Home TIPS KESIHATAN Lemak Viseral Apakah Ia dan Mengapakah Ia Sangat Merbahaya
Lemak Viseral Apakah Ia dan Mengapakah Ia Sangat Merbahaya

Lemak Viseral Apakah Ia dan Mengapakah Ia Sangat Merbahaya

0
0

Kebanyakan orang melihat lemak badan sebagai sesuatu yang tidak berbahaya dan sesuatu yang kita ingin hilangkan untuk kelihatan dan berasa lebih baik, tetapi tahukah anda bahawa lemak berbahaya atau lemak viseral yang disimpan di sekitar organ anda juga boleh menyumbang kepada sakit jantung, demensia, kanser, kemurungan dan banyak lagi?

Lemak badan berlebihan yang tersimpan dan obesiti sebenarnya lebih dari sekadar rupa yang hodoh – ia juga sangat berbahaya. Walaupun mungkin sukar untuk membayangkan obesiti dan lemak badan tertentu sebagai sejenis penyakit keradangan, tetapi itulah ia sebenarnya.

Apa itu Lemak Viseral?

Lemak viseral secara teknikalnya ialah lebihan tisu adipos intra-abdomen terkumpul. Di dalam erti kata lain, ia dikenali sebagai lemak “dalam” yang tersimpan jauh di bawah kulit daripada lemak perut “subkutaneus”. Ia seperti lemak yang berbentuk gel yang sebenarnya membaluti organ utama, termasuklah hati, pankreas dan buah pinggang.

Jika anda mempunyai perut yang buncit dan pinggang yang lebar, ia merupakan tanda jelas bahawa anda sedang menyimpan lemak viseral berbahaya. Walaupun ia lebih ketara dan disahkan di kalangan individu obes, sesiapapun boleh mempunyai lemak viseral, ramai orang tanpa menyedarinya.

Lemak viseral sangat berbahaya kerana, anda akan mengetahuinya sebentar lagi, bahawa sel lemak ini bukan sahaja duduk diam dan membuatkan seluar anda berasa ketat – ia juga merubah cara badan anda berfungsi.

Membawa lebihan lemak viseral mempuyai kaitan dengan peningkatan risiko berikut:

  • Penyakit jantung koronari
  • Kanser
  • Strok
  • Demensia
  • Diabetes
  • Kemurungan
  • Artritis
  • Obesiti
  • Disfungsi seksual
  • Kesukaran Tidur

Lemak viseral dianggap toksid dan mendatangkan masalah berganda di dalam badan kerana ia boleh meransang laluan keradangan, dan memberikan isyarat kepada molekul yang mengganggu fungsi normal hormon badan. Malahan, ia bertindak seolah-olah ia adalah organ tersendiri memandangkan ia boleh mendatangkan impak yang sangat besar kepada badan.

Sel lemak melakukan lebih dari sekadar menyimpan kalori berlebihan – ia telah terbukti mempunyai penglibatan yang lebih lagi di dalam fisiologi manusia dari apa yang kita fikirkan selama ini. Kita tahu sekarang bahawa tisu lemak bertindak seperti organnya sendiri dengan mengepam keluar hormon dan bahan keradangan.

Menyimpan lemak berlebihan di sekeliling organ meningkatkan penghasilan bahan kimia pro-keradangan, juga dipanggil cytokines, yang membawa kepada keradangan: pada masa yang sama, ia mengganggu hormon yang mengawal selera, berat, mood dan fungsi otak.

lemak viseral bahaya

Bagaimana Lemak Viseral Terbentuk

Memiliki perut yang kempis merupakan pentunjuk utama kesihatan, jadi badan anda cuba untuk mengekalkan ia dengan mengawal selera dan tenaga. Untuk mengelakkan pengumpulan lemak berbahaya, badan bekerja seperti orkestra kimia yang memberitahu kita bila untuk makan dan bila kita kenyang.

Sistem maklum balas kimia ini, yang dibina berdasarkan komunikasi di antara otak dan organ utama yang lain – a.k.a  hubungan otak-badan – bertanggungjawab di dalam mengawal berat badan yang sihat atau menjadikan kita lebih mudah menambah berat badan dan menyimpan lemak viseral.

Teras kepada berat, pengawalan selera dan mood anda ialah paras gula darah anda, yang kebanyakannya dikawal oleh insulin hormon. Insulin mengimbangkan paras gula darah dengan menurunkan ia selepas kita makan makanan yang tinggi karbohidrat atau gula. Apabila kita menghadam makanan, badan kita menguraikan gula dan molekul kanji kepada unit yang lebih ringkas dipanggil glukos atau fruktos.

Gula ringkas ini masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan pembebasan insulin daripada pankreas, dan kemudian insulin tersebut mempunyai tugas yang penting untuk membawa gula darah kepada sel di seluruh tubuh badan. Proses ini membekalkan kita dengan tenaga untuk bahagian seperti otak, tisu dan fungsi otot untuk bekerja dengan teratur.

Pada masa yang sama, insulin juga berhubung dengan simpanan lemak badan, termasuklah lemak viseral yang tersimpan jauh di dalam badan. Oleh sebab itu orang selalu memanggil insulin sebagai “hormon penyimpan lemak.”

Glukos Berlebihan Di Dalam Darah

Apabila terlalu banyak glukos di dalam aliran darah dan sel kita sudah pun memenuhi simpanan glikogen, glukos akan disimpan sebagai lemak. Ini berlaku dengan lebih pantas dan mudah apabila anda makan karbohidrat yang ditapis dan diproses serta makanan bergula.

Kanji proses seperti roti putih atau beras putih, bersama-sama dengan makanan banyak gula, ditukar kepada gula ringkas dengan pantas yang masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan pembebasan lebih banyak insulin daripada pankreas.

Biasanya ini menyebabkan pertambahan berat badan, rasa semakin lapar, yang menyebabkan makan secara berlebihan dan lingkaran ganas yang menyukarkan untuk berhenti dari memakan benda manis.

Kumpul Lemak Berlebihan

Semakin kerap dan lama darah insulin berada di paras yang tinggi, semakin tinggi kemungkinan seseorang itu mengumpul lemak berelebihan dan bergelut dengan masalah berat badan. Insulin juga berhubung dengan banyak hormon lain yang diperlukan untuk berbagai fungsi termasuklah yang dihasilkan di dalam kelenjar adrenal, seperti hormon stres, kortisol.

Ketidakseimbangan dan paras hormon yang tinggi dan tidak normal menyebabkan keinginan untuk makan meluap-luap, perubahan mood, kekurangan tenaga dan berbagai faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan penyakit.

Mengapakah lebih banyak lemak disimpan sebagai lemak viseral bagi sesetengah orang dan tidak kepada yang lain? Mekanisme spesifik yang bertanggungjawab di dalam meningkatkan penyimpanan lemak visera lsecara mengikut kadar termasuklah makan terlalu banyak kalori (“tenaga positif seimbang”), hormon seks, penghasilan kortisol, hormon pertumbuhan dan fruktos diet (gula).

6 Risiko Paras Lemak Viseral yang Tinggi

1.Peningkatan Keradangan

Apa yang sangat membimbangkan ialah lemak viseral menghasilkan molekul hormon dan keradangan yang dilonggok terus ke dalam hati, membawa kepada lebih banyak reaksi keradangan dan gangguan hormon. Jika anda mempunyai lebih banyak lemak tersimpan dari yang diperlukan, terutamanya di sekitar organ viseral seperti hati, jantung, buah pinggang, pankreas dan intestin, badan anda menjadi lebih radang dan metabolisme akan terjejas, dan membentuk kitaran yang semakin sukar untuk dileraikan.

Lemak viseral mempunyai akibat yang lebih daripada menyebabkan keradangan– ia menjadi radang dengan sendirinya dengan menghasilkan sesuatu yang dipanggil interleukin-6, sejenis molekul keradangan. Lemak jenis ini menyimpan keradangan sel darah putih dan memulakan siri tindak balas autoimun. Keradangan adalah punca utama kebanyakan penyakit, dan atas sebab itu keradangan lemak perut dikaitkan dengan kemerosotan kognitif, artritis, diabetis dan lain-lain.

2.Risiko Diabetes yang Lebih Tinggi

Lebih daripada jenis lemak yang lain, lemak viseral memainkan peranan yang besar di dalam ketahanan insulin, bermakna peningkatan risiko mendapat diabetes. Contohnya, lemak perut dilihat sebagai risiko kesihatan yang lebih besar daripada pinggul atau peha, bukan sahaja untuk diabetes tetapi juga untuk banyak lagi penyakit kronik. Ada bukti yang mencadangkan bahawa wanita dengan bentuk badan pear lebih dilindungi daripada mendapat penyakit metabolik seperti diabetes berbanding mereka dengan perut yang besar.

Sementara lelaki pula mempunyai kemungkinan yang lebih untuk menyimpan lemak viseral yang ketara, wanita juga pasti mempunyai risiko yang sama. Mengurangkan lemak viseral melalui diet yang sihat dan lain-lain cara adalah merupakan rawatan semula jadi yang paling penting yang mampu anda kawal.

Baca Juga :5 Panduan Pemakanan Pesakit Kencing Manis

3.Menyukarkan Menurunkan Berat Badan

Ramai yang semakin lama semakin menambah berat badan, salah satu sebabnya ialah lemak badan yang tersimpan menjejaskan paras kelaparan, terutamanya lemak viseral. Mungkin sukar untuk dibayangkan, tetapi metabolisme anda kebanyakannya dikawal oleh paras kehadiran lemak yang tersimpan. Lemak mengganggu selera kita dan membuatkan lebih mudah untuk makan berlebihan disebabkan perubahan hormon yang mengambil alih.

Paras insulin yang tinggi juga menggalakkan perubahan kalori kepada lemak badan secara lebih berkesan, jadi lingkaran ganas ini berterusan. Memakan karbohidrat bertapis, berbanding karbohidrat kompleks di dalam keadaan semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, boleh menyebabkan “titik set” badan untuk berat meningkat.

“Titik set” anda ialah berat yang badan anda cuba kekalkan melalui kawalan pengutus hormon otak. Apabila anda makan karbohidrat bertapis seperti tepung putih dan gula, hormon penyimpan lemak dihasilkan secara berlebihan, meningkatkan titik set dan membuatkan ia semakin sukar untuk mengikuti diet sihat berkalori sederhana.

Oleh kerana itu adalah penting untuk anda menghapuskan ketagihan gula dan memberi tumpuan kepada masalah berat badan dan pembentukan lemak viseral pada awalnya daripada membiarkan situasi itu menjadi bertambah buruk.

4.Risiko Sakit Jantung dan Strok yang Lebih Tinggi

Sitokin keradangan yang dihasilkan oleh lemak merupakan penyubang utama kepada penyakit jantung dan lain-lain penyakit keradangan. Apabila badan anda radang, hati anda dilanda dengan kolestrol dan toksin, yang membawa kepada peningkatan plak di dalam arteri.

Lemak viseral mempunyai kaitan dengan penanda peningkatan risiko penyakit kardiovaskular seperti trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Menurut laporan oleh Universiti Hospital Pusat Quebec 2013, lemak viseral:

Berkait rapat dengan pengelompokan faktor risiko metabolisme kardio. Hipertrigliseridemia; meningkatkan ketersediaan asid lemak bebas; pembebasan tisu adipos pro-keradangan sitokin; ketahanan insulin hati dan keradangan: peningkatan sintesis dan rembesan VLDL hati; pengurangan pembersihan lipoprotein kaya trigleserida; kehadiran partikel LDL yang kecil dan tebal; dan pengurangan paras kolesterol HDL adalah di antara pengubahan metabolisme yang berkaitan dengan keadaan ini.

5.Kemungkinan untuk Melawan Demensia

Terdapat banya bukti di sana-sini yang menunjuk kepada fakta bahawa terdapat hubungan yang erat di antara obesiti, penyakit vaskular, keradangan dan kemerosotan kognitif, termasuklah demensia. Malahan, paun berlebihan pada tubuh badan bererti sama dengan kurangnya isipadu otak dan oleh itu, fungsi yang lemah di usia tua.

Kajian menunjukan bahawa mereka dengan perut paling besar mempunyai risiko demensia yang lebih tinggi berbanding yang berperut kecil. Malahan ini lebih tepat lagi bagi mereka yang mempunyai lebihan lemak perut tetapi secara keseluruhannya mempunyai berat yang normal!

Semakin besar perut (nisbah pinggang kepada pinggul seseorang), semakin banyak kesan negatif dirasakan oleh pusat memori otak yang dipanggil hipokampus. Malah, ramai pakar sekarang merasakan bahawa paras tisu visera adipos (VAT) berbanding BMI sepatutnya dipertimbangkan sebagai faktor risiko yang penting di dalam pembentukan demensia.

Keputusan daripada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kardiologi Hospital Palang Merah Oita, Jepun pada tahun 2010 mendapati peningkatan paras lemak viseral di kalangan pesakit non-demensia dengan diabetes tahap 2 dibentuk oleh perubahan tidak normal di dalam isipadu hipokampus dan ketahanan insulin. Lain-lain kajian juga mendapati semakin tinggi nisbah pinggang ke pinggul seseorang, semakin tinggi risiko untuk strok kecil, yang juga dikaitkan dengan kemerosotan fungsi otak.

Kita masih tidak mengetahui bagaimana sebenarnya lemak viseral dan demensia dihubungkan, tetapi dipercayai ia mempunyai kaitan dengan hormon leptin, yang dibebaskan oleh lemak tersimpan dan mempunyai kesan buruk ke atas otak, pengawalan selera, pembelajaran dan memori. Leptin dan ghrelin merupakan dua hormon yang harus diberi perhatian apabila meruju kepada kehilangan berat secara semula jadi.

6.Kemungkinan yang Lebih Tinggi Menghadapi Masalah Kemurungan dan Mood

Memandangkan lebihan lemak badan mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, termasuklah serotonin, galanin dan lain-lain neurotransmiter otak, lemak badan berlebihan boleh memberi kesan yang negatif ke atas mood anda.

Kajian pada tahun 2014 oleh Pusat Pengajian Perubatan Universiti Boston mendapati simptom kemurungan mempunyai kaitan dengan keadiposan viseral di kalangan orang dewasa pertengahan umur. Untuk mengkaji hubungan di antara ukuran keadiposan (lemak) dan kemurungan, penyelidik mengkaji tisu adipos viseral (VAT) dan simptom kemurungan di dalam 1,581 wanita (min umur 52.2 tahun) dan 1,718 lelaki (min umur 49.8 tahun).

Setelah melakukan penyelarasan ke atas umur, indeks jisim tubuh, merokok, alkohol dan faktor lain, keputusannya menunjukkan paras VAT tersimpan yang banyak mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mengalami kemurungan. Seperti yang ditunjukkan oleh kajian lain, VAT ialah lemak patogen unik yang mengandungi tisu adipos dengan metabolisme aktif yang mengganggu fungsi kesihatan neurotransmiter.

Kemurungan terutamanya berkait dengan penyimpanan lemak yang banyak di kalangan wanita, jadi adalah lebih penting bagi wanita untuk mengikuti diet bebas kemurungan. Di dalam satu kajian di kalangan wanita lebih dari usia 50 tahun, lemak visera, tetapi tidak ada lemak perut subkutaneus atau ukur lilit pinggang, mempunyai hubungan dengan simptom kemurungan.

Cara Semulajadi untuk Menghapuskan Lemak Visera

Belum ada cara yang mudah lagi untuk menentukan berapa banyak lemak tersimpan adalah lemak visera atau lemak subkutaneus, memandangkan lemak perut yang ketara adalah merupakan kombinasi kedua-duanya. Imbasan CT boleh membantu doktor untuk memastikan jumlahnya, tetapi ia masih tidak cukup sempurna dan kos efektif sebagai cara untuk menjejakinya dari bulan ke bulan.

Daripada cuba memastikan berapa banyakkah daripada lemak perut anda ialah visera dan berapa banyak pula subkutaneus, sedarlah bahawa mana-mana perut yang besar dan ukuran pinggang yang lebar mempunyai risiko dan tidak elok untuk kesihatan. Wanita dengan ukur lilit pinggang yang lebih daripada 35 inci dan lelaki lebih daripada 40 inci mempunyai tambahan risiko untuk berbagai penyakit dan patut mencuba untuk menurunkan lemak tersimpan secepat yang mungkin.

Kajian mencadangkan apabila anda berdiet, anda hilang lemak putih kebanyakannya, yang berbeza daripada lemak visera dan lebih mudah untuk turun atau naik secara purata di seluruh badan. Anda mempunyai kemungkinan untuk hilang lemak visera apabila anda melakukan kombinasi bersenam dan makan dengan betul – di mana kedua-duanya penting untuk mengawal hormon.

Wajib Tahu : 5 Langkah untuk Mengurangkan Risiko Menyimpan Lemak Viseral

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *