Home TIPS KESIHATAN 5 Khasiat Pistachio Rendahkan Kolesterol Jahat
5 Khasiat Pistachio Rendahkan Kolesterol Jahat

5 Khasiat Pistachio Rendahkan Kolesterol Jahat

0
0

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, agak mustahil jika kita tidak mendengar tentang pistachio. Kita sering melihat kempen pemasaran memaparkan selebriti dengan kacang ini. Sebenarnya khasiat pistachio rendahkan kolesterol dalam badan dan juga bagus untuk kesihatan secara keseluruhanya

Mengapa ramai orang begitu menyukai pistachio? Mungkin kerana nutrisi pistachio lebih bermanfaat dan berkhasiat.

5 Khasiat Pistachio

Adakah pistachio menyihatkan? Sudah tentu! Pistachio yang kaya dengan nutrien sesuai bagi individu yang inginkan snek sihat untuk penurunan dan pengawalan berat badan.

Majority lemak dalam pistachio (hampir 90 peratus) adalah lemak tak tepu yang sihat, mempunyai pelbagai kesan positif untuk keseluruhan tubuh badan.

Lemak sihat dan nutriennya terbukti menurunkan LDL (lemak jahat), menggalakkan kesihatan mata dan lain-lain.

5 Manfaat Kesihatan Pistachio

Pistachio merupakan sumber vitamin B6, boleh menggalak tahap tenaga, membaiki kesihatan kulit dan mata, dan menyumbang kepada kesihatan metabolisme. Pistachio kaya dengan pelbagai nutrien seperti vitamin B6, tiamin, potassium, tembaga, magnesium dan zat besi.

Pistachio juga mengandungi lemak mono tak tepu dan poli tak tepu yang sihat serta bebas daripada lemak trans dan kolesterol.Bukti saintifik menunjukkan nutrisi pistachio memberi kesan positif kepada:

1. Kolesterol dan Kesihatan Jantung

Kajian berkenaan pistachio dalam American Journal of Cinical Nutrition mengesahkan status pistachio sebagai makanan rendah-kolesterol. Kajian terhadap 28 orang dewasa yang mempunyai tahap LDL di atas julat optimal tetapi sihat.

Diet eksperimen termasuk diet kawalan rendah lemak tanpa pistachio, diet sihat dengan satu hidangan pistachio setiap hari dan diet sihat dengan dua hidangan psitachio setiap hari. Kadar LDL telah berkurangan bagi semua peserta kajian yang makan pistachio.

Dalam konteks diet jantung-sihat, kajian menunjukkan dengan menambah satu hidangan pistachio setiap hari (10 peratus jumlah tenaga) menurunkan 9 peratus kolesterol LDL, manakala dos lebih besar (dua hidangan) pistachio menurunkan 12 peratus LDL.

LDL yang tinggi merupakan faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari. Dengan merendahkan tahap LDL anda akan merendahkan risiko untuk mendapat penyakit jantung serius seperti penyakit jantung koronari. Pistachio juga kaya dengan antioksidan, sesuai untuk kesihatan jantung.

2. Pengawalan Berat Badan

Pistacio boleh menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan sihat. Apabila memakan satu hidangan pistachio di antara waktu makan, lemak sihat, serat dan protein nutrisi pistachio membantu mengurangkan rasa lapar di antara waktu makan.

Anda tidak akan merasa terlalu lapar untuk hidangan seterusnya kerana pistachio membuatkan anda merasa kenyang.

Kajian daripada UCLA School of Medicine mendapati subjek yang menggantikan makanan seperti coklat susu, produk tenusu, bertih jagung, dan kentang goreng dengan kacang pistachio yang mempunyai 20 peratus jumlah kalori untuk tiga minggu, tidak mengalami pertambahan berat badan, penurunan kolesterol secara keseluruhan dan meningkatkan kolesterol baik.

3. Kesihatan Mata

Pistachio merupakan satu-satunya kekacang yang mengandungi jumlah karotenoid signifikan dikenali sebagai lutein dan zeaxantin. Diet karotenoid dipercayai memberi manfaat kesihatan kepada tubuh dengan menurunkan risiko penyakit, terutama kanser tertentu dan penyakit mata.

Lutein dan zeaxantin adalah karotenoid yang terdapat dalam retina dan lensa mata. Keputusan kajian epidemiological mendapati diet yang kaya dengan lutein dan zeaxantin boleh membantu memperlahankan perkembangan degenerasi macular berkaitan umur dan katarak.

Karotenoid diserap dengan lebih baik dengan lemak dalam makanan atau dalam kes nutrisi pistachio, lemak baik sudah menjadi sebahagian pakejnya, memudahkan tubuh menyerap lutein dan zeaxantin pistachio.

4. Fungsi Seksual

Pistacio mempunyai kesan positif terhadap kesihatan seksual lelaki. Kajian tahun 2011 yang dijalankan oleh Bahagian Urologi Kedua di Hospital Pendidikan dan Penyelidikan Ataturk di Turki, subjek mengambil 100 gram pistachio pada waktu makan tengah hari setiap hari selama tiga minggu, iaitu 20 peratus daripada pengambilan kalori harian.

Subjek merupakan lelaki berkahwin berumur di antara 38 hingga 59 tahun yang mempunyai masalah mati pucuk (ED) sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum kajian. Mereka diarahkan untuk mengekalkan pengambilan yang sama setiap hari, aktiviti fizikal dan gaya hidup yang sama.

Cuma perubahan besar ialah penambahan pistachio dalam diet mereka. Hasil kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Impotence Research, menunjukkan  terdapat perubahan signifikan terhadap lelaki dengan ED sama seperti perubahan dalam tahap serum lipid.

Satu sebab pistachio membantu ED dan bertindak sebagai penawar semulajadi untuk ketidaksuburan ialah kacang ini mempunyai asid amino nonessential, asid arginine, yang berfungsi untuk mengekalkan kefleksibelan arteri dan menggalak pengaliran darah dengan menggalakkan nitric oksida, bahan yang merehatkan salur darah.

Kajian yang diterbitkan dan dijalankan di Pennsylvania State University pada tahun 2015 melihat kesan pengambilan harian pistachio ke atas profil lipid/lipoprotein, kawalan gula darah, penanda radang dan kitaran diabetes bagi orang dewasa dengan diabetes jenis 2.

Peserta samada menggunakan diet seimbang tanpa pistachio atau menggunakan 20 peratus pistachio sebagai pengambilan kalori harian mereka. Hasil menunjukkan walaupun diet pistachio tidak memberi kesan pada kawalan gula, terdapat kesan positif pada keseluruhan kolesterol, kadar kolesterol dan trigliserida.

Diabetes membuatkan anda berisiko menghidapi penyakit jantung dan angin ahmar. Bagi pesakit diabetes jenis 2 yang ingin memperbaiki faktor risiko kardiometabolik, makan pistachio dengan kerap sebagai diet sihat keseluruhan boleh mengelak isu jantung serius.

Nutrisi Pistacio dan Asal Usulnya

Pistachio berasal daripada pokok pistachio (Pistacia vera), wujud di barat Asia dan Asia Kecil, tumbuh meliar di kawasan panas dan kering seperti Lubnan, Palestine, Syria, Iran, Iraq, India, Selatan Eropah dan negara padang pasir di Asia dan Afrika. Pistachio yang kita kenal merupakan satu daripada 11 spesies dalam genus Pistacia.

Saiz hidangan biasa pistachio ialah satu auns atau 49 isirung. Nutrisi pistachio sangat mengagumkan. Jika anda makan pistachio mentah, anda makan nutrisi sihat seperti berikut:

  • 159 kalori
  • 7.7 gram karbohidrat
  • 5.7 gram protein
  • 12.9 gram lemak
  • 3 gram serat
  • 0.5 mg vitamin B6
  • 0.3 mg tiamin
  • 0.4 mg tembaga
  • 291 mg potassium
  • 34 mg magnesium

Sejarah dan Fakta Menarik Pistachio

Pistachio adalah kacang yang mempunyai kulit berbentuk telur dan isirung yang sedap, gemar dijadikan sebagai snek. Pokok pistachio tumbuh di Timur Tengah sejak ribuan tahun dan dianggap sebagai manisan di wilayah tersebut. Rasa dan campuran lemak baik, serat dan protein menjadikan pistachio pilihan bagi rasa dan kesihatan.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang pistachio:

  • Pistachio pertama kali diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh perkhidmatan penerokaan tanaman USDA pada 1890.
  • Pistachio bersaudara dengan gajus, poison ivy, mangga, poison oak, pokok lada dan sumac.
  • Pistachio tumbuh dengan baik di kawasan musim panas yang panjang dan kering, serta musim sejuk sederhana.
  • Pokok pistachio mengambil masa 10 hingga 12 tahun untuk menghasilkan crop pertama.
  • Tidak wujud pistachio merah. Pistachio diwarnakan merah untuk melindungi kecacatan kulit dan menampakkan kejelasan kacang tersebut dalam mesin snek. Kini, pistachio tidak lagi diwarnakan merah atau warna lain.
  • Pistachio yang kulitnya tertutup rapat menunjukkan isinya belum masak lagi. Pistachio yang sedia dimakan mempunyai kulit yang terbuka.
  • Pistachio diraikan pada harinya sendiri. 26 Februari setiap tahun merupakan Hari Pistachio Kebangsaan!

Penggunaan dan Penyimpanan Pistachio

Pistachio tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun di kebanyakan kedai runcit dan makanan kesihatan. Pistachio berkualiti oleh dikenalpasti melalui warna kuning-hijau dan ungu isirungnya. Lebih baik membeli pistachio yang masih berkulit kerana lebih segar.

Pistachio berkulit kekal segar sehingga setahun daripada tarikh penghasilan tetapi lebih elok dimakan dalam tempoh empat bulan untuk rasa yang maksimum. Jika anda membeli pistachio yang masih berkulit, anda perlu mengupas kulitnya sebelum memakan kacang ini.

Pistachio yang tidak disimpan dengan betul akan menyerap kelembapan daripada udara dan akan rosak. Bagi kesegaran maksimum, simpan pistachio dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.

Pistachio boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan ke dalam pelbagai resipi. Pistachio boleh dimasukkan ke dalam salad atau bar coklat buatan sendiri, dimasukkan ke dalam smoothie,digoreng, atau digunakan sebagai kerak dan topping di atas ikan.

Kemungkinan Kesan Sampingan Pistacio/Peringatan

Jika anda mempunyai alahan kepada pokok kacang, elakkan pistachio. Jika anda mengalami sebarang simptom alahan kacang, anda patut hentikan pengambilan pistachio dan dapatkan rawatan jika perlu. Secara semulajadinya, pistachio mengandungi tahap sodium yang rendah.

Tetapi pistachio panggang dan pistachio masin mengandungi sodium tertentu yang boleh meningkatkan tekanan darah jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau makan terlalu banyak kacang. Makan pistachio dalam jumlah kecil boleh membantu kawalan berat badan.

Bagaimanapun, pistachio bukan makanan rendah kalori. Jika anda makan berlebihan dalam keadaan biasa, pistachio boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Pistachio boleh menyumbang kepada isu pencernaan jika anda mempunyai reaksi kepada bahan dipanggil fruktan.

Fruktan terdapat secara semulajadi dalam kebanyakan makanan sihat dan tidak merbahaya, tetapi kadangkala fruktan boleh mengganggu sistem pencernaan dan mengakibatkan kekembungan, cirit-birit, sembelit, dan sakit abdomen.

  •  Saiz hidangan biasa pistachio ialah satu auns atau 49 kernel.
  •  Beli pistachio tanpa garam yang masih bersalut.
  • Nutrisi pistachio kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.
  • Pistachio tinggi dengan vitamin B6, tiamin dan tembaga.
  •  Pistachio enak dijadikan snek sihat dan boleh juga ditambah ke dalam resipi sihat yang lain.
  • Nutrisi pistachio boleh membaiki kolesterol, ukuran pinggang, kesihatan mata, dan fungsi seksual.
  • Pistachio adalah pilihan bijak bagi pesakit diabetes.
  • Kandungan protein, lemak sihat sihat dan serat menjadikan pistachio snek terbaik untuk semua peringkat umur!

Baca Lagi : 11 Snek Sihat Untuk Diamalkan

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *