Home TIPS KURUS 6 Sebab Ubi Keledek Adalah Menu Sihat Untuk Diet
6 Sebab Ubi Keledek Adalah Menu Sihat Untuk Diet

6 Sebab Ubi Keledek Adalah Menu Sihat Untuk Diet

0
0

Anda mesti mencari pelbagai menu sihat untuk diet anda kan ? Selalunya kita makan nasi , pasta atau pun sayur sayuran, sebenarnya masih banyak lagi menu diet yang sihat untuk anda amalkan. Kali ini saya kongsikan khasiat ubi keledek yang wajib anda jadikan sebahagian daripada menu sihat untuk diet anda.

1. Sumber Karbohidrat Sihat

Ubi keledek atau pun ubi jalar mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah berbanding jenis ubi seperti kentang dan ubi lain. Ubi keledek mengandungi hanya 23 gram karbohidrat. ini menunjukkan ubi keledek merupakan sumber karbohidrat yang baik dan pasti dimasukkan dalam menu sihat diet anda, kerana ubi keledek tidak mengemukkan dan memberi kesan kenyang yang lebih lama.

2. Sumber Serat

Ubi keledek mempunyai serat hampir dua kali ganda berbanding jenis ubi yang lain. Di katakan ubi keledek menyumbang 7gram serat tiap kali pengambilannya. Serat yang tinggi membantu melambatkan proses pembakaran kalori dan ini membolehkan kalori digunakan lebih lambat dan lebih baik. Jadi apa tunggu lagi jangan sia-siakan ubi keledek tau , dah jumpa kan salah satu menu sihat untuk diet anda ?

3.Vitamin dan Kalium

Untuk turunkan berat dan kurus dengan sihat , tubuh memerlukan vitamin yang baik dan berkesan. Ubi Keledek mempunyai Vitamin A dan vitamin C, B6,Kalium, riboflavin dan banyak lagi. Sebiji ubi keledek memiliki 28 peratus kalium dan ini menunjukkan ia mempunyai lebih baik kalium daripada pisang.

4. Kandungan Air

Dikatakan ubi keledek mempunyai kandungan air yang banyak dan dapat membantu menurunkan berat badan. Badan yang mengandungi air lebih senang kembali ke bentuk asal berbanding badan yang mempunyai lemak. Selain itu makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak akan membuatkan anda cepat berasa kenyang dan tahan lama. Jadi jangan takut untuk mengambil ubi keledek sebagai menu sihat untuk diet anda.

BACA : CARA MEMILIH PRODUK SUPAYA ANDA TIDAK KECEWA

5. Cara Memilih yang tepat

Ubi keledek yang segar adalah sangat bagus. Elakkan dari membeli ubi keledek yang pecah dan agak layu. Kemudian simpan di tempat yang jauh dari sinaran matahari dan berada di suhu bilik. Ubi keledek akan bertahan lama anggaran selama satu ke dua minggu.

6.Cara Memasak

Ubi keledek boleh di masak dengan pelbagai cara, antaranya adalah direbus, Kukus atau pun bakar. buatlah mengikut selera masing-masih. Ubi keledek mempunyai rasa masa yang sudah cukup dan tidak perlu ditambah dengan garam atau pun gula. Mulakan menu sihat untuk diet anda hari ini dan jangan tunggu lagi.

ubi keledek menu diet

Sumber Rujukan: Majalah Mingguan Wanita BIL 1658/28 Ogos

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *