Home JOM SEDEKAH Kisah Anak Yatim Piatu Menyayat Hati
Kisah Anak Yatim Piatu Menyayat Hati

Kisah Anak Yatim Piatu Menyayat Hati

0
2

Saya kongsikan sebuah kisah anak piatu menyayat hati moga dengan perkongsian ini ada sahabat yang sudi berkongsi rezeki bagi meringankan bebanan mereka, moga segala apa yang sahabat berikan dirahmati olehNya.

Kisah Anak Yatim Piatu Menyayat Hati.

Saya dengan sahabat dari FAcebook Puan Natipah Abu telah bekerjasama membantu golongan yang memerlukan.Kami bergerak tanpa bernaung di bawah mana-mana NGO. Kami mencari mereka yang memerlukan , membuat lawatan dan jika benar kes yang dilaporkan kepada kami, dan kami akan mulakan proses bantuan dengan melibatkan kawan-kawan dari facebook.

Bantulah Mereka

Adik Mohd Ridzwan Bin Mohd Tarmizi( 19 thn ) berasal dr Langkawi Kedah adalah abang sulung dr 4 beradik yatim piatu yg pernah saya bantu dlm PROJEK TABUNG JARIAH DAPUR RAMADAN yg lalu.

Beliau dan 3 lagi anak bertuah ini …. Nur Haniza Husna – 15 thn, Erin Natasha – 14 thn dan Irfan Najmi – 9 thn kehilangan ibu pd 2.6.2012 akibat sesak nafas.

Ayah tercinta pula menyusul kembali ke pangkuan Maha Pencipta pada 8.8. 2013 akibat penyakit kuning…dipercayai kegagalan hati.
Sejak itu hiduplah keempat yatim piatu ini dgn menumpang kasih kepada kedua org nenek iaitu ibu kpd arwah ayah dan ibu kepada arwah emak mereka yg masing2 merupakan ibu tunggal.

Meskipun nenek bukanlah org senang…namun abg sulung yg ketika itu berkerja, mampu meringankan beban neneknya yg hanya membuat dan menjual kuih-muih.

Allah S.W.T tak akan pernah menguji hambanya dgn sesuatu yg mereka tidak mampu. Selagi lagi siyatim piatu ini diuji Allah S.W.T. Abg yg menjadi tonggak harapan adik2…telah terlibat dlm kemalangan jalan raya dan lumpuh seluruh badan.

Lebih setahun abg yg mesra saya panggil sbg Dik Wan ini terlantar di rumah. Beliau tidak mampu mengiring atau duduk sendiri pun malah tidak lagi mampu mengurus diri.

Hari ini…rezeki saya…berpeluang melawat Dik Wan yg sedang menjalani rawatan pemulihan di PUSAT REHABILITASI PERKESO Ayer Kroh, Melaka. Sudah 10 hari Dik Wan di sini
…ditemani nenek yg setia menjaganya selama ini.

Besarlah harapan saya…semoga setelah menjalani rawatan di sini… Dik Wan akan pulih seperti sediakala dan mampu berjalan seperti dahulu…

Kepada sahabat2 yg ingin berkongsi rezeki blhlah disalurkan ke acc nenek Dik Wan spt tertera di bawah:
BANK RAKYAT :22-027-134827-3
HAWA BINTI BAHAROM.

Mohon kepada yg membaca coretan saya ini…agar sudilah kiranya mendoakan Dik Wan kuat dan tabah utk meneruskan rawatan di sini yg khabarnya memakan masa yg panjang demi tiga lagi adik2nya yg masih kecil

Sedikit update perkembangan dik wan , bertarikh 17 November 2016 sahabat saya Kak Natipah telah memaklumkan sekarang Dik Wan masih menjalani proses pemulihan di hospital melaka, dan jika ada sahabat yang ingin berkongsi rezeki atau melawat dik wan bolehlaa komen di bawah untuk saya berikan maklumat lanjut.

Moga kita kongsikan Kisah Anak yatim Piatu Menyayat hati ini agar bersama-sama kita berkongsi rezeki membantu mereka

12196296_434463346747615_6889634419338108290_n

Comment(2)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *