Home TIPS KESIHATAN 5 Khasiat Kacang Merah : Makanan Membantu Melawan Penyakit dan Kurangkan Berat Badan
5 Khasiat Kacang Merah : Makanan Membantu Melawan Penyakit dan Kurangkan Berat Badan

5 Khasiat Kacang Merah : Makanan Membantu Melawan Penyakit dan Kurangkan Berat Badan

0
0

Kacang merah dinamakan juga Kacang Buah Pinggang atau kidney bean disebabkan warna dan bentuknya yang menyerupai buah pinggang. Mungkin belum ramai yang tahu akan khasiat kacang merah tetapi ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Seperti mana kacang cannellini atau kacang adzuki, semuanya memiliki persamaan bagi mengenakkan hidangan.

Rendah lemak, kaya dengan karbohidrat kompleks, mineral, protein dan vitamin, khasiatnya juga dikaitkan dengan keupayaan untuk mengurangkan kanser, serangan jantung serta diabetes. Bukan itu sahaja, kacang merah juga kaya dengan serat. Mari kita ketahui khasiatnya yang menakjubkan.

Khasiat Kacang Merah

1. Menurunkan Paras Kolestrol dan Risiko Serangan Jantung

Pada masa kini setiap satu daripada tiga kematian adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Kajian juga telah menunjukkan bahawa perubahan terhadap faktor penyebabnya boleh mengurangkan risiko kepada penyakit ini.

Diet merupakan antara cara yang boleh membantu bagi mengurangkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular ini. Antaranya dengan pengambilan kacang merah di dalam diet didapati berupaya untuk mengurangkan risko penyakit kardiovaskular ini.

Dalam satu analisis-meta daripada 9 kajian yang melibatkan seramai 238 orang pesakit mendapati bahawa pengambilan kekacang memberikan keputusan pengurangan kolestrol LDL tanpa memberikan kesan kepada kolestrol HDL.

Keterlarutannya yang tinggi membolehkan ia mengurangkan kolestrol LDL dan meningkatkan rembesan asid hempedu. Tambahan pula, penapaian kolonik terhadap serat akan menghasilkan satu asid lemak rantaian pendek, seperti butyrate dan propionate yang maan boleh membantu mengurangkan kadar sintesis kolestrol sekaligus mengurangkan pengaliran kolestrol LDL.

Akhirnya, pengambilan kacang ini boleh mengurangkan penyakit kardiovaskular sebagaimana penyakit-penyakit yang lain dengan cara mengurangkan keradangan. Semuanya itu telah berjaya dibuktikan secara klinikal dan epidemiologi yang mana menunjukkan bahawa dengan pengambilan kacang merah ini boleh menurangkan kepekatan protein C-reaktif.

2.Mengawal Gula Dalam Darah

Kacang merah didapati berupaya menurunkan insulin dan meningkatkan glukosa di dalam darah dalam satu analisis-meta terhadap 41 kajian klinikal. Tambahan pula, denyutan dalam satu diet yang tinggi serat menurunkan glukosa dan glikosilat protein dalam darah, manakala bagi diet yang rendah glisemik pula merendahkan protein glikosilat dalam darah yang diukur sebagai hemoglobin A1C atau fruktosamina.

Sifat Kacang Merah itu sendiri yang kaya dengan serat, indeks glisemik yang rendah, antioksidan dan polifenol membolehkan ia memberikan kesan terhadap kawalan glisemik. Sifat – sifat ini boleh membantu melindungi daripada pembentukan diabetes jenis 2. Semua ini adalah disebabkan oleh keupayaannya untuk mengekalkan kandungan gula dalam darah yang normal.

3.Melawan Diabetes

Apabila menggantikan makanan yang kaya dengan karbohidrat yang lain, ujian klinikal mendapati bahawa Kacang Merah mengurangkan kandungan glukosa baik kepada pesakit yang menghidapi diabetes mahupun yang tidak menghidapinya. Kacang Merah secara umumnya memiliki indeks glisemik yang lebih rendah apabila dibandingkan dengan makanan berkarbohidrat yang lain.

Indeks glisemik Kacang Merah berada dalam julat 29 hingga 38 berbanding beras perang yang memiliki indeks 50 dan 55 bagi oat. Apabila pesakit yang menghidapit diabetes diarahkan untuk meningkatkan pengambilan kekacang paling kurang satu cawan sehari, hasilnya hemoglobin terglisat (Hb A1c) – glycated hemoglobin didapati menurun sebanyak 0.5 peratus berbanding 0.3 peratus bagi pengambilan serat gandum.

Perubahan dalam hemoglobin terglisat ini paling kurang 1 peratus adalah diikuti dengan 15 peratus hingga 18 peratus risiko pengurangan penyakit jantung bagi mereka yang menghidapi diabetes. Semua ini menjadikan kacang ini sebagai satu kemestian di dalam diet diabetik.

4.Membantu Merawat dan Mencegah Sesetengah Kanser

Kanser Kolorektal merupakan kanser yang ketiga paling biasa dalam kategori yang sering dihidapi oleh golongan wanita di A.S dan merupakan punca kedua bagi golongan lelaki. Ketika tahun 2017, dijangkakan bahawa kanser ini sudah menyebabkan sebanyak 50,260 kematian.

Dalam hal manusia, pengambilan flavonol yang tinggi yang kebanyakannya terkandung di dalam Kacang Merah telah memiliki hubungkait secara songsang terhadap gejala adenomatous polyps. Lima jenis kacang kering yang digunakan di dalam kajian secra turutan menurun ialah kacang bakar, kacang merah, kacang pinto, kacang lima dan kacang navy.

Apabila dibandingkan dengan pesakit yang kurang mengambil kacang kering ini, pesakit yang mengambilnya dalam jumlah yang banyak menujukkan perubahan adenomas yang ketara sebanyak 65 peratus.

Kajian lanjut yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Biological Macromolecules mendapati bahawa “lektin kacang putih membantutkan pertumbuhan sel kanser.” Secara umumnya, kekacang merupakan makanan penentang kanser manakala khasiat kacang merah pula telah menujukkan keupayaannya bagi mengelakkan daripada jangkitan sesetengah bentuk kanser.

5.Membantu Mengurangkan Berat Badan

Obesiti telah meningkat dua kali ganda sejak 1980 di seluruh dunia. Pada tahun 2014, lebih daripada 1.9 bilion orang dewasa, 18 tahun dan ke atas mengalami berat badan berlebihan. Daripada semua ini, hampir 600 juta daripadanya obes, membawa kepada ramai yang mula mencari rawatan obesiti secara semula jadi.

Diet dan senaman merupakan kunci kepada memastikan berat badan tidak berlebihan. Dengan keupayaan bagi menghalang penyerapan dan pemecahan kanji berlaku, alpha amilas digunakan untuk mengurangkan berat badan. Alpha-amilas terkandung di dalam kekacang dan bijian termasuklah beras dan gandum.

Fakta Nutrisi Kacang Merah

Kacang Merah (Kacang Buah Pinggang @ kidney bean) dikenali sebagai Phaseolus vulgaris di mana daunnya mengandungi tiga helai daun yang lebar. Bunganya berwarna unggu, kuning atau putih. Kulit kekacangnya berwarna kuning keputihan terletak 15 sentimeter daripada dinding buah. Warna kacang bergantung kepada jenisnya.

Kacang merah memiliki warna merah gelap dan kulit yang berkilat menjadikannya bahan utama dalam penghasilan stew, sup serta hidangan lain. Kacang Merah ini sangatlah berkhasiat dan satu cawan kacang yang dimasak ini mengandungi kira-kira :

  • 219 kalori
  • 39.7 gram karbohidrat
  • 16.2 gram protein
  • 0.2 gram lemak
  • 16.5 gram serat
  • 131 microgram folat (33 peratus DV)
  • 5.3 milligram zat besi (29 peratus DV)
  • 0.6 milligram mangan (28 peratus DV)
  • 0.5 milligram kuprum (26 peratus DV)
  • 243 milligram fosforus (24 peratus DV)
  • 742 milligram kalium (21 peratus DV)
  • 85.0 milligrams magnesium (21 peratus DV)
  • 0.2 milligram tiamina (15 peratus DV)
  • 117 milligram kalsium (12 peratus DV)
  • 1.5 milligrams zink (10 peratus DV)
  • 0.6 milligram vitamin B6 (9 peratus DV)
  • 0.1 milligram riboflavin (6 peratus DV)
  • 1.0 milligram niacin (5 peratus DV)
  • 0.4 milligram asid pantotenik (4 peratus DV)
  • 2.1 milligram vitamin C (4 peratus DV)
  • 2.1 microgram selenium (3 peratus DV)

Kacang Merah ini disebut sebagai “makanan yang lengkap” disebabkan oleh kandungan kanji, serat, mineral, vitamin, antioksidan dan asid fenolik yang tinggi seperti anthocyanin, flavonoid, flavonol glycosides, tannins dan asid fenolik. Semua ini berperanan dalam mencegah sesetengah penyakit seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti.

Bahagian dalaman perut yang terdiri daripada mikrobata bertindak balas dengan baik apabila serat daripada kacang ini diambil. Sebatian bioaktif yang terkandung di dalam kacang ini juga berkhasiat bagi merawat penyakit-penyakit keradangan dengan memberikan kesan anti-keradangan serta membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam saluran perut. Dengan semua ini, maka Kacang Merah digunakan dalam diet-diet yang menawarkan kebaikan kesihatan secara menyeluruh.

Bagaimana untuk Menyediakan Resipi dengan Kacang Merah

Rendam dan cambahkan Kacang Merah akan membolehkan kacang yang pada asalnya kering menyerap air serta melarutkan kanji yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada usus. Kacang Merah ini, paling baik apabila direndamkan selama lapan jam atau semalaman sebelum ia dimasak. Apabila dimasak, sebanyak tiga bahagian air untuk satu bahagian kacang diperlukan untuk tempoh masa satu jam setengah adalah yang paling baik.

Kacang Merah kaya dengan protein, namun untuk mendapatkan khasiatnya yang menyeluruh, ia perlu dimakan bersama bijirin, kekacang, bijian dan produk tenusu. Sup kacang bersama biskut dan kacang bersama nasi adalah contoh yang lengkap bagi makanan yang mengandungi protein.

Kacang Merah yang di dalam tin sama sahaja dengan yang dimasak di rumah namun yang di dalam tin biasanya lebih mahal dan mengandungi natrium (garam) yang berlebihan berbanding yang dimasak di rumah.

Kandungan natrium di dalam kacang yang ditinkan boleh dikurangkan dengan membilas semula kacang tersebut. Dengan cara ini, ia akan mengurangkan kandungan natrium sebanyak 36 peratus dan mengeringkannya selepas di bilias boleh mengurangkan kandungan natrium sebanyak 41 peratus. Satu tin Kacang Merah perlu dibilas menggunakan penapis bersama aliran air yang sejuk selama 10 saat. Kemudian, dibilas sekali lagi selama 2 minit. Sudah tentu saya menyarankan untuk menggunakan kacang organik berbanding kacang yang di dalam tin.

Sungguhpun begitu, proses tersebut apabila dilakukan kepada kacang yang di dalam tin boleh menyebabkan kandungan nutrien di dalamnya berkurangan. Hal ini didapati bahawa sesetengah nutrien larut-air seperti vitamin C telah berkurangan sebanyak 10 peratus selepas dibasuh sebelum dimakan.

Sekiranya kita mengambil kira terhadap nutiren yang hilang, kita boleh menambahkan makanan sihat yang lain seperti bawang, saleri, lobak dan lada benggala untuk menampung nutrien kacang yang hilang tadi yang mana semua makanan ini rendah natrium.

Sejarah dan Fakta yang Menarik Tentang Khasiat Kacang Merah

Kacang Merah, merupakan salah satu daripada spesis Phaseolus vulgaris, memiliki sejarahnya yang panjang dalam dunia perubatan serta digunakan di seluruh dunia. Kacang ini dipercayai berasal dari Peru. Ia akhirnya telah disebarkan di seluruh Amerika Tengah dan Selatan dan kemudiannya diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-16M.

Tidak lama selepas itu, orang-orang Portugis dan Sepanyol mula membawa kacang ini ke Afrika dan Asia. Pada mulanya ia merupakan makanan yang mahal dan hanya ada di atas meja golongan yang berkemampuan sahaja. Kemudiannya, kacang ini mula ditanam dengan meluas di seluruh Eropah dan akhirnya menjadi terkenal di seluruh dunia.

Kacang Merah ini terkenal disebabakan oleh kandungan proteinnya yang tinggi selain daripada antioksidan, mineral dan polifenol. Kacang ini juga ditaman di kawasan subtropika yang menjadi sumber makanan kepada haiwan dan manusia.

Sehingga kini, antara pengeluar terbesar kacang ini ialah China, Mesir, Kenya, Uganda, Argentina, India, Indonesia, Itali, Brazil, Mexico, Myanmar, Moroko, Turki, Tanzania, Sepanyol, Thailand dan Amerika Syarikat. Ia digunakan dalam menyediakan hidangan seperti kaserol, makaroni dan salad. Rajma-chawal merupakan hidangan yang berkhasiat yang mengandungi Kacang Merah, nasi dan rempah ratus.

Langkah Berhati-hati Tentang Khasiat Kacang Merah

Kacang Merah mesti dimasak sebelum makan. Kacang yang mentah mengandungi toksin dan phytohaemagglutinin yang boleh menyebabkan kerosakan hati. Oleh sebab itu, adalah perlu untuk direndam terlebih dahulu kacang ini dan membuang cecair rendaman tersebut sebelum masak.

Masak kacang yang telah dikeringkan di dalam api yang perlahan adalah tidak digalakkan disebabkan oleh toksin masih lagi terdaapt di dalam kacang dan air. Hanya dengan pengambilan kacang mentah, dalam tempoh satu hingga tiga jam boleh menyebabkan kesan seperti sakit perut, pening, muntah-muntah serta sakit perut yang melampau sehingga boleh menyebabkan perlunya mendapatkan rawatan di hospital.

Sesetengah diet seperti diet paleo, diet ketogenik, atau sesetengah diet yang mengikut jenis darah (darah jenis A, AB dan O) tidak digalakkan untuk makan Kacang Merah ini disebabkan oleh kandungan asid pitat yang menyebabkan penyerapan vitamin dan mineral terhalang. Kacang Merah ini juga mengandungi lektin, satu kelas protein yang menjadi punca kepada masalah usus bocor serta artritis dan kegagalan penyerapan vitamin dan mineral.

Rumusan

  • Kacang Merah merupakan produk yang popular di seluruh dunia bahkan menjadi hidangan tradisi di Afrika dan Amerika Latin.
  • Kacang Merah kaya dengan serat, kanji, antioksidan dan asid fenolik.
  • Kacang Merah merupakan sumber zat besi, mangan, folat, fosforus, kalim dan magnesium.
  • Ia telah terbukti membantu menangani masalah diabetes, pencegah tubuh badan daripada menyerap karbohidrat berlebihan untuk membantu mengurangkan berat badan berlebihan, mengurangkan risiko kanser kolon serta penyakit kardiovaskular.
  • Kacang Merah mentah mengandungi toksin yang dikenali sebagai phytohaemagglutinin dan perlu direndam untuk menghilangkannya. Namun, ia bukan sahaja akan menghilangkan toksin tersebut tetapi turut sama mengurangkan kandungan nutrien yang optima serta rasa kacang tersebut.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *