Home TIPS KECANTIKAN 6 Khasiat Sesudu Madu
6 Khasiat Sesudu Madu

6 Khasiat Sesudu Madu

0
0

Bagi mereka yang mengamalkan minum madu setiap hari pasti telah merasai khasiat sesudu madu. Untuk yang masih belum tahu kenapa perlu amalkan minum madu setiap hari ini saya kongsikan khasiat sesudu madu untuk panduan anda moga dapat tingkatkan kesihatan dan kejelitaan.

Khasiat Sesudu Madu

1. Segarkan Tubuh Badan

Amalkan mengambil satu sudu madu setiap hari semasa perut kosong dan ini akan membantu memberikan tenaga kepada tubuh dan sekaligus menaikkan seri wajah. Ambil secara konsisten baru akan nampak kesannya. Elakkan guna sudu besi sebaliknya guna sudu plastik kerana ia dikatakan dapat mengekalkan khasiat sesudu madu.

2. Lindungi & Lembapkan Kulit

Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan dan ia juga membantu memulihkan luka serta mengatasi pelbagai masalah bintik-bintik hitam serta jerawat. Gunakan madu sebagai masker. Sapukan madu pada wajah, kemudian biarkan kering.Bersihkan wajah dengan air perahan limau nipis. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah kelihatan lembab dan kemerahan.

3. Awet Muda

Madu juga mempunyai khasiat dapat menentang radikal bebas. Ianya bersifat antipenuaan.  Amalkan minum madu dengan perahan lemon atau madu bersama air suam dan perahan lemon. Ia membantu melawaskan serta membuang toksin di dalam badan.

BACA: KULIT TEGANG SEAWAL 3 HARI DENGAN MADU MANUKA 

4.Atasi Jerawat & Parut

Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Madu juga dikatakan dapat hilangkan parut pada wajah. Sapukan madu pada bahagian yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan secara konsisten jangan pula sapu hari ini esok hilang. Ini bukan silap mata ya..madu adalah alternatif secara tradisional

5. Cerahkan Kulit

Untuk dapatkan kulit tubuh yang halus dan cerah anda boleh berendam di dalam tab yang di campur dengan madu, susu dan air mawar. Kombinasi ramuan ini mampu meredakan tekanan dan menjadikan kulit gebu. Ia juga merawat tubuh dengan cara lembut.

BACA: ATASI MASALAH KEPUTIHAN

6. Atasi Bibir Hitam

Nak bibir mungil kemerah-merahan? Sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur , bersihkan bibir dengan air suam. Kena buat selalu dik baru nampak hasilnya tapi awas kalau rumah ada semut kan habis laa bibir kena gigit semut abam tak jamin heheh..happy trying

RESEPI DETOX DENGAN MADU 

1 Sudu Madu

1 Inci Halia

1 Biji Limau Nipis

Segelas Air Suam

Cara Buat Campurkan Semua bahan di dalam air suam dan biarkan selama 5 minit selepas itu boleh di minum. Sesuai untuk mereka yang ada masalah penghadaman dan juga membantu membuang toksin di dalam badan. Amalkan waktu pagi semasa perut masih kosong dan juga waktu malam sebelum tidur .

tumblr_n3ttpb3sFJ1st5lhmo1_1280

P/S: Kongsikan artikel ini semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. Jika ada sebarang cadangan boleh berikan komen di bawah.Terima kasih. Cintai Diri Mu Sebelum Belajar Mencintai Orang Lain

Sumber : Majalah Mingguan Wanita EDISI NOV

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *