Home TIPS KECANTIKAN 12 Khasiat Kunyit Untuk Kesihatan & Turunkan Berat Badan
12 Khasiat Kunyit Untuk Kesihatan & Turunkan Berat Badan

12 Khasiat Kunyit Untuk Kesihatan & Turunkan Berat Badan

0
0

Arwah mak saya selalu jadikan kunyit sebagai sebahagian daripada ulam-ulaman setiap hari. Kunyit muda dijadikan ulam, jadi saya terfikir apa sebenarnya khasiat kunyit ini. Ok hari ini saya kongsikan tentang khasiat kunyit buat panduan anda

Kunyit (turmeric), juga dikenali sebagai curcuma longa, adalaha satu jenis herba yang sangat dikenali. Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai“Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.

Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium. Oleh sebab itu, orang pada masa dahulu menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan disamping menjadi bahan masakan yang enak.

Dalam artikel ini, akan disenaraikan 12 khasiat kunyit untuk kesihatan. Setelah anda membaca entri ini, anda sudah pasti mempunyai alasan untuk meletakkan kunyit dalam menu masakan anda!

12 KHASIAT KUNYIT BAGI KESIHATAN

1. Mencegah Kanser

Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, berhentikan perkembagan kanser prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan membunuh sel kanser.

Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini yang bolehmelawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapatnya.

Selain itu, ada kajian yang menyatakan kunyit boleh menghalang anda daripada mendapat sel barah seperti T-cell leukemia, colon carcinomas dan breast carcinomas.

2. Merawat Arthritis

Bahan anti-radang (anti-inflammation) yang terdapat di dalam kunyit sangat baik dalam merawat osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Pada masa yang sama, kandungan anti-oksida yang terdapat didalam kunyit boleh melawan radikal bebas yang terdapat di dalam badan.

Radikal bebas boleh merosakkan sel di dalam badan, oleh itu kita perlu mengeluarkannya dari badan kita.

Kajian telah menjumpai bahawa orang yang mengalami arthritis rheumatoid dan mengambil kunyit secara berterusan dalam diet pemakanannya boleh mengurangkan kesan kesaikitan pada sendi.

3. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.

Selain itu, kunyit boleh membantu anda mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance) yang mana boleh menghalang anda daripada mendapat Tahap-2 Diabetes.

Namun bergitu, sekiranya pengambilan kunyit bersama ubat yang kuat, ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah sangat rendah (hypoglycemia). Ianya adalah terbaik untuk merujuk doktor pakar sebelum anda mengambil kapsul kunyit.

Pada tahun 2012, satu kajian telah dilakukan untuk membandingkan antara kapsul curcumin (salah satu bahan aktif yang terdapat di dalam kunyit) dengan kapsul placebo.

Setelah 9 bulan, 16% daripada pesakit yang mengambil kapsul placebo didapati mmenghidap kencing manis tahap-2, manakala bagi yang mengambil kapsul curcumin, tiada seorang pun! Hebat kan.

4. Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.

Dengan mengawal kadar kolestrol dalam badan boleh mengelakkan kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik yang lain.

BACA LAGI : KEBAIKAN CUKA EPAL UNTUK DIET SIHAT

5. Meningkatkan Kadar Imunisasi Badan

Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai lipopolysaccharide, yang mana boleh meningkatkan tahap imunisasi badan. Selain itu, kunyit secara semulajadi boleh bertindak sebagai satu ajen anti-bakteri, antiviral dan antikulat boleh memainkan peranan dalam membantu badan melawan benda asing; pada masa yang sama boleh membantu sistem imunisasi badan.

Dengan mempunyai sistem imun yang kuat, anda boleh mengelakkan daripada mendapat demam, selesema dan batuk. Namun sekiranya anda menghidapinya sekarang, anda boleh mencepatkan proses penyembuhan dengan mengambil petua ini:

  1. Campurkan satu sudu teh serbuk kunyit kedalam satu gelas susu suam.
  2. Kemudian minum setiap hari sehingga sembuh.

Selamat mencuba!

6. Menyembukan Luka

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Selain itu, kunyit boleh mencepatkan penyembuhan kulit dan boleh dijadikan satu rawatan kepada psoriasis dan masalah kulit yang lain.

7. Mengawal Berat Badan

Serbuk kunyit boleh membantu anda menurukan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.

Oleh itu, jika anda ingin menurunkan berat ataupun ingin mengelakkannya daripada meningkat, anda boleh memasukkan kunyit dalam diet pemakanan anda. Terdapat banyak resepi makanan yang boleh melibatkan penggunaan kunyit, oleh itu anda bolehlah mencubanya mulai sekarang.

8. Mencegah Penyakit Alzheimer

Radang pada otak (brain inflammation) adalah salah satu faktor utama yang membawa kepada gangguan kognitif (cognitive disorders) seperti penyakit Alzheimer. Kunyit boleh menyokong kesihatan otak secara umum dengan mengeluarkan plak yang terbentuk dan memperbaiki peredaran darah. Pada masa yang sama boleh mencegah tidak pun melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer.

Dalam satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa kunyit boleh membantu proses penyembuhan sel stem di dalam otak. Kajian tersebut di lakukan pada tikus makmal, dengan mendedahkan mereka dengan kesan penggunaan kunyit ke atas otak mereka.

9. Memperbaiki Sistem Penghadaman

Banyak komponen yang terdapat di dalam kunyit yang boleh menyumbang kepada sistem penghadaman dan mengurangkan simpton perut kembung dan masalah gas dalam badan.

Selain itu, kunyit juga boleh membantu anda merawat beberapa penyakit keradangan usus termasuklah ulser kolitis. Namun, perlu diingat bahawa orang yang mengalami masalah pundi hempedu tidak digalakkan untuk mengambil kunyit kerana ia boleh menyebabkan keadaan tertambah teruk.

Dalam satu kajian pada tahun 1989, ubat supplement  yang diperbuat daripada kunyit memberikan kesan yang efektif dalam menangani masalah pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

10. Mencegah Penyakit Hati

Kunyit boleh bertindak sebagai satu penyahtoksik untuk hati. Secara umum, hati menyahtoksik darah dengan menghasilkan enzim dan kunyit boleh membantu perbentukan enzim tersebut. Pada masa yang sama, kunyit juga boleh membantu peredaran darah di dalam badan. Semua ini akan membantu kesihatan dan kestabilan
fungsi hati.

11. Mencegah Sakit Jantung

Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai curcumin yang memainkan peranan yang penting kepada kesihatan jantung.

Pada tahun 2012, satu kajian telah dibuat ke atas 121 pesakit di mana separuh daripada mereka mengambil kapsul curcumin dan separauh lagi mengambil pil placebo.

Berdasarkan laporan Reuters, 30% orang yang mengambil pil placebo mengalami sakit jantung manakala hanya 13% bagi yang mengambil kapsul curcumin.

Bagaimana ini berlaku?

Hal ini kerana anti-oksida dan anti-radang yang terdapat di dalam curcumin memainkan peranan utama dalam mengurangkan kadar sakit jantung sebanyak 65% (kepada yang mengambil kapsul curcumin).

12. Mengatasi Kemurungan

Selain menjaga kesihatan kardiovaskular, curmumin juga boleh memainkan peranan ke atas emosi seseorang yang mengambilnya.

Curcumin dan kunyit mempunyai sejarah yang baik dalam mengatasi masalah kemurungan. Dalam satu kajian, 60 pesakit diletakkan di dalam 3 kumpulan. Dan setiap kumpulan diberi:

  • Kumpulan 1: Prozac
  • Kumpulan 2: satu gram curcumin
  • Kumpulan 3: prozac dan satu gram curcumin

Selepas 6 minggu kajian, curcumin boleh memberikan kesan setanding dengan prozac. Kumpulan 3, yang mengambil kedua-duanya mempunyai prestasi yang paling baik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan tersebut.

Berdasarkan kajian ini, curcumin boleh bertindak sebagai satu antidepresan yang sangat hebat. Selain mengganggu emosi, kemurungan juga boleh melemahkan otak dalam mempelajari dan ingatan (memori).

Dengan mengambil curcumin/kunyit anda boleh mengelak daripada perkara ini berlaku. Tambahan lagi, terdapat kajian lain yang mendapati bahawa pengambilan kunyit boleh meningkatkan kadar neurotransmitter serotin dan dopamine dalam otak.

Amaran

  • Kunyit boleh melambatkan proses pembekuan darah.
  • Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil kapsul kunyit, bagi menggunakan serbuk dalam masakan, tiada masalah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak khasiat kunyit yang merangkumi kesihatan. Anda boleh mendapatkan khasiat-khasiat ini dengan masukkan kunyit ke dalam diet ataupun mengambil supplement dalam bentuk kapsul/tablet.

Selain mengandungi khasiat yang banyak, anda juga boleh dapatkan kunyit dengan mudah dan murah di kedai-kedai runcit dan pasar raya berdekatan. Oleh itu, anda tiada alasan untuk tidak mengamalkan pemakanan kunyit ini.

Bagaimanakah anda memakan kunyit? Adakah sebarang resepi kunyit yang anda ingin kongsikan? Atau anda ada soalan untuk ditujukan? Sila berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

KLIK SINI BACA LAGI : KHASIAT AVOCADO UNTUK DIET SIHAT

Untuk Dapatkan Tips Percuma Kurus Cara Saya Sila Like & Share Tengku Asmadi diFACEBOOK  & Follow Instagram  saya

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *