Home TIPS KESIHATAN 10 Khasiat Ikan Untuk Diet Sihat
10 Khasiat Ikan Untuk Diet Sihat

10 Khasiat Ikan Untuk Diet Sihat

0
0

Ikan adalah salah satu sumber protein utama kepada diet kita semua. Selain itu khasiat ikan  juga mengandungi pelbagai nutrisi untuk perkembangan badan.

Pada masa yang sama, merupakan sumber terbaik kepada asid lemak omega-3, yang memainkan peranan penting kepada badan dan perkembangan otak.

Artikel kali ini akan membincangkan 10 khasiat ikan kepada kesihatan tubuh badan, ya berdasarkan kajian + sokongan sains.

Khasiat-Khasiat Ikan Kepada Kesihatan

Berikut adalah 11 khasiat ikan yang mana boleh menyumbang kepada kesihatan diri anda.

1. Ikan Mengandungi Nutrisi Yang Kebanyakan Kita Tidak Ambil

Secara umum, semua jenis ikan adalah baik untuk anda.

Semua ikan mengandung kadar nutrisi yang tinggi, yang mana kebanyakan orang tidak dapatkannya dengan optimum.

Ini merangkumi protein, iodin serta beberapa vitamin dan mineral.

Walaupun begitu, terdapat sesetengah ikan adalah baik berbanding dengan yang lain, dan biasanya ikan yang berlemak (fatty) lebih sihat.

Hal ini kerana ikan yang berlemak (fatty), contohnya seperti salmon, sardin, trout, tuna dan mackerel mengandungi nutrisi berasaskan lemak.

Ini termasuklah vitamin larut lemak seperti vitamin D, iaitu satu nutrisi yang biasanya orang kurang.

Ikan berlemak biasanya tinggi dengan lemak asid omega-3. Asid lemak tersebut memainkan peranan yang penting kepada badan dan otak untuk berfungsi dengan optimum, dan berkait rapat dengan penurunan risiko kepada banyak jenis penyakit.

Untuk mendapatkan bekalan omega-3 yang mencukupi, anda dikehendaki untuk makan ikan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

Ataupun, anda boleh juga ambil supplement  omega-3, terdapat banyak pilihan di farmasi.

2. Ikan Boleh Mengurangkan Risiko Sakit Jantung & Strok

Sakit antung dan stok merupakan dua penyebab kematian di dunia.

Manakala, ikan pula dikatakan sebagai makanan terbaik untuk menjaga kesihatan jantung anda.

Tidak mengejutkan bahawa sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan ikan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat serangan sakit jantung berbanding dengan orang yang tidak makan ikan.

Risiko strok dan masalah jantung yang lain juga mengalami penurunan.

Dalam satu kajian ke atas 40,000 orang lelaki di AS, mendapati bahawa orang yang makan 1 atau lebih sajian berasaskan ikan setiap minggu mempunyai  15% lebih rendah dalam mengalami masalah jantung.

Para pengkaji mempercayai bahawa ikan berlemak lebih berkhasiat untuk kesihatan jantung, kerana mengandungi asid lemak omega-3.

Perlu Baca : Manfaat Aloe Vera

3. Ikan Mengandungi Nutrisi Yang Penting Kepada Pertumbuhan

Asid lemak omega-3 sangat penting dalam proses pertumbuhan dan pembesaran.

DHA yang terkandung di dalamnya memainkan peranan yang penting kepada perkembangan otak dan mata.

Oleh sebab itu, para ibu yang sedang mengandung atau menyusu digalakkan untuk mendapat bekalan lemak asid omega-3 dengan mencukupi.

Walaupun begitu, anda perlu berhati-hati kerana sesetengah ikan mengandungi merkuri, iaitu sejenis logam yang boleh menjejaskan perkembangan otak dan boleh membawa kepada masalah serius pada masa hadapan.

Bagi wanita yang sedang mengandung, anda dinasihatkan agar tidak makan ikan mentah (termasuk sushi), kerana dikhuatiri mengandungi mikroorganisma yang boleh menjejaskan kandungan.

4. Ikan Boleh Meningkatkan Grey Matter di Dalam Otak + Melindunginya Daripada Nyanyuk

Salah satu masalah menjadi tua adalah nyanyuk. Itu sudah dikira biasa, yang lebih serius adalah penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer.

Apa yang menarik adalah, berdasarkan beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang yang banyak makan ikan boleh mengurangkan risiko mendapat masalah kognitif.

Apa yang berkaitan adalah grey matter di dalam otak. Grey matter memainkan peranan penting dalam fungsi tisu otak, mengandungi neuron yang memproses maklumat, menyimpan memori dan sebagainya.

Kajian menunjukkan bahawa oranag yang makan ikan setiap minggu mempunyai grey matter lebih banyak berbanding dengan orang yang tak.

 

5. Ikan Boleh Mencegah Kemurungan, Menjadikan Anda Lebih Gembira

Kemurungan adalah satu masalah jiwa yang serius.

Ia merujuk kepada orang yang mengalami mood tidak baik, kesedihan, kurang tenaga dan hilang minat pada kehidupan.

Kajian mendapati bahawa orang yang makan ikan dengan kerap kurang mengalami masalah kemurungan ini.

Perkara ini terbukti kerana asid lemak omega-3 yang terkandung di dalam ikan boleh melawan kemurungan dan boleh menggantikan ubat antidepressant.

Dalam kata lain, salah satu khasiat ikan adalah membuatkan anda bahagia dan meningkatkan kualiti hidup.

 

6. Ikan Sumber Baik Untuk Vitamin D

Vitamin D memainkan peranan yang penting kepada kesihatan badan secara umumnya, tetapi ramai di kalangan rakyat Malaysia kurang mengambilnya.

Salah satu fungsi utama vitamin D adalah penghasilan hormon.

Ikan dan produk ikan adalah salah satu sumber kepada vitamin D, lebih-lebih lagi ikan salmon.

Sesetengah ikan, seperti ikan kod, mengandungi kadar vitamin D yang banyak, sehingga mengatasi keperluan harian kita sebanyak 200%.

Sekiranya anda jarang mendapat cahaya matahari (sumber vitamin D), maka kerapkan makan ikan, ataupun ambil supplement.

7. Ikan Boleh Mengurangkan Penyakit Auto-Imun, Termasuklah Diabetes Tahap 1

Penyakit auto-imun merujuk kepada sejenis penyakit di mana sistem imun melawan tisu badan dengan tidak terkawal.

Contoh yang mudah adalah kencing manis tahap 1, yang melibatkan sistem imun melawan sel yang menghasilkan insulin di dalam buah pinggang.

Beberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan omega-3 atau ikan membantu mengurangkan risiko kencing manis tahap 1 pada kanak-kanak mahupun dewasa.

8. Ikan Boleh Mencegah Penyakit Lelah (Asma) Pada Kanak-Kanak

Asma, atau lelah adalah penyakit biasa dan dirujuk paada keradangan kronik pada saluran pernafasan.

Berita buruknya, kadar asma meningkat dengan mendadak sejak beberapa dekad yang lalu.

Kajian mendapati bahawa pengambilan ikan dengan kerap boleh mengurangkan risiko mendapat asma sebanyak 24% pada kanak-kanak, cuma tiada kesan yang banyak pada orang dewasa.

9. Ikan Boleh Melindungi Mata (Pada Usia Tua)

Satu jenis penyakit yang dikenali sebagai macular degeneration adalah penyebab kepada rabun dan buta, biasanya akan berlaku pada orang yang sudah berusia.

Terdapat beberapa bukti yang menyatakan ikan dan lemak asid omega-3 boleh memberikan pelindungan daripada mendapat penyakit ini.

Dalam satu kajian yang lain, pengambilan ikan yang kerap boleh mengurangkan risiko penyakit ini sebanyak 42% bagi wanita.

Kajian yang lain pula mendapati bahawa pemakanan ikan seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang sama sebanyak 53%.

10. Makan Ikan Boleh Meningkatkan Kualiti Tidur

Masalah atau gangguan tidur telah menjadi satu masalah biasa di seluruh dunia.

Terdapat banyak sebab yang membawa kepada masalah ini, sebagai contoh banyak terdedah pada sinaran cahaya biru. Pada masa yang sama, para pengkaji mempercayai bahawa kekurangan vitamin D turut memainkan peranan yang penting dalam kes ini.

Dalam satu kajian selama 6 bulan ke atas seorang lelaki berusia 95 tahun, mendapati bahawa dengan pemakanan ikan salmon 3 kali seminggu membawa kepada peningkatan kualiti tidur.

Kesimpulan

Secara ringkas, khasiat ikan ini tidak terkira, cuma artikel ini hanya hadkan kepada 10 sahaja. Sekiranya melakukan pencarian Google, anda akan terkejut dengan khasiat-khasiat ikan, nak tunjuk bahawa lauk yang biasa kita makan ini boleh memberikan sumbangan yang besar pada kesihatan kita.

Harap artikel ini membuka minda anda, dan mulai hari ini boleh mulakan dengan makan ikan lebih kerap dan pelbagaikan cara masakan ikan.

Silalah kongsikan artikel ini dengan orang yang anda sayang agar mereka turut mendapat manfaat seperti mana anda.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *