Home KISAH KU Kisah Sepasang Kebaya Merah
Kisah Sepasang Kebaya Merah

Kisah Sepasang Kebaya Merah

0
29

Kisah Sepasang Kebaya Merah

Semua orang impikan nak pakai baju yang lawa yang menjadi idaman hati kan , tapi oleh kerana masalah kegemukan terpaksalah di pendamkan hasrat suci murni hendak pakai sepasang kebaya merah yang telah lama tersimpan di almari. Inilah kisah yang saya akan kongsikan bagaimana saya dapat bantu seseorang untuk turunkan berat badan untuk mencapai impian demi sepasang kebaya merah. Alkisahnya

“Nama saya Norlia atau boleh di panggil ibu  merupakan seorang isteri kepada suami yang romantik dan juga seorang ibu kepada anak yang comel yang sedang dewasa. Berusia 47 tahun dan bertugas sebagai jururawat di Bandar Jengka Pahang.

Di zaman anak dara Ibu  boleh dikatakan menjadi pujaan ramai dengan berat hanya 48kg , figure ratu cantik ghitu (saja ibu up diri sendiri) , selepas dipikat jejaka idaman menjadi suri hati berat Ibu naik sedikit kepada 55kg. Selepas bergelar isteri sudah pastinya dengan izinNya  ibu mempunyai cahaya mata hasil perkongsian bahagia dengan suami yang romantik.

Bermula dengan kehadiran puteri sulong yang dipanggil Along berat Ibu  naik kepada 60kg. Selepas itu kehadiran puteri ke 2 dalam hidup Ibu telah buatkan berat naik kepada 68.8kg kegembiraan ini diteruskan dengan putera bongsu berat naik terus memuncak kepada 72.5Kg.

13226883_249516348748452_6413908397022867470_n

Kemudian secara perlahan-lahan berat ibu naik kepada 84kg. Ini merupakan kemuncak kepada berat ibu sehingga mencapai tahap obesiti. Ini buatkan ibu rasa ada sesuatu yang perlu ibu lakukan, bermulah pada tahu 2010 ibu mulakan diet sendiri , ibu dapat turun sebanyak 20kg, tu dia macam tak percaya kan ibu dapat turunkan banyak tu. Masa turunkan berat ini Ibu ada ambil ubat kurus sebab ibu stress sangat dengan berat badan ni, letih tau berat 84kg dengan ketinggian tak lebih 157cm. Nak tahu ibu ambil masa 8 bulan nak turunkan 20kg dengan bantuan kapsul @ ubat kurus dan masa ini juga ibu tak makan nasi , cuba bayangkan 8 bulan tau ibu tak makan nasi seksa sungguh rasanya. Ibu gantikan nasi dengan roti wholemeal. Ibu juga senaman setiap hari punyalah nak kuruskan. Lepas tu ada lagi sapu losyen (nama losyen ibu tak ingat dah ) sebab dah lama kan.

Dugaan dariNya pada tahun 2011, kemungkinan terlalu paksa diri senamaan setiap hari ibu mengalami kecederaan lutut dan terpaksa menjalani pembedahan arthroscopic (pembedahan lutut) .kalau nak tahu ibu ada kad OKU tau kalau nak parking tempat OKU ajak ibu (opsss gurau aje) . Jadi tahu kan tahap seriusnya kecederaan ibu dan terpaksa jalani pembedahan. Selepas pembedahan berat ibu naik dari 65kg kepada 70kg. Oleh kerana ibu tak dapat lagi nak aktif dan bersenam seperti dulu sikit demi sedikit berat makin naik, selepas ibu holiday dan mengerjakan Umrah berat ibu mencecah 82kg tau, dah hampir kembali kepada berat dahulu masa anak ke 3.

Ibu memang macam tak percaya , masa ini Ibu nekad sekali lagi nak diet nak turunkan berat badan.Ibu pernah buat diet Atkins , setiap hari makan telur aje naik muak lak , turun sikit lepas tu ibu tak tahan dengan menu diet ni , lepas itu ibu ada lagi ambil ubat kurus seperti herbalife sementara juga turun sekejap lepas dah berhenti guna naik balik. Berat ibu jadi tak konsisten, mujur tak terjebak dengan pusat pelangsingan sahaja. Tak terkira dah duit ibu habis , rasanya sudah ribuan ringgit beli ubat kurus , kalau dikumpulkan duit tu rasanya dah boleh beli rantai emas dah macam mami jarum. Tu dia banyak dah duit ibu habiskan. Sedih dan sangat tertekan dah la ibu bergelar seorang jururawat tapi ibu sendiri pernah kena sindir dengan doktor ” macam mana nak rawat orang awak sendiri pun gemuk”.Tertusuk jiwa kalbu ibu tau , sedih Tuhan sahaja yang tahu perasaan ibu.

Dalam mencari arah nak turunkan berat dan berdiet ,  ibu terbaca satu post kat FB pasal 8 Diet Cara Saya Turunkan 5kg Sebulan Tanpa Berlapar entah siapa yang share pada ibu di FB ibu, ibu pun mula baca dan apa yang mamat poyo ini tulis pasal diet. Ibu rasa macam menarik aje mamat ni kongsikan pasal diet , sebab satu takda sebut pun ubat kurus dan takda pula perlu berlapar. Kebetulan ada no whatsapp yang mamat ni tinggalkan, ibu pun mulalah whatsapp dan berkenalan dengan mamat nama tengku asmadi, dan bermulalah episod ibu ikut diet Tengku asmadi atau dipanggil madi ni. Madi berikan ibu plan pemakanan dan guide ibu secara peribadi tentang apa sebenarnya diet dan apa yang ibu suka sebab boleh makan nasi dan juga tak perlu berlapar , sebab selama ini ibu ingat nak kurus ini berlapar. Bermula 82kg dengan diet madi ni ibu Alhamdulillah selama 3 bulan madi guide ibu dapat turun kepada 68kg (setakat 24 Mei 2016) dan ibu masih lagi berusaha nak turunkan berat badan secara sihat ini.

13263673_249516465415107_7947769900226945549_n

Apa yang ibu katakan dan belajar dari diet madi sesuatu yang sangat berbeza , selama ini ibu nak kurus tak pernah tetapkan niat atau matlamat sebab apa nak kurus , dengan madi dia tunjukkan pada ibu untuk kita mulakan sesuatu kena dengan niat yang betul, kata dia:

“kalau niat nak kurus sebab nak puaskan hati orang atau tak mahu orang mengata kita akan stress, Kalau kita niat kurus sebab dahagakan pujian dari orang kita juga akan stress, jika kita nak kurus sebab nak pakai baju lawa dan ketat pun kita akan stress , tapi jika kita nak kuruskan badan niat kerana untuk permudahkan ibadah padaNya dan kurus untuk sihat kan tubuh badan padaNya , insyaAllah akan dipermudahkan sebab niat kita adalah keranaNya.” 

Itu buatkan ibu tersedar selama ini pun ibu memang nak kurus untuk permudahkan solat tapi tak fikir kena ada niat sampai macam ni. Madi juga cakap pada ibu jadikan sesuatu sebagai sumber motivasi kepada kita untuk kuruskan badan, itu yang ibu jadikan sepasang kebaya merah tu sebagai sumber motivasi ibu , Alhamdulillah sekarang ibu dah boleh sarung kebaya merah tau yang dah lama ibu beli.

Madi juga beritahu ibu , kita sebenarnya bukan berdiet tetapi kita ubah gaya pemakanan kita kepada lebih sihat dan juga aktifkan diri.Ibu pun bukan bersenam sangat ibu hanya berjalan santai dan aktifkan diri. Lagi satu madi juga ada wujudkan group whatsapp dan telegram dari kalangan mereka yang ingin turunkan berat badan secara sihat, baru ibu tahu untuk kurus secara sihat ini kena ada sokongan dari mereka yang senasib dengan kita sebab mereka lebih memahami . Dari sini ibu nampak cara madi sangat berlainan dari diet yang ibu pernah lakukan selama ini, ibu nekad ubah gaya hidup ibu untuk lebih sihat demi suami dan anak-anak tersayang.

13178848_1347519775263995_967916277100717507_n

Buat suami tersayang yang banyak beri sokongan dan juga anak-anak ibu ( along, kakak dan abang) , ibu ucapkan terima kasih kerana sentiasa bersama ibu dan bagi dorongan kepada ibu untuk lebih sihat. Berat ibu sekarang 23 June 2016 adalah 64Kg, insyaAllah  nak sampai target angka 5 nanti ..moga dipermudahkan

Jika ada sesiapa yang mahu kuruskan  badan secara sihat ibu sangat sarankan boleh baca di sini Program Diet Madi, Untuk madi , Ibu ucapkan ribuan jutaan terima kasih , kalau ibu tak jumpa madi , ibu pun belum tentu lagi dapat turunkat berat secara sihat. Allah jua dapat membalas budimu madi. Ukhwah kami terjalin.

 13227154_249531898746897_7783278026561053458_n

Comment(29)

  1. As’salam Tuan Asmadi.. Bila Saya membaca Kisah Ibu Saya turut rasa bangga Dan ingin me jadi seperti beliau Boleh Ke Tuan guide Saya kerana Saya ingin Kurus untuk satu matlamat iaitu ibadat dn jauhi Dari Penyakit serta Di pandang menarik Di Mata Suami. Boleh Ke Saya follow Tuan asmadi

    1. terima kasih kak taslimah kerana sudi sertai dan di bantu oleh saya ..jom kita kurusku adalah ibadahku

  2. Assalamualaikum sy pn minat nk berdiet skrg sakit lutut berat 88 kg kdg2 mencapai 90 kg dgn ketinggian 152 shj. ade sakit lutut skrg ni

  3. aslmkm.tengku sy isteri kpd seorg suami yg br sj di sahkan mngidap arthritis slps hmpir sthn terlibat dlm kemalang d tmpt kerjanya.kepatahan yg d alami sudah pon pulih spenuhny tp mslh arthritis pula yg jd dsbb kan kepatahan tersebut.dokte kata arthiritir tiada ubt n kekal spnjg hayat.salah satu kaedah utk mgurangkan kesakitan tu adelah kurangkan brt bdn.sy ingin melihat suami sy aktiv n bjln spt dahulu semula.blh ke tuan bntu suami sy.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *