Home TIPS KURUS Minyak Kelapa Dara : Pembakar Lemak Semulajadi Yang Buat Anda Langsing
Minyak Kelapa Dara : Pembakar Lemak Semulajadi Yang Buat Anda Langsing

Minyak Kelapa Dara : Pembakar Lemak Semulajadi Yang Buat Anda Langsing

0
0

Mungkin ada yang kenal minyak kelapa dara ataupun masih baru untuk anda. Minyak kelapa dara ini telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu kala lagi. Sebab itu orang dahulu sihat dan tiada masalah kegemukan.

Sehingga kini, kira-kira 1500 kajian telah membuktikan bahawa minyak kelapa ialah salah satu makanan yang terbaik di bumi. Minyak kelapa digunakan serta memberikan kebaikan melebihi apa yang kebanyakan orang fikirkan. Kajian-kajian yang telah dijalankan akhirnya telah menyingkap beberapa rahsia terhadap buah ini. Dari segi aspek kesihatan, ia dikenali sebagai lemak sihat (asid lemak rantaian sederhana-MCFAs). Lemak yang unik ini terdiri daripada :

  • Asid Kaprilik
  • Asid Lurik
  • Asid Kaprik

Sekitar 62% daripada minyak kelapa dibina daripada ketiga-ketiga asid lemak sihat ini dan 91% daripada lemak di dalam minyak kelapa ini ialah lemak tepu yang sihat.

Kebanyakan lemak yang kita ambil mengambil  masa untuk dihadam namun MCFA yang terkandung dalam minyak kelapa memberikan sumber tenaga yang sempurna disebabkan oleh ia semua perlu melalu 3 proses sebelum ditukar menjadi tenaga berbanding lemak-lemak lain yang perlu melalui 26 proses! Tidak seperti Asid Lemak Rantaian Panjang (LCFA) yang terkandung dalam minyak yang berasaskan tumbuhan, MCFA pula :

  • Mudah untuk dihadam
  • Tidak tersedia dalam bentuk sebagai lemak
  • Bersifat anti-mikrobial dan anti-fungus
  • Saiz yang lebih kecil, memudahkan sel untuk mendapatkan tenaga.
  • Diproses oleh hati, yang bermakna ia dengan segera ditukar kepada tenaga berbanding disimpan menjadi lemak.

20 Faedah Minyak Kelapa Dara  yang Terbukti

Menurut kepada kajian perubatan, minyak kelapa memberikan faedah kepada tubuh badan melalui :

1. Rawatan Penyakit Alzheimer Secara Semula Jadi

Pencernaan MCFA oleh hati yang menghasilkan keton (ketones) yang dipersiapkan sebagai tenaga untuk otak. Keton membekalkan tenaga kepada otak tanpa perlu kepada insulin untuk memproses glukosa kepada tenaga.

Kajian terkini telah menunjukkan bahawa otak sebenarnya menghasilkan insulinnya yang tersendiri untuk memproses glukosa. Disebabkan oleh otak seorang pesakit Alzheimer telah tidak berupaya untuk menghasilkan insulinya sendiri, keton daripada minyak kelapa berupaya untuk menjadi satu sumber tenaga alternatif untuk membaiki fungsi otak.

2. Mencegah Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Minyak kelapa sangat kaya dengan lemak tepu. Lemak tepu bukan sahaja dalan meningkatkan kolestrol sihat (dikenali sebagai HDL) di dalam tubuh badan anda bahkan juga membantu untuk menukarkan LDL (kolestrol jahat) kepada kolestrol baik.

Dengan meningkatkan HDL dalam tubuh badan, ia membantu untuk menyihatkan jantung dan merendahkan risiko penyakit jantung.

3. Merawat  Jangkitan Buah Pinggang serta Melindungi Hati

Minyak kelapa terkenal dengan kebaikan untuk merawat dan mengelakkan jangkitan urinari dan buah pinggan. Rantaiannya bertindak sebagai antibiotik semula jadi dengan mengganggu selaput lipid yang menyelaputi bakteria dan akhirnya membunuh mereka.

Terdapat juga satu kajian yang menunjukkan bahawa minyak kelapa secara langsung dapat melindungi hati daripada rosak. Minyak kelapa juga membantu menghidrat dan menyokong kepada proses penyembuhan. Para doktor bahkan telah menyuntik air kelapa untuk membersihkan batu karang di dalam buah pinggang. Sungguh, buah kelapa sungguh menakjubkan!

4. Mengurangkan Keradangan dan Arthritis

Satu kajian telah dilakukan di India yang memberikan hasil bahawa paras antioksidan yang tinggi dalam minyak kelapa muda berupaya untuk mengurangkan keradangan serta arthritis dan bahkan lebih berkesan berbanding ubat-ubatan sedia ada.

Dalam satu lagi kajian yang telah dijalankan, minyak kelapa yang dihasilkan dengan haba yang sederhana didapati mampu merawat keradangan sel. Ia bahkan bertindak sebagai analgesik dan anti-keradangan sekaligus.

5. Rawatan Pencegahan Kanser

Minyak kelapa memiliki dua ciri yang menjadikannya berupaya untuk melawan kanser. Pertama ialah disebabkan oleh penghasilan keton apabila ia dicernakan. Sel tumor tidak dapat untuk mendapatkan tenaga daripada keton dan pada masa yang sama ia bergantung kepada glukosa. Adalah dipercayai bahawa diet keton ini boleh menjadi komponen yang penting bagi membantu pesakit kanser untuk sembuh.

Kedua, rantaiannya berupaya untuk mencerna lapisan lipid yang menyelaputi bakteria menjadikan minyak kelapa berupaya untuk membunuh bakteria helikobakter pilori yang diketahui menjadi punca kepada kanser perut. Sungguhpun banyak kajian mengenai kanser telah dilakukan, namun apabila penggunaan minyak kelapa dalam rawatannya bahkan mencegah ia daripada terus berkembang!

6. Meningkatkan Sistem Imun (anti-bakteria, anti-fungus dan anti-penularan)

Minyak kelapa mengandungi asid laurik yang diketahui berupaya untuk mengurangkan kandida, melawan bakteria dan menghalang pembiakan virus. Banyak penyakit kini adalah disebabkan oleh pembiakan bakteria jahat, fungus, virus dan parasit di dalam badan.

Anda boleh menggantikan bijian dan gula dalam diet anda dengan minyak kelapa sebagai sumber tenaga anda apabila anda sakit. Gula menjadi punca kepada pembiakan bakteria. Ambil satu sudu makan minyak kelapa tiga kali sehari ketika sakit dan banyakkan memakan sayur-sayuran.

7. Meningkatkan Ingatan dan Fungsi Otak

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2004 yang telah diterbitkan oleh journal of Neurobiology of Aging mendapati bahawa asid lemak rantaian sederhana (MCFA) yang terkandung dalam minyak kelapa dapat mengatasi masalah ingatan lebih-lebih lagi melibatkan golongan tua.

Setelah diuji kepada para pesakit, terdapat satu peningkatan yang baik mengenai keupayaan mereka untuk mengingat semula setelah mengambil asid lemak ini. Disebabkan oleh rantaiannya mudah untuk diserap di dalam badan ia boleh terus sampai ke otak tanpa memerlukan insulin. Akhirnya, sel otak dapat berfungsi dengan lebih efisen.

8. Meningkatkan Tenaga dan Ketangkasan

Minyak  kelapa mudah untuk dihadam, namun ia membekalkan lebih banyak tenaga dan meningkatkan metabolisme anda. Apabila mengambil minyak kelapa yang tidak diproses, anda akan mendapat lebih banyak manfaatnya disebabkan oleh rantaian asid lemaknya terus dihantar ke hati untuk ditukarkan kepada tenaga!

Kini, ramai triatlet akan menggunakan minyak kelapa sebagai sumber tenaga mereka ketika latihan dan perlumbaan yang melibatkan jarak yang jauh. Anda boleh menghasilkan minuman bertenaga ini dengan mencampurkan minyak kelapa, madu dan biji chia bersama-sama. Ambil satu sudu makan setiap hari dan ambil 30 minit sebelum latihan dilakukan.

9. Meningkatkan Proses Pencernaan, Mengurangkan Ulser Perut dan Ulser Kolitis

Minyak kelapa juga berupaya untuk memperelokkan proses pencernaan apabila ia membantu tubuh badan menyerap vitamin larut lemak, kalsium dan magnesium. Jika minyak kelapa diambil bersama dengan omega 3, ia akan memberikan kesan dua kali ganda lebih baik disebabkan ia sudah sedia dihadamkan dan digunakan oleh tubuh badan.

Minyak kelapa boleh membantu menyihatkan perut dengan menghapuskan bakteria jahat dan kandida di dalam perut. Ketidakseimbangan kandida akan menyebabkan berkurangnya asid di dalam perut dan akhirnya akan menyebabkan keradangan serta pencernaan yang tidak baik.

10. Mengurangkan Simptom Penyakit Pundi Kencing dan Pankreatitis

Rantaian asid lemak minyak kelapa tidak perlukan enzim pankreatik untuk dipecahkan. Jadi, pengambilan minyak kelapa akan membebaskan ampaian-ampaian yang ada di pankreas. Tambahan pula, lemak ini sangat  mudah untuk dihadam dan diketahui boleh mengatasi masalah penyakit pundi kencing.

Gantikan lemak yang berantai panjang yang lain kepada minyak kelapa untuk meningkatkan kesihatan pundi kencing dan tubuh badan.

11. Membaiki Masalah Kulit (terbakar, eksima, kelimumur, dermatitis dan psoriasis)

Minyak kelapa merupakan satu pembersih muka, pelembab dan pelindung cahaya matahari yang hebat. Namun, ia juga boleh merawat pelbagai masalah kulit yang lain. Asid lemak (kaprilik dan laurik) yang terkandung dalam minyak kelapa boleh mengurangkan keradangan dalaman dan luaran serta bersifat melembab dan akhirnya menjadikan ia satu penyelesaian kepada semua jenis keadaan kulit.

Ia juga melindungi kulit dan memiliki banyak antioksidan yang menjadikan ia sebagai penawar kepada penyakit kulit. Tambahan pula sifatnya yang antimikrobial menyeimbangkan kandida atau fungus yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit yang lain.

12. Mengelakkan Masalah Gusi dan Kerosakan Gigi

Penarikan minyak (oil pulling) melalui minyak kelapa telah digunakan sejak berabad lalu sebagai salah satu cara untuk membersihkan mulut daripada bakteria dan membantu mengubati penyakit gigi. Minyak kelapa merupakan antara minyak yang paling berkesan untuk menarik minyak disebabkan oleh kandungan antibakterianya yang pekat.

Dengan meratakan minyak kelapa dalam mulut anda, ia akan menggumpalkan bakteria yang ada di dalam mulut anda. Pembuangan bakteria dalam mulut dapat mengurangkan risiko penyakit gusi. Jika anda ingin merawat gusi dan membaiki gigi anda, saya sarankan ratakan minyak kelapa 3 kali seminggu selama 20 minit sehari.

13. Mencegah Osteoporosis

Tekanan oksidatif dan radikal bebas yang merupakan dua punca utama kepada osteoporosis. Disebabkan oleh minyak kelapa memiliki paras antioksidan yang tinggi yang membantu melawan radikal bebas, ia juga secara semula jadi merawat penyakit osteoporosis.

Kebaikan minyak kelapa yang lain ialah ia meningkatkan penyerapan kalsium di dalam perut. Kajian mengenai osteoporosis telah mendapati bahawa minyak kelapa bukan hanya meningkatkan kepadatan tulang bahkan juga mengurangkan kehilangannya disebabakan oleh osteoporosis.

14. Mengubati Diabetes Jenis II

Apabila sel menolak untuk bertindak balas kepada insulin dan tidak lagi memerlukan glukosa untuk tenaga, sel akan menolak insulin. Pankreas kemudiannya akan mengepam lebih banyak insulin untuk menggantikan dan menghasilkan kitaran yang berlebihan. Rintangan terhadap insulin ini merupakan tanda-tanda awal kepada diabetes Jenis II.

Rantaian asid lemak yang terkandung dalam minyak kelapa membantu untuk menyeimbangkan tindakbalas insulin dalam sel dan memberikan proses pencernaan yang sihat. Mereka menanggalkan ampaian yang ada dalam pankreas dan memberikan sumber tenaga yang berterusan kepada tubuh badan yang tidak lagi bergantung kepada tindak balas glukosa yang akan menghalang rintangan insulin ini serta diabetes jenis II ini.

15. Minyak kelapa untuk Mengurangkan Berat Badan 

Disebabkan oleh keupayaan untuk menghasilkan tenaga yang ada pada minyak kelapa, maka tidak hairanlah sekiranya ia membantu untuk mengurangkan berat badan. Ia membantu untuk membakar lemak, mengurangkan selera makan dan kajian telah dilakuakn bahawa ia sangat berguna dalam mengurangkan lemak berlebihan di perut.

Keupayaan kelapa untuk membantu membuang lemak telah umum diketahui. Satu kajian pada tahun 1985 telah ditebrbitkan dalam  Journal of Toxicology and Environmental Health telah membuktikan bahawa satu suntikan asid kaprik akan memberikan keputusan yang awalnya tinggi kemudian mencatatkan penurunan dalam pengambilan makanan dan ia selari dengan pengurangan berat badan bagi sekor tikus makmal jantan.

Ia seperti berlawanan apabila mengambil minyak kelapa (sejenis lemak) akan membawa kepada pengurangan lemak. Namun, itulah hakikatnya. Kunci untuk memahami fenomena ini terdapat pada keupayaan multidimensi rantaian lemaknya yang berupaya untuk mengawal pelbagai proses psikologi.

Sebagai contoh, pada tahun 1985, satu kajian telah dilakukan dan menemui bahawa asid kaprik menunjukan peningkatan yang signifikan dalam fungsi tirod, membantu mengurangkan kadar rehat jantung dan membantu badan anda untuk membakar lemak untuk digunakan sebagai tenaga.

Paling terkini, Obesity Research Journal telah menerbitkan satu kajian daripada Boston University Medical School yang memberikan petunjuk kepada kita mengapa rantaian lemak ini memiliki keupayaan bagi membakar lemak dalam badan.

Menguji kesan-kesan yang ada pada rantaian lemak jenis ini kepada pemecahan lemak, sel lemak adipos dalam tikus makmal yang disuntik dengan asid kaprilik. Mereka mendapati bahawa pemecahan lemak berlaku pada tahap yang signifikan yang akhirnya menyerupai ciri-ciri amalan berpuasa.

Berpuasa, dalam hal ini bukanlah bersifat negatif tetapi positif dalam badan yang menggunakan tenaganya sendiri yang tersimpan dengan lebih berkesan dan mempercepatkan pemecahan lemak yang tidak diperlukan.

Para pengkaji tersebut akhirnya menyimpulkan, “Perubahan seperti ini dapat memberikan sumbangan kepada pengurangan berat badan bagi haiwan dan menusia beserta diet yang mengambil asid lemak yang berantai sederhana.”

16. Membina Otot dan Mengurangkan Lemak dalam Badan

Rantaian asid lemak sederhana bukan sahaja bagus untuk membakar lemak bahkan juga bagus untuk membina otot. Rantaian asid ini juga digunakan dalam produk pembinaan otot seperti Muscle Milk™.

Kebanyakan suplimen yang dikeluarkan walaubagaimanapun menggunakan rantaian asid lemak ini yang telah diproses . Dengan memakan buah kelapa yang sebenar walaubagaimanapun anda akan dapat yang asli. Saya cadangkan tambahkan tiga sudu makan minyak kelapa ke dalam ‘shake’ pembina otot setiap hari.

17. Minyak Kelapa Berkhasiat untuk Penjagaan Rambut

Jika anda menghadapi masalah kelemumur atau rambut yang kering, minyak kelapa memiliki asid lemak yang sesuai untuk memperbaiki keadaan ini. Anda boleh membuat syampu kelapa lavender untuk meningkatkan kesihatan rambut anda dan gunakan minyak kelapa mentah sebagai pelembut rambut semula jadi.

Untuk menghilangkan kelimumur dan menebalkan rambut, urut bersama satu sudu minyak kelapa yang dicampurkan dengan 10 titik minyak pati rosemary ke atas kulit kelapa anda selama tiga minit. Kemudian bilas setelah 30 minit kemudiannya.

18. Kandida dan Jangkitan Yis

Satu kajian telah diterbitkan oleh jurnal Antimicrobial Agents and Chemotherapy mendapati bahawa asid kaprik dan laurik yang terkandung dalam minyak kelapa berkesan untuk merawat jangkitan kandida albikan dan yis secara semula jadi.

Untuk membunuh kandida dan jangkitan yis secara semula jadi, keluarkan gula dan birijin proses daripada diet anda dan banyakkan mengambil banyak lemak sihat. Ambil satu sudu minyak kelapa tiga kali sehari sebagai suplimen.

19. Anti Penuaan

Menurut satu kajian yang telah diterbitkan oleh medical journal Food and Function, minyak kelapa meningkatkan paras antioksidan dan boleh memperlahankan proses penuaan. Minyak kelapa juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada hati dan merendahkan tekanan oksidatif.

Selain itu, mereka juga mendapati bahawa minyak kelapa boleh mambantu proses nyahtoksik berdasarkan tindak balas yang diberikan kepada hati. Untuk memperlahankan proses penuaan secara semula jadi, ambil satu sudu minyak kelapa bersama buah beri yang kaya dengan antioksidan ketika sarapan. Anda juga boleh menyapu minyak kelapa tersebut terus kepada kulit untuk menjadikan kulit lembut.

20. Minyak Kelapa untuk Keseimbangan Hormon

Gunakan kebaikan minyak kelapa untuk hormon anda juga! Minyak kelapa boleh menyeimbangkan hormon anda secara semula jadi disebabkan oleh ia mengandungi lemak tepu termasuklah asid laurik. Kajian telah mendapati bahawa minyak kelapa boleh menjadi lemak yang bagus untuk diambil ketika menopause juga boleh memberikan kesan positif kepada paras hormon estrogen.

Bagi menyeimbangkan secara semula jadi hormon yang mengurangkan pengambilan gula dan bijirin dan menggantikannya dengan lemak sihat daripada kelapa, avokado, biji selasih dan minyak sapi.

Kesan Sampingan Minyak Kelapa

Terdapat beberapa kesan sampingan bagi penggunaan minyak kelapa ini, namun ia amatlah sedikit. Kebiasaannya, alahan mungkin boleh berlaku bagi sesetengah individu yang menghidap alahan.

Beberapa produk pembersihan yang dihasilkan daripada minyak kelapa diketahui memberikan kesan alahan namun tidaklah selalu. Hakikatnya, kesan sampingan minyak kelapa tidaklah banyak berbanding ubat-ubatan yang lain. Bahkan dalam satu kajian mendapati bahawa ia mengurangkan kesan sampingan kepada rawatan kanser!

Bagaimanakah untuk Menghasilkan Minyak Kelapa?

Saya gunakan minyak kelapa dalam masakan. Saya juga sering kali peletakkan satu sudu makan minyak kelapa di dalam smoothie ketika sarapan pagi. Anda juga boleh menyapu minyak kelapa ini terus pada kulit anda.

*AMARAN- Minyak kelapa diproses, dipanaskan dengan suhu yang tinggi dan dihasilkan secara kimia untuk memanjangkan hayatnya. Apabila berlakunya sedemikian, maka lemak yang terkandung di dalamnya tidak lagi baik untuk anda!

JADI– Dapatkan minyak kelapa muda untuk kebaikan kesihatan yang terbaik. Berikut merupakan jenama yang saya sendiri gunakan dan saya juga sarankan kepada pesakit saya

minyak kelapa daraku

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *