Home RESEPI BONDA Mudahnya Buat Bawang Goreng Rangup Di Rumah
Mudahnya Buat Bawang Goreng Rangup Di Rumah

Mudahnya Buat Bawang Goreng Rangup Di Rumah

0
0

Note Pengarang : Mahal harga bawang goreng pada hari ini. Jika tiada bawang goreng sebagai iringan sup atau makanan bergoreng terasa tidak lengkap pula. Apa kata belajar buat bawang goreng rangup sendiri. Untung-untung boleh dijual untuk tambah pendapatan. Ini cara buat bawang goreng rangup yang telah didedahkan oleh Ibu Azzah di Facebook. Ibu Azzah merupakan tenaga pengajar utama kelas masakan Projek Masak D Dapur di Kuantan, Pahang. Jom ikuti mudahnya buat bawang rangup di rumah.

Resepi Bawang Goreng Rangup

Bahan-bahan:

  • 1 kg bawang merah ros(yang bersize kecil )
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar tepung beras
  • Minyak masak

Langkah-langkah penyediaan:

1. Bawang merah kecil dipotong nipis-nipis. Gaul dengan sedikit garam dulu, dan ratakan. Kemudian, baru gaul dengan tepung beras.

cara sediakan bawang goreng rangup

2. Anggaran kalau sekilo bawang, garam 1 sudu kecil dan tepung beras satu senduk (5 sudu besar) sahaja. Gaul rata. Tapi boleh lebihkan tepung kalau nampak tak tersalut dengan bawang. Lebih (tepung) tak apa, lagi rangup.

 

3. Goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan jangan letak bawang terlalu banyak, nanti tak rata rangupnya.

bawang goreng rangup sedap

4. Apabila warna sudah kecoklatan (perang), terus tutup api dan kacau sekejap. Kemudian angkat, tos dan tuang atas tisu dapur. Bila dah sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara.

mudahnya buat bawang goreng rangup

Mudah kan?

Selamat mencuba!

 

Artikel ini juga telah dikongsikan di The Vocket

Like & Share Tengku Asmadi di FACEBOOK  & Instagram 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *