Home TIPS KESIHATAN Khasiat Vitamin A : Sumber & Kesan Sampingannya
Khasiat Vitamin A : Sumber & Kesan Sampingannya

Khasiat Vitamin A : Sumber & Kesan Sampingannya

0
0

Vitamin A merupakan sejenis vitamin larut lemak yang juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Vitamin A memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik, fungsi saraf, kesihatan kulit dan sebagainya. Vitamin A, sebagaimana semua antioksidan terlibat dalam mengurangkan keradangan melalui cara melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Mengamalkan diet yang tinggi dengan antioksidan merupakan cara yang terbaik untuk melawan proses penuaan secara semula jadi.

Apakah itu Vitamin A?

Antioksidan juga seperti vitamin A yang berperanan untuk membina tulang yang kuat, meregulasi gen, mengekalkan kulit yang sihat, menyokong proses pembezaan sel dan juga fungsi imun. Beberapa sumber vitamin A yang terbaik antaranya seperti telur, susu, hati, lobak merah, sayur-sayuran berwarna oren atau kuning seperti squash, bayam dan sebagainya.

Sumber-sumber Vitamin A

Vitamin A ditemui dalam dua bentuk yang asas vitamin A aktif dan beta karotina. Vitamin A aktif berasal daripada makanan yang bersumberkan haiwan dan dikenali sebagai retinol. Vitamin A jenis aktif ini boleh digunakan secara terus oleh tubuh badan tanpa perlu menukarkan vitamin tersebut terlebih dahulu.

Vitamin A yang satu lagi diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna. Ia merupakan sejenis karotenoid yang mana ditukarkan terlebih dahulu menjadi retinol oleh tubuh badan selepas makanan dicernakan. Beta karotina, sejenis karotenoid yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan perlu ditukarkan terlebih dahulu menjadi vitamin A aktif untuk digunakan oleh tubuh badan.

Kajian telah dilakukan berulang-kali di mana ia menunjukkan bahawa antioksidan seperti vitamin A adalah sangat  diperlukan untuk kesihatan. Ia penting untuk kesihatan mata, meningkatkan keimunan dan membantu pertumbuhan sel.

Pakar-pakar nutrisi dan ahli perubatan telah menyarankan untuk mendapatkan antioksidan seperti vitamin A secara terus dengan cara mengamalkan diet yang seimbang di mana ia mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan penuh zat sebaik yang mungkin berbanding hanya bergantung kepada suplimen semata-mata.

Simptom-simptom Kekurangan Vitamin A

Vitamin A sangat diperlukan untuk penglihatan yang normal begitu j uga dengan pertumbuhan tulang yang baik, kulit yang sihat, melindungi permukaan bermukus dalam saluran pencernaan, pernafasan dan urin daripada jangkitan. Mereka yang mengalami masalah pencernaan berkemungkinan besar untuk menghidapi masalah kekurangan vitamin A ini.

Antara masalah biasa yang akan menyebabkan kekurangan vitamin A ini termasuklah masalah sensitif kepada gluten, sindrom kebocoran perut, tindak balas autoimun dan masalah pankreatik. Bagi mereka yang mengambil alkohol, di mana mereka terdedah kepada toksik secara berlebihan akan menyebabkan kekurangan paras vitamin A.

Kekurangan vitamin A kini telah menjadi masalah kesihatan yang umum terutamanya di Afrika dan Asia Tengara di mana lebih daripada sebahagian daripada rakyatnya mengalami masalah ini. Terutamanya golongan kanak-kanak dan wanita hamil di negara-negara yang berpendapatan rendah. Hal ini akan menjadi masalah yang serius bagi golongan kanak-kanak yang kekurangan vitamin A sehingga boleh menyebabkan masalah penglihatan bahkan juga membawa kepada kebuataan.

Kesan Kekurangan Vitamin A

1.Mata yang tidak Sihat

Kekurangan Vitamin A boleh membawa kepada penebalan kornea dan akhirnya menyebabkan kebutaan mata. Keratomalacia, merupakan satu keadaan muncul disebabkan oleh kekurangan vitamin A yang teruk, dan biasanya memberi kesan kepada kedua-dua belah mata.

Kekurangan seperti ini mungkin disebabkan oleh pemakanan, yang bermaksud kadar pengambilan vitamin harian, atau metabolisme serta keupayaan badan anda untuk menyerapnya. Simptom awal Keratomalacia mungkin termasuklah rabun malam dan kekeringan mata yang melampau. Penglihatan anda mungkin akan menjadi satu kedutan, berkabus dan kornea pula menjadi lembut.

Jika kornea itu terus melembut, tanpa rawatan yang mencukupi, hal ini boleh mengakibatkan kornea mudah dijangkiti, pecah, atau perubahan tisu yang tidak sekatqa -semua keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan.

2.Kerosakan Kulit Pramatang

Kekurangan vitamin A akan menyebabkan pengeringan dan pembentukan folikel kulit. Proses pengkeratinan kulit berlaku, apabila sel-sel epitelium hilang kelembapannya dan akhirnya  menjadi keras dan kering. Keadaan ini boleh berlaku di membran mukus saluran pencernaan, respirasi dan saluran kencing.

3.Jangkitan Respirasi

Jangkitan sistem pernafasan boleh berlaku kerana sistem imun badan terjejas akibat kekurangan vitamin A. Semakin muda usia pesakit, lebih teruk kesan yang boleh dialaminya. Pertumbuhan terbantut dan jangkitan biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak sehingga mencatatkan lebih daripada 50% daripada golongan kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin A yang teruk.

4.Kehamilan yang Berisiko

Bagi wanita hamil, keperluan kepada vitamin A adalah yang tertinggi semasa trimester terakhir. Kebiasaannya, wanita akan mengalami kekurangan vitamin A pada masa ini. Seorang wanita yang hamil boleh mengalami rabun malam jika Pengambilan vitamin A yang tidak mencukupi.

 Khasiat Vitamin A

1.Melindungi Kesihatan Mata

Vitamin A merupakan bahagian yang penting bagi molekul rodopsin yang akan diaktifkan apabila cahaya memasuki mata dan kena pada retina. Ia kemudianyna menghantar isyarat kepada otak dan mentafsirkan penglihatan tersebut. Beta karotena, yang merupakan salah satu daripada bentuk vitamin A terkandung dalam tumbuh-tumbuhan memainkan peranan yang penting bagi mencegah kerosakan makular pada mata yang merupakan masalah yang sering dialami oleh golongan yang berusia.

Satu kajian yang telah dibiayai oleh National Eye Institute telah mendapati bahawa, apabila seseorang mengambil pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E, Zink dan kuprul, dia akan berupaya mengurangkan sehingga 25% risiko penyakit kerosakan makular dalam tempoh masa enam tahun.

Kajian juga telah mendapati bahawa vitamin A yang digunakan sebagai titisan untuk mata sangat berkesan bagi merawat mata yang kering. Satu kajian telah mendapati bahawa penggunaan titisan vitamin A pada mata sangat berkesan untuk merawat sindrom mata kering sebagaimana ubat mata yang mahal harganya itu.

Satu kajian lain juga telah dilakukan pada awal tahun 2011 oleh para pengkaji di Columbia University Medical Center di New York; mereka telah mendapati bahawa satu bahan sintetik yang diubah suai daripada vitamin A berkemungkinan berupaya untuk memperlahankan perkembangan penyakit Stargardt, iaitu sejenis penyakit yang melibatkan mata sehingga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan bagi golongan muda.

2.Memberikan Sokokngan kepada Sistem Imun

Sesetengah fungsi sistem imun sangat bergantung kepada vitamin A yang mencukupi. Disebabkan itulah, ia dikenali sebagai vitamin pemangkin sistem imun. Gen – gen yang terlibat dalam tindak balas imun ini adalah diregulasi oleh vitamin A. Hal ini bermakna, bukan sahaja penting untuk melawan penyakit yang teruk seperti kanser dan penyakit autoimun bahkan juga ia juga bertindak melawan penyakit seperti selesema ataupun demam biasa.

Beta-karotina juga merupakan antioksidan yang berupaya untuk membantu meningkatkan sistem imun dan mencegah pelbagai penyakit kronik. Vitamin A sangat penting terutama sekali kepada kanak-kanak. Satu kajian yang telah dilakukan di London mendapati bahawa suplimen A berupaya untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak sehingga 24% bagi masyarakat di negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kajian ini juga telah mendapati bahawa kekurangan vitamin A boleh meningkatkan pendedahan mereka kepada jangkitan seperti campak.

Satu kajian yang lain dilakukan oleh Colombian health-related social security system telah memberikan suplimen vitamin A kepada seramai 100 000 kanak-kanak yang kebanyakannya tidak pernah langsung mengambil suplimen tersebut. Kesannya, dianggarkan sebanyak $ 340,306,917 telah dijimatkan disebabkan oleh penyakit – penyakit yang memerlukan rawatan di hospital hanya dengan pemberian suplimen vitamin A ini. Kajian ini telah merumuskan bahawa adalah sangat menjimatkan apabila menggunakan suplimen vitamin A bagi merawat masalah penyakit dalam kalangan kanak-kanak.

3.Melawan Keradangan

Vitamin A memiliki ciri-ciri antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas di dalam badan yang boleh menyebakan kerosakan tisu dan sel. Vitamin A boleh mencegah sel daripada menjadi terlebih aktif. Apabila sistem imun terlebih bertindak balas kepada protein makanan, maka itulah yang menyebabkan alahan makanan dan kemudiannya menyebabkan keradangan.

Pengambilan vitamin A boleh membantu mengurangkan risiko alahan terhadap sesetengah jenis makanan kerana ia mencegah daripada tindak balas yang berlebihan itu daripada berlaku. Mengurangkan tahap keradangan juga berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit saraf seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

4.Memberikan Kulit yang Sihat dan Membantu Pertumbuhan Sel

Vitamin A juga diperlukan untuk menyembuhkan luka dan menumbuhkan semula kulit. Ia diperlukan untuk menyokong seluruh sel epithelial (kulit) baik di dalam mahupun di luar di samping ia berupaya untuk mencegah kanser kulit. Vitamin juga diperlukan untuk pembentukan glikoprotein, sejenis kombinasi antara gula dan protein yang bertindak membantu sel-sel untuk bercantum dan membentuk tisu lembut.

Kekurangan vitamin A boleh membawa kepada kulit muka yang tidak sihat sebagaimana kajian yang dilakukan mendapati bahawa vitamin A boleh bertindak bagi melawan jerawat dan menyihatkan kulit kita. Vitamin A menghilangkan parut-parut di kulit anda dengan menghasilkan lebih banyak kolagen yang bertanggungjawab untuk mengekalkan anda kelihatan muda selain daripada sangat bagus untuk rambut.

5.Membantu Mencegah Kanser

Menurut kepada satu kajian yang dilakukan di the University of York, pengambilan vitamin A boleh membantu merawat beberapa bentuk kanser. Terima kasih kepada keupayaan vitamin ini untuk mengawal sel-sel yang rosak di dalam badan. Ia mula diketahui bahawa asid retinoik memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sel dan proses pembezaan sel begitu juga sebagai rawatan kepada kanser.

Kanser paru-paru, prostat, payudara, ovari, pundi kencing, mulut dan kulit semuanya menunjukkan kesan positif melalui tindak balas asid retinoik. Terdapat kajian lain yang mengumpulkan beberapa rujukan yang menunjukkan hasil uji kaji asid retinoik pada melanoma, hepatoma, kanser paru-paru, kanser payudara dan prostat. Kini, para pengkaji sudah menemui bukti terbaru yang menunjukkan bahawa mekanisma molekular dalam asid retinoik ini berupaya mengawal nasib sel kanser.

Memandangkan asid retinoik yang banyak boleh menyebabkan citotoksiti, iaitu ia akan menjadi bertoksik kepada sel, maka, berkemungkinan adalah terbaik jika digunakan sebagai suplimen dalam diet seseorang untuk mencegah kanser daripada terus berkembang.

Sentiasa ingat bahasa adalah paling baik sekiranya mengambil vitamin A daripada sumber-sumber yang semula jadi seperti makanan. Elakkan daripada mengambil supliemen vitamin A secara berlebihan.

Sumber Terbaik Vitamin A

  1. Hati Lembu :3 auns: 14,363 IU (kira-kira 3x the DV)
  1. Lobak Merah: 1 cawan mentah dicincang: 21,384 IU (kira-kira 100% DV)
  1. Ubi Kentang :1 biji: 18,443 IU (kira-kira 100% DV)
  1. Kale :1 cawan dicincang: 6,693 IU (kira-kira 100% DV)
  1. Bayam :1 cawan mentah : 2,813 IU (56% DV)
  1. Kubis Panjang:1 cawan dipotong: 4,094 IU (82% DV)
  1. Apricot :1 biji: 674 IU (13% DV)
  1. Brokoli :1 cawan mentah: 567 IU (11% DV)
  1. Mentega Organik : 1 sudu makan: 355 IU (7% DV)
  1. Telur :1 saiz paling besar: 302 IU (6% DV)
  1. Winter Squash :1 cawan, dipotong dadu: 514 IU (10% SV)
  1. Cantaloupe Melon :1 saiz sederhana: 2,334 IU (47% DV)
  1. Lada Benggala Merah :1 cawan dicincang: 4,665 IU (93% DV)
  1. Ikan Tuna :3 auns isi ikan tuna: 2,142 IU (43% DV)
  1. Mangga :1 cawan dipotong: 1,785 IU (36% DV)

Pengambilan Vitamin A Harian yang Disyorkan

Kebanyakan orang tidak mendapatkan vitamin A yang cukup daripada diet mereka, namun sekiranya anda mengalami kekurangannya, berkemungkinan doktor akan menyarankan anda untuk mengambil suplimen vitamin A. Mereka yang menghidapi penyakit seperti masalah pencernaan, diet yang tidak sihat juga memerlukan suplimen untuk mendapatkan vitamin A harian yang diperlukan. Apabila melibatkan pengambilan vitamin A daripada makanan dan mana-mana suplimen, sukatannya (RDA) adalah seperti yang berikut:

Kanak-kanak:

  • 1-3 tahun: 300 mcg/sehari
  • 4-8 tahun: 400 mcg/sehari
  • 9-13 tahun: 600 mcg/sehari

 Wanita Dewasa:

  • 14 tahun dan ke atas: 700 mcg/sehari
  • Ketika hamil: 750-770 mcg/sehari
  • Ketika menyusukan anak: 1,200-1,300 mcg/sehari

 Lelaki Dewasa:

  • 14 tahun dan ke atas: 900 mcg/sehari

Kesan Sampingan Vitamin A

Sukatan vitamin A yang berlebihan sebenarnya boleh memberikan kemudaratan. Mengambil terlalu banyak vitamin A daripada suplimen semata-mata atau dengan kombinasi antioksidan yang lain boleh menyebabkan masalah kelahiran, kerapuhan tulang serta masalah hati.

Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan rasa mual, hilang selera makan, muntah dan bahkan juga keguguran rambut. Sekiranya anda ingin mengambil suplimen vitamin A , pastikan anda ambil dalam sukatan yang sedikit, ambil makanan yang mengandungni vitamin A dan juga minta nasihat daripada doktor. Mereka yang kerap mengambil alkohol atau mengalami masalah buah pinggan atau hati juga dinasihatkan untuk tidak mengambil suplimen vitamin A ini tanpa nasihat dairpada doktor.

Simptom masalah kesan toksik daripada vitamin A termasuklah kulit menjadi kering, sakit sendi, muntah, sakit kepala dan menjadi keliru. Suplimen vitamin A mungkin bertindak balas dengan beberapa pil kawalan kelahiran, pemekat darah, rawatan kanser dan ubat-ubatan yang lain.

Sekiranya anda mengambil mana-mana ubat, pastikan anda tanya kepada doktor anda terlebih dahulu samada suplimen vitamin A anda itu selamat untuk diambil. Memandangkan gejala toksik disebabkan oleh pengambilan vitamin A ini boleh memberikan masalah kepada kesihatan anda, ia berpunca daripada penggunaan retinoid yang tidak betul bukannya daripada diet anda. Mudah sahaja, makanan tidak akan menyebabkan masalah toksik itu berlaku. Sekiranya anda perlu mengambil suplimen tersebut, pastikan sukatannya diambil sesuai dengan jantina dan usia anda.

Interaksi Vitamin A

Vitamin A merupakan vitamin yang larut lemak maka ia perlu diambil bersama lemak untuk memberikan penyerapan yang optimum. Pengambilan diet protein yang mencukupi diperlukan untuk menghasilkan protein yang akan bercantum untuk bertindak balasa dengan vitamin A ini. Kekurangan protein akan menyebabkan juga kekurangan vitamin A.

Kajian telah menunjukkan bahawa penyerapan, metabolisme, pelepasan hepatik, pengangkutan dan tisu bagi vitamin A ini bergantung kepada kandungan zinkyang mencukupi. Satu kajian terhadap haiwan yang dilakukan telah mendapati bahawa kekurangan zink juga boleh menyebabkan masalah yang melibatkan kekurangan vitamin A juga. Zink yang tindak mencukupi boleh menyebabkan penyakit yang melibatkan vitamin A seperti rabun malam.

Kajian terkini mendapati bahawa kandungan vitamin D akan berkurangan sekiranya pengambilan suplimen vitamin A terlalu tinggi. Kajian ini menyatakan bahawa apabila kandungan vitamin D dalam darah menurun sehingga 50 nanomol setiap liter, semakin tinggi pengambilan suplimen vitamin A akan menyebabkan masalah yang berkaitan dengan kekurangan vitamin D pula seperti kesihatan tulang.

Apabila vitamin A dan D berada pada paras yang mencukupi, kajian ini telah menunjukkan bahawa kedua-dua vitamin ini bekerjasama untuk membantu tubuh badan anda melakukan metabolisme terhadap vitamin tersebut.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *