Home TIPS KECANTIKAN 7 Khasiat Halia Untuk Kurus Dan Cantik
7 Khasiat Halia Untuk Kurus  Dan Cantik

7 Khasiat Halia Untuk Kurus Dan Cantik

0
18

Halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran. Halia boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan juga membersihkan dalaman. Kalau nak tahu halia juga membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Meh saya bongkarkan 7 khasiat halia untuk kurus dan cantik..

1. Merahkan Bibir

Kupas halia muda , kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Amaran!! Jangan gosok kuat sangat dik kan berdarah lak bibir tu. Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.

2. Buang Angin & Toksin

Khasiat halia seterusnya adalah bagi membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus), saya tak masukkan gula nak jaga kesihatan dik, tanpa gula pun elok aje rasanya. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar. Tak percaya ek?Cubalaa baru tau ….

3. Langsingkan Badan.

Ini pasti ramai yang suka kan, sebut sahaja nak langsingkan atau cara untuk kuruskan badan jadi isu hangat. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan. udahla halia tu murah aje dik berapa ringgit sahaja sekilogram, yang penting mahu buat atau tidak sahaja.

4. Menghilangkan Bau Badan

Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka dan cantik tapi badan berbau , jatuh saham dik kalau lelaki nak mengorat. Untuk atasi masalah ini meh abg bagi caranya , amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur. Yang kunyah ini abg tak mampu dik terasa sangat pedas heheh nak senang gunakan halia dalam masakan seharian tau.

BACA : Diet Dengan Ubi Keledek

5. Menaikkan Seri Wajah.

Buat bakal pengantin tu sini dik abg nak kasi petua bagaimana nak naikkan seri wajah biar bakal suami pandang tak jemu. Caranya mudah sahaja, ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. dah rendam tu dik minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah. Buat sokmo dik baru nampak hasilnya. Dah tak payah nak cucuk botok bagai tu…

6. Bersihkan Kulit

Nak kulit mulus bersih meh sini cuba petua ini. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan luhur.

7.Redakan Tekanan

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.

 

Dah tahu kan apakah khasiat halia untuk kurus dan cantik?Jangan Tunggu Lama amalkan baru nampak kesannya dik & akak..Selamat Mencuba ya…saya dah akak bila lagi??

Nak Saya Mentor Akak Kurus Tanpa Ubat KLIK SINI

Comment(18)

  1. Skrg dah mula bljr minum air halia hari2. Sendawa saja kejanya sbb buang angin. Tp best sbb dah jarang sakit kepala & perut rasà selesa sikit. Sy minum air rendam halia je x letak gula, madu atau teh.

  2. sy baru amalkn minum halia bsama dg madu..br 2hari start tp alhamdulilah berat sy trun 2kg..bdn sy jenis berat air..insha Allah akan beterusan minum air halia ni..

      1. minum di awal pagi sebelum sarapan boleh amalkan rendam halia dalam air panas dan masukkan madu dan perahan lemon sahaja

  3. Assalam Tengku Asmadi, sy dah amalkan minum halia campur madu.. Masalahnya kalau minum yang berasaskan limau akan membuat sy sakit kepala, acidic.. Apa lagi alternatif utk merasakan berkhasiat, enak dan sedap?

  4. Limau nipis atau lemon?…dua dua boleh pakai ke?
    Saya dah cuba..knapa lpas minum..sakit kpala pulak yg timbul?..

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *