Home KISAH KU Mulakan Hijrah Dalam Diri
Mulakan Hijrah Dalam Diri

Mulakan Hijrah Dalam Diri

0
0

Mulai terbenamnya matahari esok , kita akan memasuki tahun baru hijrah 1438. Masa berlalu terlalu pantas tanpa menghiraukan kita yang semakin jauh ketinggalan. Pepatah arab menyebut  masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. apa yang saya ingin perkatakan adalah mengenai untuk mulakan hijrah dalam diri kita sendiri sebelum kita melihat ke dalam konteks yang lebih luas.

Mulakan Hijrah Dalam Diri

Hijrah sebenarnya membawa pengertian yang sangat luas, keluar ke medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhaan ilahi.

Selain itu pengertian hijrah juga adalah kesanggupan untuk berubah daripada gaya hidup yang tidak sihat kepada gaya hidup sihat dan aktif bagi mengelakkan dari kehidupan penuh stress.

Tanpa sifat-sifat sanggup berubah dan berhijrah mustahil kejayaan akan tercapai dan kemahuan anda juga dipenuhi. Islam tidak menyuruh kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang. Semuanya kena hasil dari usaha dan kesanggupan untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik.

Ambil Semangat Tahun Baharu Hijrah

Mengambil semangat tahun baharu ini , paling tidak setiap umat islam mesti berazam dan melakukan hijrah dalam diri masing-masing. Mulakan langkah pertama untuk berhijrah daripada kehidupan tidak sihat yang menyebabkan kita mengalami pelbagai masalah kesihatan kepada kehidupan yang lebih aktif dan sihat. Kita yang kena mulakan sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk ubah hidup kita.

Memanglah tidak ada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi kita tahukan pengertian hijrah itu terlalu luas dan besar untuk ditafsirkan. Yang penting kita mulakan hijrah dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, Dalam konteks sekarang adalah hijrah dalam mengamalkan pemakanan sihat untuk kuruskan  badan.

Untuk itu marilah kita pastikan diri kita tidak terlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan tabiat “buruk” yang menyebabkan kita mengalami masalah berat badan dan hijrah dari menzalimi badan kita sendiri dengan mengambil makanan yang sudah tentu menyebabkan badan kita terseksa. Inilah hijrah kecil yang kita harus mulakan dengan diri sendiri.

Bertanggungjawab Ke Atas Diri Sendiri

Kita juga perlu mengambil tanggungjawab ke atas diri sendiri , dari asyik menyalahkan orang lain atas kegagalan kita, ruang terbuka luas untuk kita hijrah tapi jika kita masih “berdegil” dan masih dengan ego diri kita yang sudah sampai masanya kita berfikir mana sebenarnya arah tujuan kita.

Jangan lagi menzalimi diri sendiri , Allah SWT amanahkan kita menjaga diri kita tetapi kita zalimi dan khianti amanah itu. Saya juga tidak terlepas dari kesilapan ini tapi saya kini mengambil langkah melalukan hijrah dan perubahan secara perlahan-lahan untuk menyayangi amanah dariNya dan juga untuk saya sayangi diri saya sendiri. Berhenti khianati diri sendiri dan sayangilah diri kita

Badan Hanya Satu Dan Nyawa Juga Hanya Satu ..Sayangi Diri Anda ..Berhijrahlah Bermula Dengan Diri Anda Sendiri.

RASULULLAH SAW bersabda “ Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa “ -Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sempena Tahun Baharu Hijrah 1438 marilah lah kita sama-sama mulakan hijrah dengan diri kita sendiri …Dan berdoa kita istiqamah dalam melakukan hijrah ini..

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *