Home TIPS KURUS 10 Panduan Makan Secara Sihat Mengikut Kemampuan Anda
10 Panduan Makan Secara Sihat Mengikut Kemampuan Anda

10 Panduan Makan Secara Sihat Mengikut Kemampuan Anda

0
0

Saya berikan kepada anda panduan makan secara sihat mengikut kemampuan anda sendiri.Pemakanan yang sihat boleh menjadi satu cabaran namun apabila disesuaikan dengan bajet anda, ia kelihatan tidak mustahil.

Saya telah mengumpulkan beberapa tips yang cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan dalam masa yang sama anda masih lagi boleh mendapatkan makanan dan diet yang sihat dan sedap. Apabila anda telah meninggalkan makanan yang diproses dan beralih kepada makanan yang sihat, anda sudah pasti akan terkejut apabila melihat bil perbelanjaan barang dapur anda sudah berkurangan!

10 Panduan Makan Secara Sihat Mengikut Kemampuan anda.

Apabila anda pergi membeli belah, gunakan tips-tips serta panduan ini agar anda boleh mengurangkan kos perbelanjaan anda.

1. Rancang Hidangan Anda untuk Tempoh Seminggu

Gunakan masa 15 hingga 20 minit untuk merancang menu untuk minggu akan datang akan memberikan kesan penjimatan yang besar. Caranya ialah dengan menggunakan katalog jualan untuk merancang hidangan anda.

Adakah lada hitam dan ayam ketika itu dijual dengan potongan harga? Cuba sediakan Fajitas Ayam, stuffed pepper dan ayam bersama sos lada hitam untuk minggu tersebut. Sasarkan sekurang-kurangnya lima hidangan seminggu, baki dua harinya hanya menggunakan baki makanan yang telah disediakan.

Tips Pro : Pastikan anda membeli barang-barang yang sedang diberikan potongan harga apabila ia sesuai dengan menu anda. Tidak menjadi masalah sekiranya anda mendapatkan lima ringgit epal dengan harga yang agak mahal sekiranya anda tidak merancang untuk menggunakan epal sebagai hidangan anda.

2. Sediakan Senarai Barang

Sebaik sahaja anda bercadang untuk menyediakan apa untuk minggu tersebut, sediakan satu senarai barang yang terperinci. Bahagikan ia mengikut bahagian di pasar raya adalah lebih memudahkan.

Bukan sahaja ia akan mengurangkan masa anda untuk membeli belah dan membolehkan anda menyediakan hidangan yang mengikut kemampuan tetapi ia juga mampu mengelakkan anda daripada berbelanja secara belebihan.

3. Jangan Membeli Belah Ketika Perut Lapar

Benar, apabila snek-snek kelihatan sedap atau akhirnya anda akan membeli barang-barang yang berlebihan namun kelak anda tidak juga menggunakannya. Makan terlebih dahulu sebelum membeli belah atau bawa bersama snek ketika membeli belah.

4. Beli Mengikut Musim

Ketika makanan dijual ketika musimnya, harganya akan menjadi lebih murah dan rasanya juga enak. Ia juga menggalakkan anda untuk mencuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang kebiasaannya anda tidak temui pada hari biasa – seperti makanan-makanan anti-keradangan atau makanan yang baik untuk otak – untuk ditambah ke dalam diet anda.

Jadikan ia sebagai bekalan dan simpan di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan yang mungkin selepas itu ia sudah tidak lagi dijual.

5. Makan Makanan Tempatan

Membeli di pasar tani akan membantu anda untuk mendapatkan makanan semula jadi. Menyertai komuniti yang menyokong aktiviti pertanian juga akan memudahkan anda untuk mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Anda juga boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut dengan harga yang murah apabila bertepatan dengan musimnya. Para petani kebiasaannya akan memberikan potongan harga untuk mengelakkan lebihan stok kepada mereka.

Tambahan pula apabila berjumpa secara langsung dengan para petani akan membantu anda untuk mempelajari lebih banyak tentang bagaimana makanan anda dihasilkan dan bertanyakan soalan yang anda rasa perlu kepada jawapannya.

6. Beli Buah-buahan dan Sayur-sayuran Organik yang disejukbekukan

Ada kalanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang disejukbekukan menjadi makanan sihat untuk keluarga anda. Ia masih lagi mengekalkan nutrien yang sama sebagaimana yang segar!

Tips Pro : Adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan semua itu ketika potongan harga berlangsung! Buah-buahan yang disejukbekukan sesuai untuk dijadikan smoothies manakala sayur-sayurannya pula sesuai untuk dijadikan hidangan sampingan.

7. Lihat Barangan yang Sering dibeli Melalui Internet

Sekiranya terdapat barangan yang anda kerap gunakan – seperti minyak kelapa, gula kelapa dan tepung kelapa – anda boleh semak harganya secara atas talian sebelum membelinya di kedai.

Sering kali, pemborong online akan menjual barang yang sama dengan harga yang lebih murah untuk membolehkan anda membelinya dengan banyak berbanding di kedai biasa.

8. Jangan Hanya Tertumpu kepada Kedai yang Tertentu

Jenama dan kedai yang digemari perlu diketepikan sekiranya anda sedang berjimat. Tujuan anda ialah untuk mendapatkan makanan yang terbaik pada harga yang terendah. Pastikan untuk melihat edaran pasaraya dan harga di kedai-kedai yang berhampiran kerana adakalanya harga yang rendah ditawarkan di kedai yang tidak anda sangka.

Pasar tani juga sering kali menawarkan harga yang berpatutan. Sebagai contoh, pasar tani Fama dan pasar malam menawarkan barangan seperti beras, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan harga yang berpatutan berbanding di pasar raya.

9. Jadi Kreatif Dengan Daging Anda

Tidak syak lagi bahawa produk tenusu dan daging lembu organik lebih mahal daripada yang biasa tetapi terdapat cara untuk terus menggunakan bahan tersebut sesuai dengan bajet anda.

Ketika anda membeli ayam sebagai contoh, beli keseluruhan ayam itu akan lebih murah berbanding membeli ayam dalam bahagian yang kecil. Anda boleh dapatkan beberapa jenis hidangan dengan seekor ayam.

Jangan biasakan diri dengan mencari ayam tanpa tulang dan tanpa kulit. Kedua-duanya semua mahal! Semua itu anda boleh lakukannya sendiri di rumah ketika hendak memasak.

Ketika membeli daging lembu, bahagian yang lebih keras boleh dijadikan cair di mulut dengan cara memasaknya dengan api yang perlahan selama beberapa jam di dalam periuk.

Anda juga akan mendapat faedah apabila memiliki kawan yang terlibat dengan pengeluar makanan tempatan. Mereka boleh memberitahu anda bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan daging segar.

10. Beli Secara Pukal bersama Rakan-rakan

Gedung membeli belah ada yang boleh menawarkan harga yang berpatutan selepas anda menjadi ahli untuk baranga tin, bahan-bahan kering, sejuk beku dan bahkan juga makanan segar dalam satu-satu acara.

Kongsi harga sebagai ahli tersebut dengan rakan-rakan yang mementingkan pemakanan sihat. Anda akan mendapatkan potongan harga yang terbaik untuk barang-barang yang dibeli.

Macam mana dapat idea kan untuk mengamalkan pemakanan sihat mengikut bugdet anda sendiri tanpa perlu mengikut cara orang lain. Nak sihat kita kena tahu apa yang kita akan belanjakan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *