Home KELAB DIET 10 Khasiat Buah Naga Untuk Diet Sihat
10 Khasiat Buah Naga Untuk Diet Sihat

10 Khasiat Buah Naga Untuk Diet Sihat

0
0
Buah naga / Dragon Fruit merupakan buah dari jenis kaktus dari margaHylocereus dan Selenicereus.  Khasiat buah naga yang  berasal dari Amerika Latin yang kemudian menyebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur seperti Srilanka, dan akhirnya Asia Tenggara. Buah naga merupakan buah yang mengandung anti oksidan yang tinggi. Di dalamnyaterkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya kongsikan khasiat buah naga untuk panduan anda semua.  Buah naga ini memang antara buah kegemaran saya.

10 Khasiat Buah Naga Untuk Diet Sihat.

1) Menurunkan kadar gula di dalam darah dan Mencegah Diabetes

Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.

2) Melancarkan sistem Pencernaan dan menyihatkan jantung

Buah naga merah mengandung serat alami yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan  buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.

3) Meningkatkan nafsu makan

Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Kerana di dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah nafsu makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

4) Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Kekebalan tubuh kita akan kuat jika vitamin C dalam tubuh terpenuhi.  karena buah naga merah ini mengandung banyak vitamin C maka buah naga bisa dijadikan alternatif sebagai asupan vit. C bagi tubuh kita.  sistem Kekebalan tubuh biasanya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.

5) Memperkuatkan tulang dan Gigi

Kandungan fosfor dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahwa tulang dan gigi sangat memerlukan asupan fospor dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sehat.

6) Merawat Kesihatan Kulit

Manfaat buah naga merah berikutnya adalah berguna untuk merawat kesihatan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga merah  juga digunakan untuk perawatan kulit. Yaitu dengan cara dibuat menjadi masker. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil dagingnya lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu dioleskan kewajah. Masker ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.

7) Membantu melambatkan proses penuan diri

Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat di dalam buah naga akan akan mengeluarkan racun dengan efektif.

8) Rendah lemak

Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak jenuhyang baik untuk kesehatan karena menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

9) Menurunkan Kadar Kolesterol Darah

Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan memperlancarkan peredaran darah dan jantung.

10) Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan


Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Resepi Smoothies Buah Naga

smoothies buah naga

Bahan-bahan 

1/2 biji buah naga ( saya suka yang warna purple)

1 biji Epal hijau

1 biji carrot yang saiz sederhana

1/2 biji timun

Cara Buat 

Kisarkan semua bahan dengan sedikit air, sesuai di ambil sebagai sarapan ataupun snek pagi serta snek petang.Jika ada masalah penghadaman saya cadangkan cuba resepi smoothies buah naga . Selamat Mencuba

Sila Like & Share Tengku Asmadi di FACEBOOK  & follow  Instagram .

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *