Home TIPS KURUS Khasiat Tepung Kelapa & Cara Penggunaannya
Khasiat Tepung Kelapa & Cara Penggunaannya

Khasiat Tepung Kelapa & Cara Penggunaannya

0
0

Tepung kelapa kini semakin mendapat perhatian ramai apabila khasiat tepung kelapa telah diketahui ramai. Selain itu, ia juga sangat sedap dimakan, bebas gluten serta satu alternatif yang sihat berbanding tepung-tepung yang lain.

Jadi, apakah yang anda perlu tahu tentang khasiat tepung kelapa ? Ia kaya dengan serat, protein dan lemak-lemak sihat selain daripada bebas daripada gandum. Ia juga rendah gula, mengandungi karbohidrat dan kalori yang boleh dicerna serta memiliki indeks glysemik yang rendah.

Semua ini menjadikan tepung kelapa sangat digemari oleh mereka yang mengamalkan diet, mereka yang mengamalkan makanan yang bebas gluten serta mereka yang menghidap penyakit Celiac dan yang seumpanya dengannya.

Tepung kelapa dihasilkan daripada isi kelapa yang diparut dan dikeringkan. Sebaik sahaja kulitnya dibuang, apa yang tinggal hanyalah isi putih kelapa tersebut.

Tepung kelapa ini sebenarnya bukanlah seperti mana tepung yang biasa kita fikirkan; ia tidak mengandungi bijian tidak mengandungi kekacang dan dihasilkan sepenuhnya daripada kelapa. Tepung boleh dihasilkan daripada pelbagai bahan seperti kekacang, bijian, sayuran kering dan juga termasuklah isi kelapa.

Isi kelapa berwarna putih, terletak di bahagian dalam. Untuk mendapatkan tepung kelapa tersebut, anda pelru memarut isinya kemudian memisahkan santan daripadanya untuk menghasilkan tepung tersebut. Kemudian, setelah itu, isi yang telah diparut itu dipanggang pada suhu sederhana untuk mengeringkannya sehingga akhirnya terhasilah tepung yang sepenuhnya dihasilkan daripada kelapa.

Khasiat Tepung Kelapa

Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu menggemari tepung kelapa ini lebih-lebih lagi ia sememangnya kaya dengan nutrien, rendah kalori serta boleh digunakan dalam pelbagai resipi. Selain itu, adalah sesuatu yang tidak menjadi kelaziman kepada tepung kelapa untuk menjadi punca kepada masalah pencernaan atau masalah tindak balas autoimun sebagaimana yang tepung-tepung yang lain.

Terdapat banyak khasiat yang akan diperoleh apabila tepung kelapa digunakan dalam resipi masakan kita. Antarannya ialah :

1. Membantu dalam sistem Metabolisme

Sesetengah daripada khasiat  tepung kelapa itu sendiri trmasuklah kaya dengan lemak tepu yang sihat dalam bentuk rantiaan asid lemak sederhana (MCFA). Semua ini dapat digunakan oleh tubuh badan dengan mudah untuk mendapatkan tenaga dan membantu untuk memberikan sokongan kepada metabolisme yang sihat, menyeimbangkan paras gula dalam darah dan banyak lagi.

2. Kaya dengan Serat

Isi kelapa itu sendiri meyumbangkan sebanyak 61% daripada serat yang diperlukan dalam diet kita! Disebabkan oleh secara asasnya serat tidak boleh diserap oleh tubuh badan, sesetengah kalori dan karbohidrat yang terkandung dalam tepung kelapa bahkan tidak diserat dan digunakan, namun ia akan melalui saluran pencernaan yang akhirnya dapat membuang toksin dan bahan-bahan buangan bersamanya sekali gus.

3. Membantu Mengekalkan Pasar Gula dalam Darah yang Sihat

Tepung kelapa merupakan makanan yang rendah glisemik daan tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa pengambilan produk yang mengandungi tepung kelapa boleh mengurangkan kesan glisemia secara keseluruhan daripada makanan tersebut dan membantu untuk menstabilkan paras gula dalam darah.

Hal ini bermakna bahawa khasiat tepung kelapa sangat berguna kepada mereka yang menghidap diabetes dan juga mereka yang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sihat.

4. Memberikan Sistem Pencernaan yang Sihat

Tepung kelapa juga membantu dalam menyihatkan sistem pencernaan kita, mengandungi pelbagai nutrien serta boleh membantu kepada kesihatan jantung juga. Kajian telah menunjukkan bahawa tepung kelapa memiliki keupayaan untuk merendahkan paras kolestrol “jahat” dan memberikan trigliserida kepada mereka yang mengalami peningkatan paras kolestrol.

Fakta Nutrisi Tepung Kelapa

Satu sukatan ¼ cawan hidangan (atau kira-kira 28g) tepung kelapa secara kasarnya mengandungi :

  • 120 kalori
  • 4 gram lemak
  • 4 gram protein
  • 10 gram serat
  • 16 gram karbohidrat
  • 2 gram gula

Hanya sedikit tepung kelapa yang digunakan dalam pelbagai masakan, seperti sebanyak 2 sudu makan, namun anda masih lagi boleh mendapatkan hasil yang menakjubkan. Dengan sukatan ini, ia mengandungi 5 gram serat, hanya 8 gram karbohidrat dan hanya 60 kalori sahaja.

Semua ini menjadikan ia sesuai kepada mereka yang mengikuti perancangan untuk mengurangkan kalori dan berat badan, mengambil berat tentang pengambilan kerbohidrat dan mencukupkan pengambilan serat dalam diet mereka.

Tepung Kelapa VS. Tepung Almond

Kedua-dua tepung kelapa dan almond sering kali digunakan dalam pelbagai resipi, khasiatnya juga tinggi, lemak yang baik serta bebas glutan. Sungguhpun kedua-duanya menjadi pilihan yang sesuai untuk membuat kek atau dengan cara-cara yang lain, tepung kelapa memberikan lebih banya serat dan kurang kalori berbanding tepung almond.

Tepung kelapa juga merupakan satu alternatif yang bagus kepada sesiapa yang menghidapi alahan kepada kekacang serta tidak boleh memakan kacang almond. Walaubagaimanapun juga, dalam masa yang sama, kekacang juga merupakan makanan yang kaya dengan khasiat dan tepung almond juga merupakan antara pilihan yang terbaik disebabkan oleh kandungan vitamin dan mineralnya, protein, serat serta lemak yang sihat.

Sekiranya kita membuat satu perbandingan secara langsung dari segi kandungan nutrisinya antara ¼ cawan tepung kelapa dengan tepung almond, hasilnya inilah yang akan kita dapati:

Tepung kelapa: 120 kalori, 4 gram lemak, 4 gram protein, 16 gram karbohidrat dan 10 gram serat.

Tepung Almond: 160 kalori, 14 gram lemak, 6 gram protein, 6 gram karbohidrat dan 3 gram serat.

Secara umumnya kendungan kedua-dua tepung ini adalah sama. Tepung almond adalah lebih sihat namun ia mengandungi lebih kalori dan lemak, dalam masa yang sama mengandungi sedikit karbohidrat dan serat.

Tingginya kandungan kalori dan lemak bukanlah tidak elok, namun adalah baik untuk memilih yang rendah karbohidrat, ketognenik, ataupun diet yang mengandungi lemak yang lebih tinggi. Jadi, seperti yang anda lihat, ia lebih kepada memenuhi keperluan anda.

Terdapat juga satu khasiat tepung kelapa yang tidak pernah anda fikirkan sebelum ini. Disebabkan oleh kelapa mengandungi asid lemak (MUFA), ia mengandungi asid lemak omega-6 yang rendah.

Sungguhpun tepung almond adalah terlalu baik untuk kesihatan, kekacang secara umumnya akan menambahkan lemak omega-6 kepada diet anda dan kebarangkalian untuk anda mengambil asild lemak ini secara berlebihan adalah tinggi.

Nisbah omega-3 kepada omega-6 dalam diet anda sangatlah penting, namun kebanyakan orang lebih banyak mengambil omega-6 dalam diet mereka berbanding omega-3 disebabkan tabiat suka makan makanan yang diproses, minyak yang ditapis serta kurangnya mendapatkan omega-3 daripada sumber makanan laut yang kaya dengan omega-3.

Sungguhpun tepung kelapa tidak akan menambah kandungan omega-3 ke dalam diet anda, ia akan membantu anda mengurangkan kendungan omega-6 disebabkan ia boleh menggantikan tepung kekacang dan juga tepung-tepung biasa.

Tepung kelapa dan tepung almond, kedua-duanya kaya dengan protein, namun memiliki berbezaan dari sudut tekstur dan kualiti apabila dimasak menggunakannya. Tepung almond lebih bersifat rangup, rasa kacang serta tidak berapa lembut.

Tepung almond juga memiliki rasa seperti kacang almond itu sendiri. Manakala tepung kelapa pula rasanya lebih lembut. Ia menyerap lebih banyak air berbanding tepung almond dan hasilnya adalah lebih lembut. Anda boleh mencampurkan kedua-duanya sekali untuk menghasilkan pelbagai resipi sihat yang bebas gluten yang sangat berkhasiat.

Berikut merupakan bagaimana tepung kelapa dibandingkan dengan tepung-tepung babas gluten yang lain:

Bagaimanakah untuk Menggunakan Tepung Kelapa dalam Masakan

Tepung kelapa boleh digunakan baik dalam masakan manis mahupun berkuah. Ia tidak manis dan memiliki sedikit bau dan rasa kelapa namun ia mudah untuk diadun bersama bahan-bahan lain dan tidak menjejaskan rasanya. Disebabkan oleh tepung kelapa ini bersifat halus ketika dalam keadaan kering, apabila dimasak, ia akan menjadi sedikit tumpat.

Tepung kelapa kaya dengan serat dengan kandungan 5 gram serat bagi setiap 2 sudu makan. Jadi, ia akan menyerap lebih banyak air apabila ia digunakan untuk memasak. Bandingkan dengan tepung-tepung yang lain, fikirkan bahawa tepung kelapa ini lebih memiliki keupayaan menyerap seperti span walaupun memiliki keupayaan untuk mengeringkan sesetengah masakan tradisional.

Adalah bagus untuk untuk menggunakan tepung kelapa bersama dengan tepung yang lain ataupun bahan naik sendiri seperti telur ketika dibakar untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tepung kepala juga boleh digunakan untuk memekatkan sup dan steu.

Tidak kiralah bagaimana anda menggunakannya, pastikan untuk mencampurkannya dengan baik sebelum menambahkannya ke dalam resipi anda dan setelah anda mencampurkannya dengan bahan lain supaya anda akan mendapatkan hasil yang terbaik.

Menggunakan TEPUNG KELAPA untuk Pastri

Terdapat beberapa cara yang boleh kita manfaatkan dengan penggunaan tepung kelapa ini termasuklah untuk digunakan dalam resipi pastri ini. Antaranya:

  • Roti, dengan tekstur yang padat.
  • Kek cawan.
  • Mufin.
  • Roti kayu manis.
  • Biskut.
  • Pankek.
  • Crepe.
  • Brownies.
  • Waffles.
  • Truffles.

Apabila menggunakan tepung kelapa, adalah yang terbaik apabila menggunakan nisbah yang sama antara cecair yang digunakan dengan tepung; ini bermakna anda akan menggunakan 2 sudu makan air untuk setiap 2 sudu makan tepung kelapa. Air tersebut akan dengan mudah diserap ketika proses pembakaran, jadi hasilnya tidak akan terlalu kering dan keras.

Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa bersama tepung kelapa ini untuk menambahkan lagi kelembapannya. Salah satu kelebihan tepung kelapa ialah kaupayaannya menyerap yang akan menjadikan hasilnnya nanti akan lebih berkualiti.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, adalah dicadangkan untuk menggunakan tepung kelapa sebagai pengganti kepada kira-kira 20% daripada jumlah penggunaan tepung dalam resipi anda. Hal ini bermakna jia anda menyediakan hidangan menggunakan tepung almond sebagai contoh, anda boleh menggantikan kira-kira 20% daripada tepung tersebut dengan tepung kelapa.

Dengan cara ini, ia akan menambah kandungan serat, lemak MUFA dan nutrien tanpa mengubah tekstur dan rasa makanan anda dengan. Cuma, perlu diingatkan bahawa anda perlu menambah cecair lebihan untuk menggantikan cecair yang telah diserap itu. Maka, sekiranya anda menggantikan ¼ cawan tepung kelapa ke dalam resipi anda, anda juga perlu menggantikan ¼ cawan air atau cecair lain.

Memandangkan kebanyakan tukang masak yang berpengaaman tidak menggalakkan untuk menggunakan tepung kelapa bahkan dalam resipi mereka sendiri lebih-lebih lagi untuk pastri, sesetengah orang bahkan mendapatkan hasil yang positif apabila mereka menggunakan mencampurkan 100% tepung kelapa bersama telur dan kemudian dibakar bersama.

Memandangkan tepung kelapa ini tidak mengandungi gluten yang berperanan untuk mencantumkan bahan-bahan bersama, telur akan mengambil peranan gluten ini. Anda boleh menghasilkan muffin telur yang manis atau pemanis mulut mengikut kesukaan anda, Cuba tambahkan kayu manis, madu asli dan serbuk koko untuk memberikan rasa manis, atau herba dan rempah ratus untuk hidangan sarapan yang menyelerakan.

Tepung kelapa ini adalah merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding tepung-tepung yang biasa. Dengan menambahkan tepung kelapa ke dalam resipi anda yang kebiasaanya tinggi kandungan gulanya, anda akan dapat mengurangkan kesan terhadap kandungan glukosa dalam darah anda dengan lebih perlahan. Akhirnya, anda juga dapat mengelakkan gejala hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

TEPUNG KELAPA dalam Resipi Pedas atau Masin

Anda boleh gunakan tepung kelapa untuk resipi pedas atau Masin dengan cara:

  • Kuah kacang.
  • Membuat roti pizza.
  • Membuat “paleo” atau roti.
  • Muffin.
  • Roti burger.
  • Sup ayam atau stew.
  • Roti atau biskut.

Terdapat pelbagai cara untuk anda mendapatkan khasiat daripada tepung kelapa ini. Anda boleh gunakan tepung kelapa sebagai satu bahan yang sihat untuk menyalut ayam, ikan ataupun makanan protein yang lain. Anda boleh cuba campurkan tepung kelapa bersama bahan berempah seperti serbuk bawang putih, serbuk bawang merah, paprika, garam laut dan lada hitam sebagai bahan asas kepada salutan tepung tersebut. Untuk mendapatkan rasa masakan ala Itali dan Perancis, tambahkan oregano, selasih, pasil dan herba-herba Mediterranean.

Tepung kelapa kebiasaannya tidak mengandungi bahan pengawet jika anda beli yang berkualiti tinggi. Jadi, adalah disarankan supaay simpan tepung kelapa tersebut di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk memastikan ia kekal segar dengan lebih lama. Sebaik sahaja ia dibuka, kebiasaannya ia akan tahan selama lebih kurang setahun sekiranya ia disimpan di tempat yang sejuk dan kering.

Bagaimana untuk Menghasilkan Tepung Kelapa

Sebagai mana anda boleh menghasilkan sendiri santan kelapa atau tepung almond, anda juga boleh menghasilkan tepung kelapa anda sendiri. Mulakan dengan mengisar isi kelapa bersama air dengan kelajuan yang maksima. Kemudian, tapiskan isi kelapa tersebut bagi mengasingkannya daripada santan yang kelak akan digunakan untuk resipi yang lalin.

Apabila anda sudah mendapatkan isi kelapa tersebut, anda perlu memanggangnya dalam suhu yang sederhana selama beberapa jam untuk mengeringkannya. Pastikan anda tidak terlalu memanggangnya sehingga betul-betul kering. Cukuplah sehingga ia menjadi seperti serbuk.

Sesetengah orang ada yang mengatakan bahawa tepung kelapa itu perlulah mentah untuk tujuan ini manakala ada pula yang mengatakan tidak begitu. Sebenarnya, ia hanya bergantung kepada suhu yang anda gunakan untuk mengeringkan isi kelapa tersebut. Kebanyakan orang mencadangkan untuk memanggang tepung kelapa tersebut pada suhu kira-kira 150 darjah, ataupun pada suhu yang paling rendah  selama 4 hingga 6 jam bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Berdasarkan daripada tips tersebut, berikut merupakan langkah satu per satu untuk menghasilkan tepung kelapa anda sendiri:

Pisahkan antara isi kelapa dengan santanya dengan cara mengisar kedua-duanya bersama dalam mesin pengisar dengan kelajuan tinggi. Kemudian, tapiskan dan pisahkan kedua-duanya dengan menggunakan penapis.

  • Panaskan ketuhar anda dengan suhu yang paling rendah, iaitu kira-kira 150 darjah Fahrenheit.
  • Keringkan perlahan-lahan sehingga isi kelapatersebut menjadi serbuk dalam tempoh 4 hingga 5 jam,

Di Manakah Kita Boleh Membeli Tepung Kelapa

Anda boleh beli tepung kelapa pra-siap di kedai-kedai makanan sihat, kedai-kedai runcit utama yang ada menjual tepung yang bebas gluten, pasar-pasar tani atau melalui pengedar di atas talian.

Disebabkan oleh tepung kelapa ini adalah asli dan bebas daripada bahan pengawet. Maka, ia sangat sesuai untuk mereka yang menghidapi alahan kepada kekacang, ketidakhadaman, ketidakaturan insulin dan sebagainya. Hal ini merupakan satu berita baik kepada kepada para pengedar supaya menambahkan stok tepung kelapa mereka semula.

Sekiranya anda tidak mendapatinya di kedai, anda juga boleh membelinya secara atas talian.

Jika anda lebih gemar untuk membelinya di kedai berbanding menghasilkannya sendiri, pastikan anda melihat kualiti dan jenamanya serta perhatikan senarai fakta nutrisinya sekali.

Adalah bagus untuk membeli tepung kelapa yang hanya melabelkan “tepung kelapa”. Anda perlu mengelakkan daripada jenama-jenama tepung kelapa yang mengandungi lebih gula, perasa tambahan dan bahan pengawet. Lebih sedikit senarai bahan yang terkandung di dalamnya, adalah lebih baik. Bermakna anda akan mendapat lebih banyak khasiatnya daripada tepung yang tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan.

Jika anda ada penyakit melibatkan usus kecil, sensitif kepada gluten atau anda cuba elakkan makanan yang mengandungi gluten, pastikan jenama tepung kelapa yang anda beli itu berlabel “bebas gluten” dan dihasilkan sepenuhnya dengan peralatan yang bebas gluten.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *