Home KISAH KU Kisah Disebalik Kenapa Saya Nak Kurus
Kisah Disebalik Kenapa Saya Nak Kurus

Kisah Disebalik Kenapa Saya Nak Kurus

0
4

Bila lihat teman-teman saya  yang mengalami masalah kegemukan ini saya terimbau kisah lama sebab saya dahulu pernah juga termasuk dalam golongan obesiti ini.Jadi saya tahu apa perasaan dan apa yang mereka rasakan. Perasaan rendah diri dan juga keinginan nak bergambar tu tak perlu nak cakaplah , i will say no to camera ..kalau ambil pun rasa nak delete aje gambar kan ..unsecure sangat rasa pada diri sendiri. Saya kongsikan kisah disebalik kenapa saya nak kurus

Alkisahnya saya ini jenis budak (budak lagi ke ?dah kertu weh) yang aktif bersukan dan tak boleh nak duduk diam, lagilaa kalau game bolasepak kalau tak turun main bola terketar ketar kaki terasa diri macam Cristiano Ronaldo walaupun macam ala-ala jaguh kampung seberang takir aje.

walaupun umur orang kata dah agak kertu , biasalah kan bila bersukan ini  dengan umur yang makin muda risiko kecederaan sangat tinggi. Akibat keaktifan yang agak melampau inilah pada  tahun 2013 saya ada game  bola sepak saya terkena “knee dislocated” atau “lutut terkeluar”, masa ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakit dan seksanya. Dulu kalau saya aktif bersukan ada yang akan kasi amaran “arwah mek saya” akan beritahu “bo La..Bo La” (dialet kelantan maksudnya sudah cukup sudah ), tapi semenjak pemergian arwah mek pada 29 Januari 2014 terasa sangat diri kehilangan tempat mengadu dan bermanja. Tiada lagi orang yang akan bersuara kalau aku “terlebih aktif” mek Raja Yah , D rindu mek ( alamak Telenovela lak). Sambung balik ya , rentetan kecederaan lutut tu saya  terpaksa buat fisio untuk memperbetulkan semula posisi  lutut kepada asalnya.Sakit tuh di sini Ya Allah rasa nak gantung dah kasut bola tu .

AKu Yang Gemuk

Maka bermulalah episod solat atas kerusi dan berat badan mula perlahan-lahan naik.Mulala lemak naik dik , stress rasa jiwa raga. Selama ini figure badan kalahkan atlit olimpik tapi masa tu jadi macam ahli gusti sumo ehehe. Aktiviti sukan terus full stop cuma tak dapat sticker “OKU” aje , tapi itulah gambaran berjalan pun slow dah . Masa ini berat badan yang dulunya mantain figure model 75kg mencanak naik jadi 83kg tu dia terus nampak kechubian yang tidak aku boleh terima hakikat, yang lagi pening dan sadis dah jadi kategory obesiti tau. Sengsara rasa diri sepanjang hidup 35 tahun masa tu laa kan tak pernah masuk kategori obesiti ya..sedih Ya Allah begini rasanya perasaan orang obes ni , orang ajak bergambar sudah pasti aku akan mengelak , nak selfie no no no way man…so kalau korang rasa nak tengok gambar aku masa 83kg sorry no history install.. all deleted ..kalau nak juga sila back to future

Bermulalah hidup sebagai seorang obesiti , almost 1 tahun juga dengan kecederaan lutut dan juga tahap kemalasan yang melampau, berat makin mengejar. Masa inilah pelbagai produk saya try tak yah cakap Dherbs , Herbalife, apa saja ubat kurus saya cuba , kononnya nak kurus kembali pada figure model maskulin hehehe..Tapi its all the same story makan ubat kurus melantak tak ingat dunia sebab fikir aku dah makan ubat kurus so boleh lah makan ..kesannya nak tau..pipi makin temban mujur tak sama size dengan Abam raja lawak .jatuh saham dik ..Nak salahkan ubat kurus tak boleh juga sebab aku sendiri punya salah takda plan pemakanan yang betul , main hentam aje makan , apa yang lalu depan mata aku sapu bak kata orang tua ” melintang lalu membujur patah” 

Keinsafan Menjelma

Lama kelamaan keinsafan menjelma dan menerjah ke dalam diri,bila terbit kerinduan yang membuak-buak untuk kembali beraksi semula dalam bolasepak sebab masa ini tahun 2014  lutut Alhamdulillah makin pulih dari kecedaraan dan boleh sudah berlari-lari perlahan lahan, kalau tak dulu nak turun tangga yang 10  tangga tu pun ambil masa berjam-jam punyalah menahan sakit .Alhamdulillah syukur saya berjumpa dengan produk GEL AMANI yang bantu saya untuk kembali bersukan dan solat seperti biasa tanpa guna kerusi. Saya nak cadangkan kalau sesiapa ada mak ayah atau saudara mara yang ada masalah sakit lutut boleh cuba gel amani.

Tahun 2015 saya nekad nak turunkan berat badan tapi kali ini tanpa perlu nak telah ubat segala bagai , full stop enough is enough. Banyak dah pitih pokcik habis , mujur tak terjebak dengan pusat pelangsingan aje. Macam-macam cara saya try dan saya buat research kat pokcik google tentang diet sihat, dipermudahkan jalan saya nampak paling senang jaga pemakanan tak perlu berlapar dan buat senaman secara kerap. Dah nampak dah jalan tu , bermulalah pulak episod diet ini saya dengan air detox dan elakkan makanan yang bergoreng ( tapi takda saya totally elak ) cuma saya kurangkan sahaja, less is more kata omputih. Bila saya nampak ada perubahan dan kesannya berat turun secara perlahan-lahan tapi yang penting tak perlu nak ikat perut tak perlu nak telan telur hari-hari. Its works for me . (Kalau nak details baca yang kat atas itu rutin apa yang saya amalkan boleh baca kat SINI.

Baiki Hubungan Dengan Allah

Saya enjoy dengan diet yang saya amalkan sebab niat saya nak turunkan berat badan ini bukan sebab nak pakai baju yang lama-lama, tapi saya tetapkan dalam diri ” Aku nak kurus sebab aku tak mahu dah terseksa masa solat” . Masa agak gemuk dulu kalau masa solat punyala berat rasa badan asyik tunggu tunggu last2 dah akhir2 waktu baru solat. Jadi saya perbetulkan niat bila badan dah sihat aku nak baiki “Hubungan dengan Allah, Aku nak jaga waktu solat”. Alhamdulillah bila niat betul insyaAllah dipermudahkan jalan untuk kita. To my friend yang nak kuruskan badan pasang niat dengan betul, kuruskan badan pun boleh jadi satu ibadah, bila kurus dan sihat badan akan jadi lebih cergas, dan itu yang saya rasa. Its never too late , sedar bahawa KENAPA nak kurus . Jika nak kurus sebab nak kejar impian nak pakai baju yang berpuluh tahun dah tak pakai , maka impian itu akan terkecai jika tak capai, jadi tetapkan niat yang betul dan insyaAllah akan dipermudahkan.

Alhamdulillah dari berat 83-85kg , saya berjaya turunkan ke berat 75kg , mantain kan aje berat badan , aktifkan diri dan pilih makanan yang sihat. Kadang-kadang ada makan aiskrim ke atau coklat tapi kawal kuantiti, janganlah melantak habis satu baldi aiskrim itu memang bukan nak kurus dik tu membunuh diri tanpa sedar tau.

Apa Salahnya Berkongsi

Then kepala otak ini berlegar fikir “Its work for me maybe its will work on some one else” masa inilah gelora jiwa saya mengatakan why not aku tolong orang lain yang senasib dengan aku. Taraaa saya iklankan di Fb TIPS KURUS TANPA SENAMAN untuk saya bantu mereka kuruskan badan ikut cara saya . Alhamdulillah bulan puasa tahun 2015 tertubuh lah group whatsapp pertama saya terhad untuk 100 orang sahaja. Why group ini saya wujudkan ? Sebab inilah experiment atau bahan ujikaji kepada saya nak tengok sejauh mana Plan diet saya berkesan. Saya bantu mereka faham tentang pemilihan makanan yang betul , saya bantu menu apa yang boleh dan perlu dikurangkan.Alhamdulillah saya sendiri tak sangka bila ada yang ucapkan terima kasih pada saya sebab dah bantu mereka. Masa ini its FREE ya saya tak kenakan apa-apa bayaran, sebab apa yang saya mahu tahu adalah “berjaya ke cara aku ni”?

kalau nak lihat hasilnya boleh KLIK SINI Bagi saya ini adalah pencapaian yang saya sangat banggakan , saya dapat bantu mereka turunkan berat badan secara sihat dan ada yang bagi respon tahap kolestrol dah turun. Nak menangis rasanya tapi malu kan air mata jantan ni keluar.

Bagaimana Saya Boleh Bantu Anda

Terlintas di fikiran saya bagaimana lagi dapat saya bantu anda dan mereka yang nak di bantu ini ?Maka terbitlah Ebook Panduan “Diet Khas Buat Pemalas ” agar saya dapat membantu orang lain yang memerlukan.

Diet Pemalas

Ebook Ini adalah panduan lengkap bagaimana saya dapat turunkan berat badan tanpa perlu berlapar dan dalam masa yang sama dapat menikmati makanan kegemaran saya. Alhamdulillah October 2015 saya terbitkan Edisi pertama dan ini adalah edisi ke 2 yang ada penambahbaikan dan saya juga telah wujudkan group kurus saya yang ke 2. Group ini saya namakan ” Kuruskan Badan Gemukkan Jariah” . Bukan hanya sekadar untuk kuruskan badan tapi memfokuskan kepada kesihatan dan silaturahim.Mereka inilah yang akan memberikan sokongan kepada kawan-kawan yang lain, dengan adanya sokongan ini barulah bergerak dalam jemaah yang sama-sama ada matlamat untuk kuruskan badan dengan cara yang sihat.

itulah hasilnya mereka yang berjaya turunkan berat badan dengan cara yang santai tanpa tekanan. Saya berikan mereka panduan dan memberikan galakan. Im so Happy sebab ukhwah silaturahim terbentuk dalam group ini walaupun ada yang datang dari brunei juga. Alhamdulillah niat saya untuk membantu telah tercapai.

77dabb07-f243-4dc3-8f5e-1091d441a8dc

IMG_2405

b4a23ee0-99d7-4675-aff1-5ddf37013441

Jika anda rasa anda perlukan bantuan dari saya untuk anda kuruskan berat badan dengan cara santai boleh tahu di bawah.

Syaratnya Mudah sahaja dapatkan ebook “Diet Khas Pemalas ” dengan harga Promosi RM50 (harga asal R79).

Apa yang anda dapat dengan bayaran RM50 ini?

Anda akan dimasukkan ke dalam group diet saya dan saya akan pantau diet anda selama 6 bulan secara peribadi.Dalam Group adalah mereka yang mempunyai niat untuk kuruskan badan dengan sihat dan sokongan dari mereka yang sama-sama dalam kumpulan adalah penting untuk capai kejayaan.

Peluang ini saya buka hanya kepada mereka yang hendak di bantu dan jangan buang masa anda dan masa saya jika anda tidak serius . For Serius People only yang ingin di bantu ..Dont Waste my time and Your Time.

Tiada Produk atau ubat kurus dalam program saya . Kos hanya RM50 dan anda tidak diminta beli apa-apa produk kurus

Jika Anda Rasa Anda orang yang perlukan bantuan dan guide sila whatsapp “Diet Pemalas” ke 0169550465 saya sendiri yang akan menjawab persoalan anda.

Kenapa Perlu pilih Saya ?Sebab I’M LIMITED EDITION 

Terbuka Kepada 256 orang sahaja . Masih ada kekosongan 156 orang. Its Your Cepat Bertindak.

Untuk Dapatkan Tips Percuma Kurus Cara Saya SIla Like & Share Tengku Asmadi di FACEBOOK  & follow  Instagram .

Comment(4)

  1. Seronok baca artikel ni… teruskan menulis…perkongsian ilmu yg memberi manfaat pada org lain… D semoga sentiasa sihat berjaya dan kaya dunia akhirat

    1. InsyaAllah moga diberikan idea dan inspirasi untuk terus berkongsi mana yang baik kan erni …terima kasih ya

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *