Home TIPS KURUS 6 Khasiat Kacang Kuda Untuk Diet Sihat
6 Khasiat Kacang Kuda Untuk Diet Sihat

6 Khasiat Kacang Kuda Untuk Diet Sihat

0
0

Kacang kuda juga dikenali sebagai kacang garbanzo merupakan hasil tanaman antara yang paling lama digunakan dan kekal digunakan sehingga kini hampir di setiap benua. Khasiat Kacang kuda yang banyak telah menjadi sebahagian daripada diet sihat tradisional sejak 7500 tahun lalu!

Kacang kuda masih lagi tergolongan di antara diet yang paling sihat di seluruh dunia termasuklah mereka yang masih lagi mengekalkan hidangan tradisi seperti masyarakat di Timur Tengah, kawasan Mediterranean dan negara-negara Afrika juga.

Berada di kedudukan kedua selepas kacang soya, kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam di seluruh dunia dan digunakan dalam hidangan.

Kacang kuda merupakan satu jenis kacang yang memiliki pelbagai khasiat. Ia membantu untuk meningkatkan kadar kekenyangan, meningkatkan proses pencernaan, mengekalkan paras gula dalam darah dalam keadaan stabil, meningkatkan perlindungan daripada penyakit dan banyak lagi.

Khasiat kacang kuda ini mengandungi protein, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan dalam banyak diet penyembuhan.

Fakta Nutrisi Kacang Kuda

Nutrien yang terkandung dalam kacang kuda membuktikan bahawa ia merupakan makanan yang menakjubkan. Hanya secawan kacang kuda mengandungi (dalam jumlah harian yang disarankan) :

  • 268 kalori
  • 12.5 gram serat
  • 14.5 gram protein
  • 4.2 gram lemak
  • 84% manganese
  • 71% folat
  • 29% kuprum
  • 28% phosphorus
  • 26% zat besi
  • 17% zink

6 Khasiat Kacang Kuda Dalam Diet Sihat

Kacang kuda atau garbanzo merupakan sumber tumbuhan yang kaya dengan protein, serat, zat besi, phosphorus, Vitamin B dan lain-lain. Dengan semua vitamin dan nutrien yang banyak ini, kacang kuda akan memberikan manfaat kepada tubuh badan dengan pelbagai cara. Berikut merupakan 6 kebaikan yang utama daripada kacang kuda :

1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah

Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.

Ia sangat diperlukan disebabkan oleh semua karbohidrat tidak dihasilkan secara sama; ada yang cepat meningkatkan paras gula dalam darah (karbohidrat pantas), manakala ada pula yang memberikan kesan yang sebaliknya pula (karbohidrat kompleks).

Khasiat kacang kuda termasuklah kanji yang menjadikan pembakaran karbohidrat berlaku secara pelahan supaya ia tidak terus bertindak balas dengan tubuh badan sehingga meningkatkan paras glukosa dalam darah.

Tidak seperti gula ringkas yang terkandung dalam produk yang diproses seperti tepung yang ditapis, roti putih, pasta, soda, gula-gula serta kebanyakan makanan yang dibungkus-kanji yang terkandung dalam kacang kuda memerlukan masa yang lebih panjang untuk dipecahkan.

Kanji mengandungi gula semula jadi yang dipanggil glukosa di mana tubuh badan akan menggunakannya dengan mudah untuk fungsi-fungsi asas tubuh badan. Namun, glukosa juga boleh membahayakan bagi mereka yang menghidapi masalah diabetes.

Proses penghadaman dan penggunakan glukosa tersebut terdapat juga dalam semua jenis kacang dan kanji yang dikeluarkan tersebut sangat penting bagi penghidap diabetes yang menghadapi masalah untuk mencapai paras gula dalam darah yang stabil disebabkan oleh rintangan daripada insulin.

2. Meningkatkan Rasa Kenyang dan Membantu Mengurangkan Barat Badan

Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan serat adalah seiring dengan pengurangan berat badan.

Kekacang akan memberikan rasa kenyang kepada mana-mana resipi yang menggunakannya disebabkan oleh kandungan seratnya, karbohidrat kompleks serta protein. Semua makronutrien ini bekerja sama untuk memberikan kita rasa kenyang selepas makan. Selain itu juga, ia turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.

Kekerapan pengguaan makanan pembakar lemak seperti kacang kuda ini merupakan cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Rasa kenyang menjadikan anda kurang untuk mengamalkan pemakanan snek yang tidak mengandungi sebarang kalori. Makanan yang diproses bahkan membantutkan proses pengurangan berat badan anda.

Kacang kuda bahkan akan lebih memberikan rasa kenyang apabila anda makan bersama dengan makanan berkhasiat yang lain seperti sayur-sayuran atau keju organik. Hal ini disebabakan oleh semua itu adalah rendah kalori namun kaya dengan serat yang diperlukan serta protein.

Semua itu merupakan makanan yang sempurna bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan namun mengambil kira pengambilan kalori juga.

3. Membantu Proses Pencernaan disebabkan Kandungan Serat yang Tinggi

Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang saya senaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya. Secara kasarnya kira-kira 6-7 gram setiap hidangan separuh cawan. Malangnya, diet Barat moden kini yang diamalkan oleh masyarakat malaysia sangat  kekurangan  serat dalam diet harian mereka. Hakikatnya, kurang daripada 5 % daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari.

Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit. Serat membantu dengan cara menarik cecair daripada badan dan mengabungkan makanan yang dihadam sehingga menjadi bahan kumuh yang mengandungi toksin dan perlu dikeluarkan segera.

Serat juga membantu bagi menyeimbangkan paras Ph serta bakteria yang ada di dalam perut, meningkatkan jumlah bakteria baik dan menguarangkan bakteria jahat. Ketidak seimbangan flora di dalam perut juga sering dikaitakan dengan pelbagai masalah pencernaan.

Kandungan serat yang tinggi menjadikan kacang kuda bertindak bagi memberikan rasa kenyang dan meningkatkan proses pencernaan namun bahkan khasiatnya lebih daripada itu. Serat dapat membantu kepada kesihatan jantung, membantu mengawal gula dalam darah, mengelakkan kanser, penyakit jantung, batu karang, PMS, obesiti dan banyak lagi.

4. Membantu Mengelakkan Penyakit Jantung dan Kanser

Kacang kuda telah terbukti dapat membantu menyeimbangkan paras kolestrol yang tidak sihat, mengurangkan hipertensi dan mengelakkan penyakit jantung dalam pelbagai cara.

Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan serat  yang tinggi ada pada kacang kuda ini yang menjadikan seseorang itu daripada tidak terlebih makan dan mendapatkan berat badan berlebihan terutamanya di sekitar organ-organ yang utama.

Serat bertindak untuk menghasilkan satu bahan seperti gel dalam sistem pencernaan yang menggabungkan asid lemak bagi menyeimbangkan paras kolestrol. Kedua-dua serat larut dan tidak larut ini telah terbukti penting bagi membantu mengawal dan menguruskan hipertensi.

Kacang ini membantu bagi membersihkan arteri daripada plak-plak yang akan menyumbatkan saluran arteri bagi mengekalkan tekanan darah yang sihat. Sekaligus mengurangkan risiko strok.

‘Hakikatnya kajian telah menunjukkan bahawa hanya dengan mengambil sehari sekali hidangan kacang kuda ¾ cawan yang dimasak atau mana-mana jenis kacang yang boleh membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan membantu menyeimbangkan kolestrol jahat.

Kacang ini juga terbukti mampu memberikan perlindungan daripada penyakit kanser lebih-lebih lagi penyakit kanser kolon disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi. Kacang Kuda menunjukkan kesan bahawa ia membantu untuk menghalang sel kanser daripada terus berkembang.

Disebabkan oleh kekacang membantu melindungi sistem pencernaan termsuklah kolon, ia juga membebaskan ia daripada sebarang bakteria berbahaya dan toksik sehingga menghasilkan keadaan yang lebih sihat. Apabila paras pH telah seimbang, keradangan juga dapat dikurangkan sekaligus sel kanser tifak dapat terus membiak dalam suasana yang tidak sihat ini.

5. Memberikan Vitamin dan Mineral yang Diperlukan

Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B. Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.

Kacang kuda merupakan satu sumber folat yang penting dan turut dikenali sebagai Vitamin B6. Folat sangat penting dalam membantu tubuh badan untuk menghasilkan sel baru secara efektif disebabkan oleh  ia memainkan peranan yang penting dalam menyalin dan mengsintesis DNA.

Ia juga membantu tubuh badan menggunakan vitamin B yang lain sebagai tambahan kepada protein (dalam bentuk asid amino). Kekurangan folat akan menyebabkan penyakit anemia, kelemahan fungsi imun dan sistem pencernaan yang tidak sihat.

Manakala bagi wanita hamil pula, kekurangan folat akan menjadi punca kepada penyakit spina bifida pada bayi.

Kacang kuda juga mengandungi zink. Zink merupakan mineral yang penting yang memainkan peranan dalam lebih 100 tindak balas enzim yang penting di dalam badan.

Zink memudahkan  fungsi tubuh badan termasuk melindungi daripada kerosakan radikal (juga dipanggil kerosakan oksidatif), membantu mempercepatkan penyembuhan luka, memainkan peranan dalam menyalin DNA, dan membantu dengan penubuhan Sabit dalam darah.

Kekurangannya boleh menyebabkan sakit seperti kerap mendapat selsema, sindrom usus bocor dan juga masalah penghadaman seperti cirit-birit, kesihatan mata yang merosot, kemandulan, penipisan rambut, dan bahkan terbantut pertumbuhan kanak-kanak.

Kacang kuda mempunyai kesan pengalkalian pada badan, yang membantu kepada keseimbangan paras Ph yang  memerangi tahap  keasidan tinggi yang biasa terdapat dalam diet moden Barat. Apabila kacang kuda digabungkan dengan sumber lemak yang sihat, seperti minyak zaitun sebagai contoh, penyerapan nutrien akan menjadi terus meningkat.

Di samping itu, kacang kuda merupakan sumber yang baik kepada 3 nutrien yang membantu untuk mengurangkan gejala biasa yang dikaitkan dengan PMS: iaitu magnesium, mangan dan vitamin B6.

6. Sumber Utama Protein Berasaskan Tumbuhan

Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga. Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.

Protein yang kami dapat daripada bantuan diet kita menghasilkan hemoglobin dan antibodi yang penting, untuk mengawal tahap gula dalam darah, membantu dengan pembinaan otot dan memberikan kita tenaga yang berpanjangan, melawan bakteria, menjadikan kita berasa kenyang, dan membantu untuk menyembuhkan luka dan kecederaan juga.

Kacang kuda bukan sahaja mengandungi protein penting-kira-kira 15 gram setiap cawan yang dimasak – tetapi juga mempunyai banyak khasiat dan serat juga. Orang-orang yang terdedah kepada risiko untuk tidak mendapatkan cukup protein adalah kanak-kanak, golongan  vegetarian.

Tidak mendapatkan jumlah protein yang mencukupi secara teratur boleh menyebabkan kelemahan otot, keletihan, tenaga yang rendah, masalah mata seperti katarak, masalah jantung, kesihatan kulit yang lemah, tahap hormon yang tidak seimbang dan sebagainya.

Disebabkan oleh kacang kuda ini merupakan  sumber protein penting yang berasaskan tumbuh-tumbuhan,adalah penting bagi mereka yang tidak memakan daging  untuk memastikan mereka mengambil cukup macronutrient ini.

Kacang kuda sering dimakan dengan bijirin atau sayur-sayuran, contohnya dalam gulai atau humus yang dimakan dengan roti pita; makanan ini bernasib baik kerana berusaha bersama-sama untuk membentuk “protein lengkap”.

Ini bermakna ia mengandungi semua blok binaan protein, dipanggil asid amino yang penting, yang penting untuk badan memperoleh makanan supaya dapat menggunakan fungsi badan dan tenaga.

7,500 Tahun Sejarah Kacang Kuda!

Kacang kuda merupakan tumbuhan dalam keluarga Fabaceae. Penanaman kacang kuda telah ditemui di wilayah Turki dan Greece, dengan rekod-rekod yang bertarikh kembali ke beribu-ribu tahun ke zaman purba.

Adalah dipercayai bahawa kacang garbanzo yang mula-mula dimakan oleh penduduk Mediterranean purba antara 7500-10,000 tahun dahulu, dan kemudian merebak ke selatan Perancis dan Jerman tidak lama selepas itu.

Pada zaman Yunani kuno, kacang ini sering dimasukkan dalam pencuci mulut yang manis dan ada juga yang dimakan mentah. Penduduk Rom purba menjadikan kacang kaldu, panggang dan gulai atau dinikmati mereka sebagai makanan ringan.

Adalah dipercayai bahawa suatu ketika dahulu, masyarakat ketika itu mempercayai bahawa kacang ini memili hubungan dengan Tuhan Venus kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa kacang ini sangat bermanfaat lebih-lebih lagi berkaitan dengan peranakan.

Penggunaan kacang kuda merebak di seluruh timur tengah, menjadi keutamaan dalam pemakanan tradisional hampir tiap-tiap bangsa, kerana itu ia masih ada sehingga sekarang.

Manakala kacang kuda ini telah mula menjadi popular di Amerika Utara, di mana meningkatnya populariti resipi Timur Tengah seperti humus dan falafel telah memperkenalkan kepada ramai orang baru betapa hebatnya kacang ini.

Orang-orang di seluruh AS kini biasanya mengambil kacang kuda kerana mereka banyak menggunakannya dalam masakan dan manfaat kesihatan seperti yang telah dinyatakan.

Panduan Membeli Kacang Kuda

Kacang kuda tumbuh di atas pokok dan jenis biji yang boleh dimakan dan berasal daripada pod yang mengandungi dua atau tiga kacang, begitu juga untuk kacang pis hijau. Terdapat tiga jenis chickpeas yang utama, atau kacang garbanzo.

Kacang Kuda Desi, yang kebanyakannya ditanam di India dan mempunyai benih yang kecil, gelap dan kasar; Kacang Kuda Bombday, yang juga biasanya dituai di India tetapi mempunyai saiz yang lebih besar; dan Kacang Kuda Kabuli, yang datang dari Eropah atau Afrika dan mempunyai saiz yang besar dan licin. Semua tiga jenis kacang ini menawarkan faedah kesihatan yang sama dan boleh digunakan secara berbeza-beza.

Kacang kuda boleh didapati dalam jenis Kering, pramasak/tin atau pramasak/beku. Ramai orang merasakan bahawa kacang yang kering adalah yang terbaik.

Kacang dalam tin, pramasak adalah pilihan yang hebat apabila anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan kacang tersebut dari awal, walaupun banyak jenama kacang dalam tin menggunakan BPA kimia di dalam lapisan tin mereka, itulah toksin yang anda akan mahu elakkan supaya tidak larut ke dalam makanan anda.

Carilah kacang organik jenis dalam tin yang telah disahkan “tiada BPA” untuk mengelakkan bahan kimia ini larut dalam kacang anda. Berita baiknya ialah  kacang yang pramasak, sama ada dalam bentuk sejuk beku atau dalam tin, selalunya mempunyai tahap nutrien seperti kacang segar, jadi selagi mana kacang yang anda beli berkualiti tinggi, anda boleh menikmati kacang tersebut.

Pastikan untuk basuh tin kacang bagi mengurangkan kandungan sodium dan segarkan rasanya. Anda juga boleh mencuci kacang bersama sayur-sayuran untuk meningkatkan rasanya

Cara Menyediakan Kacang Kuda 

Ketika mencari kacang kuda kering di kedai makanan kesihatan kegemaran anda, anda mungkin akan dapat mencari kacang kering organik dijual pada kos yang sangat rendah. Kacang kering kekal segar untuk masa yang lama, jadi anda tidak perlu bimbang jika membeli terlalu banyak.

Adalah terbaik untuk semua kacang kering semalaman sebelum dimasak, rendam dahulu ia untuk menjadikan ia mudah untuk dihadam, untuk membantu penyerapan nutrien, dan untuk mengurangkan masa memasak. Simpan sedikti dalam bentuk kering di dapur anda untuk digunakan apabila anda mempunyai sedikit masa tambahan untuk memasak.

Terdapat beberapa kebimbangan tentang phytates dan tannin yang berlaku secara semula jadi dalam kacang garbanzo, dan semua kacang dan kekacang juga. Sebatian ini biasanya dipanggil “penghalang nutrien” kerana mereka boleh mengurangkan ketersediaan nutrien dalam beberapa kes.

Rendaman dan percambahan kacang hitam membantu mengelakkan asid phytic dan boleh meningkatkan penyerapan mineral di samping membuat kacang lebih mudah dihadam dan kurang gas yang akan terbentuk.

Adalah dipercayai bahawa salah satu sebab asid phytic telah menjadi satu kebimbangan kesihatan hari ini kerana kita tidak lagi mengamalkan amalan dan teknik penyediaan seperti percambahan atau penapaian, membunuh satu jumlah yang tinggi asid phytic, oleh itu orang akan makan lebih banyak asid tersebut berbanding sebelumnya.

Diet yang tinggi dengan asid phytic boleh berpotensi menyebabkan kekurangan mineral dan juga membawa kepada sindrom usus bocor, kerosakan gigi, tulang, osteoporosis dan banyak lagi.

Banyak vitamin dan mineral yang terdapat secara semula jadi dalam kacang sebenarnya terikat kepada asid phytic supaya ianya sukar untuk menyerap mereka.

Asid phytic bukan sahaja mengurangkan mineral yang terdapat dalam makanan anda, tetapi juga boleh melunturkan mineral daripada tulang dan gigi anda yang di mana ia disimpan.

Bagi mengelakkan memakan terlalu tinggi asid phytic, sedaya upaya untuk membeli kacang organik yang juga dilabel bebas GMO, kerana asid phytic adalah jauh lebih tinggi dalam makanan yang menggunakan baja fosfat moden berbanding ditanam dengan baja kompos semulajadi.

Cuba serap dan cambahkan biji anda (dan bijirin juga) kerana ini boleh membantu untuk mengurangkan asid phytic sebanyak kira-kira 50-100%.

Jika anda ingat, rendam kacang pada malam sebelum ia digunakan dan kemudian anda boleh memasak mereka dengan mudah dan dalam masa yang lebih singkat. Masak kacang dengan mencampurkan kira-kira 3 cawan air untuk setiap 1 cawan kacang yang kering, kemudian rebus selama kira-kira 1.5-2 jam dengan haba yang rendah.

Sebaik sahaja kacang lembut, bermakna ia sudah bersedia untuk dimakan. Anda boleh membahagikannya dalam kelompok yang besar dan mudah untuk disejukkan, supaya anda sentiasa mempunyai bekalan yang tersedia.

Resipi Hummus Kacang Kuda 

hummus

Masa yang diperlukan: 5 minit

Hidangan: 8-12

Bahan-bahan:

  • 2 tin kacang garbanzo
  • 1/4 cawan biji bijan mentah
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1/4 cawan jus lemon
  • 1 bawang putih, dikupas
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • Garam laut secukup rasa

Arahan:

1. Bilas kacang kuda, tinggalkan ¼ cecair padanya. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan. Tambah lebih air atau minyak zaitun sehingga sebati.

Kesan Sampingan Kacang Kuda

Sesetengah orang mengalami pencernaan yang tidak selesa ketika makan kekacang disebabkan oleh kandungan serat dan kanjinya yang tinggi. Sekiranya ia terjadi pada anda, cuba rendamkan kacang mentah yang kering semalaman. Cara ini dapat membuang bahan-bahan yang boleh menyebabkan ketidakhadaman seperti gas yang tidak sepatutnya.

Sekiranya anda tidak biasa untuk makan makanan yang tinggi kandungan seratnya, beransur-ansur masukkan ia ke dalam hidangan anda berbanding anda terus mengambilnya dengan jumlah yang banyak. Cara ini akan membantu anda daripada gejala-gejala penghadaman yang tidak sihat.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *