Home TIPS KECANTIKAN 9 Makanan Untuk Awet Muda
9 Makanan Untuk Awet Muda

9 Makanan Untuk Awet Muda

0
1

Apa yang kita makan pengaruhi tahap kesihatan dan kecantikan kita secara keseluruhannya. Jika anda suka makan sesuatu yang tidak berkhasiat sudah pasti akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada tubuh badan anda. Terdapat pelbagai makanan untuk awet muda yang boleh dipilih untuk kesihatan anda.

Diet Anda pengaruhi secara langsung penampilan seharian anda serta memainkan peranan yang penting ketika anda menginjak usia tua ” Kata Dr Joshua Zeichner 

10 Makanan Untuk Awet Muda Macam Lepas SPM

1.Kopi

Secawan kopi setiap pagi bukan sahaja memulakan hari anda, malah kopi mempunyai sebatian bioaktif yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada melanoma ( kanser kelima paling utama di Amerika Syraikat), ini berdasarkan sebuah laporan terbaru dalam jurnal Institut Kanser Kebangsaan.

Para penyelidik mendapati bahawa lebih banyak seseorang itu mengambil kopi, semakin kurang risiko mereka untuk mendapatkan penyakit ini. Mereka yang minum empat cawan setiap hari mempunyai risiko 20 peratus lebih rendah risiko pembentukan melanoma malignan dalam tempoh seputuh tahun berbanding individu yang tidak mengambil kopi.

Tips: Kurangkan gula dalam minumam kopi dan banyakkan minum air kosong ya.

BACA JUGA :RAHSIA DIET SUPERMODEL

2. Tembikai

Tembikai yang menjadi kegemaran saya ini kaya dengan lycopene.

“Lycopene memberikan buah tembikai dan tomato warna merah serta bertindak sebagai antioksidan dan membantu mencegah kerosakan UV pada kulit” kata seorang pakar pemakanan , Keri Glassman RD Pengasas NutritiousLife.co

Penyelidik percaya tembikai mengandungi sebanyak 40 peratus lebih fitokimia berbanding tomato mentah, bersamaan dengan SPF3, jadi makan tembikai bagi meningkatkan perlindungan kulit anda daripada cahaya matahari.

3. Buah Delima

Buah delima yang terkenal ini kaya dengan khasiat seperti vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan, seterusnya menghalang pembentukan garis-garis halus, kedutan serta kekeringan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang kulit.

Delima juga kaya dengan fitokimia seperti antosianin ( yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, seterusnya menegangkan lagi kulit wajah)

4. Blueberi

Nak tingkatkan seri wajah anda?ambillah buah blueberi. Buah ini merupakan sumber vitamin C dan E ( dua antioksidan yang berfungsi sejajar untuk mencerahkan kulit, tona wajah yang tidak sekata dan mencegah kerosakan disebabkan radikal bebas) serta diperkaya dengan arubtin iaiti derivatif semulajadi hydroquinone yang bertindak sebagai pencerah kulit ” kata Zeicher

BACA JUGA :BAKAR LEMAK SEMASA TIDUR

5. Udang Galah

Udang galah merupakan makanan laut yang kaya dengan zink serta mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang boleh membantu merawat pelbagai masalah kulit termasuk jerawat.

” Zink akan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru kulit ” Kata Dr Whitney Bowe, Professor penolong klinikal dermatologi di Sekolah Perubatan Icahn Di Gunung Sinai. ” Itulah sebabnya anda boleh mendapati terdapat banyak ubat jerawat yang menggunakan zink sebagai nutrien di dalam kandungannya” 

Malah kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah jerawat tahap zink yang lebih rendah berbanding orang yang berkulit normal.

6. Kale

Antara khasiat yang boleh didapati di dalam sayruan berdaun hijau ini adalah vitamin K ( ia mengalakkan pembekuan darah yang sihat, seterusnya mengelakkan dari pembuluh darah di sekitar mata tidak pecah dan menyebabkan rupa anda seperti watak di dalam Walking Dead) dan kale juga banyak zat besi.

“Zat besi yang tidak mencukupi di dalam diet anda boleh menyebabkan kulit anda kelihatan pucat dan salur darah di bawah kulit anda lebih jelas kelihatan”  Jelas Dr Howard Murad , Profesor Madya perubatan klinikal UCLA.Untuk mendapatkan manfaat yang maksima makan sayuran yang telah di masak bukannya di makan mentah.

BACA JUGA :PETUA AWET MUDA

7. Telur

Tahukan anda bahawa kuku tangan dan kaki anda adalah daripada protein, makan kekurangan zat protein boleh menyahaktifkan talon lembut.

Pastikan kuku anda tidak menipis dan rawat kuku anda dengan cara yang betul. ” Telur adalah sumber Biotin yang baik, ia merupakan sebuah vitamin B Kompleks yang menghasilkan asid amino, yang kemudiannya menjadi blok binaan protein” Kata Dr Frank Lipman, pengarah Pusat Kesihatan Eleven-Eleven di New York.

8. Kacang Walnut

Asid Lemak  Omega-3 ( terdapat dalam minyak semulajadi yang mengekalkan kelembapan rambut anda) dan vitamin E ( yang membantu membaiki folikel yang rosak) adalah dua rahsia di sebalik rambut yang kuat dan bersinar dan kacang walnut kaya dengan ke dua -dua zat tersebut.

Anda hanya perlu makan 1/4 cawan sehari. Tambahan pula, walnut kaya dengan zat kuprum yang akan membantu memelihara warna  semula jadi rambut anda. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan mineral tersebut boleh menjadi faktor berlakunya uban lebih awal.

9. Avokado

Avokado adalah makanan untuk awet muda kerana kaya dengan asid oleic dan asid lemak omega-9 yang membantu mengekalkan kelembapan pada lapisan luar kulit dan memastikan ia terus lembut dan anjal.

Sumber Rujukan : SIRAP LIMAU

RESEPI SMOOTHIES UNTUK AWET MUDA

Bahan-Bahan
1/2 biji Avocado
1 cawan nenas di potong dadu
1 cawan daun kale atau pun saya suka bayam
200ml susu rendah lemak
beberapa ketul ais

nak Buat sangatlah mudah ..kisarkan semua bahan dan boleh minum terus memang rasa fresh ..cubala

smoothies untuk awet muda

Artikel ini bermanfaat buat anda?sila kongsikan moga dapat juga membantu sahabat yang lain..Selamat Mencuba ya

Comment(1)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *