Home Uncategorized 10 Khasiat Teh Hijau Untuk Kuruskan Badan & Kesihatan Anda
10 Khasiat Teh Hijau Untuk Kuruskan Badan & Kesihatan Anda

10 Khasiat Teh Hijau Untuk Kuruskan Badan & Kesihatan Anda

0
0

Teh hijau merupakan minuman teh yang paling berkhasiat jika dibandingkan dengan minuman teh-teh yang lain.  Khasiat teh hijau  banyak kerana ia mengandungi banyak antioksida dan nutrisi yang boleh memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan.

Ini termasuklah meransang perkembangan otak, mengurangkan lemak dalam badan, mengurangkan risiko kanser dan banyak-banyak lagi.

Artikel kali ini akan membincangkan 10 khasiat teh hijau kepada manusia untuk kesihatan secara keseluruhannya.

10 Khasiat Teh Hijau Kepada Kesihatan

Berikut kami menyenaraikan 10 manfaat teh hijau kepada tubuh badan dan kesihatan secara umum.

1. Teh Hijau Mengandungi Banyak Bahan Bioaktif

Teh hijau bukan sekadar minuman biasa. Ia mengandungi banyak bahan bioaktif yang asalnya terdapat pada daun teh itu sendiri – yang mengandungi banyak nutrisi kepada badan.

Ia dipenuhi dengan polifenol (polyphenols) seperti flavonoid dan catechin, yang mana bertindak sebagai antioksida yang kuat.

Antioksida boleh mengurangkan perbentukan radikal bebas di dalam badan, melindungi sel dan molekul daripada kerosakan. Radikal bebas merupakan bahan yang memainkan peranan di dalam proses penuaan dan pembawa kepada pelbagai jenis penyakit.

Salah satu bahan yang kuat di dalam teh hijau adalah Epigallocatechin Gallate (ECGG)  yang dikaji boleh merawat pelbagai jenis penyakit.

Disamping itu, kandungan mineral yang terdapat di dalam teh hijau turut memainkan peranan kepada kesihatan tubuh badan.

Anda dinasihatkan agar memilih teh hijau yang lebih berkualiti jika ingin mendapat semua khasiat dan manfaatnya. Teh hijau yang berkualiti rendah (biasanya lebih murah) mungkin mengandungi kadar fluorida yang berlebihan.

2. Teh Hijau Boleh Menajamkan Daya Fikiran

Teh hijau bukan sahaja boleh membuatkan anda terjaga, tetapi juga menyumbang kepada perkembangan otak dan daya fikiran.

Bahan aktif teh hijau yang memainkan peranan dalam perkara ini adalah, tidak lain tidak bukan: Kafein.

Kafein merupakan sejenis bahan peransang dan biasanya dijumpai di dalam kopi. Teh hijau juga mengandungi bahan ini, namun tidak sebanyak kopi. Tetapi cukup untuk memberikan kesan.

Penggunaan kafein dan kesannya kepada otak sudah lama dikaji – hasilnya adalah ia bolehmeningkatkan daya otak, memperbaiki mood dan daya ingatan.

Tambahan lagi, teh hijau bukan sekadar mengandungi kafein. Ia juga mempunyai amino asid L-theanine, yang boleh meningkatkan aktiviti pada sistem saraf.

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua bahan ini, kafein dan L-theanine, boleh meningkatkan daya fungsi otak dan menajamkan minda.

Bahkan terdapat laporan yang menyatakan bahawa orang mendapat tenaga yang lebih banyak dan produktif jika minum teh hijau berbanding dengan kopi.

3. Teh Hijau Boleh Meningkatkan Pembakaran Lemak

Jika anda melihat pada senarai kandungan kebanyakan supplement pembakar lemak (fat burner), mesti terdpat teh hijau.

Perlu Baca : Cara Saya Kurus Cara Mudah 

Hal ini kerana teh hijau sudah terbukti boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan dan kadar metabolik.

Berikut adalah serba sedikit hasil kajian:

i. Teh hijau meningkatkan kadar penggunaan tenaga sebanyak 4%
ii. Teh hijau meningkatkan kadar oksidasi lemak sebanyak 17%

(hasil boleh berubah mengikut individu)

Kandungan kafein, yang dinyatakan di atas juga memainkan peranan di dalam meningkatkan pergerakan fizikal dan otot. Satu kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan prestasi atlet sebanyak 11-12%.

4. Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kanser

Kanser berlaku disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Ia merupakan salah satu penyebab kematian diseluruh dunia.

Dan kita semua sedia maklum bahawa salah satu faktor kepada kanser adalah radikal bebas. Manakala antioksida adalah bahan yang dikatakan boleh mencegahnya.

Teh hijau merupakan salah satu sumber terbaik kepada antioksida, oleh itu masuk akallah kalau kita menyatakan bahawa teh hijau boleh mengurangkan risiko kanser.

Kanser Payudara: Satu kajian mendapati bahawa wanita yang meminum teh hijau boleh mengurangkan risiko daripada mendapat kanser payudara sebanyak 22%.

Kanser Prostat: Satu kajian mendapati lelaki yang meminum teh hijau boleh mengurangkan risiko mendapat prostat kanser sebanyak 48%.

Kanser Kolon: Satu kajian ke atas 69,710 wanita di China mendapati peminum teh hijua boleh kurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 57%.

Dan satu lagi, elakkan daripada meletakkan susu di dalam teh anda, kerana ia boleh mengurangkan kadar antioksida di dalamnya. Tapi siapa yang letak susu di dalam teh hijau?

5. Teh Hijau Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Parkinson

Bukan sahaja teh hijau boleh meningkatkan daya fikiran anda dalam jangka masa pendek, malah juga melindunginya daripada “tua“.

Penyakit Alzheimer merupakan satu jenis penyakit saraf/neuro yang biasa dialami oleh orang berumur. Penyakit ini boleh membawa kepada demensia.

Penyakit Parkinson pula merupakan sejenis penyakit saraf, ia melibatkan kegagalan urat saraf menghasilkan dopamin di dalam otak.

Banyak kajian telah dijalankan dan membuktikan bahawa bahan catechin di dalam teh hijau boleh melindungi sistem saraf. Lantas mengurangkan risiko mendapat mana-mana penyakit yang disebut.

 

6. Teh Hijau Boleh Membunuh Bakteria, Memperbaiki Kesihatan Mulut & Gigi

Selain daripada menjaga sistem saraf dan otak, bahan catechin turut memberikan manfaat dari segi biologi.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa bahan tersebut boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza – maka mengurangkan risiko daripada dijangkiti.

Kajian yang lain pula mendapati bahawa catechin di dalam teh hijau boleh menghalang pertumbuhan satu jenis bakteria yang dikenali sebagai  Streptoccus mutans. Bakteria ini boleh menyebabkan perbentukan plak dan membawa kepada masalah kaviti serta pereputan gigi.

Teh hijau pada masa yang sama, boleh mengurangkan masalah nafas berbau.

7. Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2

Kencing manis tahap 2 merupakan penyakit yang pernah mencapai peringkat wabak pada seketika waktu dahulu. Dan sekarang, hampir 300 juta orang menghidap penyakit kencing manis di seluruh dunia.

Kencing manis, ataupun juga dikenali sebagai diabetes melibatkan kadar gula dalam badan melebihi kadar insulin yang dihasilkan oleh badan atau ketidakupayaan badan menghasilkan insulin.

Wajib Tahu : Panduan Pemakanan Pesakit Kencing Manis

Kajian telah menunjukkan bahawa pengamalan teh hijau boleh meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

Satu kajian lain yang dijalankan di Jepun pula mendapati bahawa orang yang meminum teh hijau mempunyai risiko sebanyak 42% lebih rendah daripada orang yang tidak meminumnya.

8. Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Masalah Jantung

Penyakit jantung, atau penyakit kardiovaskular merangkumi sakit jantung dan strok
merupakan salah satu penyebab kematian di dunia.

Dan kajian-kajian mendapati bahawa teh hijau boleh mengurangkan risiko daripada mendapatnya.

Teh hijau boleh membekalkan kadar antioksida yang banyak kepada saluran darah, yang mana boleh mengelakkan kolestrol LDL (kolestrol baik) daripada teroksida.

9. Teh Hijau Membantu Menurunkan Berat Badan + Cegah Obese

Memandangkan teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolik badan dalam jangka masa yang singkat, ia masuk akal kalau anda ingin mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan berat badan.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau mengurangkan lemak dalam badan, terutama pada bahagian perut.

Walaupun begitu, anda perlu ingat bahawa banyak faktor perlu dititikberatkan dalam hal ini. Ia tidak bermakna anda minum teh hijau dan secara automatik menjadi kurus – tidak. Teh hijau hanya boleh membantu anda mempercepatkan sesetengah proses pembakaran lemak.

10. Teh Hijau Boleh Panjangkan Umur

Kematian adalah satu kepastian. Kematian adalah di tangan Tuhan. Itu adalah dua perkara yang kita semua tidak boleh elak.

Cuma cepat atau lambat sesuatu kematian itu juga bergantung ke atas bagaimana kita menjalani kehidupan kita, bagaimana kita menjaga pemakanan kita.

Dengan kenyataan bahawa teh hijau boleh mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit-penyakit kronik di atas, kita boleh simpulkan bahawa pengamalan teh hijau secara tidak lansung boleh memanjangkan umur kita.

 

Dimana Boleh Beli Teh Hijau

Anda boleh dapatkan teh hijau hampir disemua supermarket berdekatan. Namun, jika mahukan semua manfaat teh hijau yang dinyatakan di atas, anda disarankan agar mendapatkan yang berkualiti tinggi (biasanya lebih mahal, ouch).

Minumlah 2-3 cawan teh hijau setiap hari untuk mendapatkan khasiat-khasiat tersebut. Jadikannya satu amalan harian.

Kesimpulan

Teh hijau ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah diamalkan sejak berkurun lagi. Dan menurut pandangan sains, teh hijau ini terbukti adalah satu jenis minuman yang boleh berikan banyak kebaikan kepada manusia.

Harap artikel tentang khasiat dan manfaat teh hijau ini boleh memberikan sedikit pencerahan kepada para pembaca sekalian.

Silalah kongsikan artikel kepada orang yang tersayang agar mereka juga boleh mendapat manfaat.

Sekian~

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *