Home TIPS KESIHATAN 9 Makanan yang Tidak Berkhasiat – Ya, disebabkan Kurangnya Nutrisi yang menjadikan anda Seorang yang Murung
9 Makanan yang Tidak Berkhasiat – Ya, disebabkan Kurangnya Nutrisi yang menjadikan anda Seorang yang Murung

9 Makanan yang Tidak Berkhasiat – Ya, disebabkan Kurangnya Nutrisi yang menjadikan anda Seorang yang Murung

0
0

Beberapa perkara yang kelihatan secara terperinci sebenarnya telah direka bentuk untuk menyebabkan anda menjadi muram, seperti tiket parkir atau menunggu selama 40 minit di kaunter khidmat pelanggan. Namun, terdapat juga faktor yang akan menyebabkan anda berasa tidak selesa ialah makanan tidak berkhasiat yang anda makan.

Bagaimanakah Makanan yang Tidak Berkhasiat Menyebabkan Anda Menjadi Murung ?

Fikirkan bagaimana anda rasa selepas anda menghirup pasta atau makanan-makanan berat yang lain ? Adakah anda akan berasa mengantuk dan seperti mahu tidur selepas itu ? Atau bagaimana pula dengan rasa lapa, ketika mana tiada makaann atau makanan tidak cukup untuk tempoh yang lama sehingga menyebabkan anda menjadi tidak bertenaga ?

Makanan sebenarnya memiliki pengaruh yang besar kepada perasaan dan perasaan kita, samada makanan yang kita makan itu meningkatkan semangat anda ataupun sebaliknya. Hal ini adalah disebabkan oleh apa yang kita makan mempengaruhi penghasilan neurotransmitter oleh otak kita. Ia merupakan bahan kimia yang dihasilkan bagi memandu perasaan kita.

Neurotransmitter bertindak seperti serotinin yang membantu kita untuk berasa tenang manakala dopamine pula boleh meningkatkan tumpuan kita. Makanan yang kita makan memberikan satu blok pembina untuk bahan-bahan kimia ini sebaik sahaja otak kita mengekstrak nutrien yang diperlukan daripada makanan yang kita makan untuk menghasilkan neurotransmitter. Hasilnnya, perasaan kita akan menjadi lebih stabil.

Tetapi, otak kita tidak selalu mendapat tenaga yang cukup bagi menyeimbangkan neurotransmitter. Kesannya, kita akan menjadi muram. Manakala makanan yang kaya dengan dengan omega 3 seperti ikan salmon liar dan avokado, kedua-duanya dapat menstabilkan perasaan kita.

Namun, makanan yang rendah kualitinya sebenarnya akan membarikan impak negatif kepada otak anda. Sebagai contoh, satu kajian yang berkaitan dengan makanan yang diproses seperti makanan segera akan menjadi punca kepada kemurungan, agresif, keresahan dan penyakit-penyakit mental yang lain.

Kandungan gula dalam darah kita juga dipengaruhi oleh perasaan kita. Apabila makanan yang kita ambil kaya dengan gula tambahan, masalah akan bermula apabila insulin mula untuk membersihkan gula daripada darah anda. Kekurangan gula ini akan diikuti dengan sakit kepala dan cepat marah.

10 Makanan yang Perlu Dielakkan + Alternatif yang Disyorkan

Jadi, apabila anda rasa anda sudah mengelakkan makanan pandu-lalu dan makanan segera, berikut merupakan beberapa makanan yang akan menyebabkan anda menjadi muram. Anda pasti akan terkejut apabila mengetahui makanan-makanan tersebut.

Sekiranya anda mendapati diri anda berasa lemah dan mengambil makanan-makanan tersebut dalam diet anda, maka inilah masanya untuk anda menggantikannya dengan makanan yang membawa kepada perasaan yang baik.

1. Sirap Agave

Sirap agave memiliki rasa manis, dihasilkan daripada tumbuhan semula jadi dan rendah dari segi skala indeks glycemic, menjadikan ia bahan yang sempurna untuk menangani diabetes. Orang ramai mula menggunakan sirap agave ini di dapur, baik untuk manisan pada pankek sehinggalah untuk menjadi pemanis kepada hidangan pencuci mulut. Namun, adakah ia baik buat anda ? Tidak !

Prosedur yang ketat dalam penghasilan sirup agave ini menjadikan ia boleh disimpan di dalam rak-rak. Kesannya, nutrien semula jadi yang terkandung di dalamnya akan hilang. Ia dihasilkan secara meluas daripada fruktosa, bahan yang lebih berbahaya daripada gula yang mana ia dimetaboliskan oleh hati bukan aliran darah.

Hakikatnya, sirap agave mengandungi fruktosa yang tinggi berbanding mana-mana pemanis yang anda boleh beli termasuklah sirap jagung ! Apabila melibatkan perasaan anda, kandungan fruktosa yang tinggi terkandung dalam sirap agave ini meningkatkan lagi sindrom metabolik, satu keadaan yang merangkumi obesiti, tekanan darah tinggi dan rintangan insulin. Semua ini akan menyebabkan anda menjadi murung.

Alternatif : Jika anda mahu untuk menambahkan rasa manis kepada makanan, gunakan madu mentah. Saya sendiri lebih menggemari madu gunung disebabkan oleh khasiatnya yang banyak. Selain itu, madu yang dihasilkan secara semula jadi serta sirup maple juga merupakan pilihan yang baik.

2. Alkohol Khas Buat Yang Minum Ingat Ni!

Samada digunakan setelah penat seharian bekerja atau meraikan hari gembira, alkohol kadangkala memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita lebih daripada yang kita sedari. Namun, apabila kita sudah merasa lemah dan tidak bermaya, adalah perlu untuk anda kira berapa banyak dan berapa kerap anda minum.

Walaupun alkohol boleh memberikan kebaikan untuk anda, seperti wain merah, pengambilannya yang terlalu kerap akan menyebabkan anda menjadi lemah. Ketika anda menghirup minuman tersebut, mungkin akan berasa gembira namun sebenarnya otak anda sedang bekerja keras disebabkan oleh alkohol akan menyebabkan penghasilan hormon yang menyebabkan meningkatnya perasaan tekanan dan kebimbangan.

Disebabkan oleh alkohol juga mengurangkan serotin, iaitu hormon gembira dan juga mempengaruhi sistem saraf. Semua ini akan membawa kepada kemurungan.

Alternatif : Hadkan pengambilan alkohol anda kepada hanya satu atau dua gelas wain merah seminggu. Cuba juga alkohol yang bebas gluten atau lebih baik lagi elakkan terus daripada pengambilan alkohol dan dapatkan makanan yang kaya dengan probotik serta minuman yang ditapai seperti kombucha atau kvass.

3. Gula Tambahan dan Pemanis Tiruan

Sesuatu makanan pasti berasa sedap anda ditambahkan gula padanya namun ia tidaklah kekal. Gula tambahan akan menjadikan minda dan tubuh badan tidak bermaya. Selepas semua ini, ia akan meningkatkan perasaan resah, mudah marah dan tekanan perasaan.

Akhirnya akan menyebabkan tubuh badan tidak mampu untuk melawan tekanan tersebut dan menjadikan ia sukar untuk gembira. Perlu untuk diberi perhatian bahawa gula tambahan ini merupakan makanan yang menyebabkan kemurungan.

Gula semula jadi seperti yang terkandung dalam buah-buahan kebiasaannya A-OK namun gula-gula tambahan ini juga turut ditambah kepada makanan yang anda sendiri tidak menyedarinya seperti yougurt, granola, serta roti yang perlu anda berikan perhatian.

Gula tiruan juga tidak bagus untuk kesihatan. Daripada mengunyah gula-gula getah sehinggalah kepada air tanpa kalori dan juga ubat gigi. Ia terdapat di mana-mana dan memberikan kesan sampingan seperti sakit kepala, perasaan yang tidak stabil, pening kepala dan migrain. Semua ini akan menyebabkan anda menjadi murung !

Alternatif : Terdapat banyak jenis pemanis semula jadi daripada madu mentah dan stevia sehinggalah kepada gula kelapa. Cubalah dengan menggantikan gula sedia ada dengan gula-gula semula jadi ini yang akan memberikan hasil yang terbaik mengikut keperluan anda.

4. Margerin dan Bahan-bahan beraskan Mentega

Kini, bahagian sejuk beku di pasar raya sangat menjadi tumpuan. Antara margerin dan sapuan roti diperbuat daripada pelbagai minyak yang berbeza serta bahan-bahan yang anda tidak boleh percaya bahkan ia adalah lebih sukar untuk anda memilih yang terbaik.

Namun, apabila ia melibatkan untuk memilih makanan yang menjadikan anda gembira dan baik untuk kesihatan anda, adalah bagus untuk anda menjauhi bahan-bahan yang diperbuat daripada mentega. Semua itu kebiasaannya dihasilkan daripada lemak yang akan meningkatkan keradangan dan juga mengandungi asid lemak omega-6 yang tinggi.

Akhirnya, bahan-bahan ini akan menghalang asid lemak omega-3  yang merupakan pembangkit perasaan semula jadi yang bertindak balas dengan perasaan dan juga paras insulin anda. Tidaklah bermakna juga apabila ia dihasilkan daripada minyak zaitun ia adalah baik untuk anda !

Alternatif : Kembali mengamalkan yang asas dan pilih mentega yang dihasilkan secara organik. Sekiranya anda membelinya untuk tujuan masakan, minyak kelapa juga merupakan pilihan yang baik menggantikan mentega. Apabila minyak kelapa dipanaskan pada haba yang tinggi – suhunya meningkat sehingga 450 F.

5. Kopi

Kebanyakan kita memulakan pagi dengan secawan kopi dengan tujuan yang baik. Minuman ini kaya dengan antioksidan dan boleh menghalang kemerosotan kognitif. Namun, sekiranya anda mula merasakan seperti tidak bermanya dan tiada semangat, anda mungkin sudah mengalami gelaja kafien berlebihan dan akan mendatangkan mudarat kepada anda.

Kafien yang terkandung dalam kopi mengubah suai perasaan anda dengan merangsang hormon, fungsi neurotransmitter dan isyarat saraf yang membantu anda berasa tenang. Ia juga boleh meningkatkan kadar keresahan anda dengan meningkatkan kadar denyutan jantung anda. Sekiranya anda merupakan penggemar kopi, sehari tanpanya akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala, kepeningan dan kekurangan tenaga.

Alternatif : Cuba gantikan dengan teh hijau berbanding kopi. Teh hijau bukan sahaja mengandungi bahan anti penuaan, bahkan ia mengandungi kafien yang lebih rendah berbanding kopi. Selain itu, anda juga boleh menggantikannya dengan teh kunyit juga anti-keradangan dan mudah untuk dihasilkan serta rasanya juga enak.

6. Kepingan-kepingan Daging

Anda mungkin sudah elakkan daripada makan daging yang diproses seperti sausej dan bologna. Namun, cuba periksa bungkusan yang ada pada kepingan-kepingan daging yang anda beli samada kepingan daging ayam belanda atau ayam biasa.

Produk ini sering dibungkus bersama perisa, bahan pengawet, gula dan garam. Kesannya, katakan hello kepada migrain, mual dan lutut yang bengkak. Sekiranya anda membeli daging yang tidak organik, haiwan ini dipotong dalam keadaan sejuk beku dan bahkan juga telah diberikan antibiotik juga. Ingat, anda adalah apa yang anda makan !

Alternatif : Baca label hati-hati dan pilihlah jenama yang tidak mengandungi perasa atau garam tambahan. Atau, lebih baik sembelih sendiri ayam untuk dijadikan sandwich, salad dan apa-apa hidangan yang sesuai. Ia bahkan lebih jimat dan mudah !

7. Telur Putih  

Saya merupakan salah seorang penggemar telur. Hal ini kerana telur mengandungi protein yang mahal dan tinggi kualitinya. Jadi, mengapa pula telur putih ini termasuk dalam senarai ini ? Sebabnya ialah apabila anda membuang separuh daripada telur itu, bermakna anda juga membuang kebanyakan bahan yang memberikan perasaan yang baik kepada anda.

Telur kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita seperti protein, Vitamin B dan koline. Ia membantu menyihatkan otak dan menjadikan perasaan anda seimbang. Disebabkan oleh telur merupakana makanan semula jadi, anda juga perlu mengelakkan makanan segera yang ada para makana segera seperti garam, gula dan penambah perisa. Semua khasiat telur sebenarnya terkandung dalam telur kuning bukan telur putih. Jika anda meninggalkan telur kuning, anda telah kehilangan nutrien-nutrien yang enak itu.

Alternatif : Makan keseluruhan telur ! Cuma pilih jenis telur yang betul. Utamakan telur organik yang datang daripada ayam-ayam yang gembira berbanding telur yang dihasilkan secara konvensional.

8. Buah-buahan dan Sayur-sayuran yang tidak Organik

Ketika saya sering menggalakkan supaya mengambil lebih banyak buah dan sayur, namun sebenarnya ada jenis buah dan sayur yang mempengaruhi perasaan anda. Dengan mengambil produk yang tidak organik, anda mungkin akan mendapat neurotiksin ketika anda makan.

Sekiranya tanaman tersebut telah disembur dengan racun serangga seperti atrazin atau monsanto roundup, anda sebenarnya turut mengambilnya dalam makanan anda. Bahan-bahan kimia ini akan mempengaruhi kesihatan mental anda selain daripada menyebabkan kekurangan nutrisi lebih-lebih lagi mineral yang sangat diperlukan untuk mengekalkan perasaan anda sentiasa stabil.

Secara umumnya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimodifikasi juga boleh menggangu kesihatan perut anda. Disebabkan oleh hubungan antara perut dan otak sangatlah kuat, maka, keadaan perut yang tidak optimum akan menyebabkan anda berasa murung.

Alternatif : Beli buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Jadikan ia makanan yang menjimatkan. Selain itu, berbelanjalah di pasar-pasar petani tempatan di mana anda boleh mendapatkan makanan organik dan bukan makanan yang diubahsuai selain anda juga boleh bertanya kepada petani tersebut tentang bagaimana caranya mereka menanam  buah-buahan dan sayur-sayuran itu.

9. Kacang dan Bijian Masin

Kacang kaya dengan nutrien dan vitamin lebih-lebih lagi omega-3 yang bagus untuk mereka yang tidak menggemari ikan. Namun, kacang yang telah dimasinkan seperti yang dijual di kedai bukanlah pilihan yang bijak. Semua kacang tersebut telah ditambah perisa dengan minyak canola yang dihasilkan secara tidak sihat. Ia perlu dielakkan. Selain itu, kandungan kacang tersebut juga terdapatnya bahan-bahan penambah perisa yang tinggi dengan garam hingga boleh menyebabkan sakit kepala.

Alternatif : Dapatkan kacang dan bijian dalam bentuknya yang asli. Anda boleh menambahkan perisanya sendiri di rumah seperti rempah Cajun atau panggangkan ia sebagai tambahan kepada yourgurt dan makanan yang lain.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *