Home TIPS KESIHATAN Minuman Cuka Teen : Untuk Pelawasan Dan Memberi Tenaga

Minuman Cuka Teen : Untuk Pelawasan Dan Memberi Tenaga

0
2

Assalamualikum salam hujung minggu, sambil berehat ini dapat terus idea nak buat minuman cuka teen. Cuaca lak tengah panas lak sesuai sangatlah minuman cuka teen ini, tapi ini bukan sebarang minuman tau, penuh dengan khasiat yang bagus untuk anda.

Minuman Cuka Teen

cuka teen

Minuman isotonik tu dia macam sedap aje kan , baru sebut dah sedap kalau dah buat tak tau laa sedap macam mana tu. Oleh kerana bahan-bahan memang dah ada kat rumah, terus dapat idea buat minuman ni. Ok Bahan-bahan adalah

  • 1 Gelas Ais
  • 2 Sudu Cuka Teen
  • 1 Biji Limau Nipis
  • 1 Sudu Madu Asli
  • 1 Sudu Serbuk Kayu Manis

Untuk Ketahui mana mana cara buat anda boleh tonton video yang saya sediakan khas buat anda, jadi mudah untuk anda ikuti dari langkah demi langkah yang saya tunjukkan.

Nak tahu sedap ke tak memang kena buatlah kan ..Tapi ada khasiat ke minuman cuka teen ni ?Sudah tentu apa saya kongsikan bukan sahaja sedap tetapi banyak khasiat bila diamalkan.

Kalau anda nak tahu cuka teen ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah pelawasan, yang jenis susah nak buat air besar sangat bagus untuk amalkan cuka teen ini, tapi jangan terkejut tau khasiat cuka teen ini mampu untuk membantu anda mengawal berat badan tapi nasihat saya pemakanan pun kena sihat juga.

Bahan-bahan seperti madu adalah pemanis semulajadi yang lebih banyak khasiat berbanding gula putih di sini saya gunakan madu gunung Kyrgyzstan yang saya pastikan keasliannya, sebab apa saya kaya asli kerana madu ini pernah memenangi Anugerah World Bee Keeping 2015, kalau dah peringkat dunia menang takkan tipu kan ..

Jadi jangan lupa untuk cuba tau ..rugi sangat kalau anda tak cuba.Dah cuba share dengan kawan-kawan moga mereka juga dapat rasai keenakan dan khasiat daripada minuman cuka teen.

Comment(2)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *