Home TIPS KESIHATAN Khasiat Ikan Mackerel: Sumber Omega-3 yang Merendahkan Kolestrol serta Menguatkan Tulang.
Khasiat Ikan Mackerel: Sumber Omega-3 yang Merendahkan Kolestrol serta Menguatkan Tulang.

Khasiat Ikan Mackerel: Sumber Omega-3 yang Merendahkan Kolestrol serta Menguatkan Tulang.

0
0

Satu perkara yang telah disepakati oleh kebanyakan doktor, ahli dietatik dan pakar kesihatan adalah menambahkan ikan ke dalam diet anda yang mana ia memberikan banyak khasiat untuk tubuh badan anda. Hal ini sebagaimana yang telah disarankan oleh the American Heart Association termasuklah mengambil sekurang-kurangnya dua kali hidangan ikan berlemak dalam diet mingguan anda. Hal ini bagi menyihatkan jantung anda. Selain daripada ikan salmon, tuna dan ikan herring, khasiat ikan mackerel bahkan lebih menyihatkan dengan kandungan protien, asid lemak omega-3 serta mikronutrien.

Jadi, apakah sebenarnya itu ikan mackerel? Sekiranya anda biasa makan sushi, sudah tentu anda mengenalinya sebagai ikan saba. Anda juga mungkin terlihat sekali imbas di kedai-kedai runcit yang mana ia biasanya diletakkan bersebelahan dengan tin-tin ikan bilis dan sardin. Ikan mackerel sebenarnya berasal dariada ikan air masing yang terdiri lebih daripada 30 jenis spesis termasuklah antaranya ikan mackerel Atlantik, ikan mackerel Pasifik, Ikan mackerel Sepanyol dan ikan mackerel raja.

Ia biasanya terdapat dalam keadaan segar ataupun sudah ditinkan serta menjadi ikan yang digemari ramai disebabkan oleh rasanya yang enak dan kandungan proteinnya yang tinggi. Ditambah pula dengan beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pengambilan ikan ini secara berkala boleh menurunkan tekanan darah tinggi serta kolestrol, mengecilkan pinggang, melindungi anda daripada tekanaan serta menguatkan tulang-tulang anda. Maka, ikan mackerel ini sememangnya makanan yang sangat menyihatkan bagi diet yang seimbang.

Kandungan Nutrisi & Khasiat Ikan Mackerel

Ikan mackerel sangat kaya dengan nutrient di mana ia mengandungi protein, asid lemak omega-3 serta mikronutrien yang lain di samping kandungan kalorinya yang rendah. Terutamanya, ia sangat kaya dengan vitamin B12, selenium, niacin dan fosforus selain daripada vitamin dan mineral yang lain juga.

1/3 auns hidangan ikan mackerel Atlantik mengandungi kira-kira:

  • 223 kalori.
  • 20.3 gram protein.
  • 15.1 gram lemak.
  • 16.1 microgram vitamin B12 (296% DV)
  • 43.9 mikrogram selenium (63 % DV)
  • 5.8 milligram niacin (29 % DV)
  • 236 milligram fosforus  (24 % DV)
  • 82.5 milligram magnesium (21% DV)
  • 0.4 milligram riboflavin (21 % DV)
  • 0.4 milligram vitamin B6 (20 %DV)
  • 341 milligram kalium (10 % DV)
  • 0.1 milligram thiamine (9% DV)
  • 0.8 milligram asid pantotenik  (8 % DV)
  • 1.3 milligram zat besi (7 % DV)

Selain daripada nutrien yang telah disenaraikan di atas, ikan mackerel juga turut mengandungi zink, kuprum dan vitamin A.

5 Kebaikan Pengambilan Ikan Mackerel

Ikan mackerel adalah sumber protein yang baik dan mudah didapati, jadi banyak kebaikan dan khasiat untuk kita amalkan di dalam pemakanan sihat seharian.

1.Membantu menurunkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan keadaan yang biasa berlaku yang mana ia telah menyerang berjuta-juta orang di seluruh dunia. Apabila tekanan darah anda terlalu tinggi, ia akan memaksa jantung anda untuk bekerja lebih kuat bagi mengepam darah sehingga menyebabkan risiko untuk menghidap penyakit jantung. Ikan mackerel ini memiliki keupayaan untuk meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan tekanan darah.

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam Atherosclerosis melibatkan pemberian tiga tin ikan mackerel setiap hari kepada 12 orang lelaki yang menghidap tekanan darah tinggi selama lapan bulan. Hasilnya menunjukkan penurunan tekanan darah mereka.

Satu tinjauan lain yang mengumpulkan beberapa keputusan kajian telah menyimpulkan bahawa menambahkan hidangan ikan mackerel ke dalam diet setiap hari boleh memberikan kesan penurunan tekanan darah tinggi yang berpanjangan.

Selain itu, antara cara semula jadi yang lain untuk menurunkan tekanan darah ialah melalui pengurangan dalam pengambilan natrium (garam), makan ikan yang kaya dengan serat serta meningkatkan pengambilan magnesium dan kalium.

2.Membantu Mengurangkan Kolestrol.

Kolestrol merupakan sejenis lemak yang terdapat dalam seluruh tubuh badan anda. Apabila kolestrol yang terlalu banyak dalam darah anda boleh menyebabkan saluran darah anda tersumbat dengannya. Pengambilan ikan mackerel dalam diet anda boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan cara mengurangkan paras kolestrol anda.

Dalam satu kajian yang melibatkan seramai 15 orang sukarelawan, pengambilan ikan mackerel untuk temoh dua minggu didapati berupaya untuk mengurangkan aras kedua-dua trigliserida dan kolestrol dalam darah. Manakala, kajian lain di India juga mendapati bahawa dalam seramai 1000 orang dewasa, purata paras kolestrol bagi individu yang mengambil hidangan ikan mackerel lebih rendah berbanding yang tidak mengambilnya.

Selain itu, anda juga boleh mengurangkan paras kolestrol anda secara semula jadi dengan cara mengurangkan pengambilan makanan proses, melakukan aktiviti fizikal dan melakukan sedikit senaman yang menghilangkan tekanan.

3.Membantu Melawan Tekanan.

Ikan mackerel sangat kaya dengan asid lemak omega-3, sejenis lemak sihat yang memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Hakikatnya terdapat beberaa kajian terkini telah mendapati baahwa omega-3 ini berupaya untuk memberikan perlindungan daripada tekanan.

Satu tinjauan yang telah diterbitkan dalam jurnal CNS Neuroscience & Therapeutics menunjukkan hasil keputusan daripada tiga ujian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa omega-3 berupaya untuk mengurangkan simptom tekanan sehingga 50%.

Hal ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami tekanan yang serius dan kecatatan bipolar. Bukan itu sahaja, kajian yang lain juga telah mendapati bahawa terdapat perkaitan antara pengambilan omega-3 yang rendah dengan simptom-simptom tekanan.

Meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti luar, makan makanan yang kaya dengan probiotik selain diikuti dengan pengamalan diet yang seimbang juga merupakan antara cara semula jadi bagi mengurangkan tekanan yang anda boleh cuba.

4.Menguatkan Tulang.

Sebagaimana jenis ikan berminyak yang lain, ikan mackerel merupakan sumber vitamin D yang baik. Vitamin D merupakan nutrien yang penting namun adalah sukar untuk mendapatkannya dengan cukup melainkan anda perlu juga mengambil suplimen. Hakikatnya, dianggarkan sebanyak 50% dariada keseluruhan populasi di seluruh dunia ini dipercayai mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Vitamin D merupakan kunci kepada pelbagai aspek kesihatan namun ia sangat penting apabila melibatkan kesihatan tulang. Hal ini disebabkan oleh ia membantu proses metabolisme kalsium dan fosforus yang mana sangat penting untuk menyokong pertumbuhan tulang yang kuat.

Tambahan pula, menurut kajian pada tahun 2013, golongan wanita yang telah menopause dengan paras vitamin D yang rendah dalam darah lebih berisiko untuk mengalami kehilangan tulang, keretakan berbanding mereka yang mendapatkan serum vitamin D yang mencukupi. Juga, termasuk ikan berlemak yang lain seperti ikan halibut, ikan kerapu dan salmon juga dapat meningkatkan pengambilan vitamin D anda bagi memenuhi keperluan harian anda.

5.Membantu Mengurangkan Berat Badan.

Ikan mackerel kaya dengan lemak dan protein yang mana boleh menjadikan anda kekal kenyang dan membantu mengurangkan berat badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua protien dan lemak dapat mengurangkan paras ghrelin, iaitu yang menrangsang rasa lapar lebih daripada karbohirat. Selain itu, kajian lain juga menunjukkan bahawa diet yang mengandungi protein yang tinggi boleh meningkatkan rasa kenyang bergitu juga dengan termogenesis ataupun jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh badan selepas makan.

Dengan 20 gram protein, 15 gram lemak dan kosong karbohidrat bagi setiap hidangan, ikan mackerel boleh menjadi makanan tambahan bagi diet menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, pastikan anda memadankannya dengan makanan berprotein tinggi yang lain selain daripada makanan berserat tinggi untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Panduan Berkenaan Ikan Mackerel

Terdapat lebih daripada 30 spesis ikan mackerel. Sudah tentu akan sedikit mencabar apabila anda mahu memilih ikan di pasar.  Ikan king mackerel didapati mengandungi kandungan raksa yang tinggi di mana sekiranya berlebihan boleh membawa kepada keracunan raksa.

Ikan mackerel Sepanyol pula begitu juga. Ia mengandungi kandungan raksa yang tinggi dan seharusnya perlu dihadkan terutamanya oleh golongan wanita yang sedang menyusu atau hamil. Sebaiknya, ilihlah ikan mackerel jenis Atlantik yang mana menganudngi raksa yang rendah namun masih lagi mengandungi asid lemak omega-3 dan protein yang tinggi.

Sentiasa ingat bahawa  ikan Pacific jack mackerel, horse mackerel and mackerel pike, merupakan tiga jenis ikan yang biasanya digunakan untuk membuat sushi sebenarnya langsung tidak ada kaitan dengan ikan mackerel. Sebenarnya ketiga-tiga jenis ikan itu tergolong dalam jenis ikan yang lain.

Sungguhpun ikan mackerel boleh didapati secara segar daripada pasar ikan, membelinya  dalam bentuk sudah diproses dalam tin juga merupakan pilihan yang mudah dan popular. Sekiranya membelinya di dalam tin, pastikan lihat jenama yang menggunakan tin yang bebas BPA untuk mengelakkan kesan toksik BPA.

Selain itu, kebanyakkan makanan yang diproses di dalam tin menganudngi bahan pengawet yang tinggi begitu juga dengan garam. Jadi, pastikan anda membilas ikan tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Langkah Berjaga-jaga

Sesetengah orang mengalami alahan kepada ikan. Oleh itu, mereka ini seharusnya mengelakkan daripada makan ikan ini. Ikan mackerel juga boleh menyebabkan ketoksikan histamina, sejenis bentuk keracunan makanan dengan simptom seperti kepucatan pada muka dan badan, muntah-muntah, sakit kepala dan pembengkakan. Sekiranya anda mengalami mana-mana kesan samingan setelah makan ikan ini, anda seharusnya tidak mengambilnya selepas ini dan terus mendapatkan nasihat daripada doktor.

Sungguhpun ikan mackerel mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan, namun tidak semua ikan mackerel itu baik untuk kesihatan anda. Ikan king mackerel sebagai contoh, mengandungi raksa yang tinggi bahkan menjadi ikan yang perlu anda elakkan. Sebaliknya, anda boleh makan ikan yang jenis lain seperti ikan mackerel Atlantic yang mengandungi raksa yang rendah.

Tambahan pula, bagi wanita yang hamil seharusnya mengawal pengambilan raksa dalam makanan mereka bagi mengurangkan risiko kelewatan tempoh bersalin dan juga masalah kelahiran yang lain. Manakala bagi sesetengah jenis ikan yang lain seperti ikan mackerel Atlantik mengandungi raksa yang rendah dan selamat untuk dimakan oleh golongan ini. Walaubagaimanapun, pengambilan ikan ini perlulah dalam kuantiti yang seimbang.

Sekiranya anda membeli ikan yang sudah ditinkan, pastikan anda membilasnya terlebih dahulu dengan air supaya lebihan garam dapat dibuang. Kebiasaannya produk yang ditinkan mengandungi garam yang tinggi. Sekiranya tidak dibuang ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang lain bagi sesetengah individu.

Perkara lain yang perlu diberikan perhatian dengan ikan mackerel ialah berkenaan dengan penangkapannya secara berlebihan serta kesannya terhadap alam sekitar. Sebagaimana beberapa jenis ikan yang lain, ikan mackerel telah ditangkap secara berlebihan sehingga satu tahap boleh membawa kepada kepupusan spesisnya kelak. Hal ini boleh menjejaskan ekosistem laut suatu hari nanti. Oleh itu, sepatutnya kita meminimakan masalah ini dengan cara yang lain untuk mendapatkan makanan yang sihat.

RUMUSAN

  • Ikan Mackerel merupakan sumber protein, asid lemak omega-3 dan beberapa vitamin dan mineral yang penting.
  • Nutrien yang terkandung dalam ikan ini boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi, paras kolestrol, melawan tekanan, meningkatkan kesihatan tulang dan membantu mengurangkan berat badan.
  • Adalah penting untuk memilih jenis ikan yang sesuai dan mengandungi raksa yang rendah bagi memelihara alam sekitar dan kesan terhadap kesihatan.
  • Anda boleh mengril, memanggang, membakar atau boleh dimakan terus bersama salad, snek atau hidangan sampingan yang enak.

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK AKSES >>
close-link