Home TIPS KERJAYA & KEWANGAN 5 Panduan Bekerja Dari Rumah
5 Panduan Bekerja Dari Rumah

5 Panduan Bekerja Dari Rumah

0
1

Bekerja Dari Rumah.Work-At-Home-Mom (WAHM) atau bekerja dari rumah sememangnya menjadi pilihan wanita moden pada masa kini.

Ini adalah disebabkan tuntutan hidup dan tanggungjawab kepada anak-anak dan suami.Namun, bekerja dari rumah tidak bermaksud seseorang itu boleh goyang kaki. Malah, tugasnya jauh lebih berat kerana meliputi segala tanggungjawab sebagai seorang ibu, seorang surirumah dan seorang yang bekerja.

Tidak dinafikan, bekerja dari rumah lebih mudah kerana anda akan kurang mengalami tekanan kerana  tidak lagi perlu keluar seawal pagi dan balik ke rumah ketika waktu hampir Maghrib. Namun, anda tetap perlu cekal serta mempunyai disiplin diri yang tinggi. Saya mahu berkongsi 5 panduan bekerja dari rumah dengan anda yang berminat untuk bekerja dari rumah.

 

5 Panduan Bekerja Dari Rumah:

1. Sediakan SOHO(Small-Office-Home-Office)

Pastinya anda memerlukan satu ruang khas untuk anda bekerja dengan efektif. Oleh itu, wujudkan ruang kerja atau SOHO  (Small-Office-Home-Office) di dalam rumah anda sekurang-kurangnya untuk memberikan ‘mood’ bekerja walaupun di rumah sendiri. Ruang yang kecil pun sudah mencukupi untuk anda bekerja dengan teratur.Lengkapkan juga ruang bekerja anda dengan peralatan bekerja yang wajib anda perlukan untuk bekerja seperti:

  • Kerusi dan meja yang selesa.
  • Lampu meja.
  • File-file untuk menyusun kertas kerja.
  • Rak atau laci untuk menyimpan kerja anda.
  • Komputer dengan internet berkelajuan tinggi
  • Telefon yang mempunyai talian khas hanya untuk bekerja sahaja .
  • Alat tulis.

BACA JUGA :KEBAIKAN SIMPAN EMAS UNTUK MASA DEPAN

2. Komitmen Dan Displin Tinggi 

Jika bekerja dari rumah,komitmen dan disiplin yang tinggi sangat dituntut dengan jadual yang kerja yang telah dibuat. Jangan pula jadikan alasan bekerja dari rumah untuk anda bergoyang kaki. Sentiasalah fokus supaya anda tidak membuang masa sehingga kerja anda terbengkalai.

 

 

3. Jadual Kerja Yang Fleksibel

Panduan ini memerlukan anda bijak “mencuri” masa. Masa anda bekerja dari rumah adalah fleksibel berdasarkan rutin harian anda di rumah. Jika sebelum ini anda perlu hadir di pejabat untuk lebih kurang 8 jam, pastikan anda menyediakan jadual kerja anda juga.Buatkan jadual kerja yang mudah dengan matlamat yang realistik. Kemudian tunjukkan kepada mereka dan mintalah sokongan daripada mereka untuk membantu mencapai matlamat anda.

Fleksibelkan kerja anda dan jika ahli keluarga anda mahupun sesiapa menawarkan diri untuk membantu, berikan penghargaan anda. Kadangkala,ucapan terima kasih sudah mencukupi buat mereka supaya mereka tahu anda menghargai pertolongan mereka.Pastikan juga anda selalu semak jadual kerja supaya semuanya berjalan dengan lancar tanpa mengabaikan keluarga.

BACA JUGA : TIPS HIAS RUMAH MUDAH

 

4. Sediakan To-Do List 

Setiap hari, ambil masa dalam setengah jam untuk periksa jadual harian anda dan susun keutamaan untuk melakukan to-do-list. Anda perlu menyenaraikan tugasan yang perlu anda lakukan termasuk untuk urusan membeli belah barangan dapur. Masukkan juga  kerja seperti memasak,mengemas,mengambil anak ke dalam senarai to-do-list anda.

BACA JUGA : TIPS KERJAYA

5. Kurangkan Masa Senggang

Sememangnya bekerja di rumah menyebabkan anda mudah terjebak untuk melihat televisyen ataupun melayari internet sehingga menyebabkan anda terlupa bahawa anda sedang bekerja. Anda perlulah fokus dan serius untuk melakukan kerja anda. Pastikan anda tutup Facebook,Twitter,Instagram dan sebagainya semasa anda sedang bekerja.

 

Kesimpulan

Bekerja dari rumah sememangnya menyeronokkan. Namun, pastikan anda bersikap professional dan mempunyai pengurusan yang baik. Dapatkan sokongan daripada suami dan juga keluarga sekiranya anda mahu bekerja dari rumah.Semoga berjaya!

BACA JUGA : TIPS HADAPI TEKANAN

JAngan SHARE artikel yang cukup bermanfaat ini dengan kawan-kawan anda Jika Anda seorang yang kedekut dan pentingkan diri sendiri ..

Sumber Rujukan : http://www.wom.my

 

Comment(1)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *