Home KELAB DIET Kenali 7 Makanan Pembakar Lemak
Kenali 7 Makanan Pembakar Lemak

Kenali 7 Makanan Pembakar Lemak

0
3

Ada beberapa jenis makanan mengandungi kesan termogenik tinggi apabila anda memakannya kalori yang diambil akan dibakar dengan cepat. oleh itu kenali makanan pembakar lemak anda seperti berikut :

1 Bijirin Penuh

Tubuh membakar dua kali ganda kalori yang diambil terutamanya terhadap makanan yang kaya dengan serat seperti oat dan beras perang dibandingkan dengan makanan yang diproses

bijiran penuh

2. Daging Tanpa Lemak

Protein memiliki kesan termogenik yang tinggi. anda membakar kira kira 30% kalori makanan berprotein ini semasa pencernaan. sebagai contohnya dada ayam yang kurang mengandungi 300 kalori memerlukan lebih kurang 90 kalori untuk dibakar

 

daging tanpa lemak

3. Produk Tenusu Rendah Lemak

Produk tenusu rendah lemak kaya dengan kalsium dan vitamin D mampu mengekal dan membina jisim otot. ia perlu bagi kekalkan metabolisme yang sihat

produk tenusu

4. Teh Hijau

Meminum 4 cawan teh hijau dalam sehari dikatakan mampu mengurangkan lebih kurang 6 paun dalam 8 minggu. ini seperti yang dinyatakan dalam american Journal Of Clinical Nutrition. Bahan dalam teh Hijau yang dikenali sebabagai EGCG mempercepatkan metabolisme .bagi memudahkan anda sediakan 1 jag air teh hijau di dalam peti sejuk

teh hijau kurus badan

5. Kacang dan Legum

Secawan Kacang mengandungi lebih kurang 35% besi yang diperlukan oleh tubuh. apabila anda kurang nutrisi metabolisme menjadi perlahan kerana tubuh tidak mendapat keperluan untuk bekerja dengan baik

kacang

6. Lada

Capsaicin ialah sejenis bahan yang memberikan lada rasa pedas yang akan memanaskan tubuh sekaligus memastikan tubuh dapat membakar kalori. anda boleh memakan lada dalam pelbagai cara. mentah , dimasak atau dikeringkan menjadi serbuk. saya suka makan capsicum buat ulam atau salad memang sedap.

cili padi

7. Limau Gedang

Buah Limau Gedang dikatakan mampu merendahkan insulin.mengatur gula dalam darah dan metabolisme. oleh itu makanlah membran isi buah limau gedang.

 

limau gedang

sumber dari Majalah Mingguan Wanita

Comment(3)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *