Home TIPS KESIHATAN 8 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung & Otak Anda Serta Pentingnya Sebagai Lemak Sihat Dalam Pemakanan Sihat Kita
8 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung & Otak Anda Serta Pentingnya Sebagai Lemak Sihat Dalam Pemakanan Sihat Kita

8 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung & Otak Anda Serta Pentingnya Sebagai Lemak Sihat Dalam Pemakanan Sihat Kita

0
0

Pokok zaitun telah wujud sejak beribu tahun lalu. Dengan sejarah yang panjang ini sehingga ke era ketamadunan silam, khasiat minyak zaitun ini dikenali sebagai salah satu makanan penting yang disebut dalam Al-Quran. Ia juga merupakan sebahagian daripada Diet Mediterranean dan juga telah menjadi diet bagi mereka yang memiliki usia yang panjang di dunia sejak berkurun lamanya  sebagaimana masyarakat yang hidup di zon-zon biru.

Minyak zaitun yang asli dan berkualiti tinggi telah dikaji dengan baik di mana ia mengandungi bahan-bahan anti-keradangan, antioksidan dan pelbagai makronutrien yang baik untuk kesihatan jantung. Minyak zaitun asli juga berkhasiat dalam merendahkan kadar keradangan, penyakit jantung, tekanan, dementia dan juga obesiti.

Namun, dengan semua kebaikan tersebut, anda perlu ingat bahawa tidak semua minyak zaitun itu dihasilkan sama  bahkan tidak semua minyak zaitun asli yang didakwa itu memiliki khasiat yang sebenarnya!

Minyak zaitun dihasilkan daripada buah daripada pokok zaitun secara semula jadinya kaya dengan asid lemak yang sihat. Terdapat beberapa jenis minyak zaitun di pasaran hari ini termasuklah minyak zaitun asli dan yang biasa namun, kajian telah menunjukkan bahawa minyak zaitun yang asli ini lebih kaya dengan khasiat berbanding jenis yang lain.

Satu perkara yang tidak ramai orang sedar ialah minyak zaitun asli yang kebanyakannya dibeli di kedai-kedai runcit hari ini sebenarnya turut diletakkan sekali bersama minyak canola GMO dan herba-herba. Apa yang penting, rak-rak di kedai biasanya meletakkan minyak zaitun yang tiruan. Beberapa laporan ada menunjukkan bahawa sehingga 70% minyak zaitun yang dijual di seluruh dunia sebenarnya telah dicampurkan dengan minyak lain.

Pihak pengilang juga melakukan sedemikian rupa untuk menjadikan minyak yang tiruan itu kelihatan seperti yang asli namun hakikatnya minyak-minyak tersebut mengandungi khasiat yang tidak seperti yang asli. Bahkan, menggunakan minyak yang telah diubah suai ini sebenarnya akan memberikan mudarat kepada kesihatan anda. Jadi anda perlu tahu yang manakah sepatutnya anda beli.

Nak Dapatkan Minyak Zaitun Asli Yang Diiktiraf Antarabangsa KLIK SINI 

Fakta Nutrisi Khasiat Minyak Zaitun Asli

Minyak zaitun sebenarnya terdiri daripada sebahagian besarnya asid lemak monotaktepu, sejenis lemak yang dikenali sebagai asid oleik. Asid oleik ini juga diketahui sangat penting untuk kesihatan jantung dan berupaya untuk melawan kesan kerosakan radikal bebas (tekanan oksidatif) yang mana menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan. Hal ini benar apabila dibandingkan dengan bahan-bahan yang terkandung dalam minyak sayuran, lemak trans atau lemak terhidrogen.

Diet yang mengandungi minyak zaitun asli ini terdapat dalam diet Mediterranean yang terkenal. Ia dapat “mengurangkan masalah atherosclerosis, penyakit kardiovaskular dan sesetengah jenis kanser,” sebagaimana yang telah disebut dalam banyak kajian klinikal.

Apa yang mula mendapat perhatian kini ialah berkenaan sebatian fenolik aktif yang terkandung dalam minyak zaitun asli ini. Fenolik ini memberikan kesan positif kepada sesetengah masalah psikologi termasuklah plasma lipoprotein, kerosakan oksidatif, penanda keradangan, platlet, fungsi sel dan antimikrobial.

Satu Sudu Minyak Zaitun Asli Mengandungi:

  • 120 kalori
  • 14 gram lemak (9.8 daripadanya ialah monotaktepu)
  • Tanpa gula, karbohidrat atau protein
  • 1 milligram vitamin K (10% DV)
  • 9 milligram vitamin E (10 % DV)

Berapa banyakkah minyak zaitun yang perlu anda dapatkan bagi memastikan anda memperoleh khasiat yang diperlukan? Memandangkan saranan tersebut berbeza bergantung kepada keperluan kalori dan diet anda, apa-apa pun daripada satu sehingga empat sudu makan minyak zaitun masih lagi sesuai untuk memperoleh khasiatnya.

8 Khasiat Minyak Zaitun

1.Melindungi Jantung

Kajian telah mendapati bahawa diet yang mengandungi lemak monotaktepu yang tinggi mengandungi kolestrol LDL yang rendah, kolestrol HDL yang tinggi dan trigiserida yang rendah lebih baik daripada diet rendah lemak, tinggi karbohidrat.

Semua ini disebabkan oleh kandungan antioksidan yang kuat dikenali sebagai polifenol. Selain itu, minyak zaitun ini juga merupakan makanan anti-keradangan dan bertindak sebagai pelindung kardiovaskular. Apabila sistem imun seseorang mula melawan tubuh badannya akibat daripada diet yang tidak sihat, tekanan atau faktor yang lain, maka tindak balas keradangan akan membawa kepada penyakit yang disebabkan olehnya juga.

Tujuan keradangan tersebut sebenarnya adalah untuk melindungi kita daripada kesakitan dan membaiki tubuh badan apabila diperlukan namun keradangan yang kronik sebenarnya membahayakan kepada kesihatan arteri dan dikaitkan dengan penyakit jantung, autoimun dan sebagainya.

Minyak zaitun asli ini bahkan dapat membantu menyongsangkan keradangan ini serta penyakit yang berkaitan dengan perubahan jantung dan salur darah sebagaimana menurut kajian pada tahun 2009 yang telah diterbitkan dalam the Journal of Cardiovascular Pharmacology.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa minyak zaitun dapat membantu merendahkan hipertensi disebabkan oleh kandungan asid nitriknya yang lebih mudah terurai dan akhirnya menjadikan arteri lebih bersih dan tidak tersumbat.

Kesan perlindungan yang ada pada diet Mediterranean yang kaya dengan asid alfa-linolenik (ALA) daripada minyak zaitun juga telah terbukti melalui banyak kajian. Sesetengah dapatan kajian menunjukkan bahawa diet tinggi lemak jenis ini sangat berupaya untuk mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh masalah kardiak sebanyak 30% dan kematian mengejut sebanyak 44%.

2.Membantu Melawan Kanser

Menurut kajian pada tahun 2004 yang telah diterbitkan dalam the European Journal of Cancer Prevention, buah zaitun dan minyaknya mengandungi antioksidan yang banyak. Ia juga merupakan salah satu daripada makanan yang kaya dengan antioksidan.

minyak Zaitun mengandungi akteoside, hidroksitirosol, tirosol dan asid fenil propionik (acteosides, hydroxytyrosol, tyrosol and phenyl propionic acids). Kedua-dua buah dan minyak zaitun mengandungi bahan lain yang bersifat anti-kanser seperti skualena dan terpenoid (squalene and terpenoids) begitu juga asid oleik.

Para penyelidik merasakan bahawa diet yang mengandungi buah dan minyak zaitun di selatan Eropah ini menunjukkan betapa pentingnya kesan yang diberikan dalam soal pencegahan kanser dan kesihatan yang terdapat dalam diet Mediterranean itu sendiri.

3.Membantu Menurunkan Berat Badan dan Mencegah Obesiti

Banyak makan lemak yang sihat merupakan kunci kepada pengawalan insulin yang berlebihan yang merupakan sejenis hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah. Ia menjadikan kita  dapat kurangkan berat badan walaupun kita telah mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.

Lemak ini akan membantu untuk mengurangkan rasa lapar dan terlebih makan. Hal ini menjadi satu-satunya sebab mengapa banyak kajian telah mendapati bahawa diet yang rendah lemak tidak memberikan hasil kepada kehilangan berat badan atau pengekalan berat badan berbanding dengan diet yang memiliki kandungan lemak yang seimbang dan lebih banyak.

Setelah meninjau lima cubaan yang melibatkan seramai 447 orang, para pengkaji dari University Hospital Basel di Switzerland telah mendapati bahawa individu-individu yang diberikan diet yang tinggi lemak, rendah karbohidrat telah kehilangan lebih banyak berat badan berbanding individu-individu yang hanya diberikan diet rendah lemak sahaja.

Tidak terdapat perbezaan pada paras tekanan darah antara kedua-dua kumpulan ini namun kandungan trigliserida dan kolestrol lipoprotein telah berubah menjadi lebih baik bagi kumpulan yang diberikan diet yang tinggi dengan lemak!

Disebabkan oleh diet yang memiliki jumlah lemak yang secukupnya itu lebih mengenyangkan, kebanyakan orang akan mudah untuk mengikuti diet ini. Satu kajian pada tahun 2002 yang telah diterbitkan dalam the Women’s Health Journal sebagai contoh telah mendapati bahawa diet yang kaya dengan minyak zaitun memberikan kesan kepada penurunan berat badan berbanding diet yang rendah lemak dalam satu perbandingan untuk tempoh lapan minggu. Selepas tempoh lamapn minggu tersebut, peserta bahkan telah memilih diet yang kaya dengan minyak zaitun sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan yang berikutnya pula.

4.Menyokong Kesihatan Otak

Otak sebahagian besarnya terdiri daripada asid lemak dan kita memerlukan asid lemak tersebut dengan cukup setiap hari untum membolehkan kita melakukan kerja, meregulasi mood dan berfikir dengan baik. Sebagaimana sumber asid lemak yang lain, minyak zaitun dikenali sebagai makanan untuk otak yang membantu meningkatkan tumpuan dan ingatan.

Minyak zaitun membantu untuk melawan kemerosotan fungsi kognitif yang disebabkan oleh faktor usia. Hal ini disebabkan oleh ia memberikan perlindungan daripada keradangan, tekanan oksidatif dan juga ADDL, iaitu protein yang bersifat toksik kepada otak di mana ia akan menyebabkan penyakit dementia ataupun Alzheimer.

5.Melawan Masalah Mood dan Tekanan

Lemak yang sihat termasuk minyak zaitun memiliki keseimbangan hormon, kesan anti-keradangan yang boleh mencegah difungsi neurotransmitter. Diet yang rendah lemak sering kali dikaitkan dengan peningkatan kadar tekanan dan kegelisahan. Masalah kognitif boleh berlaku apabila otak tidak dapat mendapatkan jumlah “hormon gembira” yang cukup seperti serotonin atau dopamin, bahan kimia yang penting untuk proses regulasi mood dan memberikan tidur yang mencukupi.

Dalam kajian pada tahun 2011 di mana telah dijalankan oleh the University of Las Palmas di Sepanyol telah mendapati bahawa lemak monotaktepu dan politaktepu menunjukkan kaitan songsang kepada risiko tekanan. Dalam masa yang sama, pengambilan lemak trans dan risiko tekanan pula memiliki kaitan yang bersifat sejajar. Ia menunjukkan bahawa pengambilan lemak trans yang tinggi dan lemak politaktepu serta monotaktepu yang rendah dapat membantu menangani masalah mood dan merawat tekanan.

6.Bagus untuk Meningkatkan Kesihatan Kulit

Diet yang tinggi dengan sumber-sumber lemak boleh membantu menangani kesan berbahaya pada kulit kita daripada pendedahan terhadap bahan-bahan toksik, radikal bebas, sinaran UV berbahaya dan alahan terhadap makanan.

Disebabkan oleh kandungan vitamin E serta antioksidan lain yang tinggi, minyak zaitun juga dapat membantu menghidratkan kulit, mempercepatkan kesembuhan kulit dan membantu melawan jangkitan atau ketidakseimbangan hormon yang membawa kepada jerawat, ekzema dan masalah kulit yang lain. Hal ini menjadikan minyak zaitun sebagai penawar jerawat dan ekzema semula jadi di rumah.

7.Mencegah atau Merawat Diebetis

Asid lemak mempengaruhi metabolisme glukosa dengan cara mengubah fungsi sel membran, aktiviti enzim, penandaan insulin dan tindak balas gen. Bukti telah menunjukkan bahawa pengambilan lemak politaktepu dan atau lemak monotaktepu (sejenis lemak yang terkandung dalam minyak zaitun ) memiliki kesan yang baik terhadap kesensitifan terhadap insulin dan berupaya untuk mengurangkan risiko diabetes tahap 2.

Memandangkan karbohidrat meningkatkan kandungan gula dalam darah melalui glukosa, lemak membantu menstabilkan gula dalam darah dan meregulasi insulin. Walaupun apabila anda makan sesuatu yang tinggi dengan gula atau karbohidrat, menambahkan minyak zaitun ke dalam hidangan anda dapat membantu memperlahankan kesannya kepada aliran darah anda.

Pengambilan minyak zaitun juga merupakan satu cara yang terbaik untuk rasa lebih kenyang selepas makan yang mana membantu anda mengelakkan diri daripada mula ketagih kepada gula dan terlebih makan sehingga membawa kepada komplikasi diabtes.

8.Membantu Menyeimbangkan Hormon

Apabila anda cuba untuk menyeimbangkan hormon dan mengurangkan simptom yang berkaitan dengan PMS, ketidaksuburan atau menopause, adalah penting untuk diet anda memiliki nutiren yang banyak serta lemak yang sihat.

Minyak zaitun bahkan membekalkan lemak-lemak yang diperlukan yang mana boleh membantu meregulasi tiroid, adrenal dan kelenjar pituitari. Semua ini bahkan juga akan bekerjasama untuk menghasilkan dan menyeimbangkan hormon seks juga. Minyak zaitun juga memberikan vitamin E yang membantu meregulasi penghasilan hormon estrogen.

Bagaimana untuk Membeli dan Menggunakan Minyak Zaitun yang Asli?

Minyak zaitun telah dihasilkan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Namun kini, industri minyak zaitun komersial antarabangsa telah mengaut keuntungan berjuta-juta dolar. Dalam kalangan masyarakat silam, minyak zaitun merupakan sumber lemak sihat yang penting yang mana dikira sebagai salah satu komoditi yang bernilai tinggi dengan keupayaannya merawat penyakit. Selain daripada memasak menggunakan minyak zaitun, ia juga turut digunakan dalam lampu, sabun, produk kecantikan dan kosmetik.

Selepas mula memasuki Amerika Utara pada pertengahan tahun 1500, pokok-pokok zaitun mula tersebar di pelbagai negara. Hari ini, pokok zaitun banyak ditanam di Itali, Mexico, A.S (California), Peru, Chile dan Argentina.

Mengapa penting untuk mengetahui jenis minyak yang anda beli secara spesifik? Antara bahaya yang paling besar terdapat pada minyak zaitun ialah ia memiliki takat pengasapan yang rendah dan hanya mula terurai pada suhu sekitar 200 darjah Fahrenheit. Apabila minyak zaitun ini dipanaskan berulang kali atau pada suhu yang sangat tinggi, ia akan teroksida dan menjadi bertoksik.

Terdapat beberapa pengelasan utama bagi minyak zaitun bagi mengenalpasti bagaimankah ia dituai dan diproses. Anda perlu mengetahuinya dengan baik apabila anda membelinya di kedai.

  • Extra virgin olive oil dihasilkan dengan proses penghancuran buah zaitun dan tidak menggunakan bahan kimia untuk mendapatkan hasilnya. Ia juga tidak melalui proses pemanasan bertekanan tinggi yang boleh memusnahkan asid lemak dan nutrien di dalamnya.
  • Virgin olive oil berasal daripada proses kedua selepas yang pertama dihasilkan. Ia juga diperoleh daripada buah zaitun yang lebih masak. Memandangkan yang pertama lebih disyorkan, namun yang kedua ini masih lagi berada pada kualiti yang baik.
  •  “Light” olive oil atau minyak yang dihasilkan daripada kisaran minyak zaitun dan kadang kala dicampur dengan minyak sayuran yang lain. Ia telah mengalami proses kimia dan bercampur dengan bahan toksik, minyak berkualiti rendah yang bertindak balas dengan tidak baik kepada kaedah pemanasan yang tinggi.

Pastikan anda mendapatkan botol minyak zaitun yang tertulis extra virgin dan cold-pressed atau expeller-pressed. Berikut merupakan beberapa tips yang berguna untuk mengenal pasti dan memilih yang terbaik:

  • Anda dapat apa yang anda telah bayar! Sekiranya mana-mana minyak berharga murah untuk satu liter, ia sebenarnya tidak begitu. Anda mungkin perlu berbelanja lebih sedikit untuk mendapatkan produk yang berkualiti tinggi bersama khasiat dan rasanya yang lebih baik.
  • Periksa label yang terdapat cap daripada the International Olive Oil Council (IOC), yang mana telah mengiktiraf jenis minyak tersebut.
  • Lihat pada tarikh ia dituai pada label untuk mengetahui bahawa ia masih lagi segar. Menurut The Olive Oil Times selagi mana minyak tersebut disimpan jauh daripada haba dan cahaya, satu botol yang tidak dibuka lagi dapat bertahan sehingga dua tahun daripada tarikh ia mula-mula dibotolkan. Sebaik sahaja ia dibuka, ia seharusnya digunakan untuk tempoh beberapa bulan sahaja  dan pastikan ia disimpan dalam keadaan yang kering dan gelap.
  • Perlu juga diketahui bahawa petanda bahawa anda memiliki produk yang baik ialah ia akan menjadi pejal apabila ia disejukkan. Begitu jugalah yang akan berlaku dengan struktur asid lemak. Anda boleh simpan ia dalam peti sejuk dan ia akan menjadi tebal namun jika ia masih lagi berada dalam keadaan cecair, maka itu bukanlah minyak zaitun yang asli (extra virigin).

Apabila memasak dengan minyak zaitun  asli (extra virigin),  anda seharusnya tidak menggunakan minyak stabil yang lain ataupun lemak bagi mengelakkan anda daripada termakan toksik. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi masakan yang tidak perlu dimasak seperti salad dan sebagainya.

Jadi, minyak apakah yang terbaik bagi memasak? Disebabkan oleh minyak zaitun ini tidak sestabil seperti sumber lemak yang lain, pilihan yang lebih baik untuk memasak ialah minyak kelapa, minyak sapi atau minyak kelapa sawit.

Bagaimana anda boleh menggunakan minyak zaitun ini pada masakan yang tidak perlu dimasak? Untuk menyediakan hidangan salad yang mudah dan enak, tambahkan beberapa sudu makan cuka dan sedikit mustard. Anda juga boleh memanggang sayur-sayuran tersebut ataupun stim kemudian tambahkan perisa dan minyak zaitun selepas itu. Menggunakan minyak zaitun pada pesto, hummus, sapuan roti, sup dan pencicah juga merupakan cara yang lain.

Tindak Balas yang Melibatkan Minyak Zaitun asli (extra virigin)

Penghalang terbesar bagi mereka untuk menikmati minyak zaitun dengan cara yang sihat ialah ia perlu memilih jenis yang betul, menyimpannya dengan baik dan menggunakannya di dalam resipi yang betul. Hanya ingat bahawa adalah berbaloi untuk anda beli minyak yang berkualiti tinggi sambil mempertimbangkan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Pastikan juga untuk menyimpannya  dengan baik, gunakan ia untuk tempoh beberapa bulan sahaja selepas ia dibuka dan elakkan daripada memasak menggunakannya.

Untuk mendapatkan khasiat yang menyeluruh daripada diet anda, gilir-gilirkan sumber lemak sihat yang lain selain daripada minyak zaitun seperti minyak kelapa, minyak sapi, produk haiwan organik, kekacang dan bijian, minyak kelapa sawit dan ikan liar yang ditangkap.

Untuk Dapatkan Minyak Zaitun Berkualiti KLIK SINI

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *