Home TIPS KESIHATAN Masalah Tiriod : Simptom-Simptom Masalah Tiriod Yang Anda Perlu Tahu
Masalah Tiriod : Simptom-Simptom Masalah Tiriod Yang Anda Perlu Tahu

Masalah Tiriod : Simptom-Simptom Masalah Tiriod Yang Anda Perlu Tahu

0
0

Kita sering dengar tentang masalah tiriod dan mungkin tidak tahu akan simptom-simptom masalah tiriod ini. Tiroid bersaiz kecil, adalah kelenjar berbentuk seperti seekor rama-rama yang terletak di bahagian tekak betul-betul di belakang halkum.

Disebabkan ia bertindak sebagai thermostat buat tubuh badan kita – yang mana sentiasa mengawal suhu, kelaparan dan penggunaan tenaga – masalah-masalah yang melibatkan tiroid boleh menyebabkan simptom-simptom yang pelbagai.

Masalah Tiriod: Simptom-Simptom Masalah Tiriod

Menurut National Women’s Health Information Center, terdapat kira-kira 20 juta warga Amerika menghidap masalah yang melibatkan tiroid yang mana kebanyaknnya ialah hipotirodisme dan paling kurang melibatkan hipertirodisme.

Apa yang mengejutkan, adalah dianggarkan bahawa lebih daripada separuh (60%) masyarakat seluruh dunia menghidapi masalah tiroid disebabkan oleh mereka tidak prihatin tentang soal masalah utamanya termasuklah pertambahan berat badan ataupun keletihan.

The American Thyroid Association telah melaporkan bahawa satu daripada lapan wanita Amerika mengalami penyakit tirod pada satu peringkat dalam hidup mereka. Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka ? Sekiranya begitu, apa yang anda boleh lakukan untuk melindungi keadaan anda daripada terus menjadi teruk ?

Berikut, anda akan mempelajari tentang antara langkah kelegaan semula jadi bagi penyakit tirod ataupun masalah-masalah lain yang melibatkan tiroid termasuklah makanan-makanan yang boleh mengawal simptom-simptom tersebut, cara untuk mengawal tekanan dan pengambilan suplimen yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Apakah Masalah Paling Utama yang Melibatkan Tiroid?

Masalah dan penyakit tiroid boleh memberikan kesan negatif kepada pelbagai sisi kehidupan anda. Daripada berat badan sehinggalah melibatkan tekanan dan keresahan di mana kelenjar tiroid merupakan organ yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan emosi anda agar seimbang.

Terdapat dua jenis masalah Tiroid yang utama : Hipotirodisme (tirod tidak aktif) dan Hipertirodisme (tirod terlebih aktif).

Terdapat juga beberapa masalah tiroid yang lain namun, kebanyakan yang berlaku ialah tergolong dalam dua kategori ini. Hipotiroidisme pula merupakan masalah yang sering berlaku. Kebanyakann mereka yang menghidapi masalah ini terdiri dariapda golongan wanita lebih-lebih lagi mereka yang muda atau berusia pertengahan.

Bagi memberikan anda kefahaman tentang bagaimana masalah ini berkembang, berikut diberikan gambaran yang mudah untuk memahami fungsi kelenjar tirod ini.

Kelenjar tiroid mengawal banyak aspek metabolisme termasuklah menghasilkan pelbagai hormon penting yang membolehkan tubuh badan untuk menjalankan pelbagai fungsi yang utama – seperti pencernaan dan pembiakkan. Kadang kala, kelenjar tiroid ini akan mengepam sama ada terlalu banyak ataupun terlalu sedikit jumlah bagi sesetengah hormon.

Keadaan boleh mempengaruhi tubuh badan dari segi berat badan dan semangat sungguhpun begitu, simptom-simptomnya disebabkan oleh kedua-dua jenis hormon yang tidak stabil ini mempengaruhi manusia secara berbeza.

Dua hormon yang paling penting yang dihasilkan oleh tirod ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Kedua-dua hormon ini dilepaskan oleh kelenjar tiroid dan kemudiannya akan memasuki salur darah dan menukarkan oksigen dan kalori kepada tenaga. Tenaga ini sangat penting kepada fungsi kognitif, perasaan, sistem pencernaan, naluri seksual yang sihat dan sebagainya.

Beberapa nutrien seperti iodin dan selenium memainkan peranan yang penting namun sering kali dipinggirkan fungsinya kepada fungsi tirod dengan baik. Iodin dan asid amino pula ditukarkan oleh tirod kepada hormon T3 dan T4.

Kajian telah menunjukkan bahawa terlalu banyak atau terlalu sedikit iodin boleh memberikan kesan kepada proses yang penting ini selain daripada menyumbang kepada kegagalan fungsi tiroid.

Perkara yang sama juga boleh berlaku kepada mereka yang menghidapi kekurangan vitamin B, Zink dan mineral yang lain termasuklah elektrolit. Tambahan pula, masalah dalam penyerapan dan penukaran nutrien daripada diet boleh menjadi satu masalah pula.

Sindrom kebocoran perut merupakan antara penyebab yang menyumbang kepada simptom-simptom masalah tiroid disebabkan ia meningkatkan paras keradangan dan menggangu sesetengah proses metabolisme.

Tanda-tanda dan Simptom-simptom Masalah Tiroid

Dalam hal hipotiroidisme, proses dalam tubuh badan anda secara umumnya akan menjadi perlahan. Hal ini menyebabkan mengapa simptom-simptom seperti pertambahan berat badan, kepeningan dan keletihan menjadi satu kebiasaan.

Manakala hipertirodisme pula akan menyebabkan kesan yang sebaliknya – peningkatan tindak balas metabolisme, degupan jantung menjadi semakin laju dan anda mungkin akan mengalami sukar untuk makan.

Sebagaimana yang anda dapat lihat, disebabkan oleh tiroid bertindak mengawal selera makan anda, tubuh badan akan menjadi panas dan penggunaan tenaga, perubahan dalam hormon tiroid boleh menyebabkan tindakan metabolisme anda menjadi perlahan ataupun menjadi terlalu cepat. Kedua-dua keadaan ini bergantung kepada cara yang sama iaitu dengan memperbaiki diet, kawalan tekanan dan gaya hidup.

Antara simptom yang paling biasa dialami oleh penghidap hipotiroidisme ialah :

  • Keletihan melampau dan kadang-kala lemah semangat untuk bersenam.
  • Tidak bermaya.
  • Sering berasa sejuk.
  • Rambut dan kulit menjadi kering – kulit mungkin menjadi sejuk dan kaki serta jari akan kelihatan kebiruan.
  • Sukar menumpukan perhatian.
  • Suara menjadi seakan-akan suara kuda.
  • Sembelit dan masalah pencernaan yang lain.
  • Otot menjadi lemah kadang-kadang berasa sakit dan berasa tidak selesa.

Simptom-simptom hipertiroidisme termasuklah :

  • Berasa gelisah.
  • Insomnia.
  • Mata kelihatan besar.
  • Kekurangan berat badan.
  • Otot menjadi lemah.
  • Rambut yang nipis dan rapuh.

Semoga maklumat diberikan dapat dimanfaat untuk anda kenalpasti masalah tiriod dan merawatnya

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *