apabila kita membuat pilihan pemanis gantian asli maka kita perlu pertimbangkan faktor kandungan kalorinya, indeks glisemiknya (iaitu kesan pada paras glukosa dalam darah), kandungan vitamin dan mineral serta zat-zat surih, rasa manis dan samada ia stabil dalam masakan . Jika ia berkalori tinggi maka kita perlu mengawal jumlah yang diambil.

1.Madu

madu

Madu adalah pemanis gantian asli yang telah lama digunakan oleh manusia sejak zaman purba. Ia adalah satu alternatif yang sangat baik kepada gula pasir yang biasa kita makan. Madu mengandungi khasiat dan zat-zat pemakanan yang amat baik untuk kesihatan.

Kajian menunjukkan madu mempunyai sifat anti oksidan, anti bakteria, anti viral dan anti kulat. Kandungan vitamin dan mineralnya yang sangat tinggi juga amat baik untuk mencegah penyakit. Madu juga baik untuk penyembuhan luka dan luka melecur.

Ia juga enak dimakan dengan makanan dan digunakan sebagai salah satu bahan yang biasa dalam resipi makanan kita. Walaubagaimanapun, madu mempunyai indeks glisemik yang tinggi dan nilai kalori yang sangat tinggi. Oleh itu ia tidak sesuai diambil dalam kuantiti yang tinggi dan tidak sesuai untuk pesakit kencing manis.

Baca Lebih lanjut : 6 Khasiat Sesudu Madu

2.Gula Palma

Gula palma atau lebih dikenali sebagai ‘gula melaka’ atau ‘gula anau’ di Malaysia sebenarnya adalah pemanis gantian asli yang amat baik. Ramai diantara kita tidak menyedari bahawa gula ini jauh lebih sihat dari gula pasir biasa.

Ia telah lama dijadikan bahan untuk membuat kuih-muih, cendol, pengat dan lain-lain makanan tradisi kita. Gula Palma ini boleh dihasilkan dari nira pokok kelapa, pokok enau, pokok kurma dan sebagainya.

Kajian yang dibuat di Filipina menunjukkan pemanis dari jenis gula palma ini mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 35. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral didalamnya. Walaubagaimanapun kerana kandungan kalorinya yang tinggi maka jumlah yang diambil perlu dijaga agar tidak berlebihan dan rasanya agak tidak sesuai jika digunakan dalam minuman seperti kopi atau teh.

Gula palma ini lebih sesuai digunakan dalam masakan seperti sambal atau kari kerana ia mempunyai rasa yang lebih enak. Disamping itu, kuih muih tempatan kita juga perlu menggunakan lebih banyak gula ini kerana ia lebih sihat dari gula pasir yang biasa.

3.Sirap Maple

Sirap Maple adalah sejenis pemanis asli yang banyak digunakan di barat. Ianya juga terdapat di Malaysia dan biasanya dimakan bersama dengan lempeng (pan cake). Sirap maple mempunyai rasa yang enak dan ia amat tinggi dengan vitamin B kompleks.

Ia mempunyai nilai indeks glisemik yang lebih rendah daripada gula pasir tetapi pengambilannya perlu dijaga dan jangan berlebihan.

4.Molasses

Molasses adalah pemanis yang dihasilkan daripada gula tebu yang berwarna hitam perang. Ia juga amat manis dan mengandungi kandungan mineral yan tinggi seperti magnesium, potassium dan zat besi. Ia lebih banyak digunakan dalam makanan barat dan rasanya tidak sesuai untuk makanan Malaysia. Pengambilannya tidak boleh berlebihan kerana indeks glisemik dan kandungan kalori yang tinggi.

5.Stevia

Stevia adalah contoh pemanis gantian asli yang tanpa kalori yang popular dipasaran sekarang.  Ia mempunyai indeks glisemik indeks kosong dan tanpa kalori. Terdapat banyak kajian dan data saintifik menunjukkan stevia tidak mempunyai kesan sampingan merbahaya oleh itu pada tahun 2008 ianya telah diluluskan oleh FDA di Amerika Syarikat dengan status GRAS (Generally Recognised As Safe).

Sejak itu ia mula dikenali dengan lebih meluas diseluruh dunia. Kajian juga mendapati stevia mempunyai sifat sebagai anti oksidan yang amat baik untuk kesihatan. Rasanya amat manis tetapi terdapat sesetengah orang yang tidak menyukai rasanya selepas ditelan (after taste) dan juga sesetengah orang tidak suka rasanya apabila dicampur dengan kopi atau teh.

6.P3 atau nano sweeta

P3 atau nano sweeta dikategorikan sebagai pemanis gantian asli menurut pakar biokimia iaitu  Prof. Muhammad Mubin dari City University. Menurut beliau dari sudut kimia P3 tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau apa-apa bahan kimia asing didalamnya.

Beliau juga sedang membuat kajian klinikal mengenai P3 untuk mengetahui keberkesanannya membantu mengawal paras gula dikalangan pesakit kencing manis. P3 diformulasikan oleh anak Malaysia dan telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sangat baru dalam pasaran.

Ia dihasilkan dari tebu asli dan hanya rasa manis diasingkan secara teknoloji nano. Dalam artikel ini saya ingin memperbetulkan fakta ini setelah mendapat maklumat lanjut daripada Prof. Muhammad Mubin.

Oleh kerana ia adalah pemanis gantian asli tanpa kalori dan mempunyai indeks glisemik kosong ia baik digunakan oleh pesakit kencing manis dan juga untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia juga boleh diamalkan setiap hari sebagai satu alternatif pemanis yang sihat berbanding gula pasir.

Walaubagaimanapun, kita perlu berpada-pada dalam pengambilannya kerana pengambilan yang melampau dan terlalu banyak akan menyebabkan najis cair dan cirit-birit. Tetapi keadaan ini tidaklah membimbangkan kerana biasanya ianya diambil dalam kuantiti yang sangat sedikit hanya beberapa titik sahaja. Sifat ini adalah sama seperti vitamin C yang boleh menyebabkan cirit-birit jika diambil dalam dos yang amat tinggi.

Sebagai pengguna, terpulanglah kepada kita untuk memilih produk yang mana kita suka tetapi perlulah kita bersandarkan informasi yang cukup dan saintifik.

Walaubagaimanapun , mengamalkan minuman yang tawar dan tidak manis adalah lebih baik untuk kesihatan. Pengambilan pemanis gantian ini hanya sesuai jika kita masih suka kepada rasa manis tetapi ingin mengelakkan kesan buruk gula biasa.

Rujukan daripada Dr Norman

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *